Ads

August 13, 2014

Sambutan Hari Raya di Besut


Salam AidilFitri semua.....
Puas bercuti lama dan malas pulak nak start kerja semula hehe. Seronok kan bercuti lama menyambut Syawal bersama family dan sanak saudara. Tahun ni pertama kali aku beraya bersama family belah suami. First time experience and first time juga berpisah dengan family sendiri di pagi raya. Bagaimana perasaan aku? Macam-macam....ada gembira dan ada sebak. Gembira sebab pertama kali beraya as husband and wife dan juga beraya bersama family suami di Besut Terengganu. Juadah di pagi raya pun berbeza tak sama macam juadah kami di KL. Ibu mertua aku pakar masak nasi dagang...memang tersedap di dunia lah. Di samping tu ada juga satay yang ditempah oleh suami, nasi impit, ketupat pulut dan lemang. At the same time...perasaan sebak pun ada ketika itu di mana aku teringatkan my mum and family di KL. Camana agaknya my mum di rumah tanpa aku membuat persiapan memasak dan melayan tetamu. Biasanya aku lah orang penting yang membuat persiapan semua tu. Sedih juga tak dapat jumpa saudara mara jauh yg turun ke KL.....tak dapat jumpa pak & mak sedara dan juga my cousins.  

Bila kita dah kahwin....inilah pengorbanan yang kita kena hadapi. Kita kena seimbangkan antara family sendiri dan family belah suami. Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah dengan kegembiraan yang aku kecapi  sekarang. 

Kami balik kampung ke Besut pada hari Ahad petang jam 2 iaitu sehari sebelum raya. Syukur sangat sebab jalan tak jem langsung. Kami melalui Lebuhraya Pantai Timur hingga ke Besut. Rasa mcm tak balik raya plak sebab tengok jalan lengang sangat. Padahal hari Jumaat dan Sabtu sebelum nya....jem teramat teruk ke Pantai Timur. Dengar citer ada yg mengambil masa sehingga 18 jam utk sampai ke Kelantan...ya ampunnn....pengsan. 

Pada hari Ahad tu aku sempat masak dan bawa bekalan makanan singgah berhenti berbuka. Kami berhenti di sebuah masjid di Setiu untuk berbuka puasa. Sambung lagi sejam perjalanan sebelum sampai ke Besut. 


kami berdua di pagi raya. Bersiap untuk ke rumah nenek my husband di Pasir Putih, Kelantan. Kami juga sempat singgah ke Kubang Kerian dan Machang rumah teman-teman. Terima kasih my travel buddy Siti dan Ibu Aziana di atas layanan yang sangat mesra.

di pagi raya bersama ayah dan bonda mertua.....bersalam dan bermaaf-maafan di pagi raya.

bersama family belah suami di Besut. Kami berpakaian ikut tema warna purple. Last minute cari baju raya...alhamdulillah dapat jugak. Suami yang pilihkan baju ni mengikut citarasa dia.....aku ikut ajer hehehe.

Hari Raya ke dua kami berbaju raya tema emerald green. Actually aku juga dah lama standby dengan colour baju ni sekiranya kami berhari raya di KL. Last minute suami dapat cuti pulak...tu yang kelam kabut cari baju purple untuk sambut raya di Besut. Raya kedua kami sempat beraya di rumah saudara mara suami.

sempat singgah beraya di rumah cikgu my husband masa dia sekolah menengah.....cikgu kesayangan katanya. Terima kasih Cikgu Wan Ella atas layanan yang tip top.

Raya ke tiga kami pergi majlis kahwin kawan suami dan beraya di rumah kawan dia juga. Balik rumah kami sibuk memetik buah rambutan utk dibawa balik KL esoknya. Sempat juga petik buah manggis...suami petik dan jolok buah....  aku plak  kutip.....seronoknyaaa saat ni. 

Tu dia....hampir setengah bonet kereta penuh dengan buah2an. 

Hari raya keempat kami dah nak balik KL. Sebelum balik belah tengahari....kami singgah di Majlis Raya Pulang Perantau anjuran ADUN Hulu Besut. Terjumpa dengan YB Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri. Sempat lah jugak kami bergambar. Tengok tu...suami pulak yg mcm YB siap berbaju melayu....hehehe.

On the way balik tu...kami singgah di Temerloh...kampung my sis in law Azam. Suamiku seronok dapat makan tempoyak ikan patin his faveret food. Sampai KL jam 11 malam jugak. Esoknya my husband dah start kerja....aku masih lagi bercuti huhuhu.

Alhamdulillah.....raya yang indah buat kami berdua sebagai suami isteri. Semoga di tahun-tahun akan datang......akan mengeratkan lagi perhubungan kami bersama keluarga tercinta.

p/s - hujung minggu ni kami nak pergi honeymoon lagi......dalam negara ajer.





10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

Jari Manis said...

Selamat Hari Raya Leez maaf zahir dan batin ye...jgn sedih2..tahun ni raya umah mertua so tahun depan rumah ibu sendiri pulak..iukut turn kan baru adil :-)

Rupanya balik ahad tak jem eh..itu yg sepatutnya...balik awal buat sakit mental je dgn jem tu

Bestnya..umah suami ada tanan pokok rambutan..boleh mkn puas2..JM pun tgh cari org ada tanam pokok buah buahan tempatan nih hiksss

Yong Is My Name said...

Eid Mubarak Leez.

ismahasmi said...

Salam perkenalan kak Leez..

Selamat hari raya maaf zahir batin.
saya pon pernah rasa fefiling sedey masa 1st time kahwin kena raya kampung hubby... tapi dalam sedih2 tuh seronok dapat beraya dengan keluarga baru kan.. hehehe

zarulfarhana said...

beraya sakan tue..

Leez M. Saaid said...


zakiah,

alhamdulillah first time experience...seronok lah gak

Leez M. Saaid said...


JM,

Insyaallah tahun depan turn kami beraya di KL pulak.

Hehehe...seronok tau dapat kampung yg banyak pokok buah2an ni.

Leez M. Saaid said...


Yong,

Salam Aidilfitri...(walaupun dah dah habis Syawal)

Leez M. Saaid said...


Ismahasmi,

Salam perkenalan juga.
Yelah....pengalaman baru bersama family mertua. Alhamdulillah.

Leez M. Saaid said...


zarulfarhana,

hehehe...setahun sekali mestilah sakan beraya.