First time i makan Ayam Bakar Wong Solo ni masa bercuti ke Bali beberapa bulan yang lepas. Masa makan kat sana tu...makanannya punyalah sedap dan pedas berapi. I order ayam penyet...sambalnya yang pedas giler. Padahal dah tahu restoran ni memang ada kat area my house...cuma tak pernah mencuba aje. After dah balik KL...memang hajat nak makan lagi kat sini. Tak pergi-pergi pun. Then, masa my dear turun KL hari tu ternampak restoran ni kat Kg Baru sebelah dengan Masjid Kg Baru aje. Terus ajak dia makan kat situ. Hmm... i order set ayam penyet...memang sedap. Tetapi rasanya lagi sedap dan pedas yang kat Bali. Order alpokat pun tak berapa kaw. Restorannya tidaklah sebesar yang kat cawangan Ampang Avenue ni.
Baru-baru i mencuba lagi makanan ini tetapi lokasinya di Dagang Avenue. Agak besar juga restoran ini dan dekorasi di dalamnya sebijik macam kat Bali. I order set ayam bakar pulak kali ni. Harganya RM10.90. Agak mahal berbanding harga di Bali iaitu hanya Rp20K iaitu RM7 sahaja. Tetapi kurang pedaslah makan kali ini. If amik set ayam penyet pedas sikit coz ada sambal kat atas ayam tu. Tambahan order amik sapi salai...murah aje RM6.50. Order alpokat lagi...sedap pulak kali ni.
Masa makan sambil diiringi lagu jawa...terasa berada di bumi Indonesia pulak. Rindu plak kat Jakarta. Sebenarnya i hold dulu bercuti ke Indon coz tengah bengang dengan kes panas M'sia-Indon. Bengang tapi tetap nak cari makanan dorang...huhuhu.
menu yang ada...

set ayam bakar... RM10.90