Ads

May 15, 2014

My Wedding - Outdoor Photography @ Taman Tasik Perdana

Salam semua.
Untuk entry kali ini ialah semasa sesi outdoor photography di Taman Tasik Perdana KL. Kami bertolak dari dewan pada jam 4.00 petang. Penatnya masa ni hanya Allah yang tahu. Seharian kami di dewan melayan tetamu dan sesi mengambil gambar. Memang masa sangat suntuk....then kami kelam kabut nak buat sesi outdoor pulak. Seharian jugak aku pakai high heel....pengsan mak!!. 

Semasa photography ini aku kena berjalan atas akar pokok dan jalan yg tidak rata.....memang sangat azab. Penat sungguh jadi pengantin ni kan. Masa ni aku terbayang nak berendam dalam swimming pool kan best...hehehe. Muka berpeluh jangan cakaplah...sib baiklah make-up kak sai ni meletop....cover muka penat aku tu hehehe.

Balik dari sini kami terus ke dewan semula untuk check apa yang patut. Fuhhh...dewan bersepah dengan sampah sarap bagaikan baru lepas konsert. Masa ni aku terus call adik2 aku mai turun padang kita wat gotong royong membersihkan dewan. Kalau tak habis deposit aku RM500. Kami berdua dengan baju pengantin dan adik2 aku menyapu dewan dan bersihkan apa yg patut. Siankan pengantin uhukkkk. 

Malam tu aku lepak rumah adik aku dan membersihkan diri....kerananya rumah aku takda air...uwakkkk. Dugaan betul buat kerja kawin time takda air ni. Majlis perkahwinan kami 2 hari 2 malam dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang masalah...alhamdulillah. Terima kasih byk2 family aku yg banyak membantu. 
















Habis dahhhhhhhhhhhhhh.....next entry citer pasal honeymoon kami plak. Hari selasa kami dah terbang utk honeymoon.


p/s - kalau boleh tiap bulan kami nak honeymoon hehehe.....






2 comments:

Unknown said...

u look gorgeous..... sgt sgt... :)
I like

Unknown said...

Congratulations... semoga berkekalan hingga ke jannah... :)