Selepas bershopping di Pasar Sukawati kami meneruskan perjalanan ke Pasar Ubud pula. I’ve been to this place but the others belum pernah singgah lagi. I memang suka bershopping di sini. Keadaannya agak nyaman dan redup dengan pokok-pokok. Harga barang pun lebih murah.
Kami sampai masih lagi pagi dan sempat dapat harga pelarisnya. Kena pandai bargain harga habis-habisan. I beli kotak ukiran kayu untuk simpan brooch. Beli 2 kotak kayu dapat harga Rp120k. Mati akal si penjual tu bagi harga tu. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Berat gilos nak bawa balik KL.
Di Pasar Ubud ini, I sempat membeli barang perhiasan rumah berbentuk batu pecah yang sangat cantik. Sebelum ini tidak pernah nampak lagi this item kat pasaran. Actually tidak plan nak beli tetapi selepas di pujuk rayu oleh penjual tu. Akhirnya i terbeli juga. I can get at about Rp50k for one item. I beli sepasang.
Di sini juga banyak dijual kain silk bercorakkan batik Bali siap dengan selendang. Selain daripada tu ada dijual sarung kusyen dan table runner. Bila kuperhatikan barangan yang dijual di sini lebih kepada barangan kraftangan buatan Bali. Itemnya nampak sama dengan apa yang dijual di Pasar Sukawati tetapi aura membeli tu lebih ke sini.. Kepada sesiapa yang hendak berbelanja di Bali, this place is highly recommended.
kain silk batik Bali....
Then, kami lunch di sebuah restoran nasi padang di kawasan Ubud juga. Tak berapa sedap sangatlah. Tak kisahlah asal dapat alas perut. Di Bali kena berhati-hati memilih makanan halal kerana kebanyakan rakyat Bali adalah beragama Hindu. Kedai makan jual babi guling bersepah-sepah. Awas ya! Jangan anda tersalah pilih tempat pula.
1 comment:
Leez, kain silk batik kat Bali ni, harganya berapa ya...anggaranlah....kainnya bagus tak ke sennga retas...
Post a Comment