Ads

October 9, 2013

Day 3 : Sydney Trip 2013 - Paddy's Market & Opera House Sydney


Salam semua.
Sambung lagi hari seterusnya di bumi Australia. Awal pagi kami dah bangun untuk ke destinasi bershopping pulak. Duit tak luak lagi ni...ahli2 jemaah dah gatai tangan nak melaburkan duit di sini. Bagi aku yang penting nak beli souvenir buat kenang-kenangan seperti FM, keychain, piring hiasan, replika, snowglobe, shotglass dan mcm2 lain. Benda lain kalau tak shopping aku tak kisah. 

So pagi tu....kami plan nak ke Paddy's Market. Sebelum bertolak...as usual kami breakfast dulu di Malaysia Hall. Menu hari ini ialah nasi lemak dan ayam berempah. Cuba tengok gambar di bawah. Korang terliur tak? Sedappp...wa cakap luuu!!! Sambal terangkat uolsss. Alhamdulillah kenyang sudah. Pagi tu jugak kami check-out dan simpan beg di office di tingkat bawah. Malam tu kami kena berangkat ke airport sebab awal pagi esok flight ke Christchurch.


nasi lemak menu pagi kami....oleh adik Hang Kuah (FB). Kalau sesapa nak order boleh search nama Hang Kuah di FB. Then...request nak tempah meals.


Seperti biasa pagi tu kami naik bas di depan Malaysia Hall...kena lintas jalan dulu. Naik bas no.373, 374 or 377 untuk ke Central Station. Sebaik sampai di situ...terus masuk dalam bangunan Central Station dan keluar semula di tingkat atas....di situ ialah tempat menunggu tram. Entah kenapa tram tidak berfungsi pada masa kami berada di Sydney tu...so ada disediakan bas untuk menggantikan tram (ikut laluan tram). Just show your ticket daypass tu pada driver. Bas tersebut akan melalui depan Paddy's Market. Kejap ajer....kalau tak silap aku dalam 5 minit dah sampai di depan pintu market tu. 

Kami sampai situ jam 8.15pagi....alamak awalnya. Pintu market tu pun tak bukak lagi. Kedai sekeliling pun tutup jugak. Malas nak jalan kat tempat lain takut terlajak waktu....kami just lepak di bas stand depan market tu. Cuaca sangat cantik dan suhu nyaman ajer. Aku hanya pakai cardigan nipis.....harap2 tak sejuk malam nanti. Tapi ada standby shawl dalam beg.

Paddy's Market dibuka pada setiap hari Rabu hingga Ahad dan dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja. Hari Isnin dan Selasa tutup uolssss. Take note tu. Nanti ada yg tersalah tengok plak.


sunyi sepi sebab kami sampai awal pagi...huhuhu

pintu masuk Paddy's Market

ahli rombongan cik kiah bersemangat nak soppinggggg

sambil menunggu apa kata kita layan hp di sini.....amboiiii kusyuknyaaaa

masing2 dengan aksi bersahaja huhuhuhu

yehaaaa dah bukak...jom kita serbu. Kami banyak menghabiskan duit di gerai ini sebab murahhh!!! nanti gambar kat bawah ni aku bagi direction camana nak ke gerai ni. Taukehnya ialah Chinese Singapore yg peramah....ada org Turki yg bekerja di sini. Bagi aku souvenirs di Paddy's Market ni murah berbanding di Victoria Market Melbourne. Konsepnya market di sini sama ajer

masa suntuk sangat...aku memang tak banyak meronda di sini. Aku hanya gi gerai tadi dan gerai tshirt ini....recommended by taukeh gerai souvenirs tadi.

Banyak aku beli tshirt di sini....bukan utk sesapa pun...beli untuk diri sendiri dan en tunang sahaja huhuhuhu. 

aku beli hoodie sweater yg bertulis AUSTRALIA dan tshirt sahaja. Tshirt AUD6 dan sweater AUD11...kalau yg berkolar AUD9

ahli jemaah dengan bag plastik masing2......aku bawak 2 beg uolssss...entah apa yg aku borong kat sini hahaha. Masa ni tengah tunggu Siti dan Syawal bershopping ...tak habis lagi sopping tuuuuuuuu

okay....kalau nak gi gerai tadi.....masuk ikut pintu ini (tengok pada papan tanda warna merah dia atas dan kedai2 di depan tu...then.....sebaik masuk belah kiri ada kedai jual kacang...terus ke depan lagi...then boleh nampak gerai tu belah kiri.....besar gerai tu. 

limit waktu bershopping hanya tiga jam....tu yang tempat lain tak sempat nak jengah. Sekrang kami tengah tunggu bas nak balik Malaysia Hall. Tak kosa teman nak gi jalan2 bawak bag plastik besar tu hahahaha...tak vogue uolsss.

bas tu turun di dalam Central Station ini...then kami keluar menuju ke Eddy Street....ini ialah Eddy Street. Then kami terus ke bus stand di depan Central Station ini.

kalau nak sightseeing sekitar Sydney boleh juga naik bas ini...tapi tak tau berapa harganya.



inilah bus stand yg aku maksudkan tadi.....tunggu bas di sini utk ke Malaysia Hall.


Sebaik sampai di Malaysia Hall...kami simpan bag plastik gabak tu di dalam bilik yg kami letak luggage tu. Bilik tu penuh dengan beg2 kami hahaha. Nak lalu pun susah. Singgah solat jamak dulu di bilik solat. Masa tu makanan tengahari kami memang dah ada di atas meja makan.....lepas solat apa lagi terus ngappp!!! hehehe. Alhamdulillah dah kenyang. Percayalah......kat sana kami memang cepat lapar sebab cuaca sejuk.

Dah selesai semua....kami keluar semula untuk destinasi seterusnya. Ke manakah????


musim bunga di Sydney

Siti merakamkan gambar bunga ini yang terletak di depan Malaysia Hall...tempat kami naik bas. Kami naik bas dan berhenti di Circular Quay (CQ) untuk bergambar di Opera House. Semalamnya kami ke sana pada waktu malam...kali ni nak gi waktu siang plak.

Nama tempat ini ialah Cahill Walk di Circular Quay (CQ).

Harbour Bridge di siang hari.

jalan terus untuk ke Opera House. Cuaca dingin dan nyaman walaupun matahari terang benderang

bangunan di bandar Sydney pad waktu siang

tu diaaaaa...dah nampak Opera House. Tempat ni memang happening dan ramai dengan pelancong. Aku tengok ramai betul pelancong India ke sini.

me @ Opera House

Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan diri di Opera House ini......

di sepanjang jalan ke Opera House ini penuh dengan gerai2 untuk melepak sambil minum. 

hadohai dah macam kumpulan boria nak buat persembahan....sib baik tak pakai baju sama. Yang pakai baju hijau tu penyanyi utama kumpulan boria....huhuhu jangan marah hahhhhhh!!!!

aksi gediks mak jemah kekekeke

nice....i like this photo

bestlah lepak sini...sangat happening.

masa berlalu bergitu pantas. Lepas bergambar kami beredar segera dari tempat ini.....nak pergi tempat lain pulak sebelum waktu malam menjelma.



nampak pulak si comel ini....sangat cerdik. Suruh senyum....dia senyum....suruh peace...dia buat peace. kalau aku suruh nangis.....dia nangis tak agaknya??? :p


Dari Circular Quay kami mencari bus stand pulak utk ke satu destinasi ini....tetapi tak jumpa. Akhirnya kami ke i-Centre untuk tanyakan tunjuk arah.......apakah yg terjadi kepada kami lepas tu???? Suspen ni.....kalau nak tau jugak......tunggu entry akan datang. Masa ni aku kalut.....panik....ketakutan....menggelabah. Kenapa yea??????

p/s - nak makan angin lagi...uhukkkk





October 7, 2013

Day 2 : Sydney Trip 2013 - Darling Harbour & Hard Rock Cafe


Salam hari isnin semua.....mood berbunga2 nak update blog huhuhu (tetiba). Sekarang ni bukan sahaja kebizian nak update blog...tetapi juga nak update pic kat FB dan juga nak buat story untuk column majalah. Ada 2 editor dah request nak story NZ untuk dimasukkan dalam majalah sebanyak 4 pages. Fuhhh tugas berat ...almaklumlah takat tulis bahasa pasar aku memang pakar tapi kalau bahasa buku ni...agak2 terkial2 skit hehee. Tunggu dec isu yea nanti.

Ok kita sambung citer yang suspen yang aku quote pada entry yang lepas.
Sebaik kami masuk dalam train....agak ramai jugak passenger. Alhamdulillah dapat jugak tempat duduk. Aku duduk sebelah Siti dan teman2 yang lain duduk bersepah2....tetapi still berdekatan. Ada yg duduk selang 2-3 kerusi depan aku dan ada jugak di lane sebelah. Memang boleh nampaklah muka depa tu. Almaklum perjalanan 2 jam kalau kami duduk berjauhan takut terpisah plak nanti.

Sebaik aku melabuhkan punggung di atas kerusi.....suasana agak hingar bingar. Mata aku tertumpu pada passenger di depan. Kerusi di depan aku....ada 4 tempat yang duduk bertentangan dan juga di lane sebelah. Maknanya aku boleh nampak apa yg passenger depan aku ni buat. Di situ terdapat 6 orang makhluk entah dari planet mana sedang memekak cakap kuat2. Kenapa aku panggil makhluk??? Sebabnya .....mereka membuat bising seperti tidak peka pada passenger lain disekeliling mereka. Bising yang macamana? Cakap kuat2...pastu gelak besar. Bercakap non-stop 2 jam start dari station Katoomba hingga ke Central Station. Bergurau senda tarik baju....tarik tangan...letak kaki atas badan kawan dia....duduk atas beg pakaian (beg tu atas kerusi) dan macam2 lagi yang boleh memualkan korang bile tengok depan mata. 6 orang ini terdiri daripada 3 orang dewasa (ibu-ibu) dan 3 orang remaja (anak-anak). i dont think so mereka ialah penduduk atau warga Australia sebabnya cara pertuturan berbeza (bahasa tidak difahami), muka agak scary dan pelik (mcm orang karnibal- org makan org), perangai sakai (org Aus bukan mcm tu), pengotor (kuku kotor dan hitam), bawa luggage dan bantal (mcm orang pelarian). Itu andaian aku tentang mereka. 

Kononnya aku nak tidur dan lelapkan mata dalam train tetapi hampeh. Mata aku pejam tetapi aku rasa macam mimpi plak sebab suara mereka kuat kedengaran dalam mimpi aku. Lelap ke namanya tu? Memang aku tak selesa dan bengang tahap nak tampar muka 6 makhluk tu. Mereka langsung tak heran orang sekeliling....umpamanya do i care???? Kalau aku tenung muka dorang...dia tenung muka aku balik mcm samseng. Korang berani tak? Udah ler aku duduk mengadap muka depa....apa yg depa buat memang aku nampak terang2. Tu pasal aku kata depa ni entah sesat dari planet mana. Aku tak rasa mereka terdiri daripada penduduk pribumi or orang asli Australia sebab setahu aku orang Aussie bukan mcm tu...mereka sangat disiplin dan hormat orang. Mereka juga turun di Central Station.....sekelip mata hilang entah ke mana. Nampak sangat bukan pelancong....tetapi pelarian hahaha. Aku dan kawan-kawan siap signal dgn mata tunjuk aksi tidak selesa....fuhhh memang menahan kesabaran. Itulah serba sedikit pengalaman kami sepanjang berada dalam train dari Blue Mountain ke bandar Sydney. 


kami sampai di Central Station.....nampak ni ....bukti berada di Sdyney huhuhu.

stay jap di kerusi untuk berehat regangkan otot dan update FB huhuhu...maklumlah free wifi di sini. Kami spent time 10 mins mcm tu...ikutkan hati nk lagi lama tapi masa tidak mengizinkan. Byk lg tempat nak singgah.

naik train lagi..menuju ke Circular Quay (CQ).....turun di station CQ....agak2 kami nak ke mana ye?

kaum ibu yang vogue......mcm anak dara uolssss hehee

okay dah sampai CQ....kami cari station utk naik cruise plak. Kat bawah tu ajer....jalan tak jauh. Kami naik cruise dengan hanya menunjukkan ticket Daypass tu....harga single ticket aku tak tau.

Permandangan sangat cantik di waktu malam ketika dalam cruise. Kami mcm orang giler bila masing2 berebut2 nak cari spot menarik bergambar. Mat saleh tengok kami tergelak hahaha. Jangan org gelar kita mcm orang pelarian yg mcm dalam train tadi sudah.....hehehe.

masa ni hari Jumaat malam tetapi lampu di bangunan ini masih terang benderang dan sangat happening. 

Cruise melalui di bawah Harbour Bridge ini.....sangat cantik!!!! Nampak tak Opera House tu????

dalam cruise ni ada free wifi uolssss.....sambil bergambar sempat lagi update kat FB

bila nampak ajer permandangan yg berkilauan mcm ni....kelam kabut bergambar sebelum cruise ni melalui tempat lain. Sejuk plak tu masa ni.

kami turun jap kat station apa ntah lupa dah. Sebenarnya nak cari station ke HRC.....tapi salah station.

Opera House @ nite

rombongan cik kiah bergambar sakan huhuhu

ehhh ehhh...nampak seekor kumbang di keliling bunga-bungaan hehehe



Akhirnya kami dah jumpa Darling Harbour station. Berhenti di sini untuk pergi ke Hard Rock Cafe (HRC). Bila kami sampai ajer....puas mencari manalah HRC ni tapi tak nampak pun. Di sini nampak banyak nite club...coffee house dan bar di sepanjang jalan ynag kami lalui. So apalagi kena tanya orang camana nak gi HRC. Rupanya jauhhh lagi. Kami kena jalan kaki sikit sehingga nampak Harbour Bridge ...kena melintas bridge tu...ooooo diseberang sana HRC tu. Mat saleh tu kata only 10 minuts walking distance...not so far. Tetapi ghopanyaaaaa.....dekat setengah jam jugak kami berjalan dan melintasi bridge. Tapi takpalah....permandangan cantik. Masa ni lah nak makan angin...dah namanya pengembara kan. Penat badan...jauh berjalan  tu dah jadi asam garam bagi kami. Sebelum sampai bridge tu...nampak Madam Tussauds Sydney....tapi dah tutup. Sebaik sampai bridge....ooooo rupanya bridge ni untuk pejalan kaki sahaja...tiada kenderaan dibenarkan. Patutlah mat saleh tu kata tak jauhhhh...dekat ajer. Oklah happening jugak berjalan di atas bridge ni...nampak permandangan cantik di sini. 

Sampai hujung bridge kami turn ke kiri dan masuk ke bangunan. Namanya Harbourside Mall. Kami ikut jalan dalam bangunan ajer. Kalau nak ikut jalan luar tepi pantai pun boleh....tapi disebabkan masa tu hujan renyai-renyai....kami masuk bangunan ajer. Dalam mall ni banyak jugak kedai2 meniaga....branded stuff ala2 Midvalley. Rupanya HRC dalam bangunan ni di tingkat 3....jalan sampai hujung bangunan. Boleh jugak ikut jalan luar tepi laut....happening dengan restaurant2 mahal. 


sampai dalam mall kami sempat window shopping tengok barang...tapi aku tak beli apa2 pun. Jalan lagi nampak food court....ada stall jual kebab dan pizza yg halal. Lapar sangat...apa kata kita makan dulu. Aku order kebab dan share berdua sebab kebabnya besar sangat.

kebab yang dah potong dua. Harganya AUD12 kalau tak silap.

nampak HRC dari jalan luar....restaurant2 tepi laut.

jom bergambar di depan HRC dari pandangan luar bangunan.

sebaik sampai...aku mencari baju HRC

Agak sedih....sebabnyaa....tidak banyak stok yang tinggal. Design yang aku berkenan hanya ada saiz S dan XXL. Uwakkkkkkkkkk...datang jauh2 tetapi takda saiz. Yang ada saiz plak ....design tak cantik. Aku berkenan dengan design di atas tetapi hampehhh. Shotglass pun takda. Sales assistant tu kata stok dah habis dan ada stok hujung tahun ni katanyaa. So....aku tak belikan pun untuk diri sendiri...sangat kecewa. Sempat beli utk en tunang tapi bukan design yang ini. Sesapa yang nak gi Sdyney tahun depan...aku nak kirim baju HRC boleh tak????? Tolong angkat tangan........

Malam tu kami balik ke Malsysia Hall. Penatnya hanya Allah yang tahu. Sebaik sampai....ramai plak orang kat sini. Ikut jalan lagi satu....terus sampai bilik. Makanan kami yang di order dari Hang Kuah sudah tersedia di hall makan. Kul 12 malam makan nasi tomato hahaha....sedap giler.

Esoknyaaa....ke manakah kami? Rombongan cik kiah mengangkut plastik....plastik apakah ituuuu???? Tungguuuuuuuuuuuu....

p/s - next trip plak after wedding....ke manakah???