Ads

July 14, 2016

Sambutan Raya With Family 2016


Salam Aidilfitri kepada pembaca blog ini semua.
Maaf zahir dan batin jika kesilapan saya dan kekasaran di dalam kandungan blog ini.  Maklumlah ketika menulis blog kekadang tu mood baik dan ada kalanya mood ke laut hehehe.

Tahun ini merupakan tahun ketiga kami beraya sebagai suami dan isteri. Turn raya tahun ini ialah di kampung cik abe di Besut Terengganu. Tahun ini juga tempahan cookies kami meletop-letop sehinggakan kami terpaksa menutup order lebih awal. Dah tak sanggup untuk menerima tempahan lagi. Percaya tak lagi 3 hari raya barulah aku stop membaking cookies. Mood raya pun ke laut selagi tenpahan tidak dapat disiapkan.

Esoknya barulah ada masa nak bershopping dan membeli barang apa yang patut. Rushing sangat-sangat tahun ni. Lepas tu nak bersiap kain baju untuk balik kampung lagi. Fuhhhh.....memang tak berehat langsung kami berdua. On the way balik Besut aku tidur bangun dalam kereta sampai 3 kali.....memang tak pernah macam tu. Berhenti di RnR kejap untuk tidur lagi tu...sian cik abe mengantuk juga. Alhamdulillah selamat sampai ke Besut 2 hari sebelum raya.



baju raya kami pada hari raya pertama. Kain saree dari India dan baju melayu dari Jakel...hehehehe.



keluarga cik abe. Tahun ini tema colour biru. Kesemuanya ada untuk tahun ini.



Gambar raya family aku di KL tanpa kami berdua...uhukkkk sedih. 


Baju raya kami di hari raya kedua...kurta cik abe dari India dan baju aku dari Jakel. Sibuk menghadiri rumah terbuka raya perantau di kampung cik abe anjuran ADUN Hulu Besut.


Baju raya kami raya ketiga. Baju kurta cik abe dari India dan baju aku dari Jakel. Masa ni dah bersiap nak balik ke KL. Syukur jalanraya lancar dan selamat tiba di KL pukul 7 malam. Singgah rumah my mum beraya sana pulak.



Raya kelima aku menjemput family beraya di rumah aku pulak untuk berkumpul semua adik-beradik. Walaupun tanpa baju raya....kami tetap meriah....hehehe.



Story India Kashmir trip dah pun masuk dalam majalah. Lepas raya baru kesempatan nak baca dan tengok. Happynya sebab banyak gambar dalam ni. 


meriah dengan gambar yang cantik-cantik. 



kiriman siapakah itu...hahahaha.


 foto ini yang paling mahal sekali. Tak sangka plak masuk juga hahahah.


Anda boleh dapatkan strory tersebut dalam majalah Hijab Fesyen keluaran bulan Julai. Masih ada di pasaran.




Ok cukup sudah citer pasal raya. Next entry sambung lagi citer pasal India trip plak. Aku akan pastikan kisah India trip habis sebelum next trip. Next trip ialah bulan September bersama-sama rombongan lagi. Ke manakah? Tungguuuuuuuuuu.


p/s - next week cuti-cuti mesia plak...sajer nak berehat.

















9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah meriahnyaaaaaaaaaaaaaaaa

YieN said...

Slmt hari raya.. Cantiknya kain saree tu, berkenan betul tengok :)

Aisyah said...

wahhh...hebat sgtt ni syarliz...tahniah...jom gi bosnia ehh..hee

F.A.R.I.H.A said...

Akhirnya ada juga posting. Cepat2 update blog kak. Tak sabar nak baca. =)

Leez M. Saaid said...


Zakiah -

Raya semestinya meriah hehe

Leez M. Saaid said...


Yien -

Ye memang cantik....ramai yg tengok kata cantik.

Leez M. Saaid said...


Aisyah -

Taklah hebat mana hehe. Itupun ada yang request...saya ok ajer
Soon....balkan

Leez M. Saaid said...


Fariha -

nanti saya update yea...mood malas melanda ni

Cik-Anne said...

wow..terbaek sis !