Ads

July 23, 2014

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dari Kami Sekeluarga



Salam semua.
Ada lagi beberapa hari kita semua akan menyambut Aidilfitri di bulan Syawal sebagai meraikan kemenangan kita melakukan sebulan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Bagi saya....inilah tahun pertama saya berpuasa dan beraya bersama suami tercinta. Saya ni memang anak jati Kuala Lumpur dan tidak pernah merasai suasana beraya di kampung. Tahun ini suami dapat cuti raya...Insya Allah kami akan pulang beraya ke Besut pada hari Ahad ini hingga Khamis. Doakan semoga kami selamat sampai ke destinasi. Tengah terbayang perjalanan yang jauh mengambil masa berbelas jam. Harap traffik berjalan dengan lancar Insya Allah.

Di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog tersayang yang masih setia membaca blog saya setiap hari walaupun tuan blog dah jarang sangat nak mengupdate blog setiap hari seperti dulu. Maklumlah life selepas kahwin dan sebelum kahwin amatlah berbeza. Dulu nak tidur lambat takda sapa nak tegur...nak berjam2 mengadap laptop pun takda sapa nak marah hehehe. Sekarang ni....pantang kita ngadap laptop...dah kena kacau hehehe.
Kepada yang balik ke kampung tu...hati2 memandu di jalanraya kay. 




Gambar tahun lepas ketika beraya di rumah saya. Masa ni kami dah nak bertunang...selepas 2 minggu Syawal. Masa ni dia kena kerja tak balik kampung beraya. Pukul 1.30 petang dah gerak ke tempat kerja. 


p/s - sedih pun ada gak...pertama kali berjauhan dengan family tercinta pada pagi raya. My nephew dah rasa sedih sebab Along takda nanti :( 





3 comments:

DYatie ABakar said...

Assalammualaikum. Salam kenal. :)

Yatie dulu raya pertama selepas kahwin pun tak balik sarawak atas sebab Yatie nak bersalin kat sarawak. Hehehe.

Selamat hari raya! ;)

Anum said...

SWEETNYA

ummisara said...

lizz, selamat hari raya maaf zahir batin :)