Ads

November 6, 2013

Day 4 : Journey to New Zealand - Dunedin (Otago Univ & Cancarla Farm)


Salam pembaca semua.
Maaf banyak2 tak berkesempatan nak sambung episod suspen yang lepas. Busy pulak lately ni. Story NZ dan Sydney untuk majalah.... aku dah siapkan. Jangan lupa yea dapatkan majalah Hijab Fesyen bulan December ada story tentang Sydney dan majalah hiburan Mangga bulan December untuk story South Island NZ. Belum lagi di pasaran....pertengahan bulan Nov ni dah ada di kedai2. Coming soon untuk majalah Wanita North Island NZ plak...but dont know yet bila.

Dunedin - Balclutha - Te Anau (290 km)

Ok sambung lagi pasal Dunedin.
Esok paginya di Dunedin. Sejuk sangat....aku agak suhu lebih kurang 3C mcm tu belah pagi. First destination kami ke Otago University iaitu salah satu universiti terkenal di sini dan dikenali di serata dunia. Lebih kurang jam 7 pagi ketika kami sampai tu. Cantik sangat building di sini...inspirasi British. Nampak student datang kuliah naiki bicycle....tapi tak ramai sgt sebab awal pagi lagi. Puaslah jugak posing sana sini mcm tak sedar diri...umpama universiti ini ana yang punya hahaha. 

salah satu building di Otago University.....sangat cantik.

berangan konon baru jer register di sini...hahaha. Harap bakal suamiku dapat sambung belajar di UK....dapatlah aku membontoti dia hehehe.

i think this is the main building of Otago University......tak nampak bayang student pun hehe.

model kita pagi2 dah start berposing.....mcm2 aksi gitiewww

lagi dan lagi.......yang penting pokok di belakang kami pun memang meletop......ni bukan cherry blossom. Habis posing kami pun angkat kaki ke tempat lain plak...cukuplah tu tak boleh lama2 sebab byk lagi tempat lain nak pergi.




Ke manakah ini? Nama tempat ini ialah Cancarla Farm iaitu ladang binatang peliharaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri warga NZ. Di sini tetamu boleh memberi makan binantang2 peliharaan yg terdapat di sini. Jangan terkejut...semua binatang di sini sangat jinak dan mesra pelanggan. Bayaran masuk ialah NZD12 seorang. Owner ladang ini akan bawa anda tour farm di sini sambil bermesra dengan binatang2 disini. Sebelum sampai make sure korang booking dulu http://www.chancarla.co.nz/index.html
Nak stay di sini pun boleh.....rujuk website tu. Tapi mcm aku yg susah nak tidur dalam suasana yang bising....tak selesa kot stay di sini. Sebabnya....bising dengan bunyi anjing menyalak...bunyi mcm2 binatang lain pun ada. Especially bila ada guest waktu tu. Sib baik kami stay tempat lain.

Janji dengan owner tu kami sampai kul 8.30 pagi....kul 8 pagi kami dah terpacul. Dia pun baru bangun waktu ni hehehe. Nak kejar masa katanyaaa. Very nice lady dan sangat kelakar dan peramah. Kata dia....tourist malaysia memang ramai datang ke farm dia. Aku tengok farm mcm ni banyak ada di Dunedin ni. Pilih ajer mana2 yg berkenan di hati. 


sessi suaikenal dgn lady ni...lupa dah apa nama dia.

first kami dibawa untuk mengenali pony ni.....sangat jinak uolsss. Setiap org dapat satu baldi yg ada roti utk diberi makan pada binatang2 di sini.

masa ni aku geli geleman sebab pony ni jilat tapak tangan aku sambil amik makanan. Tu yg geli semacam.

cantik tak ahkak yg beli kiri tu....lentik bulu mata dia uolssss....

nama sheep ni ialah Merry....menggeletis betul dia ni. Pantang nampak kami bawak makanan...dia ajer nak bolot. Lari sana sini....tunjuk aksi hahahaha.

tengoklah bulunya yg tebal ni.....

ni plak vavi hutan yang mengotor dan menggelikan. Sebab tu org Islam diharamkan makan binatang ni.....dia hidup di tempat kotor dan makan benda2 kotor. Tengok rupanya pun kotor siap kuar hingusan lagi....yuckkkk aku geli sgat2 masa ni.

alahai comelnya dia....

itik ni yang paling jinak. Di mana sajer kami pergi....dia mesti ikut. Pastu sibuk jer nak dengar apa yg kami bualkan...mcmlah faham hahaha.

tengoklah kami sibuk nak bagi makan kuda ni...itik2 di belakang tu sibuk jerr......mengekor kami sampai habis. Jinak giler....sweet sangat.



tengoklah lembu ni....besar gedabak. Kalau disembelih untuk buat korban ni memang untung sebab banyak daging. Selepas jer aku bergambar dengan binatang2 ni...boleh plak dia selamba kencing. Hadoiiii sib baik aku sempat melarikan diri. Cisssss....sengaja nak kencing depan ahkak2 ni yea.

cuba anda semua tengok itik2 ni lagi......mengekor tak habis2.....sib baik dia tak menyudu kaki kami hehe.

ni plak anak biri2 yg aktif jugak.

alahai manjanya pony ni kat Norlia...siap bergesel2 muka dia kat badan Norlia. Sibuk nak jugak posing dengan camera. Aku sempat rakamkan aksi mereka ni...nak tergelak pun ada.

besar giler farm ni...kata owner lady tu dia nak jual ladang ni sebab nak ubatkan husband dia yg hidap sakit cancer. Lahai....sayangnya sebab dia dah sayang sgt dgn binatang2 ni. Mat salleh mmg mcm tu...sanggup buat apa saja untuk family tersayang....



nun di atas tu ialah rumah dia.....yg juga boleh disewa kepada tourist

sempat bergambar dgn owner lady tu....tengoklah itik tu....sibukklah haiiiiiii.

kalau korang nak tau...org NZ ni takda yang cantik atau hensem...tak leh lawan kecantikan mai salleh Europe. Senang jer nak kenal....rambut depa mesti warna putih tak kira tua atau muda. Kulit dorang pun tak cantik....ada tompok2 merah. Agaknya faktor cuaca yg sejuk di sini. Kat Dunedin ni ramai orang tua.....especially kalau gi supermarket. Yang bahagian cashier pun orang tua gak.

kami singgah bandar Dunedin lagi sebab nak cari souvenir di sini.....menurut kata org sini....beli souvenir di sini lagi murah berbanding di Queenstown or Christchurch. Hmmmm.....tak juga....aku rasa kat sini pun mahal. Mungkin tengok kita beli kat kedai mana kot. Tempat yg kami pergi ni memang mahal...tapi belasah beli juga sikit.

di kedai souvenirs......lebih mahal di NZ banding di Sydney

singgah jap di supermarket pakn safe untuk beli brg2 makanan utk memasak dan coklat ini. Ni ialah coklat Whittaker's keluaran NZ....sedap dan tidak manis. Setiap hari harga berbeza....hari Khamis murah katanya.

pantang nampak supermarket......mesti penuh jer trolley ni hehehe.

singgah makan di tepi jalan...nampak jer ada kerusi meja kayu mcm ni...kami mesti singgah utk makan tengahari. Menu tengahari tu ialah maggi goreng dan telur goreng. Thanks pada Chef Watie.

kereta kami yg dah rupa lori.....padat dengan beg. Rasanya tak payahlah aku tunjuk isi dalam kereta ni. Sure korang pengsan nanti. Padat sampai ke bumbung kereta...hahaha. Kami sambung perjalanan ke Te Anau...jauh gak perjalanan kali ni.

Sampai di bandar Te Anau jam 6 petang hampir nak senja. Banyak kedai yang dah tutup. Then ada satu kedai souvenir ni masih bukak....jom singgah kejap sebelum kami check-in hotel.

Aku sempat beli baju sejuk All Black warna merah di sini....harga NZD35.....sukanyaa!!!!

hari dah gelap barulah kami sampai hotel. Tak sempat nak amik gambar luar sebab dah malam dan lampu pun takda masa tu...gelap gelita. Kami stay di Lakeview Kiwi Park. Rate seorg ialah NZD33.



Agak penat malam tu sebab seharian kami penuh dengan aktiviti dan perjalanan dari Dunedin ke Te Anau juga agak jauh lebih kurang 3 jam jugak. Kami juga sempat singgah di Balclutha untuk buang air kecil dan ke office i-site untuk bertanyakan info route Te Anau ke Milford Sound utk keesokkan harinya. Adakah jalan di tutup atau di buka. Agak2nya apa dah jadi pada kami sepanjang perjalanan tersebut. Kami melalui satu kawasan ini tetiba semua senyap tidak bersuara. Nak tahu cerita selanjutnya.....tunggu next episod kay....jangan marahhh!!!!

p/s - banyak urusan sebelum hari yg sebenar





9 comments:

Jari Manis said...

Cantik betul building university tu...kenapa lah msia tak ada bangunan macam tu...pastu plak time spring ngan bunga saku memutih..dan model2 nya..cantik sgttt..

Ha'alah..luas betul parm tu..byk binatang peliharaan termasuk vavi tu eh..mula2 JM ingatkan salah eja..sekali tgk kaki binatang tu baru tahu heee

Beli brg masak sendiri lagi jimat kan..

Byk urusan sblm hari sembar?..semoga semua berjalan lancar ..Aminnn

Iryna said...

Bestnye ahkak dpt sampai ke NZ...saya teruja nak gi winter tahun hadapan...semua ni gara2 LOTR!!!...

irene said...

Congratulation on your engagement kak Liz.. just notice your pic kat tepi tue hehehe..

irene said...

Congratulation on Your engagement Kak Leez.. baru perasaan your e-day pic kat tepi tue.. hehe

Muhammad Khairuddin Lim said...

Selamat bertunang...

Leez M. Saaid said...


JM -

mmeg kami masak sendiri....menjimatkan dan dah tentu ikut tekak kami.

Building sana ikut style europe gak...mcm cantiks

Leez M. Saaid said...


Iryna -

ramai tak galakkan gi time winter sebab jalanraya licin dan agak merbahaya...satu lagi sejuk sangat

Leez M. Saaid said...


irene -

thank you very much.....ada gak yg perasan pic tu kan hehhehe

Leez M. Saaid said...


Khairuddin -

thank you...hehe