Ads

November 7, 2012

Hari Raya Aidil Adha @ Temerloh


Salam semua.
Sangat busy busy busy. Memang aku susah sangat sekrang ni nak update blog. Every weekend aku ada ajer benda nak buat. Sekrang ni balik rumah aku memang dah tak pegang laptop. Mood nak berblogging dah kurang. Haiii...ontahlah. I dont know what happen to me. 

Ok entry kali ni nak citer pasal sambutan Hari Raya Aidil Adha minggu lepas. Alhamdulillah tahun ni dah tercapai niatku nak buat korban. Kali ni buat di Temerloh iaitu kampung my sis in law Azam. Kebetulan my bro izam buat untuk dia satu family termasuk my mum dan mertua. So, aku pun selit sekali untuk buat korban. Alhamdulillah selesai sudah dan semoga ibadah korban kami diterima oleh Mu Ya Allah.

Sehari sebelum raya...aku ada ambil cuti sehari. Tujuannya nak buat kek. Kek apa? Kek Tapak Kuda!! Aku dapatkan resipi from my cousin di Singapore. First time aku rasa kek ni masa beraya di Singapore yg lepas. Sedapppp uolssss. Percubaan pertama ia sangat menjadi!!!!!! Ada sesapa nak order?? heheheh


tadaaaaaaaaaa.... inilah dia Kek Tapak Kuda.

aku buat dua version colour dan di tengah-tengah tu ada nutella. Memang sedap sangat-sangat!!!!


Then, the next day tu....selepas solat Raya kami 2 kereta berangkat ke Temerloh untuk melihat acara menyembelih daging korban. My bro Izam dah balik awal sehari sebelum nya. Biasalah kalau dah gi ramai-ramai ni mesti ada yg terhegeh-hegeh nak siap. Lebih kurang jam 12 tengahari jugak kami sampai di Kampung Bangau Tanjung di Temerloh. My bro kata dah selesai pun acara sembelih korban tu....alahhhhhh frustnyaa tak sempat nak tengok. 

Sebaik sampai di kampung.....kami bergotong royong memotong daging korban untuk bbq malam nanti di sini. My bro Izam memang dah niat nak bersedekah dan menjamu warga kampung di sini dengan pelbagai juadah. Antara makanan yg akan dijamu malam nanti ialah daging dan ayam BBQ, sup daging, tempoyak ikan patin, kerabu mangga, mee soup, nasi goreng, bubur pulut hitam dan macam2 lagi. Aduhaiiiiiii.....memang kami penat makan malam tu hehehe.


acara memotong daging korban siang tu.....

malam pulak.....acara membakar daging dan ayam. My bro's friends warga Turki mengambil tugas bab2 membakar ni.

Chicken BBQ pun ada....shedapppp!!!!

mee sup dan lauk-pauk lain pun ada. Sorry gambar tidak jelas sebab guna hp camera

tempoyak ikan patin yg sangat mengancam...licinnnn!! Kalau dah berada di Temerloh wajiblah dijamu dengan ikan patin


Malam tu kami stay di Hotel Seri Malaysia...stay one nite ajer. Thanks to my bro for this complimentary hotel hehehehe. The next day kami dah pulang ke KL.....tak nak terperangkap dengan jammed kalau balik hari Ahad. Alhamdulillah habis sudah weekend activity kami di Temerloh. We had such a nice weekend activity.

Esok harinya pulak.....aku buat besday party for my nephew Airiel Danish yang ke 6. Suppose besday dia...daddy nak celebrate next weeknya...tapi aku takda masa tu. So, aku sajer-sajer buat makan-makan dengan family ahad malam tu. Aku sempat order cake untuk besday Danish. First time order dengan blogger Irma. Sedap sangat cake nya. Jom tengok cake apa yg aku order.


ada 2 kek uolssss.....sajer aku order 2 cake. Maklumlah....yg jadi besday boy sorang tapi yg tukang tiup lilin ramaiiii...hehehe.

Happy 6th Besday to Danish. Along loves u so muchhhh!!!!!

Pavlova Cake yg sangat sedappp. Kalau ada sesapa nak order boleh ke website link ini.

Kek Karemel ni pun aku order jugak. Sebab sangat!!!!


Ok itu sajer entry kali ini. Maaf gambar tak cantik sebab aku guna hp camera sahaja. Next entry aku share dengan uolsss trip aku ke Terengganu baru-baru ni. Trip yg sangat best!!!!!


p/s - Travel...travel..travel....will be away next week.




4 comments:

Anum said...

wow temerloh
kampung anum nie
temerloh kat mane

mrs gold said...

banyaknya lauk kenduri...puas la makan :)

zila said...

byknya makanan...bila tgk leez nyer entry baru perasan entry saya psl raya haji lom masukkan dlm blog..hehe. ikan patin tu saya suka goreng..sedapp. nk ke mana leez?? main salji dan jumpa santa ka?? hahaha

Zura Lee said...

salam perkenalan anum dan selamat hari raya aidiladha... :=)


http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/