Ads

November 27, 2013

Day 5 : Journey to New Zealand - Milford Sound Part 2


Salam kawan2ku.
Lama sangat rasanya aku tak update citer NZ ni. Aduhaiiii busy tahap gaban ni. Kat rumah my laptop rosak pulak....harap lepas kerja kat opis baru leh update. Minta maaf banyak2 kepada yang menantikan sambungan travelog NZ ni. Untuk pengetahuan semua...travelog NZ aku kat majalah Mangga dah ada di pasaran...utk isu bulan Disember. Travelog Sydney plak masuk dalam majalah Hijab Fesyen bulan Disember jugak. Jangan lupa kawan2 dapatkan majalah tu sekarang hehehe. Nanti aku masuk kat sini.

Sambung di Milford Sound.
Kami masih berada di sini duk mengambil gambar sakan...wlaupun cuaca ketika itu agak sendu. Kalau cuaca panas dengan pacaran cahaya matahari air tasik tu akan menjadi warna turqouis. Memang frust skit masa tu. Takpalah....dengan adanya gambar-gambar kami yang sakan bergaya pakai baju colour merah membuatkan gambar nampak happening skit hahaha. Suhu ketika ini memang sangatlah sejuk bercampur dengan angin lagi. Kejap kami duk luar dan kejap kami duk dalam kalau dah tak tahan sangat.


dah mcm pancasitara plak haha

geng baju merah

tetiba kami ternampak semua orang tertumpu pada benda ni...apakah itu? masing2 duk bawak camera nak mengambil gambar. Termasuklah aku....terkedek-kedek.

wahhhh....ada anjing laut lah. comelnyaaa....siap tunjuk aksi terjun dalam laut mandi manda bagai. Yang pelik nya posing mcm tau2 ajer kami nak ambil gambar dia,  Seksi punya posing.



cruise bergerak lagi......kami nampak air terjun yang agak besar ini.......giler punya besar.

nampak pancaran air pada tasik ini. Masa ni memang air akan tempias ke arah kita kalau kita berada di luar cruise. Sejuk weiii...cepat2 kami bergerak ke dalam cruise. Kalau naik cruise yang kecil...memang habis basah lencun baju uolsss.

jom dah nak balik. Cruise berlalu pergi meninggalkan tempat yang indah ini. Gonna miss this place. Mcm nak datang lagi tapi bila ingat balik cabaran nak datang sini....aku jadi mcm takut plak. Tak larat nak harungi jalanraya yang licin dan agak berbahaya tu.

bye Milford Sound........

kami berjalan kaki menuju ke car park....sambil merakamkan gambar ini.

gambar yang sebenar dan gambar dari signboard ini

geng cik kiah berposing sakan sebelum balik....uhukkk uhukkk



kami berjalan kaki di sini...amik masa 10 minutes gak nak sampai ke parking

dah sampai parking....jalanraya dah basah...hujan turun tadi. Risaunya camana kami nak balik ni...jalanraya licin tu. Ya Allah selamatkanlah kami.

sebalik kami memulakan perjalanan....permandangan yang sama seperti masa kami sampai tadi. Kelihatan cuaca agak mendung....tapi salji makin memutih dan ada sedikit kabus kelihatan

jalanraya dah basah dan agak licin. Norlia memandu dengan penuh hati2. Ikutkan hati nak jer berhenti....tapi memang tak boleh. Takda tempat utk letak kereta pun.

permandangan yg cantik .....tepi gaung.

nampak tak kami kena mendaki masa perjalanan balik ni. Tepi tu ada gaung wahai kawan2.....hati2 memandu yea.

aku sempat mengambil gambar dari atas....kat bawah tu nampak jalanraya yang bengkang bengkok......kiri kanan kami ialah gunung2 yang bersalji. Rasa mcm mimpi pun ada......sebab pengalaman ni sangat unik.
kami mendaki dan terus mendaki sehinggalah kami dah nak sampai terowong yang 1.2 km tu. Kereta berhenti seketika kerana lampu traffic menunjukkan warna merah iaitu beri laluan pada kenderaan arah sebelah. So, kami stop lebih kurang 15 minit jugak. Tapi jangan harap dapat keluar dari kereta...no way. Tidak dibenarkan berhenti di sini uolsss.

sementara menunggu dari dalam kereta aku sempat snap snow di tepian jalanraya. Ni snow yang turun 2-3 hari lepas. Masa kami sampai ni memang takda snow turun...sebab tu kami boleh ikut laluan Te Anau-Milford Sound. Kalau snow turun...laluan di tutup dan kami tak dapat datang ke sini. Kami diberitahu....keesokkan harinya laluan ini ditutup semula...sebab jalanraya licin dan sangat basah sebab snow turun. Fuhhhhhhh....memang rezeki kami....cuaca okay masa kami sampai tu.

sekali lagi kami ikut laluan terowong ni....kali ni kena mendaki....berbanding kena menurun masa perjalanan pergi tadi.

sebaik kami keluar dari terowong......Ya Allah ada sedikit ribut salji di sini. Cuba tengok gambar ni.

perjalanan agak kabus dan penglihatan tak berapa jelas masa ni dan alhamdulillah Norlia dapat memandu dengan jayanya. Syukur sangat. Memang risau sangat masa ni....risau kalau ada runtuhan salji atau batu dari gunung2 ni. 

selepas melalui beberapa km.....cuaca kembali tenang. Lega sangat masa ni. Tetiba aku rasa mcm pening kepala. Keluar kejap sebab Norlia nak berhenti seketika utk ambil mood. Maklumlah tadi melalui situasi yang agak mencabar dan mendebarkan. Aku turun sekejap amik gambar ni. Lepas tu aku masuk semula dalam kereta.....kepala sakit dan mata mengantuk sangat. Hinggalah aku tertidur sepanjang perjalanan.

dalam perjalanan tu....kami berhenti di satu persimpangan untuk pergi ke Mirror Lake. Aku memang tak larat masa ni...mata ni terpejam bagaikan tak boleh dibuka mata. Nagntuk tahap maksimum. So, aku kirimkan camera pada Watie utk ambil gambar apa yg patut. Ni hasilnya....tak berapa superb sebab ada itik katanya....so tasik tu tak nampak bayangan objek lalang tu. Nampak sikit ajer tulisan Mirror Lake. oklah tu.



Perjalanan diteruskan ......aku banyak tidur daripada bangun. kalau tidur sepanjang perjalanan aku akan terlepas permandangan yang cantik di sini. Apa nak buat...mata ni dah tak larat sangat. Then...kami berhenti di pekan Te Anau untuk makan tengahari.....walaupun dah jam 3 petang waktu tu. So maaf yea gambar takda sebab mental tak stabil baru bangun tidur. Kami pergi ke Post Office sebab Siti nak post barang dia melalui courier.....senang tak payah angkut naik flite. Ia mengambil masa 2 weeks utk sampai ke Malaysia. Kos nya entah lupa berapa entah. Then kami singgah  makan jap di park di sini. Sejuk gilossss....menggigil makan nasi goreng. Kami teruskan perjalanan lagi. Sampai di tasik ini hampir nak senja...gambar pun tak berapa nak cantik. Tasik pun tak berapa nak biru.

Perjalanan hari ini agak jauh. Kami menuju ke Queenstown plak. Dari Te Anau ke Queenstown mengambil masa 2 jam. Sebaik kami sampai Queenstown dah malam pun. Tempat tinggal kami agak jauh dari bandar Queenstown...lebih kurang 5km mcm tu. Sebabnya....is agak murah sikit banding stay kat town. Queenstown ni bandar yang paling happening. Nanti next entry aku citer pasal bandar ni yea. 

Agaknya apa yang telah terjadi pada kami malam tu???? Para chef kami dah semangat nak memasak di kitchen. Perut lapar sangat tapi.......sesuatu telah berlaku. Hampeh!!! Tunggu aku citer next entry.


p/s - every weekend ada hal...busy giler





14 comments:

Anum said...

wow takutnya tapi best

Mama Zharfan said...

pics yg sgt2 superb...i hope i can go there one day...

Jari Manis said...

Woowww..masuk majalah tu...ha'a..JM tertunggu2 je sambungan citer NZ ni..

Ha'a lah..laluan cukup scary mary maaa

Ada sambung citer suspend lagi mesti kes GAS habis ni ye dok heee

Radin Fadli said...

Seronoknyanya, InsyaAllah satu hari nanti mesti nak sampai juga ke new zealand ni

nateniale said...

Wow! Looks great! Love the seals....

Unknown said...

Kak, gambar anjing laut melepak kat batu besar tu macam zaman saya pegi NZ dulu je, lebih kurang je diorg lepak situ hahahah...saya beranggapan diorg dh kena gam kat situ, sb nk attract tourist yg dtg kekekek

Azian Elias said...

MASYALLAHHHHH... so beautiful..

u all drive sendiri ye.. bestnya...

New Zealand. nnt i datang ye..

Leez M. Saaid said...


Nurzakiah -

Pengalaman yg menakutkan inilah yg akan kita ingat sammpai bila2...hehehe

Leez M. Saaid said...


Mama Zharfan,

InsyaAllah ada rezeki akan sampai ke NZ juga nanti...kena plan betul2

Leez M. Saaid said...


JM -

Pasal entry di majalah tu...saya akan ceritakan nanti selepas habis entry MZ hehehe...entah bila nak habis ni

Leez M. Saaid said...


Fadin -

Kena plan betul2 ...insyaallah akan sampai juga nanti.

Leez M. Saaid said...


Nateniale -

thanks dor dropping by...
hope u enjoy it.

Leez M. Saaid said...



Chawanna -

hahaha...possible jugak kalau dorang gam anjing laut tu kan.
my trip to NZ ni i ada refer to your blog gak tau....thanks yea sebb byk membantu.

Leez M. Saaid said...


Kak Yan,

Datang jgn tak datang.....
ye akak...kami drive sendiri
six roses semuanya