Ads

May 23, 2011

Day 1 : Journey to Kuching - Waterfront & Kg Boyan






Bersambung lagi kita di Kuching. Cantikkan gambar di atas. Warna air sungai tu kebiru-biruan dah macam air laut plaks. Disebabkan cuaca panas dan terang...maka hasil gambar juga cantik. Permandangan di atas ialah di tebing sungai waterfront. Masa ni kami tengah cari jetty nak naik boat gi seberang sungai.

Kena tunggu boat sampai untuk mengambil penumpang. Pada mulanya mamaku tak nak joint kami naik boat sebab dia tak larat nak naik turun boat tu. Tapi aku duk pujuk dia...ok ajer tak susah....cuba dulu mana tau ok. Yelah...takkan nak tinggalkan dia kat tepi waterfront ni. Alhamdulillah berjaya juga mamaku melangkah masuk ke dalam boat ini. Harga ke seberang ialah 50 sen sahaja. Kalau nak naik boat keliling boat akan dikenakan RM2 seorang. Hmmm....malaslah. Kami just gi seberang ajer.




ini rupanya boat penumpang itu

jetty tempat nak naik boat....cantik dan terjaga


bersedia untuk naik. Kalau nak tau kat dalam boat takda life jacket. Anything happen sendiri tanggung. Itu aku tak risau...tapi yg aku risau ialah kot2 ada si bujang senang kat dalam sungai tu...adohhhhh...ngeh3


si kecik tu melalak naik boat...takut katanya....bunyi enjin tu yg buat dia menangis hehehe







Ada lah dalam 3 minit dah sampai ke seberang sana. Kami pun dengan bangganya seronok dah sampai. Nampak ler building Dewan Undangan Negeri yg cantiks itu. Sekali kami pun duk tercongak-congak...mana ler kedai kek lapis ni tak jumpa. Adakah kami tersalah tempat? Kami duk tanya makcik yg jual air tepi tu.....sekali salah daaaaaa. Kami tersalah gi rupanya. Kalau nak pergi beli kek lapis kena berhenti di Kg Boyan di sebelah ajer. Hehehe...tulah memandai tak tanya orang.


So, dengan malasnya kami naik lagi boat untuk ke Kg Boyan. Pakcik boat tu charge kami RM1.00 per person....cekik darah kami betui. Pejam mata bayar...ibarat bersedekah lah. And again anak buah aku duk melalak lagi dalam boat tu...saborrr jer aku. Puas duk memujuk dia hehehehe.





pakcik ni pakai enjin tapi still guna dayung...camno tu?


fuhhhh...selamat sampai di Kg Boyan.....


kesian mamaku...gigih duk mendaki tebing tu


kat sini nak memancing pun boleh....ikan apa agaknya ehh???


sampai ajer di Kg Boyan dah nampak food court ini...segala jenis makanan Sarawak ada jual....tak tau sedap ke tak...





ni hotel Grand Margherita....dulu tahun 2004 aku stay hotel ni..


yeaa...yeaa dah sampai kedai jual kek lapis. Dari jetty tu kena jalan dalam 50meter mcm tu.



Kat tempat ini kalau tak silap aku ada 3 kedai kek lapis yg dibuat di sini juga...kira fresh lah. Kek lapis Dayang Salhah dah biasa dengar....memang di sini kedainya. Tapi bagi aku biasa ajer rasanya. Ada kawan aku rekemen try Kek Lapis Mira....sedap dan tak manis sangat. Yeehaaaa aku dah jumpa kedai Mira tu kat sini...sebelah Dayang Salhah ajorr. Fulamakkkk punyalah ramai orang kat kedai ni. Dia siap jual kat luar bukak khemah lagi. Berebut-rebut orang membeli...kebetulan plak ada satu group rombongan sampai on the same time aku tiba. Udah ler cuaca panas berdeting.....berebut-rebut plak tu. Yang pasti keknya baru siap dimasak dan fresh. Harganya sama RM10 juga. Perkhidmatan membungkus dalam kotak juga disediakan. Banyak sungguh mamaku memborong kek ini....demam kek kami huhuhu.


Di sebelah Mira kek lapis ni ada satu lagi kedai juga. Aku tengok mcm takda orang pun...aku tak pasti sedap ke tak. Berpeluh jugak kami di sini dah tak larat nak tunggu lama. Singgah jap kat food court tu order air dan lepak kejap....





perkhidmatan membungkus kek ke dalam kotak disediakan......kat luar khemah ajer dorang jual





Dah berehat sebentar dengan menghilangkan dahaga...kami pun beredar. Jalan punya jalan kat tepi sebelah jetty tu...sekali tu aku ternampak ini sighboard. Wahhh ada jual makanan tradisional Sarawak lahhh...why not kita cuba. Adik aku mcm malas nak cuba sebab masa ni masing-masing masih kenyang makan lunch tadi. Aku duk pujuk mak aku...kita cubalah makan Pansuh...sebab dah lama aku teringin nak rasa. Korang tau tak Pansuh tu apa? Pansuh tu ialah makanan tradisional Sarawak yg dimasak menggunakan buloh. Dalam buloh tu ada ayam dan ramuan 15 jenis daun rempah ratus.


Selain daripada itu, di gerai ini juga ada jual makanan tradisonal Sarawak yang lain seperti umai, sayur midin dan mcm2 lagi. Yang lain-lain aku kurang pasti. So, akhirnya adik aku terpedaya juga dengan pujukan aku. So, kami makan di gerai yang jual makanan-makanan ini. Tempatnya sangat tradisonal juga.....ada unsur2 buluh pada tempat duduk dan mejanya. Masa ni dah nak maghrib....aduiii lamanya kami menunggu orang ni memasak. Sampaikan kami fed-up dan macam nak balik ajer. Apasal lah dorang ni terhegeh2 sangat. Bukannya ada customer lain pun...kami ajer yg tinggal. Aku pernah terbaca kat satu blog ini....blogger tu pernah komplen pasal service yg sangat teruk pabila dia makan di restoran2 kawasan Kuching ini. Hmmmm...sekarang betul-betul aku yg terkena. Please lah...kalau taknak customer lari....tolong bagi services yg efficient.








di sinilah gerai yg kami makan....mengekalkan cara tradisonal...mcm duk dlm hutan plakss....nyamukksss


pansuh itu di bakar mcm kita bakar lemang


kami dihidangkan dengan beras padi bukit....hmmmm aku tak suka dan tak sedap. Satu pinggan harganya RM3 tauuuuuuuuuuuuuu...mahals.


masa pansuh ni dah masak...dorang tunjuk demo camana nak tuangkan pansuh tu dalam mangkuk hidangan


harganya RM25...kami ambil yg paling kecil...takut tak termakan nanti


ini dia isi Pansuh itu...hmmm terus terang aku cakap ....... sekali dah masuk dalam mulut tak boleh nak telan....bukan taste aku namanya. Rasanya mcm kuah asam rebus pun ada tapi pahit sikit sebab ada pelbagai jenis rempah ratus dalam tu. Hmmmm cukuplah sekali yeakk..


ni sayur Midin masak goreng belacan...aku suka dan sedap. Rasa sayur midin ni mcm pucuk paku. Hanya terdapat di Sarawak.



ni plak Umai....ok lah aku boleh telan. Cuma rasa hanyir sikit sebab depa letak udang yg separuh masak. Rasanya seperti sayur kerabu.


Manggo Fish....guna ikan kerapu...sedap sangat dan terasa masakannya. Akan tetapi nak menunggu dia masak ikan ni....sampai kami dah fed-up...suh dia bungkus ajer. Malam tu kami duk rata ajer ikan ni dalam bilik hotel. Total semua makanan kami ialah RM100....hmmmm tak berbaloi dgn citarasa kami...so kami rasa mahal dehhhhhh.






Next entry- pengalaman kami di Pasar Serikin yg panas mcm kat padang pasir nyahhh...heheheh.






2 comments:

zila said...

Salam..

Hepi tgk awk travel2 cmni. Sayapun pegi kuching time wesak day ritu..mmg best. Cuaca plak baik. Makanan mcm laksa sarawak, kolok biasa2 jakan? kek lapis bwk balik dah masam..nasik baik dh melantak kt sana time rasa sampel..hehehe.

MsFigure said...

Salam...sayur midin tu bukan ada di Sarawak saja, tapi si Sabah pun ada, cuma kami panggil sayur tu Lemiding :D