Ads

June 8, 2011

Jari Spa @ Solaris Dutamas


Selamat datang ke dunia spa. Sesekali badan kita ni hendak dimanjakan....nak dibelek dan nak diurut. Betul tak? Aku ni kalau gi Indonesia or Thailand mesti tidak melepaskan peluang memanjakan diri di sana. Salah satu sebabnya servis bagus dan harganya murah. Sangatlah berbaloi-baloi. Tetapi spa kat negera kita ni...mahal sikitlah. Kalau ada yg murah pun...servis hancusss....tak best langsung.


Baru-baru ni (tak baru mana pun...adalah sebulan yg lepas) aku berpeluang memanjakan diri ke Jari Spa yg terletak di Solaris Dutamas. Nama tempat pn dah seramm...yelah mesti mahal kan spa ni. Tetapi uolsssss.....percayalah spa ini memberikan harga yg sangat murah seperti tidak setanding dengan service yang aku dapat. Tempatnyaaa memang kelassssss...tip top. Kenapa aku kata harganya ok?? Actually aku mendapat package spa termasuk sauna, massage, scrub (whole body), mask (whole body) dan mandi jakuzi dengan harga RM59.90 selama 2 jam. Korang percaya tak? Mesti tak percayakan. Aku mendapat harga tu melalui DealMates.com. Harga sebenar lebih mahal iaitu RM280.


Selepas aku menggunakan perkhidmatan tersebut...sangat-sangat berpuashati. Fuuhhhhhh rasa segar sangat badan. Urutannya sedap dan amat berpuashatilahhhh. Selepas itu, pada hari tersebut juga aku ditawarkan package yg sama dengan harga yg sama untuk 3 kali dalam masa 3 bulan. Tetapi aku kena bayar masa itu juga. Hmmmm.....memang rugi jika anda melepaskan peluang ini. Terus aku grab the opportunity.


ini sebahagian package yg ditawarkan

sampai ajer....kena rendam kaki dengan campuran air bunga dan hirisan limau


tadaaa...... pastu sauna pulak selama 10 minit. Bestnyaaa....berpeluh sakan membakar segala lemak di badan....ahaksss


pastu acara massage seluruh badan pulak selama setengah jam...oppppssss takda gambar yeaa....bahaya you !!!...... sedapnyaaaa massage di sini. Dari tapak kaki hinggalah ke rambut seluruh badanku diurut. Memang puashatilahhh. Actually tak puas setengah jam ajer...kalau boleh nak lama lagi hehe. Then....depa buatkan scrub seluruh badan dan diikuti dengan mask seluruh badan juga. Yang mengurut tu dari Indon.


tibalah masa untuk mandi jakuzi di dalam bath tub ini....bestnyaaaaa.......


di antara decoration di dalam spa ini


kalau nak buat pedicure dan manicure pun ada


semasa di dalam bilik spa tersebut.....diringi juga dgn alunan muzik bali.....tenang jer mendengarnya


hiasan di ruang depan spa


hiasan bercirikan konsep bali...cantik dan kreatif pada pandangan aku



selepas habis spa....aku dijamukan dengan air teh halia utk membuang angin di badan...fuuhhhh segar rasanyaa


wahhhhh...tersenyum puas.....memang amat berpuashatilahhh!!!!!


kalau anda berkeinginan ke tempat spa ini....bukak link ini www.jarispa.com

highly recommended :)


lepas dah segar bugar.....aku pi makan kat restoran di tingkat bawah bangunan Solaris ini.....bestlah tempat ni...i likeeeeeee.......






June 6, 2011

Travel Oh Travel !!

Entry kali ini tanpa gambar. Sajer jer mood nak menulis tetiba datang. Malas nak upload gambar. Lagipun aku nak tidur cepat malam ni. Mata dah mengantuk.

Nak citer pasal travel plak. Al-maklum kebanyakan follower aku di sini ialah golongan kaki travel. Thanks to all of you kerana sudi singgah ke blog ini sambil layan membaca travel journal aku yg tak seberapa ini. Bahasa pun tunggang-langgang dan harap u all faham kay. Rasa terharu pun ada sebab aku menerima banyak friend request di Facebook, message di inbox FB dan message di email. Boleh dikatakan hampir setiap hari mesti aku akan terima message. Ada yg bertanya pasal travelling, ada yg nak berkenalan dan ada juga yang drop by a message to say that they love my blog. Thank you very much guys!! Really appreciate it.

Maaf jikalau ada FB request yang aku lambat approve, lambat reply dan ada juga yang aku hampir terlupa nak reply. Kadang-kadang tu aku baca message thru my hp....masa tu tak sempat nak reply. Kononnya nak reply balik rumah malam nanti....terus aku terlupa. Maaf yea semua. Kepada yang bertanyakan soalan pasal travel tu...aku cuba menjawab mana yang ingat dan tahu. Satu lagi kebanyakan soalan yang diterima....jawapannya sudah ada di dalam blog ini. So harap uols dapat rujuk semula pada blog ini dari awal hingga akhir entry berkenaan tempat yang anda nak pergi tu. Bukan apa....kekadang tu aku dah terlupa pasal trip tu. Maklumlah dah 2-3 tahun lepas aku pergi ke tempat tu...so aku memang betul-betul terlupa. Selain tu bila dah byk tempat aku gi.....kekadang tu dah confuse yang mana satu..hehehe. Hope u all faham situasi aku.

Kepada yang nak jumpa aku dan nak kenal dengan aku tu....Insya Allah takda masalah. Just bgtau bila u all free and kita boleh set bila-bila boleh jumpa jika ada kelapangan waktu. Boleh dikatakan ramai jugak my blog readers yang aku dah jumpa setakat ni. So, kita keep in touch kay. Ada juga yang dah rancang banyak kali nak jumpa aku.....tapi hingga ke hari ini tak kesampaian lagi. Takpalah...Insya Allah kita boleh rancang lagi. Kepada yang bagi aku travelling souvenirs tu...terima kasih banyak-banyak...i likeee!!! Next time kita tukar-tukar lagi eh.

Kalau tengok pada comments yang aku terima pada setiap entry memang sedikit hehehe. Tetapi aku percaya yang membaca blog ini kebanyakkannya ialah silent reader yg segan2 nak menegur aku tapi tak segan2 nak membaca blog aku boleh dikatakan setiap hari. Betul tak? hehehe....takpa aku tak kisah. As long as you all happy and sudi singgah sini pun dah okay. Tau tak kenapa aku berkata demikian.....sebabnya aku boleh check melalui statistik di blog ini aku menerima kunjungan lebih daripada 1000 visitors setiap hari. Bagiku...ia satu pencapaian yang aku banggakan. Bilangan visitors makin bertambah dari hari ke hari. Terima kasih banyak2 semua....aku terharu sangat. Maaf jika ada yang aku tak sempat nak kunjung korang punya blog. Bukan tak sudi tetapi aku ni amatlah kekangan waktu. Tapi dalam diam ada gak aku jenguk blog korang...cuma aku tak tinggalkan any comment ajer.

Tujuan aku berblogging bukan untuk menambahkan koleksi visitors seperti sesetengah blogger. Entahlah itu bukan tujuan utama aku. I just wanna share with you guys my travelling experience tu ajer. Ada jugak sikit2 aku selit pasal food, my family and my activities. Sorry kalau ada yang tag aku pasal awards lah and aku tak layan...sorry aku tak minat benda2 tu. Aku tak suka semakkan blog aku dengan benda-benda mcm tu. This blog is purposely for my travelling activities.....hope u guys understand. :p

ok guys....sekian sahaja celoteh aku untuk hari ini. Maaf jika ada yg terguris dengan kata-kata aku. Aku ni jenis suka berterus-terang....harap jgn disimpan di dalam hati kay. Kepada silent readers tu...jangan segan untuk menegur aku...takkisahlah di FB ke...di blog ini ke....aku amat menghargai anda semua. Byeeeeeee....love u all.



p/s - lately ni aku suka menyendiri saja. Kadang-kadang bila kita berada dalam keadaan stress dan down...muhasabah diri itu lebih baik. Allah tahu apa yang ada dalam fikiran dan jiwaku...semoga aku diberi segala kekuatan untuk melalui pelbagai dugaan dan ujian ini. Insya Allah.

Day 2 : Singapore Trip - Geylang Serai



Dimanakah tempat yang paling happening ketika persiapan menyambut Hari Raya di Singapore? Jawapannya ialah di Geylang Serai. Segala jenis kain, langsir, baju kurung, kueh raya, kueh mueh, makanan Melayu, ikan, sayur, rempah ratus dan macam-macam lagi yg berkaitan dengan adat budaya dan masyarakat Melayu semuanya ada di sini.


Menurut kata cousin aku.....kalau bulan puasa berduyun-duyun orang berniaga di sini sehingga penuh gerai di tepi-tepi jalanraya pada gambar diatas. Wahhh....aku mcm tak percaya ajer. Yelah selama ini aku tak pernah gi sini bulan puasa dan nak beraya kat sini pun amatlah jarang sekali. Dulu-dulu masa kecik ada jugak.

Di sini juga terdapat Malay Village dimana terdapat aktiviti dan acara yang berkaitan dengan komuniti Melayu seperti persembahan tarian Melayu, perkahwinan Melayu di dewan dan pertunjukan pameran yang berkaitan dengan budaya Melayu. Tahun lepas aku pernah ke sini menghadiri perkahwinan my cousin yg dibuat di dalam dewan di Malay Village ini.


Kebanyakan masyarakat Melayu di Singapore jika mahu mencari bahan-bahan untuk memasak...mereka akan berbelanja di pasar yg terletak di dalam bangunan Geylang Serai ini. Peniaga di sini kebanyakannya ialah golongan Melayu dan Mamak. Jika mahu makan masakan Melayu Singapura dan Beriani Singapore yg sedap juga terdapat di sini. Sangat sedap dan marvelousss!!!!.



bangunan kedai makan yg belakang aku tu ialah tempat makan yg sedap...mcm2 pilihan makanan ada...terdapat Sijil Halal Singapore....My Teh Tarik Eating House



ini pulak ialah bangunan Joo Chiat ...depan bangunan Geylang Serai...terdapat jualan baju-baju blouse Muslimah dan jualan langsir yg cantik-cantik belaka.....langsir fesyen terkini. Harganya???? hmmmm.....kalau convert mahal ler..hehehe


yeaaa dah sampai Geylang Serai......

inilah dia bangunan baru Geylang Serai...dulu bangunan lama tetapi skrg dah dibina bangunan baru yg lebih selesa


rombongan cik kiah...bersama family cousin aku


setiap kali ke Singapore...mama ku mesti nak singgah berbelanja di Geylang....kenapa? Sebabnya dia nak borong rempah beriani tersedap di dunia....hehehe


inilah rempah beriani yg mamaku cari.....rempah sup...rempah kurma dan rempah soto pun ada jual. Homemade rempah yg sangat sedap....kat Mesia pun tak sesedap ini. Sebab itu kalau kita makan Nasi Beriani Singapore rasanya sangat sedap....mamak style...i likeeeeeeeee!!!!!


kat sini segala jenis rempah, herba dan bahan masakan Melayu ada dijual


ia terletak di tingkat bawah bangunan ini


Kemudian kami naik ke atas pulak utk melihat bahagian pakaian pula. Ada kain ela, kain lace, tudung dan blouse wanita


harganya kalau kita convert ke RM....hmmm ada yg mahal dan ada yg sgt berpatutan


aku sempat beli blouse yg berharga $15....murah kan??? Selain tu aku beli serkup kepala style Datuk Siti yg byk dijual di sini. Perasan tak style serkup kepala yg aku pakai masa gi London baru-baru ini?? Ramai duk puji dan tanya beli kat mana. Hmmm...byk di jual disini...aku borong sampai 4 helai....tungguuuuu penampilan baru ku...ahakkkkss!!!!






Selesai membeli-belah di sini...kami pun beredar untuk aktiviti makan-makan. Masa ni pun dah waktu makan tengahari. Kami nak mencari makanan yg sedap-sedap di sini. Sebelum tu aku duk pesan pada cousin aku nak cari Murtabak Singapore yg tersedap di sini yg terletak di Arab Street. Dia kata tak payah gi jauh-jauh...kat sini pun ada yg sedap. Wahhh kat mana tu??


Murtabak Singapore yg sedap dia kata tu terletak di depan bangunan Geylang Serai ini yang juga sebelah bangunan Joo Chiat tadi. Nama kedai tu ialah Har Yassin Restaurant - Kedai Murtabak Istimewa. Aku beli 3 murtabak perisa daging dan ayam yg berharga RM6 setiap satu. Tapau ajer sebab family aku nak makan makanan lain. Rasanya bagaimana??? Memang sedap dan highly recommended. Aku makan murtabak ni kat umah cousin ajer dan satu lagi aku bawak balik KL.


Masa aku beli murtabak ni...orang ramai beratur. Dalam hati aku berkata...mesti sedap punya. Masa duk menunggu tu aku sempat mengambil gambar cara-cara mamak ni membuat murtabak itu. Kalau anda semua tak tahu camana rupa Murtabak Singapore....ianya agak berlainan dengan murtabak kita. Murtabak Singapore intinya banyak daging cincang, ada telur dan sayur. Rotinya pula berlayer-layer dan sangat sedap jika dimakan panas-panas. Perrrgghhh tetiba aku terliur dan lapar Murtabak Singapore. Kat KL ni susah nak dapat yg sedap mcm kat sana.




cara-cara bagaimana murtabak singapore di buat....


dah siap utk dimakan......sizenya besar dgn harga $6 sekeping....boleh dimakan utk 3 orang.


lepas tapau murtabak....kami makan tengahari di My Teh Tarik Eating Here yg aku tunjukkan gambar pada awal entry tadi. Aku pilih makan Nasi Ayam Penyet (gambar atas). Harganya $4 sahaja...murah kan?? Ayamnya sangat besar, berempah dan sedapppppppppp!!!! Memang sgt enjoy makan kat sini.




masa tengah makan...mama ku nampak kedai di atas - Dendeng House. Dia kata nak cuba rasa. So, my cousin tolong belikan. Sekali aku rasa...... rasanya sangatlahhhhhhhhhh sedappppppp uolsss. Mcm daging salai tetapi sangat sedap yg tidak terkata. Nak tau camana bentuknya??? Sila tengok pic di bawah.



inilah daging dendeng yg aku sebutkan di atas. Rasanya manis dan sedap. Kepingan daging itu disalai dan disalut dgn kuah yg sangat sedap. Harga diatas ialah $10.






Then, lepas kami dah kenyang...balik semula ke rumah my cousin untuk bersiap-siap balik ke KL. Perut pun dah kenyang dan hati pun sudah girang. At least kesedihan aku semasa kejadian di JB sehari sebelum tu sedikit terubat semasa bersama-sama family di sini. Tanpa familyku entah camanalah aku hendak meneruskan hidup ini. Doakan aku terus gagah dan kuat untuk meneruskan hidup ini. Sekian catatan perjalananku di Singapore.




June 2, 2011

Day 1 : Singapore Trip - Sup Tulang Merah


Mesti ada yg tertanya-tanya....makanan apa ni? Hehehe....inilah namanya Sup Tulang Merah. Makanan ini sangat terkenal di Kota Singa ini. Rasanya kat KL ni ada gak dijual tetapi tidaklah sesedap dan sepopular di sana. Rasanya???.....ooooo sangat sedap uolssss. Sudah rasa....mesti nak makan lagi. If dah lama tak makan....mesti duk teringat-ingat pulak.


Mesti ada nak tau..tu daging apa? Daging kambing uolsss. Sesapa yg tak makan kambing....tersangatlah rugi tak dapat merasa kesedapan sup tulang ini. Rasanya agak manis lemak-lemak gitu. Sedap jika dimakan cicah dengan roti perancis. Kalau kita sedut tulang sum-sum tu...perrgghhhhh terangkat. Tapi awas....kolestrol sangat tinggi hokay. Lepas makan sup tulang ni......kena minum air masak banyak-banyak bagi lawan itu kolestrol.....#ehyeke?


Jangan terkejut.....lepas anda habis makan sup tulang ini....jari-jemari dan mulut anda akan jadi merah hahaha. Aku ada tanya mamak kedai yg jual sup tulang ni kenapa letak warna merah....dia kata "itulah daya penarik dan trill namanya"...oh gitu eh!!!!. Takkan nak letak colour hijau plak eh...or biru ke...ishhhh tak sesuai. Kebanyakan yang meniaga sup tulang merah ini ialah golongan mamak Singapore. Tak semua kedai rasanya sedap. Aku pernah rasa kat tempat lain...hmmmm hampeh dan tak sedap langsung. Kalau anda ke Singapore dan teringin nak rasa sup tulang merah ini...aku suggest anda makan di Hawkers Beach Road...memang terbaik!!!!!. Search ajer kat GPS....sure sampai punya.



dalam satu pinggan tu ada 7 ketul tulang harganya $10 iaitu RM24.50. Ada mcm2 harga actually...tengok pada bilangan berapa ketul tulang dalam satu pinggan




close-up sikit.......yummy yummy. Kalau aku pi Singapore memang tak sah kalau tak makan benda ni...hehehe...

tengok apa dah jadi??? Mcm ikan pirana makan mangsanya hehehe...siap ada straw utk sedut isi tulang sum-sum tu..


pastu aku order corn milk shake ini....sedappppppnyaa


selepas makan tulang....tengoklah muka masing-masing apa dah jadi???? terlentuk penangan tulang kambing...hahahaha


ni plak my cousin's family....duk meja sebelah kami. Malam tu kami bermalam di rumah cousin aku di Beduk Reservoir.



Next entry - Kami jalan-jalan cari barang kat Geylang Serai








Day 1 : Singapore Trip - Cousin's Wedding @ Singapore


Tak habis-habis berjalan aku ni. Tapi kali ni berjalan atas satu tujuan iaitu menghadiri majlis perkahwinan cousin aku di Singapore. Mama ku org sana...maka sedara-mara kami memang ramai ler kat sana. Sehari sebelum tu kami dah sampai JB terlebih dahulu dan stay one nite di rumah cousin gak (belah arwah papa) kat Mutiara Rini.


Dan malam tu sempat dating dengan my syg kat JB. Hmmm....sedihlah nak citer. Dia sempat bawak aku jalan-jalan ke Nusajaya. First time aku turun JB jumpa dia. Before this dia ajer yg turun KL. Dia juga tunjukkan aku kat mana umah dia...hmmmm dekat yg amat dgn umah cousin aku tu. Sayang juga dia kat aku kann... tapi entahlah kenapa tetiba dia berubah sejak aku balik London. Malam tu lah hari terakhir aku jumpa dia. Perpisahan ini adalah atas permintaan aku dan aku dah plan sblm dtg JB lagi. Kalau aku citer detail apa terjadi malam tu....sebijik mcm drama pun ada. Aku balik umah cousin dalam keadaan bengkak mata. Lepas dia hantar aku....kat luar rumah cousin, aku menangis2 tanpa henti. Takpalah biarlah ia menjadi kenangan dalam hidup aku. True love never dies....i want u to know babe!!!



Malam tu aku hanya tidur 2 jam sahaja.....otak banyak berfikir. Pagi-pagi aku dah bangun untuk bersiap ke Singapore. Sebelum tu singgah umah cousin sarapan Lontong dan Mee Rebus Johor.....perrghhhh sedapnya Kak Zizah masak. Kenyang gilosss aku. Lupa plak nak snap gambar makanan. So, bila sampai Singapore kat umah pengantin.....ya ampun makanan punyalah banyak bangett. Perut ku masih kekenyangan lagi.

Ada pelbagai jenis makanan....nasi beriani, lontong, mee, bubur, rojak, laksa, kek dan pelbagai jenis dessert. Uisshhhh tak termakan kami dibuatnya. Dah mcm style hotel...memang kelasssss uolsss. Nak dekat pukul 3 petang barulah aku menjamah nasi beriani. Before that aku jamah makanan yg ringan2 dulu. Tema warna majlis perkahwinan ini ialah purple....cantik sangat decorationnya. Aku rasa mcm berada di dalam banquet hall...padahal kat bawak kolong flat ajer. Style flat kat sana kan mesti ada bawah kolong.




lauk pauk untuk nasi beriani ajer aku rasa ada 8 jenis laukk...yg paling best udangnya besar2 giler..perghhh

ni pulak vege food for those guest yg tak makan daging


my cousin Wawa...cantikkann...nampak seri pengantin dengan pakaian jawa


sambil makan ...sambil borak...masa ni my bro baru balik frm Turkey....so kami rancak berborak pasal trip dia tu


dua orang anak jantan mama ku dan seorang cucu jantan...hehehe


family ku....sorang lagi tak ikut....dan sorang lagi entah mana pi masa kami bergambar ni


sedara mara yg datangnya all the way from KL........


pengantin dan adik-beradiknya.....my cousins


ni semua anak sedara mama ku frm Singapore.....yg juga my cousins


anak buah ku Rayyan yg takut dgn orang....susah sgt nak bergambar dgn dia...cayang Rayyan


Selamat Pengantin Baru to Wawa and hubby....semoga bahagia menjalani kehidupan berumahtangga.




Next entry- malam tu kami ramai-ramai pi makan Sup Tulang Merah terbaikkkk di Singapore.......tungguuuuuuuu





June 1, 2011

Day 4 : Journey to Kuching - Back to KL


Hari terajhir kami di Kuching. Bangun pagi-pagi lagi aku dah keluar dari hotel untuk mencari breakfast. Kali ni aku pi dengan mamaku sahaja. Yang lain masih tidur lagi hehehe. Kami pi makan kat Coffee O Corner tempat yang aku gi makan MeeKolok hari tu. Actually aku teringin nak makan Laksa Sarawak. Tempat lain aku tak berani nak mencuba sebab takut tak sedap. Kat restoran ini dah tentu memang sedap.


Yezzaaaa memang sedap. Aku dah jatuh cinta dengan Laksa Sarawak uolsss. Rasa mcm nak tambah satu lagi pinggan...sabar ehhh sebab lunch hour nanti ada orang nak belanja makan....mana nak letak perut hehehe. Masa ni mamaku makan rojak. Pun sedap rojaknya uolss. Memang rugi sesapa yang tak merasa makanan di restoran ini. Ketika kami di sini banyak makanan yang dah habis coz orang ramai sangat.


rojak yg sedap itiew.....





Balik semula hotel untuk berkemas dan siap sedia untk ke airport. Flight kami balik ke KL ialah jam 3 petang. Sebelum ke airport kami nak lunch dulu di Pizza Hutt sebab ada orang nak belanja makan. Thanks kepada N.... boss besar Pizza Hutt Kuching kerana sudi belanja me and my family. Total makanan kami pada hari tu ialah RM98.00. Sangat kekenyangan sehinggakan lebihan pizza tu kami bawak balik ajorr.

Masa ni lunch hour dan jalanraya agak macet dan menggelabah jugak kami masa tu. Pulak tu aku terlupa nak call tuan penyewa kereta ini untuk serahkan kereta di airport serta menyerahkan wang untuk 3 hari tu. Dah nak sampai kat airport barulah aku call. Terpaksalah adik aku bawak semua brg2 untuk check-in sementara aku tunggu di luar menunggu tuan penyewa kereta ini. Nasib baik just nice on time. Aku punya perangai tak suka dalam keadaan kelam kabut. Aku suka gi aiport awal dan dalam keadaan tenang. Jika kelam kabut aku akan cepat panik dan tak tentu arah hehehe.


my favourite food - Spaghetti Carbonara di Pizza Hutt


alhamdulillah kami tak tunggu lama....sampai ajer waiting room...terus naik atas pesawat


tersenyum girang sebab dapat hot seat...ngeh3


budak kecik ini pada mulanya mcm seronok ajer ketawa berdekah2...pastu? apa dah jadi???


dah start menangis dan mengamuk sebab dah time nak tidurrrrrr......sepanjang dalam flight dia ketiduran ajer...hehehe.



Sekian sahaja trip aku di bumi kenyalang. Oklah cukup dah 2 kali aku ke Kuching. If nak pergi lagi next time....tunggu dululah. Mungkin bertahun2 lagi kot. Frankly speaking aku lagi enjoy trip ke KK.....entahlah agaknya sebab aku suka laut kot. Satu yg aku suka trip ini ialah aku dapat merasa segala mcm makanan Sarawak...walaupun ada yg tak boleh nak masuk ke dalam tekak aku. Anyway....aku tetap puas dan enjoy.



Next entry - trip aku ke Singapore pulaksss....tungguuuuuuuuuuu.