Ads

April 22, 2014

My Wedding - Majlis Resepsi Part 1


Salam semua.
Entry kali ni aku nak share gambar-gambar semasa majlis resepsi kami yang berlangsung pada 1 Mac yang lepas. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir ke majlis kami walaupun ada yang sampai lambat sebab terperangkap dengan kesesakan jalanraya yang sangat teruk di Lembah Klang pada hari tersebut. Ada yang kata perjalanan mengambil masa 3 jam...aduhhh kesiannya. Kami dapat laporan kebetulan pada hari yang sama ada banyak penutupan jalan sempena Le Tour de Langkawi. Walaupun jalan sesak...alhamdulillah tetamu kami sampai juga ke majlis kami....terima kasih banyak2 semua. Ada juga tetamu kami yang sesat jalan sebab tak jumpa lokasi majlis ini...dan terus balik sebab dah kelewatan ketika itu...aduhai kesiannya. Kita merancang mcm ni...jadinya mcm tu...nak buat camana kan...itu semua perancangan Allah yang kita tidak mampu menghalangnya. 

Lokasi : Dewan Auditorium JPS, Ampang, Selangor
Tarikh : 1 March 2014
Masa : 12.00 tengahari hingga 4.00 petang

Persiapan untuk menjayakan majlis ini dibuat dalam masa 6 bulan selepas kami bertunang pada 31 Ogos tahun lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tidak ada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku...syukur sangat. Yelah...mesti kami risau sebab tetamu kami melibatkan kehadiran seramai 1,200 orang. Boleh dikatakan semua saudara-mara yang kami jemput hadir dari seluruh pelusuk negeri seperti Singapore, Johor, Penang, Ipoh, Pahang dan Selangor. Terima kasih banyak2 semua. Teman-temanku pun hadir ke majlis kami ni ...diantaranya teman dari sekolah, universiti, sepejabat, x-officemate di company lama, teman travel, teman blogger dan juga blog reader. Ada juga teman blogger yang aku pertama kali jumpa hadir ke majlis perkahwinan ku.....iaitu blogger Neenaanuar dan blogger Cik Anne. Terharu sangat dan minta maaf byk2 sebab tak sempat nak berborak panjang. Nanti bila2 kita jumpa lagi kay. Kalau ada diantara blogger lain yang hadir tapi tak sempat jumpa aku....bgtau yea. Yelah...ada yang datang cepat dan ketika itu pengantin belum sampai lagi. 

Untuk majlis perkahwinan ini aku telah melantik wedding planner untuk merancang dan menguruskan majlis ini start dari majlis nikah, majlis berinai dan majlis resepsi....semuanya dikendalikan olehnya. Senang sikit kerja aku dan tidak susahkan family untuk menguruskan semua. Alhamdulillah aku sangat2 berpuashati dengan hasilkerja yang dibuat dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. 

Aku telah melantik syarikat Senitra Vision yang dikendalikan oleh Epul bagi merancang perkahwinan ini. Di antara hasil kerja yang termasuk dalam pakej ialah :

1) Baju pengantin bagi majlis nikah (off white) dan resepsi (mint green). Baju ini adalah rekaan designer dibawah syarikatnya. Aku hanya bagi idea supaya buatkan satu dress yang membuatkan aku nampak kurusssssss (hehehe) dan simple tak sarat sangat. Alhamdulillah aku suka sangat design dress tu dan ternyata ramai kata aku nampak kurus pada majlis resepsi tu hehehehe.
2) Pelamin di dewan (guna fresh flowers) dan mini pelamin di rumah
3) Perkhidmatan make-up oleh make-up artist As sebanyak 2 kali iaitu majlis nikah dan berinai. Manakala untuk majlis resepi aku guna makeup artis Kak Saidatulnisa tapi yang ini tidak termasuk pakej...bayar sendiri uolss sebab harganya pun boleh tahan. Yang penting...make-up nya meletopsss.
4) Catering pada majlis resepsi. Alhamdulillah makanannya sedap dan ramai yang puashati. Senitra Vision menggunakan perkhidmatan catering dari Warisan Bonda Catering. Diantara makanan yang disajikan ialah Nasi Beriyani Basmathi, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong Kering, Dalca Tulang, Pajeri Nenas dan Papodam. Pakej juga termasuk coffee corner. Alhamdulillah makanan semua mencukupi. Risau juga kalau makanan tidak cukup...terpaksalah guna plan A...huhuhu.
5) Perkhdimatan Photography (nikah, berinai dan resepsi) dan Video termasuklah outdoor photography 
6) Photo Booth dan Candy Bufeet pada majlis resepsi di dewan - Party Print
7) Meja beradap pengantin dan meja VIP sebanyak 10 set
8) Perhiasan di dewan seperti green carpet dan gubahan bunga walkway.
9) Gubahan hantaran untuk kedua-dua belah pihak (guna fresh flowers)
10) Persembahan tarian tradisional dengan dendangan 3 buah lagu
11) Kek pengantin 3 tingkat - Cake Bros

Jika ada sesapa yang menggunakan perkhidmatan wedding planner bagi majlis perkahwinan seperti majlis kami berdua ni....boleh hubungi Epul (019-3387117) dari Senitra Vision. Kami berdua sangat berpuashati dengan service yang diberikan dan ramai yang memuji hasil kerjanya. Jom tengok gambar-gambar hasil kerja Epul yang meletopss ini. 


 pelamin di dewan....aku request colour putih dan fresh flowers







 untuk design meja beradap...aku choose yang ini daripada senarai design meja beradap yang sediaada dalam koleksi Epul. Bunga atas meja tu pun guna fresh flowers. 

cantuikkan design ni...

 pandangan depan untuk pelamin di dewan

 meja vip untuk keluarga pengantin lelaki.....kombinasi colour hitam dan mint green

 untuk hiasan kerusi dan meja di dewan aku pilih colour putin dan mint green



 untuk set buffet station kami buat kelainan iaitu susun meja ikut style island 

 hiasan meja makan beradap....



 photo booth yang terdiri daripada props stick, guestbook, polaroid dan photo frame.




tu diaaa.....props stick "i love travelling".....aku yg request tuu....





 instant photo dari polaroid akan ditampal pada guestbook....

 dari blogger Neenanuar I'm Yours...thanks for coming dear

 dari blogger Kak Chah....thanks for coming kak...

ada frame gambar Mr and Mrs dan juga Instagram

 Candy Buffet....ada mcm2 makanan di atas meja tu.....for kids actually....





 Chocolate sticker yang tertera nama kami berdua





door gift kepada para tetamu....gambar tu terbalik sebenarnya...ohh my photographer!!!. dalam bekas kaca tu ada cookies...ada 3 types of cookies iaitu cornflakes, kelapa dan kacang. Door gift tidak termasuk dalam package....ni pihak kami yg uruskan. Cost utk satu door gift tu ialah RM6.00

 Coffee corner - ada teh tarik, cendul, bubur kacang dan 5 jenis kueh mueh.

 5 jenis kueh yg terdiri daripada karipap, cucur badak, kueh talam keladi, kueh talam ubi dan kueh koci

kueh mueh stall...

 cake perkahwinan kami 



 cake fondant

simple jer tapi nampak cantik....my hubby yang pilih design ni hehehe. Sebenarnya ada satu lagi cake pada hari tu...merupakan kejutan utk kami. Tunggu next entry kay.


Itulah dia serba sedikit coretan tentang perhiasan dewan pada majlis perkahwinan kami. Mesti ramai tertanya berapa kos aku belanjakan untuk semua di atas...huhuhu. Jujur aku bgtau....harganya amatlah berpatutan ikut kemampuan aku dan suami. Aku suka majlis yang simple dengan colour pastel yang lembut. Warna tema kami ialah mint green....kami berdua yang pilih. Mint green merupakan colour trending untuk tahun 2014. 

Next entry aku ialah gambar-gambar di saat kami berarak ke dewan dan di atas pelamin.


p/s - alhamdulillah hampir 2 bulan kami telah melayari rumahtangga.




8 comments:

ummisara said...

Liz,

Wah...dah 2 bulan...kejap jer masa berlalu kan...semoga dirahmati dan jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat, insyallah.

sweet lah theme resepsi u....nih dah tak sabar nak tengok pengantin ni...cepat update :P

Jari Manis said...

Woww...mmg meletops lah..ruginya JM tak dapat datang.kalau tak mesti dapat door gift yg comei tu dan makan kenduri yg meriah ni..oh no..tak ada rezeki huhuh

NeenaAnuar said...

waaaaaaaa... tanjat kite tetiba ade highlights pasal kite kat entry nie! hehe.. thank you so much kak for inviting me and hubby.. your wedding was wonderful! :D

Faten Meera said...

sis, bleh tahu tak pasal candy buffet tu?

puteri baharom said...

Hi sis... nice decoration on your wedding day. anyway... bleh tak nak dapatkan no contact person tuk dewan jps ampang tu...

Leez M. Saaid said...


Fateen,

Untuk candy buffet boleh hubungi
Ain - 0122169284

Leez M. Saaid said...


Puteri Baharom,

Untuk sewa dewan di JPS Ampang boleh hubungi

Haris - 0129562021

Anonymous said...

hi sis, mahal x nak sewa dewan ni?