Ads

December 21, 2016

Day 4 : Turkey Trip Sept 2016 - Hierapolis & Cotton Castle, Pamukkale

Salam semua.
Kita sambung lagi sikit kisah di hari ke 4. 
Kami meneruskan perjalanan lagi....lama jugak perjalanan kali ni. Mungkin lewat petang baru sampai ke Pamukkale. Ikut planning nak singgah ke Cotton Castle sebelum kami check-in hotel. Hasan kata kalau tak sempat...esok pagi baru kita ke Cotton Castle. Tapi harap-harap sempatlah nanti. Sepanjang perjalanan aku tidur ajer....tak taulah kenapa mengantuk sangat. Masuk bas ajer dah terlelap. Jarang aku jadi mcm ni. 

Lepas 2 jam perjalanan, lebih kurang jam 2 petang kami singgah di RnR untuk lunch dan solat. Lunch kami disediakan secara hidang. Biasanya kalau makan di hotel hidangan buffet di sediakan. Satu yang  menarik bercuti hujung musim panas ni....sangat mewah dengan buah-buahan yang sedap. Tiap kali makan lunch akan disediakan pencuci mulut buah-buahn fresh seperti grapes, peach, plum, apple dan orange. Sampai tak larat nak habiskan. 

Lepas makan dan solat aku jalan-jalan disekitar di RnR ni tengok kedai-kedai jualan. Yang menarik minat aku ialah buah-buahan kat gambar di bawah ni. Hasan bagitau ni semua buah-buahan musim panas. 



Suka betul aku tengok buah-buahan ni. Manis dan fresh


Turki juga terkenal dengan pengeluaran barangan penjagaan kulit muka. Kalau korang tengok kulit muka gadis-gadis Turki...perghhhhhh boleh cair uolssss. Kulit mereka mulus dan cantik.


ini lah bentuk RnR di highway negara Turki. Entah apa yang dibualkan oleh Hasan dan Syukri tu. Macam serious talk jer...hehehe. Memandai jer aku ni.


Dah kenyang dan solat semua...jomlah kita sambung lagi perjalanan. Cantik sungguh bentuk muka bumi Turki ni. Sepanjang jalan kami dari hari pertama hingga hari terakhir.....bentuk muka buminya memang berbeza-beza.


Kiri dan kanan kami bergunung-ganang.


langit kebiruan. Cuaca cantik dan perjalanan kami smooth jer. Tak banyak kenderaan di atas highway.


Lepas 2 jam perjalanan kami stop again di RnR. Ada yang nak pergi toilet dan membeli-belah. Ternampak kedai jual tshirt. Harganya 20Lira....hmmm aku rasa mahal. Tak payah belilah. Boleh dapat lebih murah di Grand Bazaar. Akhirnya semua tak jadi beli. Lagipun tuan kedai ni berlagak.....susah nak bagi diskaun. Hmmm...my style kan....jom kita angkat kaki. Jangan beli kat kedai ni. 



Nampak ada jual pure yogurt + pure honey + biji poppy. Sedapnyaaa....harga 8 Lira. Ini makanan sihat rakyat Turki. Habis makan dan minum coffee.....jom sambung lagi perjalanan. Hasan kata lepas ni no more toilet okay. Sebab kami nak rushing sampai ke Cotton Castle, Pamukkale sebelum waktu gelap.


ok...we managed to arrive here at 6.45 pm. Hasan bagitau aku....thanks Allah we  arrived here before dark. Aku nampak muka dia risau jer sepanjang perjalanan. Apa taknya....bila stop kat RnR jer mesti ambil masa lama. Kalau dia kata 20 minutes...akan jadi 40 minutes. Hahaha. Gambar atas ni ialah ticket untuk masuk ke Cotton Castle....tak pasti berapa harganya. All included in package.



bas berhenti di tempat parking. Then di area situ juga ada kedai jualan souvenirs, jualan food and drinks dan toilet. Kena tunjukkan ticket di sini. Then kena berjalan boleh tahan jauh juga utk sampai ke dalam Cotton  Castle tu. Ada disediakan buggy car tapi kena bayar sendiri. Kalau sesiapa yang tak larat nak jalan jauh boleh sewa buggy car ni. 



Pamukkale terletak di bahagian utara Turki. Ia terkenal dengan peninggalan sejarah dan keindahan alamnya. Nama Pamukkale di ambil dari perkataan Turki yang membawa maksud "Cotton Castle". Di sini juga terdapat 2 lokasi unesco world heritage iaitu Hierapolis & Necropolis. Hieropolis merupakan kota tua pada zaman Roman empayar dan Byzantine empayar. Kita boleh lihat sisa runtuhan bangunan, tembok-tembok, istana lama, runtuhan teater dan kubur lama (necropolis ) di sini. Anda akan dapat melihat kota runtuhan Hieropolis dan Necropolis ini terlebih dahulu sebelum sampai ke kawasan Cotton Castle.

Cotton Castle ini merupakan teres-teres tingkat kolam air panas dari gunung berapi yang mengandungi campuran mineral karbonat dan kalsium . Airnya suam-suam panas dan bagus untuk rendaman kaki dan mengubati penyakit. Ramai penduduk tempatan datang ke sini untuk rendamkan kaki.


kesan runtuhan bangunan Hierapolis dan Necropolis.


luas sungguh tempat ini. Sebab tu kena jalan agak jauh juga. Masa kami sampai ni dah nak masuk senja. Entah kenapa tetiba aku rasa seram plak lalu di sini. Hehehe.


di hujung sana nampak ada kesan runtuhan dan tembok-tembok zaman roman empayar. 





Masa ni kami dah berpecah. Ada yang jalan ikut group masing-masing dan ada yang sewa buggy car. Aku plak berjalan berdua dengan cik abang sayang. Tengah syok melihat kesan runtuhan ni....tetiba aku nampak 2 orang wanita Turki pangkat ibu kita berjalan ke arah kami. Maknanya dia dah nak balik. Kami pulak baru nak menuju ke sana. Mereka berhenti dan tetiba memegang tangan aku. Terkejut ahkak tau. 

Dia bertanya. "Malizie?"
Aku spontan jawab "Yes Malizie".
Dia tanya lagi. "Muslim? MasyaAllah...."
Aku pun dalam keadaan blur menjawab. "Yes...yes I'm Muslim"

Nak tau tak....apa dia buat lepas tau aku ni Malaysian Muslim. 


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>> 
 (panjang plak)

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Cuba tengok apa dia buat kat aku. Hiksssss.

dengan spontan dia cium pipi aku. Aduhhhhh terkezut mak!!! En Bos plak macam dah standy dengan camera. Hahahaha. 


Dia cuba berkomunikasi dengan aku dengan panjang lebar tetapi masalah bahasa menjadi kekangan untuk kami berbual lebih lama. Dia siap peluk cium aku berulang kali. Aduhhh terharu nya ahkak ni. Dah macam mak dan anak pulak. Ok jangan jeles....i dah ada mak angkat Turkey hahaha.



ok dah sampai di sini. Tetiba aku terkejut beruk. Sebab kenapa tempat ni dah lain. Dulu 8 tahun yang lepas....tenpat ini sangat indah. Now dah jadi seperti kering kontang.







mana perginya air panas yang ada di sini. Aku turun bawah lagi mencari.


ooooo ada di bawah sana. Dah tinggal sedikit air panas ni. Air ini merupakan air dari gunung berapi yang mengandungi mineral karbonat dan kalsium. Bagus utk ubat penyakit. Ramai yang merendamkan kaki di sini. Tapikan dulu...masih banyak air ni mengalir di tingkat2 teres ini. Sekarang dah tak banyak. Faktor cuaca barangkali.


aku dan En Bos pijak batu kapur yang dah kering kontang tu...tetiba orang yang jaga tu menegur kami. Ooo rupanya tak boleh pijak. Manalah kami tau. Lain kali tulis sighboard huhuhu.


Air panas ni berwarna kehijauan. Kalau penuh air ni dalam teres-teres tu lagi cantik.


Masa ni orang dah tak berapa ramai sebab dah nak masuk senja. Cepat-cepat kami mengambil gambar dan berjalan pulang ke tempat bas tadi. Sebabnya bila dah gelap memang takda lampu di kawasan ni.


Tetiba aku nampak En Bos berlari-lari anak menuju ke sebelah sana. Laaaaa...rupa-rupanya dia mengejar kawannya masa di UIA Kuantan dulu. Sebelum ni dia dah berjanji dengan kawan tu untuk berjumpa di Istanbul....rupanya rezeki kami jumpa di Pamukkale. Kami ada bawakan tart nenas untuk dia. Dia sebenarnya bekerja menjadi tour guide di sini. Kebetulan dia bawa group ke sini. Stay di Istanbul. So En Boss berjanji nak jumpa di lobi hotel malam ni. Hotel kami bersebelahan jer. 



Cantik sebenarnya tempat ni.


Pasangan romantik suami isteri dari Singapore....Encik Mazlan dan Puan Habsah. Mula-mula aku panggil uncle dan auntie...lama-lama melekat panggil papa dan mama. Nampak tak keakraban kami camana. Kami memang tidak pernah kenal sebelum ni. Pertama kami bertemu muka di KLIA dan selang beberapa hari dah jadi bapa dan ibu angkat kami. Indah tak? Itulah istimewanya kalau join trip macam ni. Mula-mula tidak mengenali dan akhirnya bagaikan sebuah keluarga. Rindu sangat dengan Papa Lolan dan Mama Lola. Nanti kita jumpa di Singapore yea. Muahhh.



hari dah makin gelap....jomlah kita pulang.



kesan runtuhan bangunan zaman Roman Empayar


masa nak balik....En Bos entah ke mana tak nampak dia. Agaknya dia tak habis borak dengan kawan tadi. So aku jalan sorang-sorang...ternampak pulak Amoi dan Linda...jomlah kita selfie.



dah sampai hotel. Terus kami dinner di sini. Makanan di sini sedap jugak.


Untuk group kami mereka reservekan 4 buah meja.


meriah betul meja ni....asyik bergelak ketawa.  Mereka dah rapat each other. Kemana-mana mesti makan di meja yang sama. Entah apa yg diriuhkan agaknya. Rupanya ada seorang cowok Turki telah main mata dengan dengan salah seorang anak dara tu hehehe. Cowok Turki mata hijau uolssss. Siap selfie lagi mereka tu....hahahaha. 


sebuah lagi meja. Di meja ni ada 3 orang anak dara. Agak-agak ada yang dah jatuh hati dengan cowok Turki tak? 


kami stay di Colossae Hotel. Hotel ini juga 5 bintang. ALhamdulillah selesa sangat.


tidur yang nyenyak hari ni. Esok nak berangkat lagi ke destinasi berikutnya.



Esok kami akan ke Kusadasi. Banyak sangat aktiviti akan berlaku esok. Jangan terkejut ada yang bakal tukar profesion bila dah sampai Turki. Profesion apa agaknya yea. Dalam diam berbakat sungguh. Tak sangka yea, Jangan lupa nantikan next entry. Banyak gambar dan banyak cerita lucu berlaku.

Doakan aku dapat siapkan entry Turki ini sebelum masuk new year 2017. Cuba nak habiskan secepat yang mungkin Insya Allah.


p/s - counting days. Fairy tale.















December 15, 2016

Day 4 : Turkey Trip Sept 2016 - Caravanseray & Mevlana Museum, Konya


Salam semua.
Gigoh update blog untuk dihabiskan sebelum new year 2018 muncul. Harap aku diberi kekuatan untuk menyiapkannya. Oh yea sebelum aku sambung kisah Turkey di hari ke-4 ini...jom kita tengok gambar-gambar di bawah ini. Anda teruja tak?
Saya membuka satu lagi Turkey Tulip trip pada 1-9 April tahun depan 2017 ini. Ramai yang terlepas peluang untuk join trip 15hb. Sebabnya group tu dah penuh sepenuhnya. Masih ada lagi kekosongan. Siapa yang berminat cepat-cepat hubungi saya.

Harga RM4,100 yang ditawarkan sangatlah berbaloi-baloi. Anda tidak perlu membayar additional cost. Semuanya dah termasuk. Ada agent yang kononnya letak harga murah tetapi ramai yang tidak perasan harga tidak termasuk bayaran tipping untuk driver dan guide sebanyak RM200. So...berhati-hati ketika anda membaca itinerary. Sampai di Turki baru tau rupa-rupanya ada bayaran tambahan.

Pakej bulan April ialah musim bunga tulip. Alangkah ruginya kepada yang tidak pernah tengok tulips melepaskan peluang ini. Di Mesia jgn haraplah dapat tengok bunga cantik ini. Kalau pergi musim lain....memang takkan jumpa tulip. So.....jangan persiakan peluang keemasan ini. Harga murah plus dapat tengok tulip......takkan menyesal punya.

Pakej saya ini termasuk dengan flight Etihad, hotel 5 star, meals 5 star sebanyak 3 kali sehari, bayaran masuk dan tour guide yang bagus. Percayalah.....cuba baca sampai habis catatan journal perjalanan saya ke Turki bulan Sept lepas...anda akan feel seperti anda yang mengikuti tour ini. So...jangan lepaskan peluang mendaftar nama kepada saya. Boleh hubungi saya di talian 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com

Ada yang tanya pada saya...pakej ini termasuk hot air balloon tak? Tidak termasuk kerana hot air balloon adalah optional tour. Sebaik sampai di sana guide akan tanya sesiapa yang nak join balloon. Bayar pun di sana. Ada agent yang offer pakej termasuk harga balloon....sebenarnya harga tu dah termasuk pun. Cumanya agak berisiko sebab jika cuaca tidak mengizinkan dan anda sure takkan dapat naik hot air balloon tersebut. Kos bayaran anda itu tidak akan dikembalikan. 



 rugilah sesiapa yang tak join...berbaloi-baloi siap dapat tengok tulip


 kenangan yang takkan dapat dilupakan melancong ke sini.


 di keliling Blue Mosque penuh dengan bunga ini di tepi-tepi jalan


 wanita Turki dikelilingi bunga tulip yang kembang mekar di taman


di dalam Topkapi. Bunga tulip di tepi-tepi jalan ajer. Tapi awas tak boleh petik.




Ok kita sambung cerita perjalanan Turki kami di hari ke empat. Ada lagi 5 hari nak dihabiskan...huhuhu. Bertabahlah.
Awal pagi seperti biasa kami akan bergerak ke destinasi seterusnya. Pagi-pagi beg kami diturunkan ke lobi sebelum dimasukkan ke dalam  bus. Setiap orang wajib memeriksa beg masing-masing di lobi terlebih dahulu. Dah habis breakfast jom kita naik bas dan bergerak ke Pamukkale. Hari ini Hasan kata perjalanan agak jauh jugak. Kita akan turun ke 2 destinasi sightseeing dan turun untuk lunch juga. Lewat petang mungkin kami akan sampai ke Pamukkale. Di dalam perjalanan nanti kita juga akan berhenti di Konya. Apa yang menarik di sana....boleh baca di bawah ini.



 sebelum check-out En Bos mengambil gambar hotel yg kami stay semasa di Cappadocia. Suhan Hotel and Spa....iaitu hotel 5 bintang di Cappadocia. Ada yang tanya kenapa kita tak stay di hotel cave. Ini jawapannya. Lagi berbaloi stay di hotel ini berbanding cave sebab hotel cave dah lama....bus susah nak masuk ke dalam....hotel agak berbau....makan tak sedap. Percayalah. Siapa yang pernah stay di sana sure dapat imagine camana kan. Dulu memang aku stay di hotel cave semuanya ok tetapi itu cerita 8 tahun dulu. Just imagine kalau anda stay di hotel yg sama aku stay dulu. Boleh pening you all duk dalam bilik berbau..hohohohoh. So....lebih baik stay di Suhan Hotel yang berbintang-bintang ini. Makanan pun sedap di sini.



rekabentuk hotel ini pun macam ala-ala cave jugak.


 pool pun ada tetapi tak sempat kami nak mandi di sini....schedule sangat padat.


 lobby smooking area.....ada lagi satu lobi di dalam


 santai dan best hotel ini. Masa kami stay ni...memang tak ramai tourist. Hanya group kami dan group Jepun. Privacy sangat uolsss.


 ini di lobi dalam...beg kami dah beratur untuk dihantar ke bas. Jangan risau anda tak payah usung beg sebab bell boy hotel akan uruskan semua.


Deretan kedai-kedai di hadapan hotel kami. Masa ni senyap sunyi tempat ni...sebab di awal pagi. Kami nak check out masa ni.


Kami gerak tepat jam 8 pagi. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan kami berhenti di salah satu tempat bernama Aksaray, Konya. Cuaca agak sejuk di ketika ini. Kami singgah di Sultanhani Caravanserai. Ketika pemerintahan raja Seljuk, banyak didirikan caravanserai yang juga dikenali sebagai Han di sepanjang laluan sutera yang terkenal ini. Pada zaman ini sektor perdagangan bergantung kepada unta sebagai pengangkutan. Unta-unta ini akan berbaris bersama muatan yang dipanggil kervan. Perkataan caravanserai itu bermakzud "kota kervan".

Caravanserai dibina sebagai tempat persinggahan bagi pedagang yang melalui Jalan Sutera ini. Ia menjadi tempat perlindungan kepada pedangang, unta, kuda, keldai dan barang-barang dagangan iaitu melindungi daripada perompak dan penyamun jalan. Di dalam caraanserai ini juga terdapat kemudahan-kemudahan kepada musafir.



inilah dia bentuk caravanserai yang digunakan pedagang-pedaganga Laluan Sutera pada zaman dulu.


tempat persinggahan dan perlindungan ini boleh diumpamakan dengan RnR di highway...lebih kurang lah. Boleh tak kita bayangkan kesibukan tempat ini ketika kedatangan pedagang-pedagang dari Parsi, dan China ke Eropah dan sebaliknya. Semasa di sini mereka diberi tempat tinggal dan makan secara percuma. 


cuba perhatikan senibina dan tulisan jawi pada bangunan ini. Sangat unik dan berseni. Begitu teliti pembuatannya. Pintu depan dengan kalimah Al-Quran.


suka betul tengok senibina cantik macam ni. Orang zaman dulu memang creative kan. Tabik spring lah. 


Laki bina masuk di celah-celah corong ni pastu buat swafoto. 


Lepas sesi kunjungi caravanserai tu...kami melepak di cafe depan tu dan pergi ke toilet. Nampak akhbar Turki ni atas meja dan aku snap. Banyak betul tajuk dan gambar di muka depan akhbar Turki ni. 



kat cafe ni ada juga kedai jual beg2 souvenir buatan Turki. Cantik2 belaka...geram tengok. Kena pandai bargain harga yea.


Turkey juga terkenal dengan tea. Segala jenis ada. Apple tea yg paling terkenal. 


Souvernir2 lain pun ada jual. 


Sambil menunggu yang lain bershopping...kami berbual dengan Hasan bersama2 dengan ahli rombongan yang lain. Topiknya ialah pasal jodoh. Kakak yg sebelah aku tu namanya Kak Rosnani dan di sebelah lagi tu ialah anaknya Abu Hurairah...masih single. Sedang mencari katanya...hehehe. 


Perjalanan diteruskan lagi. Masih di daerah Konya. Ok dah sampai. Kami nak melawat ke tempat ni. Namanya ialah Mevlana Cellaluddin Rumi Museum. Apa yg menarik di sini agaknya yea.


Bus berhenti di kawasan parking utk bas. Maka kami kena berjalan sikit untuk sampai ke sini. Dekat jer tak jauh pun. 


Hasan memberi penerangan tentang tempat ini. 


Konya merupakan bandar ke 7 besar di Turki. Masyarakat di sini agak konservatif tentang Islam. Boleh dikatakan 70% wanita di sini memakai hijab. Bandar ini menjadi tempat laluan penting bagi Laluan Sutra. Tokoh besar sufi terkenal di sini ialah Cellaluddin Rumi juga dikenali sebagai Mevalana di kalangan pengikut-pengikutnya. Di sinilah bermulanya tarian whirling derwish dimana Mevlana merupakan pengasasnya.

Di kawasan museum ini juga terletaknya makam Mevlana. Dahulunya museum ini dijadikan sebagai tempat dewan tarian. Sekarang menjadi museum dan terdapat banyak barang-barang peninggalan Islam di sini. Jom kita tengok apa ada dalam museum ini.




berjalan ramai-ramai masuk ke dalam museum


agak besar juga keluasan tempat ini. 


tempat wuduk juga ada di luar ni.


Nak masuk kena pakai sarung plastik pada kasut masing-masing. Hasan membantu beri setiap orang sarung plastik ni. Untuk masuk ke dalam museum ini dikenakan bayaran....semuanya dah masuk dalam pakej.


Tadaaaaaa...cantik tak selipar kami dan sarung plastik tu. Kadang-kadang sarung selipar jer...mudah gerak. Satu lagi senang nak ambil wuduk. Masa pergi India pun pakai sarung plastik ni...nak masuk Taj Mahal. Hehehe...setahun 2 kali dah pakai benda ni. 


dalam museum


kalimah Allah di dinding dalam museum ini. Replika makam pun ada.


Kitab Al-Quran pada zaman Mevlana.


jangan tengok gambar pipi kembong kami...tengok lukisan dan ayat suci di atas tu.  



Ok dah habis melawat...jom kita gambar berami-ramai. Punyalah beratur nak tunggu turn bergambar di sini. Sebab ramai pelancong lain pun nak bergambar di tulisan Konya tu.




Konya juga dikenali sebagai bandar Universiti. Ramai student di sini. Dulu ingat lagi cerita 8 tahun lepas di sini. Aku dan kawan turun jer bas kena tarik tangan dengan student uni kat sini. Semuanya suka tengok kami org Msia datang melawat bandar Konya ini. Rupanya orang sini sangat berbesar hati melihat kita sesama Muslim dari negara lain datang ke tempat mereka. Siap semua keluarkan hp bergambar bersama kami. Perasan jadi artis sekejap di Turki hahahaha. Tak caya? Tengok pic bawah ni

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

tersipu-sipu malu i tauuuu.....dikelilingi gadis2 Turkey yang cantik2. Kenangan indah 2008.




ok sambung... kami nak balik ke bas...nampak ada kedai souvenir di sini. Jom beli FM sebijik dua untuk diri sendiri. Kalau boleh setiap daerah yang kita stop cari FM tulisan nama daerah tu. 



cantiknya hiasan piring ni. 


bas kami dah tunggu. Besarkan bas ni. Boleh muat seramai 50 orang. Selesa sangat.


Kami meneruskan perjalanan lagi ke daerah lain. Kami nak menuju ke Pamukkale pulak. Perjalanan agak jauh juga. Tapi sebelum sampai kami ada berhenti beberapa kali di RnR untuk solat dan makan. Ada lagi 6 jam nak sampai ke sana. Tunggu next trip apa yang menarik berlaku di sana. Tetiba ada seseorang datang terus memeluk dan cium ke pipi ku. Aduhhhhhhhhhh........sapa plak ni. Tak habis-habis jadi artis kat bumi Turkey ini. En Bos sempat plak tu merakamkan detik-detik suspen ini. Hehehe.Tungguuuuuuuuuu.

p/s - mengira hari demi hari.