Ads

June 12, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Tower Hill & Tower Bridge



Salam semua.
Kita sambung lagi journal percutian aku ke London. 
Seterusnya kami bergerak ke Tower Hill pulak dengan menaiki tube. Dari Westminster station kami menuju ke Tower Hill station pulak. Apa yg menarik di sini? Di sini juga ada Tower Bridge yang juga menjadi mercu tanda kota London selain daripada Big Ben. 

Cuaca memang sejuk dan nyaman. Matahari terang benderang dan sangat cantik untuk photoshoot. Hajat di hati kami nak buat wedding photoshoot di sini sambil memakai baju wedding yang telah ditempah khas untuk dipakai di London ini. Tetapi....sapa plak lah nak snapkan pic kami nanti. Kalau pakai monopod mcm lawak plak kan. Satu lagi sebab...cuaca yg sangat sejuk membantutkan kami untuk menukar baju yang tipis itu. Oklah kita wat kat tempat lain nanti.


 dah sampai di Tower Hill tube station...make sure bawa tube map bersama anda ketika menaiki tube

 sebaik keluar dari station tube...nampak bunga ni....jom kita posing

 kena berjalan sedikit untuk menuju ke Tower Bridge tu....aku malas nak citer tentang keistimewaan tempar ini sebab aku dah pernah citer kat entry masa mula2 aku datang sini tahun 2009 yang lepas. Uolss google ajer lah yea.

 Tower London here i am

 Tower London is one of  the world heritage site



suka tengok permandangan bangunan yg cantik2 di London...bersesuaian dengan cuaca yg terang bercahaya

sejuk pun nak makan ais krim....sajer jer nak merasa.

dah pun sampai tower bridge....ramainya orang. Nak mencelah pun susah...ramai sangat pelancong.

tu diaa....siap naik atas bangku....hahaha ada mak kisah!!! 

senang berposing bila diri atas bangku ni.....aku paling tinggi sekali huhuhuh

apa menarik nya tentang tempat ini.....sila google yea.

a true love story never ends

hubby bersantai di bawah pohon di kota London.

kalau nak naik cruise melayari Thames River pun boleh. Tapi kami tak naik pun sebab tidak cukup masa.

kami bergerak lagi ke hadapan......yes angle ni nampak cantik sebab tak ramai orang.....posing lagi ahkak!!

percutian kali ini seronok betul berposing sebab dah ada teman tukang snap gambar...indahnya hidupku. Syukur alhamdulillah.

ni aku yg photo shoot......suka tengok keindahan ranting kayu pepohon ini berlatarbelakangkan tower bridge dan langit yang biru.

jom kita naik ke atas nak berdiri betul2 kat tower bridge tu.....walaupun untuk kali kedua.

yess....here i am. Tower Bridge @ city of  London. Ok dah penat jom kita berjerak ke tempat lain plak....kami balik ikut jalan belakang....tak ikut jalan masa datang tadi.

apa yg dimenungkan tu wahai suamiku. Mungkin dia tak percaya bahawa dia berada di kota London ketika itu....his dream's country.

masa nak turun aku ternampak pulak Starbucks. Ooo baru teringat ada seorang teman yang mengirim kami untuk membelikan mug dan tumbler London Starbucks. Dia ialah pengumpul mug and tumbler seluruh dunia. Wahhh mcm menarik kan. Aku tak terpikir plak benda ni. Yang aku ada kumpul hanyalah HRC tshirts and shortglass...selain FM. 

jalan punya jalan.....dah nampak Tower Hill tube...apa lagi...jom kita ke sana.....proceed to next destination

jap...jap.....nak posing kat basikal ni plak. Hubby ku turutkan ajer kerenah isterinya yg songeh ni. Heheheh.


Next kami menuju ke satu destinasi ini. Tujuan ke sana ialah untuk berjumpa seseorang yang juga rakyat Malaysia. Benda ini tidak dirancang tetapi memang rezeki kami ketika sedang lapar pada hari itu. Apakah itu? Tunggu next destinasi yea..........


p/s - setiap manusia ada rezeki masing-masing. Kita kena bersyukur atas apa yg kita ada. Elakkan perasaan hasad dengki dan rasa tidak puashati dengan orang lain. Sekadar renungan.







10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya cuti2

CT Humairah said...

aaalahai seronoknya..
bila rezeki nak gi UK ada ni..

Jari Manis said...

Ahaksss bestnya kan leez dpt bercuti dgn org kesayangan perasaan nya lain sikit. Bila pulak agaknya turm Jm pulak hiksss

Pesanan yg lastu tu Jm setuju sgt tak tahu kenapa org kita suka sgt dengki dgn org lain. adusss nama pun org islam kan lempar jauh2 perasaan tu. Klau asyik dengki kt org ke mana kita

kausar said...

subhanallah nice weather! bestnya clear sky so gambar terang je. well uk mostly gloomy kan huuu. rindunya londonn

mohdazfar tumin said...

Terima kasih Kak Leez belikan tumblr and mug utk maksu and paksu....

Leez M. Saaid said...


Nurzakiah,

yes best sangat.....lebih2 lagi bila pergi berdua dengan suami.

Leez M. Saaid said...


CT Humairah,

Insya Allah ada rezeki tu utk jejak London.

Leez M. Saaid said...


JM,

Mana tau dalam diam2 nanti JM akan jejak London dengan org tersayang. InsyaAllah yea.

Leez M. Saaid said...


Kausar,

yes the weather is good....tapi sejuk sikit.

Leez M. Saaid said...


Maksu,

You"re welcome maksu. Takpa kita tolong sesama kita....banyak pahala tu.