Ads

August 26, 2015

From Besut...Back to KL


Hari keempat kami berada di Besut.
Hari ini juga kami akan balik ke KL...sebabnya esok aku dah start kerja setelah bercuti panjang untuk Hari Raya. Sebelum balik....pagi tu aktiviti kami ialah memetik buah rambutan. Kat pantai timur ni....masa kami balik belum lagi musim buah-buahan. Buah durian belum gugur dan buah rambutan baru nak masak. Memang rezeki kami...ada sedikit buah rambutan yg masak. Tu pun terpaksa jolok pakai galah sebab yg masaknya belah atas. En Bos yang tukang jolok buah dan Madam Leez terpaksa kutip buah yang jatuh satu persatu. Buah durian pun belum gugur... tapi dapatlah rasa 2-3 biji durian. Itupun ada orang bagi.

Kami plan balik belah petang selepas lunch dan solat. Hmmm....sibuk dan kalut sana sini lebih kurang jam 3 petang barulah kami gerak balik ke KL.


 buah rambutan yg baru nak masak...masih merah kehijauan.


 tu dia cik abe saya sakan menjolok buah rambutan.


 kat kampung En Bos ni...keliling rumah penuh dengan pokok buah-buahan. Masa ni buah manggis dan dokong belum masak lagi. 


 dapatlah merasa buah durian sikit


 on the way balik KL.....jalan tak jammed langsung dan sangat smooth. Dalam perjalanan ni kami singgah di Paka sebentar untuk beraya di rumah seorang teman.




Kami singgah di rumah seorang blogger fofular yang dah jarang mengupdate blog sejak lately ni. Memang dah janji dengan dia nak singgah beraya ke rumahnya bila kami balik ke KL nanti. Lebih kurang jam 6 petang jugak kami sampai di Paka. Tadaaaa....tulah dia blogger Azim.

First time kami datang ke rumah beliau semenjak dia dah berpindah ke Paka ni. Dulu sebelum ni aku dah sempat datang ke rumah dia di Penang....sebelum kahwin. Lama dah kami tak jumpa...sakan kami berborak hehehe. Topik utama tentulah pasal travel dan destinasi terkini berjalan. Sedar tak sedar azan maghrib pun berkumandang. Nampaknya kami kena solat jamak terlebih dahulu sebelum bergerak balik ke KL...mudah dan tak payah nak stop lagi. 

Masa kami di rumah Azim...kami dihidangkan dengan kuetiaw goreng dan kueh mueh hari raya. Nyum-nyum kenyang sudah. Jom kita balik.


 wefie plak kami di meja makan

 wefie sekali lagi......


 sebelum balik tuan rumah bagi ole-ole keropok keping, kacang dan biskut raya. Terima kasih banyak tuan rumah. Nanti sampai KL jangan lupa singgah rumah kami plak yea. Nak tidur sini pun boleh.


Lebih kurang jam 12 tengah malam barulah kami sampai di KL. Dalan perjalanan tu En Bos mengantuk plak...terpaksalah stop jap kat RnR Gambang untuk basuh muka dan minum coffee. Then barulah sambung balik perjalanan.

Sekian cerita raya di kampung En Bos. Next entry nak cerita pasal cerita raya di seberang tambak pulak....kampung my mum. Tungguuuuuuuu


p/s - mood boring 


3 comments:

Kak Vit said...

wow! durian dan rambutan tu sangat freshh! nyum..nyum..:))

Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

Cikna said...

Rambutan thn ni mmg bnyk kat umah Cikna,dh agih kat kg, rmh mmbr, rmh jiran pun ade lg sudahnya buah kat atas pokok pun blh b'ulat...

lalabiestory said...

Sedapnya rambutan,terus rindu kampung halaman kat kelantan

Singgahla blog saya ya...