Salam semua kawan-kawanku.
Hampir nak sebulan aku tak update blog ni. Aduhaaiii sorry banyak2 sebab memang aku sangat busy dan takda kesempatan nak mengadap pc (alasan yg sama hahaha). Sibuk dengan kerja dan persiapan hal personal. Hingga ada yang bertanya pada aku...dah habis ke citer NZ tu. Hahaha tak habis lagi. Masih banyak lagi nak update sehingga kan ada beberapa perkara yg aku dah terlupa jalan ceritanya. So, terpaksalah aku bukak balik itinerary dan gambar2 yg sepatutnya. Dah 3 bulan jugak aku balik dari NZ tapi still tak habis2 lagi. Aduhai....smpai satu saat aku terpikir mcm nak buat assignment plak.....serabut otak. Cool babe!!!
Masih lagi hari ke-6.
Queenstown - Arrowtown (27km) - Cromwell (47km) - Wanaka (55km)
Dari Queenstown kami meneruskan lagi perjalanan. Ketika ini dah petang...kena gerak secepat mungkin untuk mengelakkan sampai ke destinasi seterusnya waktu malam. Kalau boleh kami elakkan sampai waktu malam. Kami melalui pekan Arrowtown yang jaraknya 22km dari Queenstown...tak singgah pun sebab tak nak buang masa takut tersampai lambat nanti. Pekan Arrowtown ni agak unik kerana keadaan town ni seakan-akan koboi town berdasarkan kepada bentuk kedai-kedai di sini. Umpama kita berada di zaman 70an tv colour hitam putih. Kami tak turun pun....tengok sambil lalu jer. Lagipun masa ni aku rasa mcm penat sangat......ketiduran ajer dalam kereta. Maklumlah....sakan bertubing atas puncak gunung siang tadi.
Dari Arrowtown kami meneruskan perjalanan ke Cromwell yang terkenal dengan ladang penanaman buah-buahan seperti apple, anggur, kiwi, pear dan mcm2 lagi. Tapi sedihnya sebab ketika kami sampai ni bukanlah musim untuk memetik buah-buahan. Kalau tak mesti uols dah tengok pic aku tengah tergedik2 memetik buah apple sambil meniarap di bawah pokok....tak pun tengah panjat pokok anggur (pokok anggur mana boleh panjat weiiiii). Hahahah acah ajer...berangan jer tu. Selain daripada buah-buahan di sini juga terdapat penanam sayur-sayuran. Takpa next time aku nak repeat lagi trip ni...make sure masa tu aku leh petik buah.
Disebabkan agak kecewa tak dapat memetik buah...kami decided nak cari fruit ice-cream yang terkenal di sini. Takpalah....ice-cream pun ice-cream lah. Berpusing juga nak mencari kedai ice-cream ni. Akhirnya memang rezeki kami ternampak kedainya. Masa ni aku dah bukak jacket.....sekali aku keluar tergeliat aku menahan sejuk. Terkedek2 aku masuk dalam kedai dengan harapan taklah sejuk seperti di luar. Sebaik masuk kedai.....nampak banyak buah2an yang dijual....tapi agak mahal jugak sebab bukan musimnya. Ntah dari mana buah2 ni.....terpikir gak.
kawasan ladang buah2an di Cromwell.....
jom masuk dalam kedai ni.....sejukkkkk...(tulah sama suruh tak pakai jacket)
mcm2 jenis fruits ada dalam ni....just tengok2 tak beli pun....sebabnya mahal!!!!
cuci mata jer....
vege pun banyak dijual.....aku nampak juga fruits2 yang telah dikeringkan dijadikan kudapan......mahal juga
aku nampak banyak dijual manuka honey di sini...aku tak beli pun sebab dah beli di Te Anau....manuka honey ni harganya bergantung pada gred....kalau gred yang bagus lagi mahal harganya...but still murah dari harga di negara kita
jom kita layan fruit ice cream di sini...harga seperti tertera.
cara buat ice-cream ni ialah dengan mencampurkan fruits yg terdiri drp strawbery, blueberry, mulberry dan pisang...then diproses bersama2 vanilla ice-cream. Jom kita makan.....
agak lambat service sebab tak ramai staff yg bekerja. Dialah yg jadi cashier...dialah juga yang tukang buat ice-cream. Agak lama juga kami disini menunggu satu persatu.
Nak tahu camana rasa ice-cream ni? Sedappp mcm yogurt sebab rasanya agak masam-masan dan tidak berapa manis. Kami makan di luar bangunan....alamak sejuknyaa. Udahlah aku tak pakai jacket....pulak tu makan ice-cream. Suap 2-3 sudu terus aku masuk semula ke dalam bangunan.
Tetiba kami ternampak papan tanda ini di dlam kedai....ehhh....ada banyak matawang asing satu dunia. Banyak jugak duit ringgit kat sini. Apalagi kami pun tak nak mengaku kalah.....kami nak jugak meninggalkan kenangan di sini. Kenangan sampai mati yg dapat dibaca oleh para pelancong yg datang ke sini.
tadaaaaaaaaaaaa....pada tarikh ini dan waktu ini kami six roses telah menjejaki Cromwell sambil makan ice-cream yg lazat. Kalau ada sesapa yg terbaca duit kertas kami ni....do let me know kay hehehe. Mesti ramai tertanya why forum cari....sebabnya 4 dari kami di sini adalah pengunjung tetap forum cari...malah ada yg otai. Aku kenal depa bukan di forum cari....tapi kebetulan ajer. Dulu aku otai di situ tapi sekarang ni aku dah jarang masuk sebab tak berkesempatan atas faktor masa.
Dari Cromwell kami meneruskan perjalanan lagi....kali ni kami menuju ke Wanaka yang mengambil masa lebih kurang sejam atau 55km. Masa ni dah petang hampir nak maghrib. Kami terus check-in dan seperti biasa setiap kali kami akan minta wifi. Di sini kena bayar,,,,hanya NZD5/sejam tetapi disebabkan setiap dari kami amik wifi ni...dorang bagi kami 24 hours...hehehe macamlah guna 24 hours sebab esok pagi kami dah nak berangkat. But still puaslah guna wifi sampai tertidur2 pegang hp hahaha......
Kami stay di YHA Wanaka Purple Cow.....dari luar nampak mcm duduk dalam cabin jer hehehe...tapi masuk kat dalam...not bad. Cuma agak sempit untuk kami berenam. Satu malam setiap orang bayar NZD31 (RM81). Dalam ni ada 3 katil double decker dan termasuk kitchen utk memasak. Lebih kurang mcm dorm....tapi okay lah sebab esok pagi kami dah nak check-out.
bentuk bilik kami dari luar
3 buah katil doubel decker....oklah tidur satu malam ajer. Malam tu kami mengemas beg sebab esok kami dah nak berangkat ke Chrischurch dan fly ke Auckland pulak. Memang semua ruang penuh dengan beg2 geng cik kiah ni.
Dapur kami yg comel....terima kasih kepada chef watie dan chef siti yang bertungkus lumus memasak menu yg meletup malam tu. Maaf aku dah terlupa nak snap pic....lagipun dah penat...semuanya malas hehehe. Agak banyak juga makanan kami malam tu sebab kami memang kena habiskan makanan fresh apa yg patut malam tu jugak seperti ayam dan sayur2an.
Esok kami dah nak berangkat ke airport. Semua pinggang mangkuk dan periuk nasi kena bersihkan. So esok memang takda bekalan makanan utk kami makan lunch...pandai2lah cari food kat luar. Stok makanan tin dan instant food ada banyak lagi...so kami amik keputusan untk tinggalkan ajer dalam bilik ni. Sesapa yg stay dalam bilik ni after kami checkout mmg rezeki dorang. Banyak giler bukan sikit tau...siap ada lebihan beras lagi. Kami tak plan bawak balik sebab risau beg kami kena excess nanti.
Malam tu tidur agak lambat jugak sebab sibuk mengemas beg sambil pack apa yg patut. Apa yg tak patut aku tinggalkan ajer....tak kosa nak memberatkan beg. Beg aku dah beranak pinak uolssss....tak sanggup nak tengok hahaha. Lepas habis mengemas....layan internet plak sampai tertidur dengan hp atas dada hahahaha.
Esok kami akan berjalan jauh jugak utk sampai ke Christchurch. Korang nak tau tak apa suspen yg aku nak cakap ni hehehe. Pada entry yg sebelum ni aku ada tulis tentang sesuatu berlaku pada kami.....sorry story tu bukan dalam entry ni....tunggu lepas ni. Tersilap daaaaaa......tungguuuuu!!!
p/s - berdebar-debar katanyaa......
6 comments:
singgah baca & tgk pics..beshnya :)
Bile tengok cara buat ais cream berry berry tu tetibe teringin pulak.
Nice la tepek2 duit camtu kekeke.
Salam.
terpaksalah i bersabar menunggu sambungan.... :P
Please check my email to u :)
Ha'a JM pun ungat dah abis stori mori nyer yolah mesti lah sibuk sdg mengitung hari kan ehhh baru perasan dlm pic kali ni x ada gambar org lah heeee
Saya nampak duit tu masa singgah mkn ais krim di Cromwell!...tp masa saya pergi tu artikel ni belum dipublish lg..(mid Nov :) ).
Semoga Sis meneruskan cerita pengembaraan untuk panduan kami semua.
Dan semoga usaha mendirikan masjid nanti dipermudahkan,insya allah ;).
-Aisyah-
Boleh bg email..nak tanya
Post a Comment