Ads

June 6, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Victoria & Westminster (House of Parliament & Big Ben)

Salam semua.
Early morning kami dah bangun bersiap untuk menuju ke Kota London. Kali ni pertama kali aku nak jejak Kota London sendirian dengan suami tanpa ditemani teman atau sesapa. Aku tawakal ajer sebab yang penting aku tau mana nak stop masa naik tube dan wajib pegang tube map. Kami breakfast simple ajer....roti dan milo yang dibawa sendiri. 

Di Russ Hill Hotel yang kami stay ini ada disediakan breakfast tetapi agak mahal pada pendangan aku iaitu GBP10 seorang (RM55) memandangkan kami hanya mampu makan roti dan buah sahaja. So, tak berbaloi rasanya. Dari hotel ini ada disediakan shuttle bus untuk ke Gatwick Airport. Biasanya akan dikenakan sebanyak GBP5 (RM27.50) seorang utk 2 hala. Tapi kami dapat free tidak dikenakan bayaran. Malam tadi kami juga diberikan briefing oleh pihak hotel camana nak naik bas ke Gatwick Airport dan terus ke Kota London. Kalau naik bas dari sini ke London makan masa 2 jam jugak...tu belum campur tolak traffic jam semua. So the best way ialah menaiki train dari Gatwick Airport. Mesti ramai tertanya kenapa aku stay di hotel yang berdekatan dengan area Gatwick Airport dan tidak stay di London itself. Sebabnya :

1. Hotel adalah hadiah perkahwinan dari seorang teman
2. Lokasi hotel yang sunyi, aman dan sangat sesuai utk newly wed...hehehe
3. Hotel lebih besar dan selesa berbanding jika stay di hotel area kota London yang agak sempit dan mahal. Highly recommended kepada sesapa yg nak pergi ko London.
4. Perjalanan masa dari Gatwick ke London hanya memakan masa setengah jam sahaja dengan menaiki train.


sementara menunggu bas no.4 sampai di depan hotel...baik aku bergambar dulu.

yehaaa...bas dah sampai. Bas akan dtg setiap satu jam. Train yang paling awal ke London (off-peak ticket) adalah pada jam 9.30 pagi. So, kami amik bas pukul 8 pagi ke Gatwick Airport. Ia mengambil masa 10 minit sahaja dari hotel ke airport. 

cuaca di pagi tu sewaktu kami nak bertolak ke Gatwick Airport.....-1C giler sejukkkkk. Aku okay lagi...yang kesian my hubby kesejukan dia.

dalam bas menuju ke airport...10 minits ajer

permandangan rumah kampung English style dan ladang biri-biri.

alhamdulillah dah sampai di airport. Bas berhenti di bus stop no.9. Masa nak balik nanti pun tunggu di sini...make sure naik bas no. 4

sejuk nya masa ni. Nampak tak tulisan bus stop no. 9 pada tiang pada belakang aku tu

first aku jejak ke airport ini. Sebelum aku dah jejak ke Stansted Airport dan Heathrow Airport.



minta tolong omputih ambilkan gambar kami. Patutnya kami bawa monopod..huhuhu.

nampak tak belah kanan aku tu ada org ramai beratur....itulah tempat nak beli ticket ke London. Masa beli tu kena mention first train to London (off-peak ticket). Kalau naik yg peak ticket tapi beli yg off-peak...jangan buat hal...nanti kena tangkap hokay. Orang sana sangat strict. Org Europe tak buat kerja menipu ni...kalau org Asia dah biasa huhuhu. 

Harga ticket seorang  ialah GBP15.80 (RM86.90). Kami beli Day Travel ticket sebab akan berada di kota London hanya 2 hari sahaja. Ticket ini lebih murah dibanding kan dengan Oyster Ticket utk 2 hari. Dengan ticket ini boleh naiki train (southern), tube dan bas merah 2 tingkat tu. Ia valid dari Zone 1 hingga Zone 6 London. Gatwick terletak di Zone 6. Untuk ke London naik train dan stop di Victoria Station

Victoria Station di London. Kami sampai jam 10 pagi di sini. Dari sini....kami keluar dari station ini jap untuk mengambil gambar.

di luar Victoria Station. Tenmpat ni mcm KL Central...main station utk public transport di London.

husband excited nampak bas double decker London.

kami naik tube di Victoria station untuk ke Westminster station di mana terletaknya House of Parliament, Big Ben dan London Eye.

dibawah tanah tube station 

dah sampai di Westminster station...dekat ajer

naik ajer kat atas...dah nampak bangunan ni...sebelah jer dengan House of Parliament & Big Ben. 

camana boleh ada minah salleh kat belakang aku tu...mereka pun memandang ke arah camera kami hehe

cuaca yg sejuk tapi terang benderang....nice shot.....







House of Parliament

Big Ben mercu tanda kota London.....kalau dtg sini tak singgah Big Ben tidak lengkap perjalanan anda


Ketika kami di sini cuaca memang sangat sejuk below 10C. Asik nak terkucil jer jawabnya. Tapi malangnya....kat London susah betul nak jumpa toilet. Kena tawaf banyak kali baru boleh jumpa toilet. Sediakan wang syiling untuk masuk toilet hokay sebab kena gunakan machine. Aku memang kurangkan minum air di sini sebab risau kalau terkucil. Jawapnya aku kena menahan sehingga sampai ke Victoria Station.

First jalan2 di negara orang dengan suami tercinta...pulak tu baru kahwin memang seronok sangat. Sebabnya....aku lenggang kangkung bawak handbag ajer...mcm mak datin. Hubby plak bawak bagpack dan camera dslr. Nak posing pun senang sebab dah ada orang tukang snap hehehe. Memang indahnya hidup berumahtangga. Doakan kami berkekalan dan aman bahagia hingga jannah...Insya Allah.


with my cintahati

dah nampak London Eye

kat sini banyak jual souvenirs....mahal jugak...so jangan beli di sini



Thames River di kota London



A true love story never ends



kami berselfie.......duduk2 sambil melepaskan lelah di bangku

masa ni niat dihati nak beli waffle....balik nanti nak singgah....terus terlupa

ramainya orang di London Eye







dalam tube


Wokay jom kita balik gi tempat lain pulak. Destinasi seterusnya kami ke Tower Bridge. Naik tube turun tube....bersama husband merupakan pengalaman yg sangat romantik. Sebabnya....time naik tangga...hubby yg tarik tangan aku,......time ngantuk...landing atas bahu dia. Hehehe...best...dah halal kan.

p/s - tak sabar nak tunggu next trip...



17 comments:

Unknown said...

salam, nak tanya, jegging biru tu beli online ka? Kalau ya, website mana? tq.

Mama Zharfan said...

waaa rindunya nak pegi london...

eeeda said...

Cantiknya... pemandangan kat kota London... bila lah dapat berpeluang jejak kaki ke sana...

norh said...

Wah...berdua bertambah bahagia nampaknya...

Ako Retna said...

Wah syiok nya... nk g london mmg x mampu la.. so tumpng tgk gmbr2 leez je la ye hehe

DJ said...

Salam...saya laaa DJ yang kita jumpa semalam kat Matrade tu...hehehe jemput la ke blog saya yang tak seberapa... =D

Badar The Great said...

wah bestnye ....buat akak nk return lg London. Yg lg best baca story org pi honeymoon ni, sgt2 romantic gitu. Jeles akak tau.....cepat story mory lg.

zila@akulovetravel said...

jalan-jalan dengan orang tersayang lagilah rasa bermakna...kalo salah sorang tiredpun sorang lagi akan memahami..takde lah rasa tak puas ati each other.

Leez M. Saaid said...


Bannister Road,

legging biru tu i beli kat butik Ms.Read. Harga RM150

Leez M. Saaid said...


Mama Zhafran,

Mmg sy tak pernah jemu dgn London...kalau boleh mcm nak pergi tiap tahun hehe

Leez M. Saaid said...


Eeeda,

Insyaallah ada rezeki boleh jejak ke sana....kena betul2 plan dari segi kewangan dan cuti.

Leez M. Saaid said...


Norh,

Alhamdulillah.....itulah nikmat berumahtangga...boleh travel berdua sama2.

Leez M. Saaid said...


anakomak,

boleh pergi...InsyaAllah. Ada rezeki nanti jejaklah tu.....traveller wajib jejak London.

Leez M. Saaid said...


DJ,

Thanks tegur saya hari tu....seronok jumpa kawan2 traveller juga. Sy dah jenguk blog you tadi...wahhh you pun kaki jalan yea....best.

Leez M. Saaid said...


Kak Badar,

Honeymoon gitiew kak. Memang sy tak pernah jemu dgn London...walaupun dah jejak 3 kali.
Akak kena repeat tu.....

Fza said...

salam, kat sana akak ade beli sim card sane x? or u just roaming?

Anonymous said...

hi, nak tanya London travelcard tu kak beli kat online ke atau sampai sana beli ye? kalau banding dengan big bus, kak rasa mana best? tq