Ads

March 27, 2012

Kembara Umrah 2012 - Ziarah Kota Madinah




Bersambung lagi.
Hari ke 3 di kota Madinah. Selepas solat suboh...menurut kata ketua rombongan kami, pagi tu ada aktiviti ziarah Kota Madinah. So, pukul 7.30 bersiap sedia berkumpul di bawah lobi hotel dan terus naik bas. Mutawwif memberitahu kita akan pergi ke Masjid Quba' terlebih dahulu. Sampai sana boleh terus buat solat sunah 2 rakaat. Dari dalam bilik aku memang dah standby berwuduk supaya senang sikit boleh terus bersolat di masjid nanti. 

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Mekah. Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasululluh. Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali. Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Mekah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah).

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: " Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah." (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.) 


 sampai ajer terus mencari pintu masuk bahagian solat jemaah wanita

 sebaik sampai di sini...aku terkejut sebab ramainya jemaah sehinggakan nak masuk pun tak boleh...tersekat di depan pintu ni. Dulu masa 7 tahun yg lepas....aku rasakan senang ajer nak bersolat di sini. Umrah kali ni aku memang banyak menahan kesabaran dengan manusia yg terlalu ramai dan banyak kerenah. Subhanallah sesungguhnya aku diuji.

 di luar masjid ini ada disediakan tempat air zam zam

 aku bergambar dengan Kak Wahyuna di luar pintu masjid

 bersama-sama dengan jemaah wanita lain - From left Kak Azima, me, Fazlina, Juhaida and Makcik Rokiah. Miss all of you guys!!

aku bergambar disebalik Masjid Quba'

 yang memakai beg warna pink tu semua ialah jemaah-jemaah dari travel agensi yg aku ikut ni. Yang belah kanan sekali pakai baju hitam tu ialah ketua rombongan dari KL iaitu Ustaz Halim. Sebelum tu Ustaz ada pesan...hati2 dengan beg sandang jemaah semua. Kat sini banyak pencopet yang sangat licik. Even kita tengah bersujud pun sempat sambar beg jemaah. So, aku mengambil langkah berhati-hati dengan meletakkan beg di tengah-tengah sejadah ketika solat. Ketika berjalan diingatkan gantung beg di leher.

 subhanallah ramainya manusia......

 di luar masjid kelihatan ramai yang meniaga pelbagai ubat-ubatan herba, buah-buahan dan kurma.

aku ternampak orang menjual kurma segar.....harganya sekilo- 10 Riyal (RM9)

 Subhanallah sedap sangat sangat kurma segar ni. Kalau kita minta sebiji untuk rasa... peniaga tu akan kata "Halal". Rasanya aku duk makan berbiji-biji dah....sebab setiap peniaga yang aku singgah aku mintak sebiji untuk makan...heheheh melampau betul. Akhirnya aku beli gak 2 kilo...konon nak bawak balik KL....sampai di Mekah dah lembik jadi tak berapa sedap. Kebanyakan kebun kurma memang tempatnya ialah di Madinah. Kalau di Mekah taklah semurah disini dan semeriah di sini.

 segala jenis benda ada dijual - tasbih, kopiah, stokin, serban, kekacang, kurma, ubat-ubatan penyakit....semua ada. Kena pandai meminta kurangkan harga. Tapi ada kalanya depa tak bagi kurangkan.

 tengoklah tu minah ni sampai gantung beg kat leher....yelahhh sebagai langkah berhati-hati.

 belanja bukkk....belanja!!! Ketika ini aku perhatikan jemaah Indonesia ramainyaaaaaa....sampaikan peniaga ni pun pandai berbahasa Indonesia. Kelassss!!!



Selesai sudah bersolat di Masjid Quba'....kami bergerak pula ke Masjid Qiblatain. Masa ni kami tak turun dari bas pun...hanya lalu ajer di sini. Kata Mutawwif kami....masa dah suntuk sangat sebab lepas ni banyak lagi tempat nak singgah. Alaaaaa.....terlepas peluang nak bersolat di masjid ini. Dulu aku sempat jugak ke sini dan bersolat. Kena naik tangga tinggi. 

Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Palestina. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekah
Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijrah hari Isnin bulan Rejab waktu zuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW tengah solat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al-Baqarah ayat 144, yang ertinya:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Setelah turunnya ayat tersebut di atas, baginda menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang ertinya masjid berkiblat dua.



Kemudian kami singgah pula ke Kebun Kurma. Sampai ajer kami telah disajikan dengan air teh Arab. Rasanya mcm teh halia skit. Khasiat teh Arab ini boleh membuangkan angin dalam badan. Selalunya waktu berbuka puasa dorang akan berbuka dengan air teh Arab ini. Rasanya...hmmm bolehlah telan.

 sebab ramai sangat orang dan aku jadi terlupa nak ambik gambar pokok kurma tu. Yang dalam gambar ni...ada batang pokok kuma ajer hehehe. Kalut sangat aku ni. Jemaah punyalah ramai masa ni. Kawan-kawan aku entah ke mana hilangnya. Semuanya bawa diri ajer.

 disebelahnya ialah Pasar Kurma. Segala jenis kurma ada di sini. Yang mahal...yang murah semua ada. Pandai-pandai kita nak membeli yang mana satu. Bila tengok ramai sgt org aku jadi bingung. Ahhhhh.....takkan nak balik dengan tangan kosong kot. Kenalah aku membeli skit. Aku cari coklat kurma, kekacang, kismis, coklat dan beberapa jenis kurma. Yang paling mahal aku beli ialah Kurma Ajwa/Kurma Nabi. Harganya ialah 100 Riyal (RM90) sekilo ...perghhhhh mahal. Tetapi byk khasiatnya. Kita digalakkan memakan 7 biji kurma ajwa dan berselawat ke atas Nabi...Insya Allah boleh menghindarkan daripada gangguan sihir, syaitan dan iblis. 

 masa ni aku dah dapat apa yg aku cari...pastu aku snap gambar-gambar mana yang sempat. Tangan kiri pegang bakul...tangan kanan pegang camera yg bagak ni. Azab plak rasanya masa ni. Huhuhu.


Taukeh pasar ini satu owner sahaja iaitu orang Arab tetapi pekerja nya ramai orang Indonesia. Dulu aku tak singgah di sini...sebab aku gi Pasar Kurma yg banyak-banyak kedai yang berdekatan dengan Masjid Nabawi tu. 
Aku sempat tanya kat Mutawwif tu (Nama dia Ustaz Muhammad)  "Kenapa kita pergi kat sini? Saya lebih selesa pergi yang kedai banyak-banyak tu.".
Dia jawab " Sekarang ramai pergi ke sini berbanding sana sebab boleh tengok kebun kurma sekali".
Aku plak jawab " Alaaaaa kat sini tak best sangat sebab bersesak-sesak dengan jemaah yg ramai. Yang sana tu lebih selesa sikit". 


tengoklah time nak membayar....betapa azabnya. Aku jadi peliklah dengan orang Arab ni....susah sangat ke korang nak buat satu undang-undang skit kat pasar kurma ni....tulis signboard SILA BERATUR KETIKA HENDAK MEMBUAT BAYARAN. Signboard lain ko pandai plak menampal macam-macam kat sini. Nak membayar pun berebut. Aku sampai tahap mcm give up pun ada masa nak membayar. Macam nak letak balik semua kurma-kurma tu dan terus naik bas. Masa ni mcm nak bergaduh ajer dengan yang tukang cashier tu. Depa mengira main sebut harga dalam kepala otak...bukan pakai culculator hokay!!! Kalau salah kira...nasiblah kira halal ajer. So, aku pasrah masa ni. Lepas duk mengira depa main longgok ajer barang atas meja tu. Pandai2 akulah nak kutip masukkan sendiri dalam plastik. Sekali balik hotel aku check balik.....ada sekotak kurma coklat aku dah tertinggal. Hmmmm....tulah byk sangat komplen minah ni hehehehe.

 Kemudian destinasi kami ialah ke Jabal Uhud. Dalam bahasa arab...Jabal tu maksudnya Bukit. 

 Masa ni Mutawwif - Ust Muhammad  duk explain tentang tempat ni. Aku plak duk sakan mengambil gambar sana sini. Sambil tu aku pasang telinga gak apa yg dia cakap. 
Pada mulanya Ustaz tu bercakap dengan seorang jemaah ajer sebab jemaah tu duk tanya dia mcm2 soalan. 
So, aku pun mencelah sambil berkata "Ustaz, apa kata ustaz cakap kuat sikit biar semua jemaah dapat dengar apa yg ustaz cakap".
Tetiba dia senyum lagi kat aku...aikkkkk!!!! 
Mesti dalam hati dia kata..." Minah ni kan overlah. Saya taulah ni tugas saya...memang saya nak explain pun kat semua jemaah. Saya cuma nak menjawab soalan jemaah seorang ni ajer. " Hahaha....dialog tu aku agak ajer....bukan dari mulut dia pun. Aku yang memandai.

 Ustaz tu ajak kami naik bukit ini. Nasib baik mak larat naik. Yelah sebelum gi umrah ni mak dah sakan bercardio di gym huhuhu.



Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-SiddiqUmar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.



 di sinilah tempatnya ketika Perang Uhud terjadi dan para tentera Muslim telah mati dibunuh oleh kaum Quraisy - mati syahid

 di sebelah kiri yang ada kepungan tu ialah kubur para tentera Muslim yang telah mati syahid tu.

 batu ini masih lagi kelihatan merah di mana tumpahnya darah ketika peperangan Uhud ini - darah mati syahid
para jemaah yang sempat kami bergambar....

kat bawah bukit tu....banyak betul orang yg meniaga

 kalau nak cari ubat utk hamil, ubat senang bersalin, ubat batuk herba, inai mekkah, ubat kencing manis, ubat darah tinggi...di sinilah tempatnya. Cakap Melayu ajer...peniaga ni memang faham pun.

 kurma pun banyak dijual. Aku perhatikan di sini lebih murah sikit harga kurma. Cumanya kualitinya kurang sikit berbanding di pasar kurma tadi. Bagi aku....tak kisahlah asalkan namanya KURMA.

hai semua...sayalah duta Kurma di Madinah. Hahaha...overkan!!!! 

ini ialah Kurma Nabi atau Kurma Ajwa...di kawasan Bukit Uhud ni harganya 70 Riyal sekilo.




Gambar di atas ialah makam para syuhada. Makam Saidina Hamzah yang mati syahid ketika Peperangan Uhud. 

Masa kami nak balik ke arah bas...tetiba Ustaz tu mendapat penggilan phone dari Mekah bahawa kami boleh berangkat hari ke Mekkah hari ini jugak selepas Zuhor. Lahaiiiiiiiiiiii.....ingatkan nak gi esok. So, sampai ajer hotel kami terus gi masjid untuk menunaikan solat Zuhor dan doa selamat tinggal untuk Rasulullah. Doa ini wajib dibuat sebelum kita meninggalkan Madinah. Umpamanya.....kita ucap selamat tinggal pada Rasulullah dan mohon doa pada Allah kita akan kembali lagi mengunjungi Rasulullah sekiranya umur panjang dan ada rezeki untuk datang ke sini lagi. Sedih pulak rasanya masa ni sebab aku tak puas untuk bersolat di Masjid Nabawi. Ya Allah semoga ada rezekiku untuk kembali ke sini lagi.




Lebih kurang jam 3 petang kami sudah siap untuk berangkat ke Mekah. Aku sebak dan sedih masa ni. Dalam perjalanan masa ni....aku banyak merenung dan berfikir. Aku nak sangat datang beribadah ke sini bersama seorang yang bernama suami. Itulah doa dan hajat aku selama ini. Pelan-pelan air mataku menitis lagi. Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah......permandangan kami dikelilingi oleh padang pasir dan bukit bukau yg berbatu batan. Agaknya camanalah semasa zaman Rasululluh dulu semasa baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Terus aku terlelap....zzzzzzzzzzzzzzz.

Ok sambung lagi next entry okay. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!







16 comments:

Rozita said...

Tengok gambar gambar ni, teringat masa ke sana tahun 2001 dan 2006 dulu. Moga ada rezeki lagi ke sana.

Saya faham apa yg leez rasa tu, sebab setiap kali ke sana, ada satu hajat yg sentiasa saya harap Allah makbulkan, setiap kali berdoa pasal tu, sure bercucuran air mata..

ANR said...

wah mcm ala² Filem Ayat² Cinta lah kak. hahahah

p/s xnak share ke ayat² bahasa arab itew?

Alin Marlini said...

Ya!Allah kak leez..seronoknya di sana...i'allah murah rezeki akan ke sana jugak..

ada kurma lebih tak?hehehehe

syieda said...

liz, ok set. ustaz hensem. kekekekkekee

kasihredha said...

waduh2...mana gambar pak ustaz itu?tak nampak muka le..tak sabar..tak sabar...nak baca n3 seterusnya :)

!eNa PnG said...

alhamdulillah...:D insyalllah dengan izin pasti sampi di sana..

h4ni3 said...

bestnya tengok gambar2 k.leez
ehemm.. tak sabar nak tunggu sambungan cerita ustaz! hehe

Zita's Jones said...

a'ah la...x sbr nk baca & tgk muka ustaz...heheee. kak leez, tgk2 gambar akk ni tetiba ternampak muka makcik & pakcik sy (pn. faridah & en. rosdi)kecik kan dunia ni...:)

Leez M. Saaid said...

Rozita -

Insya Allah kalau ada rezeki akan sampai juga nanti.

yelahkan...bila kita berada di sana mcm2 hajat kita nak berdoa...hingga boleh mengalir airmata.

Leez M. Saaid said...

Aqilah -

akak kena byk belajar ayat2 cinta dgn dia...then barulah leh ajar kat org lain ahaksss

Leez M. Saaid said...

Alin -

pelan2 kumpul duit boleh wat umrah di sana....keseronokan yg tak leh digambarkan.Insya Allah

Leez M. Saaid said...

syieda -

mana awak tau dia hensem?
Sy tak pernah reveal pic dia sepenuhnya kat mana2 pun hehehe.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

seganlah kak nak letak pic dia kat sini...orgnya biasa ajer. Tapi tetaplah nampak muka org berimannnnn hehehe.

Leez M. Saaid said...

iena -

Insya Allah ada rezeki nanti...boleh sampai jugak.

Leez M. Saaid said...

hani -

hehehe...segannya.
Sebab dah start tercerita ni....terpaksalah habiskan jugak.
Segan pun ada hehe.

Leez M. Saaid said...

Zita -

ohh ye ke?
laaa makcik faridah tu you punya pakcik ke? hehehe
memg kecik jer dunia ni.