Ads

March 19, 2009

Jakarta-Bandung .... Here I Come. Again !!!!!!


Jakarta...here i come......

I'm off now.

The last time I went to Jakarta was last year. This is the third time i'd been there. Will be updating once back from Jakarta.

Be ready to read about my journey blog yah!!




March 17, 2009

Wedding Invitation


Last week banyak betul jemputan kahwin dalam satu hari. Satu hari sampai 3 jemputan. Jauh-jauh pulak tu. Nasib baik on saturday, at least esoknya sunday relaxlah sikit. Mula-mula pergi rumah Auntie Mastura, my mum's friend kat Kelana Jaya. Majlis perkahwinan anak dia kat Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. First time i pergi majlis kahwin kat situ. Makanan boleh tahan sedap. Pelamin pun cantik...simple and nice.

Tak sempat nak tunggu pengantin bersanding coz kena kejar waktu untuk jemputan seterusnya kat Kelang pulak. Tapi sempat jumpa pengantin jap kat bilik persalinan. Yang kahwin ini anak auntie Mastura yang perempuan... the only daughter. Wedding gift ialah paper bag look like hand bag...nice. Dalam tu ada buku surah-surah pilihan dan set saputangan and sudugarfu.

Ini pelaminnya...simple and nice


Next jemputan pulak kat Kelang. nasib baik arah jalan yang sama. So, kami terus ke Kelang rumah Mummy Salmah, arwah my father's cousin. Majlis perkahwinan cucunya. Makan sikit aja and tadi pun makan sikit gak. Lauk-pauk pun sedap belaka coz depa masak sendiri. Masa kami sampai dah dekat pukul 2.00 petang. Ramai sedara-mara yang lain dah balik. Borak-borak kejap, terus kami balik ikut Kesas Highway. Pelamin kat sini pun nice. Wedding gift ialah cupcake. Tak sempat nak snap photo dah habis pun cake tu...hehehe.

nice.... pelamin
my mum tengah berborak dengan Mummy Salmah



Then, malamnya ada satu lagi jemputan juga. Atas jemputan my mum's friend kat Dewan Bridged General, Batu 8, Cheras. Susahnya nak cari tempat ni..dah ler malam. Asik terlajak sana-sini. Akhirnya sampai juga. Merupakan perkahwinan pertama anak tuan rumah. Punyalah ramai tetamu. Ini tempat kawasan perkampungan polis. Sempat ambil gambar pelamin dari jauh aje. Bila buat majlis waktu malam macam ni, susah sikit because nak tengok muka orang tak jelas. Tempat untuk parking pun gelap. Cuma bagusnya, suasana sejuk aje.


March 9, 2009

Santai @ Satay Station

Bersantai di Satay Station bersama-sama geng BBGS.. zarina, norlee, asnita , sazzieya and adreena. Actually perjumpaan ini diadakan khas untuk Asnita coz she's moving to Penang. Ala-ala farewell gitu. First time jumpa Asnita coz gathering sebelum2 ni tak sempat nak jumpa dia. Lain bebenor si Asnita ni compare zaman-zaman sekolah dulu. Totally different. Kalau tak tahu jumpa kat mana-mana pun mesti tak perasan punya. Dia kena pindah ke Penang mengikut suaminya.

Bila dah berjumpa ni tak sah kalau tak bergossip tentang kawan-kawan sekolah lama. Ramai betul yang i tak berapa nak kenal. Al-maklumlah habis sekolah kat BBGS until Form 3 aje. So, ada yg i tak berapa cam.

Perjumpaan santai ini berakhir jam 11.00 malam. Tomorrow kerja tu... kalau malam minggu entah2 sampai ke pagi tu...muahahaha. Really enjoy together-gether like this.


Adreena, Asnita, Zarina and Norlee
Liz and Sazzieya
@ Satay Station

March 7, 2009

My Relative From Johor Bahru

Jai and daughter, Alia


Last week my house riuh rendah dengan kehadiran my relative belah arwah papa....Jai and family from Johor Bahru. Selalunya kalau kami bercuti ke Singapore, mesti kami singgah rumah mereka di JB dan tidur semalam. Then, when they came down to KL, akan singgah juga ke rumah kami. Kat KL memang banyak rumah persinggahan mereka, ramai sedara mara. Normally Jai and family akan singgah ke rumahku and tidur untuk beberapa malam.

That day kebetuan mereka datang ramai sebanyak 2 kereta kerana ada majlis perkahwinan di Selayang. Sempat bawa Jai ke Ampang Point and singgah makan roti nan di Ampang. Cik An, adik kepada Jai pula sibuk mencari barang perkahwinan untuk andaman. Harga di KL jauh lebih murah berbanding di JB. Sempat juga mengirimku beberapa helai baju pengantin di Jakarta nanti.

They not familiar with KL road hinggakan sesat ke sana ke mari. So, I'm the one yang akan tunjukkan jalan keluar through phone tu...lawak betul. Sepanjang berada di KL, mereka sempat singgah di rumah my bro di Pandan Utama. Ibu kepada Jai, Kak Zizah tak pernah sampai ke rumah adik-adikku...this is the first time. My bro belanja makan satay dan mee goreng.

I'm really happy bila jumpa sedara-mara. Macam-macam benda kami bualkan dan ketawakan. Thanks to Jai and family for coming to my teratak....kak liz seronok sangat!!!!.



Me and Jai's daughter...Alia


March 5, 2009

My Former Friend of MRSM Jasin


Sejak habis Form 5 at MRSM Jasin, memang lost contact dengan kawan-kawan. Yelah masing-masing busy with studies. Ada yang terus pi overseas and ada yang study at local university aje. Normally contact through phone ajelah.

Sejak ada Facebook ni, ramai betul i jumpa balik kawan-kawan lama. Very good approach. So, terjumpa balik kawan baik ku yang memang close kat MRSM Jasin dulu iaitu Ashlina. Memang dah lama i tried to contact her....tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah melalui dunia cyber alam maya kami bertemu jua akhirnya. Kami bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Kami dah berjanji nak berjumpa di sebuah restaurant di Shah Alam. Kebetulan on that day she had class at Uitm Shah Alam. I took one day leave special for her. Masih maintain comel and tak berubah masih talkative bila berjumpa.

Biasalah... kami banyak berbicara tentang hal-hal family, peribadi, carreer dan kisah zaman persekolahan dulu kat MRSM Jasin. Now she's working at UMW and married with 4 kids. Nice to meet u, Ash. Anytime free boleh jumpa lagi.

Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman


It had been so many years never been to this place. I went there last month with my friend from Sabah. Macam best pulak kan. So, last week ajak my mum pulak coz dia nak cari tudung. It was 5pm when i arrived there...punyalah dah ramai dengan manusia. Parking kereta kat depan Campbell hanya RM5 per entry. Yelah dah lama tak datangkan....macam-macam jenis benda dijual di sini. I stay in KL but macam jakun tengok pasar malam ni. Sempat beli tudung (padahal plan nak borong tudung kat Jakarta tu), long sleeve t-shirt dan beberapa jenis makanan. Tak habis jalan sampai hujung pasar coz mama dah tak larat nak jalan. Pulak tu dengan lautan manusia yang ramai. So, kalau nak pergi ke sini, better pergi awal petang. Kalau dah malam, memang sesak sangat.

Last time when arwah my father ada lagi almost every month mesti pergi pasar malam ni. Biasalah arwah mesti akan beli pelbagai jenis makanan dan akhirnya tak habis makan....sebab terlalu banyak sangat...semua benda nak beli. Teringat kat papa.

Di sini anda boleh dapatkan tudung, pakaian, beg, kain ela, brooch dan segala macam benda. Makanan pulak...ada nasi beriani, nasi kerabu, laksa, nasi kukus, mee kari, rojak, popia, kueh mueh....apa anda nak cari...semua ada. Memang rambang mata tengok makanan. Terasa macam bulan puasa pulakkan.


tengah beli popia pak yah yang sedap.....terkenal di Pasar Ramadhan Desa Pandan
kueh akok dan caramel
nasi kukus pandan....sedap...
kebab ayam.....tak boleh lawan kebab Turki...sedap giler

February 27, 2009

Konsert Alam Muzik M.Nasir


Konsert Alam Muzik M.Nasir ini dibawakan oleh Box Office Ali Bakar. Ia dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Thanks to Kak Rose for the ticket. Actually that night specially for press and sponsors. The actual concert bermula 27th Feb hingga 1st March.

Nak tahu apa yang akan ku komen mengenai konsert ini. Jap lagi yea.

Masa sampai kat Istana Budaya tu, nampak dah ramai yang menanti di luar. Konsert bermula pada jam 9.00 malam dan habis pada pukul 11.30 malam. Penuh panggung sari ni dengan para wartawan dari pelbagai media dan para penaja konsert. Nampak juga beberapa orang artis yang turut hadir. Antaranya yang i nampak dan sempat bergambar ialah Misha Omar, Yazer dan Ikin AF3. Nampak Nash tapi tak sempat nak bergambar dengan dia.


the ticket
dalam panggung sari....
gambar blur skit...
Kak Rose, Rosnah wartawan Harmoni and me
me and alya
with Misha Omar....lawanya dia ni...
Yazer AF3..... tgk dari dekat memang ensem.. :)
with Yazer AF3...
Ikin AF3.....dia dtg dengan Yazer
with Ikin AF3.....dia ni sweet....


alya and kak rose bersama penari tarian M.Nasir...so comel..hehehe

Komen tentang persembahan M.Nasir pada konsert ini
Terus terang i cakap, i'm not M. Nasir fanatic fan. Minat biasa-biasa aje. Hanya minat pada bakatnya dan lagu-lagu ciptaannya pada suatu ketika dulu. Lagu ciptaannya yang dinyanyikan sendiri olehnya sekarang ni i tak berapa suka sangat. Lagu-lagu ala-ala nusantara belum begitu masuk dalam jiwaku. Akan tetapi lagu2 ciptaannya ketika zaman kumpulan Kembara dulu...memang i suka dan minat sangat. Boleh leleh air mata gitu...sobbb..sobbb..sobbb.
Suara dia pulak, memang suara jantan habis...boleh cair beb. I like his vocal.
Secara peribadi this konsert tidak begitu masuk ke dalam jiwaku. For me, kalau kita tak faham lagu M. Nasir kita boleh tertidur di dalam dewan tu. Memang betul jangkaanku....dan nampak 2-3 orang kat belakangku yang dah terlelap...hehehe. Kebanyakan lagu yang didendangkan ada yang tak pernah dengar langsung. Itu yang i frust sangat. Kita akan enjoy pada sesuatu konsert jika kita sama-sama dapat menyanyikan lagu yang penyanyi tu dendangkan. Terkial-kial i nak ikut lirik yang tak berapa nak hafal tu.
Akan tetapi i salute kat M.Nasir kerana dengan usia nya yang dah nak senja akan tetapi staminanya menari di pentas memang superb. Tak nampak pancit pun. Biasalah style dia menari, hanya dia aje yang faham cara dia menari. So, memang respect habis. Dia pun tak banyak sangat berbicara dengan penonton. Hanya sekali-sekala sahaja bila dia bertanyakan apa nama lagu yang akan dia dendangkan. Siap buat joke lagi "siapa tak tahu lagu ni boleh keluar"...amboi joke berbisa tu.
Iringan muzik memang mantap dan begitu bertenaga. Secara keseluruhan bagiku konsert ini pada tahap biasa aje. I'm not really enjoy this kind of music. Masa i tengok konsert Sheila Majid kat KL Convention Centre last year memang best....kita boleh ikut lagu yang didendangkan dan Sheila pulak pandai berinteraksi dengan penonton. Habis konsert tersenyum puas. But this konsert...macam takda feel apa-apa. Sorry M. Nasir atas kritikan ini.
Guys, enjoys the pics below.



comel kan penari-penari ni....