Ads

October 16, 2013

Day 2 : Journey to New Zealand - Highway Fairlie


Ashburton - Temuka - Timaru - Farlie - Lake Tekapo

Hari ke-2
Awal pagi kami dah bangun untuk bersiap. Sebelum tu bersiap masak dulu untuk bekalan kami makan tengahari nanti dan breakfast pagi tu. Pagi tu Chef Watie mengambil tugasan masak nasi lemak dan Chef Norlia pula prepare sandwich. Selesai semua jam 7.00 pagi jugak kami bertolak menuju destinasi seterusnya. Plan awal nak keluar awal jam 6.00 pagi tapi tetap terlajak jugak. Tapi bagi aku...dah ok tu...just nice. Kami kena keluar awal untuk mengelakkan sampai ke destinasi seterusnya lewat malam. Agak bahaya jugak jika memandu di tengah malam di sini memandangkan kami semua ialah six roses. Setiap hari tugasan aku ialah untuk set destinasi menggunakan GPS.

Perbezaan waktu Malaysia dan New Zealand ialah 4 jam ke hadapan. So pada pukul 7.00 tu dah mula nak terang mcm Msia jugak. Di Ashburton sempat jugak kami bergambar di luar hotel yang kami menginap. Masih tak puas nak bergambar kat pohon cherry blossom tu. Pagi tu destinasi kami ialah menuju ke Lake Tekapo.....kami kena melalui Temuka dan Timaru. Selepas Timaru kami akan melalui Highway Fairlie.


pohon bunga cherry blossom di hadapan hotel yang kami stay

masa ni waktu awal pagi...masih gelap skit....

sepanjang perjalanan dihiasi dengan permandangan indah ladang biri-biri dan lembu. Gambar di atas sangat cantik tapi memandangkan diambil ketika dalam kereta...so tak berapa nak jadi.




Kami sampai di pekan Temuka ....tetiba ternampak Supermarket Pak'nSave. Katanya di sini agak murah sikit berbanding supermarket lain. Yang menariknya di supermarket ini ada free WIFI....tidak kira di mana2 lokasi. Masa ni geng2 cik kiah terkinja2 bila dapat WIFI free...gigih nak update FB huhuhu. Untuk pengetahuan semua....di NZ ni tidak mudah nak dapat free WIFI. Kena bayar kalau nak dapat WIFI. Tapi kalau uols gi kedai makan or cafe....beli makanan atau minuman dulu baru dapat free. Katanya di Temuka ini juga terdapat souvenir yang murah2....tapi kami tak sempat beli pun...sebab mengejar masa.

Niat di hati nak cari hp line di sini supaya senang nak berhubung dengan family dan en tunang di tanahair. Sebelum tu banyak kali jugak kami tanya di mana2 stesen minyak tapi malangnya dorang tak reti nak ajar camana nak gunakan line tu first time. So bila sampai di Temuka kami singgah di satu kedai buku ni sebelah Pak'nSave....syukur pekedai tu berjaya connectkan hp line kami di sini. Kami gunakan 2Degrees telecomunication dengan belian NZD5 untuk kad yang baru dan top up lagi NZD20.


kedai-kedai di sepanjang perjalanan

Next....kami melalui pekan Timaru....tapi kami hanya lalu sahaja tak singgah pun. Risau kalau singgah nanti sampai malam pulak. Selepas tu....kami melalui Pleasant Point Highway Fairlie. Sepanjang perjalanan memang disajikan dengan ladang biri-biri dan lembu yang sangat banyak. Tak terbilang banyaknya. Nampak pokok2 pine yang banyak di dalam ladang2 tersebut. Terfikir jugak....apa faktor pokok2 ini ditanam di ladang2 ini. Tujuannya untuk melindungi kawasan ladang ini daripada tiupan angin. Even nak masuk kawasan ladang pun ditanam dengan pokok2 ini. Akhirnya......apa jadi pada kami???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

 Kami telah menceroboh ladang biri2 orang New Zealand tanpa permission. Cuba lihat apa geng cik kiah ni dah buat di sini



nampak tak pokok2 ni ditanam camana....sangat cantik kannn.


kami berposing di sini dengan memasuki kawasan ini tanpa keizinan sehinggakan tuan punya ladang melihat kami dari jauh (nampak tak rumah yg berbumbung biru belah kiri tu). Alamakkkk...tuan ladang duduk di kerusi sambil memerhatikan gelagat kami. Hehehehe....korang berani tak?

Bukan takat berposing tu....ketawa mengilai pun ada hahahaha. Berkeliaran sekejap six roses di daerah larangan ini tanpa menghiraukan tuan rumah yg sedang memerhati hahahaha....memang jiwa kental kami semua ni.

feeling ala-ala di Nami Island Korea bila tengok pokok2 pine berderet2 ni. Tak payah berebut2 dengan pelancong lain...ibarat tempat ini kami yang punya. Cehhh tak malu!!!! Jom kita angkat kaki sebelum tuan ladang ni bawak senapang patah.....larikkkkkk.

Nak dijadikan citer kami telah tersesat jalan dengan melalui celah2 kampung hasil tunjuk ajar GPS....entah kampung mana yang dia dah bawak. Tapi best jugak sebab kami boleh melihat lembu dan biri2 dengan jarak dekat. Sesapa nak posing dengan lembu silakannn......


tengoklah ahkak ni....tetap jugak nak posing dengan lembu. Gigih turun kereta nak berposing tu. Alahai mcm lah kat Mesia takda lembu cik kak oi..... hahaha.


satu lagi haiwan yang menjadi igauan kami berada di depan mata. Gomokkkk uolss....bukan calang2 biri2 ni...baka baik punya. Kalau kat Mesia tak hidup lama punya...sebab panas terik. Tengoklah bulu nya....tebal dan gebu. Yang aku hairannya....haiwan2 ni bila kami sampai...pandailah pulak mengalih pandangan ke arah kami. Kalau kat Mesia mcm ni...jangan harap!!! Dia akan ragut rumput tu tak pandang kiri kanan langsung.

tengoklah anak biri2 tu...comel giler!!! Next kami melalui pekan Fairlie.....lalu ajer tak turun pun.

kami meneruskan perjalanan sehingga nampak permandangan indah ini. Lokasi ini terletak di Highway Fairlie.....sebelum sampai Lake Tekapo. Jom kita berhenti lagi untuk berposing di sini.

seronok memandu di South Island ni...kereta tak banyak. Umpama jalan ni aku yang punya uolsss.



geng cik kiah sakan berposing...excited tgk snow cap mountain

jom kita sambung lg perjalanan....lama lagi nak sampai Lake Tekapo ni

sekali kami nampak permandangan ni...fuhhhhhhhhhhhhhh mcm lukisan uolsss. Jom kita stop lagi.

 

deretan snow capped mountain yg sgt mempesonakan

 ya ampunnn...geng cik kiah ni tak takut ke??? Dok berposing di tengah jalan tak takut kena langgar ke korang ni? Itulah dia South Island.....sunyi sepi dengan manusia...hanya yang ada gunung ganang bersalji dan biri2 yang bilangannya lebih ramai daripadan penduduk NZ sendiri. Masa kami berposing ni tak nampak sebuah kereta pun lalu. Apa lagi....berguling2 lah kami di tengah jalan hahahaha....kekwat sangat.

posing Siti yang paling stylo hehehe...

mesti korang terfikir....sejuk ke? tengok mcm panas ajer matahari memancar. Yea uolsss memanglah ada matahari siap berkaca mata hitam lagi...tetapi cuaca nya ya ampunnn sejuk giloss lebih kurang 5C siap berangin lagi....tak ke hampiri beku tu. Kami kelaparan nak makan tengahari pulak....akhirnya kami jumpa satu tempat picnic di tepi highway ni. Jom makan......just nice for 6 of us.

juadah tengahri kami ialah nasi lemak siap ada sambal, ikan bilis dan telur rebus lagi. Memang menyelerakan makan di waktu sejuk2 ni sambil tangan terketaq menyuapkan nasi ke dalam mulut....tangan beku uolssss!!!! nasi lemak pun nak jadi beku jugak hehehehe.


Dah kenyang....jom kita sambung lagi perjalanan. Tak sabar dah nak sampai Lake Tekapo. Apa agaknya menariknya pasal Lake Tekapo?? Adakah kami berjaya sampai mengikut masa yang dianggarkan atau kami terlepas waktu yang sesuai??? Kita tunggu episod akan datang hahahaha.........

p/s - gigih nak siapkan story NZ utk majalah

Day 1 : Journey to New Zealand - Christchurch Airport & Ashburton



Tadaaaa.....selamat datang ke New Zealand....ehhh tetiba.
Super excited sebab akhirnya negara yang aku nak sangat jejak....termakbul sudah. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dari Allah aku dapat menjejakkan diri ke negara yang sangat cantik ini. Setelah bertahun-tahun kumpul duit nak datang sini...akhirnyaaaaaaa. Dulu aku nak sgt gi Switzerland sbb aku tahu akan keindahan negara itu juga....dapat jugak aku jejakkan kaki. Now....satu lagi negara yg aku dah capai impian. Nak mencapai cita2 ini bukanlah semudah yg disangka. Nak cari travel buddy yg sungguh2 nak ke NZ bukan senang nak cari. Ada sekali tu dah dapat 2-3 orang....tak jadi jugak akhirnya. Memang rezeki aku berjumpa dgn Ogy my blog reader pd awalnya....kami dengan kata sepakat sungguh2 nak ke NZ tahun lepas sepatutnya...memang bukan rezeki kami. Akhirnya tahun ni....tercapai sudah impian ini. Thanks Ogy.....this trip was great.

Dari Sydney kami menaiki Qantas Airline menuju ke Christchurch. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah....kami ambil flite awal pagi jam 7.15 waktu Australia. Malam tu mmg tak dapat tidur di airport...so sebaik masuk ajer flite...memang aku terlelap tidur dengan nyenyaknya. Pulak tu dapat seat kat tepi tingkap...sebelah aku takda orang....memang bestlah tidur. Kawan2 lain semua duduk belakang...kami terpisah. Cuma terbangun masa dorang nak bagi breakfast ajer....sib baik terjaga. Lepas makan....aku sambung tidur lagi hehehe. Sehingga lah aku terjaga dengan tiba2....memang rezeki akulah. Suatu permandangan yang saaaaaaangat cantikkkkkkkkkkkkk.....tidak terkata cantiknya. Sure korang dah agakkan. Tuuuuuu gambar di atas tuuuu....gambar itulah yg membuatkan aku terjaga dan terkaku seketika. Subhanallah cantiknyaaaa.....permandangan gunung ganang bersalji dari pandangan atas. Superb lah!!! Cepat2 aku keluarkan camera utk merakamkan detik2 indah ini. Lama pulak tu.....perghhhhh.


 permandangan cantik dari atas.....siap nampak saliran air salji2 yang mula cair....
 
 Qantas Airline...on board.....passenger tak ramai pun pagi tu.

 breakfast kami pagi tu...sedap sgt yogurt tu

 sebaik sampai di airport....kami melengah2 masa sambil update fb iaitu sebelum cop imigresen. Tetiba ada pegawai di airport tu tegur kami sebab hanya kami ajer yg tinggal sebab orang imigresen tengah tunggu kami di kaunter. Apaaa???...hahaha kelam kabut kami bergerak hehehe.


 nampak tak luggage aku tu?? Beg biru tu penuh dgn souvenir di Sydney ajer....tu belum lagi souvenir di NZ....pengsan!!! Masa ni tengah tunggu Watie sebab hanya dia ajer yang belum selesai urusan di kastam. Rupanya dia kena tahan sebab dia buat complete declaration utk food yg dia bawak....kastam sajer nak tgk apa brg yg dia bawak. Terjumpa plak beras yg ada seekor semut....hahaha lawak betul. Sib baik tak kena fine apa2. Alhamdulillah semua settle.

 keluar dari airport kena jalan kaki di sini menuju ke parking kereta. Kami ada sewa Estima MPV di sini dan menurut company tu kami dikehendaki tunggu di kawasan parking ini. Kami booking di websiti ini www. shoestringrentals.co.nz

Kos MPV Estima seperti berikut :
1. MPV NZD55/day + Insurance NZD10/day
2. GPS NZD8/day
3. Travel insurance NZD10/day
Kami berada di sana selama 8 hari...so total seorang bayar lebih kurang NZD100 (RM260)...tidak termasuk fuel.

Sebaik wakil dari company ni sampai di sini...dia terkejut beruk sebabbbbb.....pengsan tengok beg kami yg banyak. Ayohhhhh camana nak sumbat dalam estima ni....huhuhu. Takpa pandailah kami nak adjust camana. Masa sampai ni dia yg tolong susun beg kami....lepas tu lantak ko lah ...dia kata agaknya hahaha.


 condition kereta tip top...semua okay. Main driver kami ialah Norlia dan 2nd driver ialah Watie. Tapi sepanjang perjalanan kami di NZ ni memang Norlia seorang yang drive. Tabik spring kat dia...sebab berjaya mengharungi cabaran di sini. Nak tau apa cabarannya.....tunggu episod akn dtg di blog ini. Masa ni kami excited giler sebab dah settle semua.....nak teruskan perjalanan ke Ashburton plak. Lebih kurang sejam lagi perjalanan nak sampai hotel. Terpegun...terpaku tengok bumi Kiwi ni. Tengah asyik menikmati permandangan......tetiba apakah yg kami nampak? gomoknyaaaaaaa......

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

 ladang biri-biri.........terkinja2 sekejap dalam keta bila tgk biri2 yang banyak ini...gomok2 plak tu....padahal lepas ni pun ada lagi banyak...sampaikan tak larat nak termuntah tengok...banyak giler!!!!!


 sempat snap dari dalam kereta.......excited masa ni

Setelah sejam perjalanan iaitu lebih kurang 90 km dari Christchurch kami tiba di Ashburton, Berpandukan pada GPS...kami berjaya sampai ke tempat penginapan yang telah di booking awal. Kami stay di Coronation Holiday Park. Seorang bayar NZD30 (RM78).

 Satu lagi nak pesan....kalau nak bawa kereta di NZ janganlah pandai2 nak pecut laju...sila ikut had laju yg ditetapkan. Kalau korang degil...ada yg memburu anda di belakang...siapakah dia? sendiri mau ingatlah..... Tak payah nak terburu2 sebab kat South Island ni kereta tak banyak dan memandu pun relax ajer. Permandangan pun cantik...memang tak boring langsung.


 wahhhhh.....cherry blossom banyak giler di sepanjang perjalanan kami ke Ashburton. Sebaik sampai di hotel....depan pintu pun ada pokok ni. Terkinja2 aku dibuatnya. Sebab....aku memang nak sgt tgk bunga cherry blossom in live. Dulu tak dapat tgk di Korea sbb habis musim.

 orang lain dah masuk rumah....aku masih di luar snap pic ini....giler excited

 inilah rumah yg kami stay di Ashburton. Comel ajer...just nice for 6 of us

 Estima mpv yg kami sewa....semput kereta sbb terlebih had muatan hehehe

 ruang tamu yg comel....beg terpaksa letak di luar sebab bilik tak muat.

 kami mmg amik rumah yg ada dapur....utk memudahkan kami memasak setiap hari...

 bilik ni utk 3 orang

 geng cik kiah...amboih ganaih muka masing2 hehehehe

 petang tu lepas mandi dan solat semua...kami nak pi kedai cari sayur, roti dan brg2 lain utk dimasak dan dimakan. Sebelum tu kami dah buat collection seorang NZD100 (RM260)



 kat sini malam memang sunyi giler dan sangat sejuk. Cuaca hampir 1C ketika ini.....hampir beku tau. Yang bukak ialah supermarker Countdown. Aku jadi giler tgk vege kat sana....ikutkan semua benda nak beli hehehe. Aku memang suka pergi supermarket di overseas....sbb banyak choice.

malam tu Chef Norlia masak makanan ini...sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah.

Kami tidur dengan nyenyak malam tu...sebab penat sangat dan kurang tidur hari sebelumnya. Esok pagi kami nak bangun awal sebab perjalanan agak jauh jugak untuk sampai destinasi seterusnya. Dalam perjalanan itu....kami telah menceroboh satu kawasan ini......sehinggakan sesuatu telah berlaku.....wahhh suspen ni. Apalagi....tunggu episod seterusnyaaa.....huhuhuhu :p

p/s - salam Aidiladha semua.....








October 10, 2013

Day 3 : Sydney Trip 2013 - Birkenhead Point Factory Outlet & Sydney International Airport


Salam semua.
Cerita Sydney bersambung lagi....entry terakhir untuk Sydney trip. Lepas ni kita mencuci mata tengok gambar-gambar meletup di New Zealand plak yea. Fuhhhh berapa bulan nak habis buat entry tu. Takpa....tengah rajin ni Insya Allah boleh habis. Doakan yea.

Ok sambung..
Dari Circular Quay (CQ) station kami mecari pulak bus stand untuk ke satu tempat ni. Kami dah tau nombor bus apa nak naik. Tapi malangnya tak nampak pun bus tu. Hmmm....kena usaha sikit untuk mencari bus stand ni. So, kami bertanyakan pada i-centre yg terdapat di situ. Rupanya depan tu ajer. Nama kawasan bus stand ni ialah Bus Stand C....ada tulis signboard C kat situ. Di situ...barulah kami nampak bus2 yg bermula dengan nombor 5...naik ajer bas mana2. Actully kami nak ke Birkenhead Factory Outlet. 

Setiap kali nak naik bas kena standby dengan kad daypass tu...tetapi???? Sebaik aku nak naik bas....tak jumpa pun kad tu. Semua orang dah naik.......aku terkial2 mencari dalam beg...dalam kocek baju...dalam kocek seluar...hampeh!!! Memang takda. Driver tu suruh jer aku masuk.....maksudnya tak payah tunjukkan kad lah. Sebabnya dia tahu...kami bergerak ramai......takkan aku nak menipu kot. Dia faham mesti aku punya tercicir....fuhhhh selamat. Sib baik dia tak suruh beli ticket baru.

Dalam bas aku duk mencari kad tu.....selongkar beg semua....tetap hampeh. Memang sah kad aku dah tercicir. Selalunya aku masukkan dalam pocket seluar....supaya senang nanti. Agaknya masa duk sibuk bergambar di Opera House aku pun letakkan hp dalam kocek seluar juga. Bila nak kuarkan hp...dengan kad tu sekali terkeluar dan terjatuh. Itu andaian aku lah. Tapikan.......esok dah nak balik. Takkanlah aku nak beli kad yang baru. Tawakal ajer lah kalau kena tahan nanti hahaha.

Perjalanan ke Birkenhead Factory Outlet mengambil masa 30 minit dengan menaiki bas dari Circular Quay. Then maklumkan pada driver bas yang kami nak ke sana dan minta dia bgtau nak turun kat mana. Aku tak pasti apa nama tempat tu tapi yang aku tau....kami kena melintas jalan selepas turun tu. Maknanya bus stand belah kiri dan factory outlet tu belah kanan. Driver bas tu siap tunjukkan hala belah kanan ...cross the road dan cari bangunan warna hijau (ye ke...entah aku agak jer). Yang kelakarnya....kami ni degil....tak nak ikut cakap dia. Sebaik kami turun...kami tengok signboard menunjukkan hala kiri. Jalan punya jalan....lalu depan rumah orang....tepi padang....tepi jalanraya...pastu lalu bawah jejambat ....naik bukit...turun bukit. Maklumlah lurus bendul campur degil nak sangat ikut sign board. Kaki dah sakit ni tapi tak nampak pun bangunan colour hijau. Hishhhh......apa dah jadi ni? Ghopanyaaaaaa......kami dah ikut jalan jauh iaitu jalan kereta. Kami ni jalan kaki aje....apa hal nak ikut jalan kereta. Jalan kereta kan satu hala. Ya Allah.......dah berbatu jalan baru tersedar....hahahaha. Dah nak sampai baru perasan yang kami perlu lintas jalan ajer....tak perlu pusing sana sini turun naik bukit. Hishhhhhhh habis kalori aku. Sakit kaki weiii!!!!




nampak tak laluan bawah jejambat ni......kami ikut laluan kereta hahaha....kereta berderet2 nak ke factory outlet tu......geng mak kiah sajer nak exercise katanyaaaa!!!!!

masa ni tak sedar lagi.....hehehee

sebaik sampai dalam bangunan...wahhhhhhh......terkinja2 nak soping masa ni

orang boleh tahan ramai gak.....aku plan nak cari perfume

masa ni kami berpecah ikut laluan masing2 sebab....ikut taste masing2

di sebalik bangunan ini ialah permandangan ini....cantik kannn nampak kapal!!!!!

wahhh...nampak outlet corelle lah......mesti geng cik kiah yg terpecah tu ada kat sini. Memang SAH jangkaan ku.....depa tengah memilih2 pinggan mangkuk. Aku berjalan dengan Siti....tengok2 ajer. Belum masa nya aku nak borong Corelle...tunggu dah kawin lah. Lagipun susah nak pikul ke hulu hilir.....

akhirnya.....aku beli 2 helai legging di Cotton On dan 2 botol perfume di sini. Oklah tuuuuuu........



Pada aku tentang factory outlet ini.....banyak brand yg aku tak kenal sangat dan masih mahal huhuhuhu. Mak bukan banyak duit pun....mak beli barangan branded bila ada sale ajer. Kalau takda sale...mak tak mampu!!!!

Kami spent time 2 jam ajer di sini sebab hari dah nak petang......suhu pun makin sejukkkkkk.

Dari sini kami naik bas lagi ke Circular Quay......aku dah jadi gabra sebab ticket takda. Malas nak bayar lain sebenarnya. So....aku selit di belakang kawan2 masa dorang sibuk nak masukkan kad dalam mesin hehehehe. Sib baik driver tak nampak. Sebaik sampai CQ....kena naik train ke Central Station.....no choice aku kena bayar jugak ticket sehala. 

Destinasi seterusnya ialah ke Fish Market untuk makan fish and chips. Menurut kata student kita di Malaysia Hall...kalau nak makan fish n chips sedap pergi ke satu restoran ni di Fish Market....lupa dah namanya....chinese name dan dijamin halal. Nak ke Fish Market...kami naik bas yg ikut laluan tram tu dari Central Station hala ke Lilyfield....bgtau driver kami nak ke Fish Market. Sebaik turun di sana...mcm pelik mana plak area Fish Market ni. Kena jalan lagi....barulah jumpa. Peliknya kenapa mcm suram dan tak happening tempat ni. Lerrr.....rupanya dah tutup. Masa kami sampai tu baru jam 7 malam...hmmmmm sedihnya. Penat2 kami datang rupanya dah tutup. Rupanya depa tutup pukul 4.30 petang uwakkkkkkkkkkkkk. Udah ler perut ku kelaparan masa tu dan craving for fish and chips. Ada gak restoran lain yg dibuka....tapi ahli jemaah kata tak confident nak makan atas faktor kehalalannya. Hmmm....bagi aku kalau dah namanya Fish Market....dorang takkan jual benda lain selain daripada seafood. Dah namanya makan fish and chips.....memang tak guna sebarang sos. Cuma kita tanya dorang guna minyak apa...kalau animal oil baik tak payah. Kalau depa kata pakai olive oil atau minyak kelapa sawit memang boleh makan. Aku praktikkan benda ni masa aku gi Europe....my cousin yg stay di UK yang ajar. So....aku agak frust jugak masa tu.....sebab terlepas nak makan fish and chips di Sydney....esok dah nak balik.

Kami terus balik ke Malaysia Hall lepas tu. Sampai di sana lebih kurang pukul 9 malam. Dalam masa sejam kami bersiap packing barang2 shopping untuk berangkat ke airport. Makan malam dah ready atas meja....kenyang sudah. Ingat tak kami ada hire driver and transport masa sampai situ hari tu....balik pun kami amik orang yg sama. Jam 10 malam dia akan sampai di sini untuk hantar kami ke airport. Masa ni kami lambai2 ratu ke arah Syawal yang akan stay lagi di sini.....dia tak join kami ke NZ esoknya.


sebaik sampai di airport......lepak di sini sebab tempat duduk dah penuh. Akhirnya kami kena halau sebab tak dibenarkan duduk di sini. Rupanya dorang nak tutup area ni. Wahhh strict giler airport di Sydney ni. Udah ler airportnya kecik....tempat duduk pun tak banyak. Kebanyakan yg stay di sini ialah penumpang yang akan menaiki bas awal pagi esok.

selitkan diri di tengah2 orang lain...sebab nak tidur beb...penat udah.

aikkkk pehal jadi mcm tu? Hehehehe. sajer jer nak bagi ucapan winduuuu kat encik tunang yang jauh di tanahair. Sian dia kena tinggal.....padahal baru jer 3 hari di Sydney. Esok nak jalan jauh lagi. Aku tak tidur pun kat sini....memang tak biasa uolsss. Mak biasa tidur atas katil ajer.


Dah jam 4 pagi....bersiap untuk check-in. Awal lagi kami dah bersihkan diri....berus gigi...solat subuh dan tukar apa yg patut huhuhu.......


yahooooo...tak sabar nak terbang ke Christchurch.


Penerbangan kami ke Christchurch dengan menaiki Qantas Airline pada jam 7.15 pagi. Alhamdulillah proses check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma masa tu dorang mintak e-ticket kami balik dari New Zealand.....iaitu untuk memastikan kami tidak stay permanent di NZ tanpa mengikut saluran yang betul huhuhuhu. 

Sebaik sampai di Christchurch.........kami sewa kereta di sana. Ahli jemaah cik kiah terkinja2 nampak sesuatu.......apakah itu????? Tungguuuuuuuuuuu.....hmmm tak habis2 nak wat suspen hehehehe.

p/s - next month nak pi cuti2 mesia lah plak....