Ads

October 10, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Beraya Rumah Teman-Teman


Wehuuuu...bersambung lagi kisah di Penang. Panjang lagi nak habis pasal Penang trip ni coz terlalu banyak acara kami di sini. Pastu ada banyak jugak gambar-gambar lain yang masih pending selagi entry Penang belum habis. Gambar2 event aku pun melambak-lambak lagi. Wehhuuu...event aku tu masuk dalam ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia semalam....i feel so excited. Thanks Allah.


Ok back to Penang trip. Pagi tu kami nak kena gerak awal sebabnya sangat banyak acara makan-makan kami pada hari tu. So, sementara nak menunggu Azim and Azuan sampai....kak ipar Zaharah dah masakkan untuk kami nasi impit dan lodeh. Sedap sangat akak ni masak. Walaupun aku tak berapa suka lodeh tetapi aku rasa jugak sikit...memang sedap!!!!


lodeh masakan kakak ipar Zaharah

2 jejaka ini katanya nak jogging pagi tu...muahahah akhirnya angan2 mat jenin ajor. Sebabnya tak larat nak bangun.....kepenatan dan kemengantukan.





Pagi tu aku check-out dan bawak sekali beg. Sebabnya malam tu nak tidur kat tempat lain pulak. Terima kasih pada abg Rashid and wife sebab sudi tumpangkan aku tidur kat sini. Semoga Allah membalas jasabaik anda semua. Lepas kenyang breakfast di sini....kami menuju ke rumah Nikli pulak di Guar Perahu.


Kebetulan memang Nikli ada di Penang ketika itu...so inilah masa nya kami nak mai beraya ke rumah dia. First time aku nak mai ke rumah dia. Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, kami berempat dah terpacak di depan rumah dia. Segan pulak sebab pagi-pagi datang beraya ke rumah orang. Tapi takpa sebabnya kami dah buat appointment awal-awal dengan dia...hehehhe.





juadah kami di pagi tu....alhamdulillah rezeki kami. Terima kasih tuan rumah.


inilah dia Nikli. Ini adalah rumah parents dia. Sebabnya Nikli ni bekerja di Miri. Dia balik Penang sebab bercuti.


uikkk...apa yang korang gelakkan tu weiii



banyak betul makanan yang dihidangkan untuk kami. Perut kami dah ketat.





gambar kami semua....yang duduk belah kiri tu ialah wife kepada Nikli...Yus.



sebelum kami balik....siap bergambar beramai-ramai termasuk ibunya Mak Timah, adiknya dan anak buahnya. Terima kasih semua..... :)



Seterusnya ialah jemputan Hari Raya lagi daripada my blog reader, Madi. Rumah Madi terletak di area Taman Pauh Jaya. Sib baik Azim ada....so dia yang tunjukkan jalan nak ke mana-mana. Nak harap aku..huhhh jawabnya kena guna GPS ler. Senang ajer nak cari rumah Madi ni. Sebabnya hari semalamnya kami dah mai area ni...dekat dengan rumah Maz Daud yang semalam aku pi beraya open house tu.


Dah janji dengan Madi kami nak mai dalam tengahari macam tu. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami dah sampai. Ya Allah terharu sangat dengan layanan tuan ruman dan family. Untuk pengetahuan semua, aku dah 2 kali berjumpa dengan Madi sebelum ni di Bangi. So, this is my third time bertemu dengan dia. Madi memang selalu follow blog aku especially berkaitan dengan travel. Dia and wife pun plan nak ke Europe dalam masa terdekat ini. So, blog aku memang menjadi rujukan dia untuk ke sana.


Nak tahu apa yang dia hidangkan untuk kami pada hari tu? Jom tengok




Nasi tomato. Rasanya ini rumah ketiga kami makan nasi tomato di Penang. Memang Nasi tomato sinonim dengan orang Utara kot. Betul tak????



Yang baju hijau tu lah tuan rumah, Encik Madi.



Lepas kami dah habis makan dan borak-borak. Tetiba he showed me something. Taraaaaaaaaaaa.......my Europe Trip Journal yg siap di print and binding. Waduhhhh...terharu plak ahkak rasanya ahakss. Tujuannya dia buat mcm ni sebagai reference for his europe trip next month. Complete siap gambar dan write-up dia print..hehehe.



hahaha...siap ada tandatangan sekali. Masa ni Azim dan Azuan duk gelak2 kat aku "Bangganya kami ada kawan seorang blogger femes". Haishhhhhh idok ler famous mana pun. Famous kat Penang jer kot...hahahaha.


tengoklah apa yang aku sign...hehehhee!!!! sila muntah wekkk!!!!


masa ni terasa macam artis uolssssssssss!!!! Kau mampu???? ahakss


aduhai....siap ada upacara penyerahan dokumen sekali.....muahahahaha. Tetiba aku rasa mcm femes plak sejak jadi blogger ni. Sila muntahhhhh!!!! hahahaha.


bergambar dengan tuan rumah sebelum kami balik. Terima kasih byk2 tuan rumah, Madi and wife atas jemputan ini. Keep i in touch kay!!!!


Pastu kami singgah pulak ke rumah Azim sebab nak amik baju dorang......sebabnya kami nak tidur hotel pulak malam tu di Batu Feringgi.



Ok habis cerita kami setengah hari tu. Pasni ada lagi acara kami.....banyakkkkkk lagi. Esok aku cuba untuk update lagi dan sekerap yang mungkin. Alhamdulillah murah rezeki aku di Penang ni dan sangat terharu dengan layanan orang2 Penang. Muahhh..muahhh. Terima kasih banyak2.




p/s - Uikkkk...pigmentation dia. Tp tetap menjadi pooojaannnnn lelaki itu. Kawan aku kata..."kau tetap lagi cun!!!" Ahakkkks!!!!!





October 7, 2011

Day 1 - Penang Trip 2011 : Nan Tandoori Kapitan & Nasi Kandar Beratur


Bersambung lagi kita berkelana di Pulau Mutiara yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap - food heaven gitiewwww!!


Petang tu aku dah siap mandi dan tukar baju...barulah segar dan selesa. Then lepas solat isya barulah kami bertiga bergerak ke destinasi seterusnya. Masa ni macam terasa perut dah lapaq naa. Ohhhh....malam ni kami ada makan-makan lagi di dua tempat yang berbeza. Hahahah....makan lagi...gitu lah. Bak kata org Penang kalau dah mai Penang tak pekena nasi kandaq tak lengkaplah percutian anda....apa yang kami makan? jommm tengok.


Roti Nan Tandoori Kapitan Keling adalah tempat yang aku nak sangat pergi. Belum pernah mai lagi. Katanya nan tandoori di sini sangat sedap. Ohhhh...wajib aku mencubanya. Beriyani Claypot di sini pun sedap juga orang kata...ohhhh noooo....itu next time boleh cuba. Sebab tujuan aku nak pekena nan tandoori ajer.


Malam tu bukan kami bertiga ajer tetapi juga di hadiri oleh family Zaharah....meriah gitu. Selain kami....2 orang abang Zaharah and family juga mai joint kami sekali. Terima kasih Mat Noor and family dan juga Razak and family.......nice knowing all of you. Sangat peramah family Zaharah ni dan kedatangan kami mendapat layanan yang bagus daripada mereka. Terharu plak rasanya. Pelbagai topik yang kami borakkan sementara menantikan nan tandoori kami sampai.



all of us......terima kasih semua. Orang Penang memang best!!!!

menu yang terdapat dalam restoran ini

tu dia......nan tandoori dah mai!!! rasanya...sangat sedappppppp. Highly recommended. Juga terdapat beberapa cawangan restoran ini di Penang. Yang kami pergi ni terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling (katanya paling sedap). Rempah ratus dalam ayam tandoori tu pergghhhhhh sangat meresap dan sedap gilossss.



aku order nan cheese and ayam tandoori


masing-masing dah tak sabar nak mamam...



restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan


tengok tu...licin aku makan. Rasa mcm tak cukup nak order lagi tetapi........lepas ni kami nak makan nasi kandaq plak....so cancel!!!! Terima kasih kepada Zaharah sebab belanja kami makan di sini..




Hahhhhhh...percaya tak? Kami nak makan nasi kandaq di waktu malam buta gini. Ketika ini jam menunjukkan jam 11.30 malam. Buat tebiat ke apa? Hahahaha...itulah penangan Nasi Kandaq Beratur yang mula berniaga pada jam 10 malam. Tak caya? Sila tengok gambar di atas.


Kenapa ia dipanggil Nasi Kandar Beratur? Sebabnya.......sesapa yang datang sini kalau tak beratur tak sah. Bukan takat beratur seminit dua tetapi beratur selama sejam lebih atau 60 minit. Pengsan!!! Sib baik aku tak pengsan sebab bukan aku yang beratur....orang lain yang beraturkan untuk aku...hehehe. Aku beratur kejap jer....tu pun sebab nak berposing depan camera.


Nasi Kandar Beratur sangat diperkatakan di mana-mana di atas kesedapannya. Ye ke? Sebab masa ni aku memang belum pernah mencuba...bila aku dah datang Penang ni maka wajib lah mencuba. Orang kata...kalau tak beratur takda feel. Gitu? Rata-rata yang beratur ialah orang luar....and not locals (i mean org penang). Dulu org KL sibuk duk kata Line Clear terbaik!!...la ni orang duk kata Nasi Kandar Beratuq plak terbaik!!! Hmmmm....tunggu aku punya comment camana plak.



Nasi Kandar Beratur ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling...belakang aku tu adalah masjidnya.



oh yea lupa nak bgtau. Ketika ini juga aku first time berjumpa dengan my blog reader iaitu Rosli Mat (kanan sekali) dan wife, kak Shima yang menetap di penang. Sebelum ni duk bersms dan berFB ajer. Memang dah janji nak jumpa di sini. Nice meeting both of you!!!!



masa ni tengah beratur.......utk posing jer tu. Zaharah, Norma dan Shazana yang tolong beraturkan utk aku..hehehe thank you uolss!!!!



tengoklah keadaan di sini......ramai org sedang beratur.


tak sah kalau tak beratur sejam lebih di sini....tengok tu sanggup hanya kerana sepinggan nasi kandar. Sebab aku first time...sanggup ajer. Tapi takat nak datang selalu ke sini demi nasi kandar...ohhh tidakkkkkk.....aku tak sanggup naaa.



sajer nak bgtau aku pernah makan di sini. Cehh...poyo kan.


dah sampai turn kami.....tengok tu lauk pauk yg ada di sini.


mamak ni tengah duk ceduk lauk untuk aku.......wallaaaaa..


tu diaaaa....nasi kandar aku dah ready. Harganya lupalah plak. Tapi standardlah...mana2 lebih kurang ajer harganya




Nak tau comment aku??? Hmmmmm....for me biasa-biasa ajer. Sebabnya? Lauknya tak panas, nasi sejuk dan ayam goreng tak fresh. So penilaian aku overall ......cukup sekali aku makan di sini. Sebab first time mencuba....oklah ambik experience. Aku pernah rasa di tempat lain yang lagi sedap. Aku makan tak habis.....setengah pinggan ajer makan.


Pada aku...kalau nak makan nasi kandar sedap....lauk kena panas, ayam goreng panas, nasi panas dan makan diwaktu tengahari. Barulah kawwwww!!!!!!


Semasa aku berada di sini....aku berjumpa dengan ramai orang Penang. So, bila aku kata nak pi makan nasi kandar beratur....dorang kata ada kat tempat lain yang lagi sedap sebenarnya. Nak tau kat mana? Nanti aku citer. Sebabnya boleh dikatakan semua org Penang yang aku jumpa sebut di tempat yang sama...di mana tu? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!




oh yea....pada malam tu Buzu dan Zul juga joint kami makan nasi kandar. So bertanbah ramai dan bertambah meriah. Macam2 benda gak kami duk berborak.


borak punya borak.....tak sedar rupanya dah dekat 2 pagi kami masih berada di sini...huhuhu


ok good nite.....masing2 dah tak larat dan penat. perut pun dah terlalu kenyang. Esok masih ada lagi tempat yg nak pergi.


Demikianlah seharian di hari pertama aku berada di Penang. Ya Allah pengsan tengok makanan yang kami duk jamah pada hari tu. Memang kenyang gilossss. So, malam tu kami pulang semula ke seberang dan aku dan Zaharah tidur di rumah abang Zaharah sekali lagi. Jumpa lagi esokkk.





sebelum balik.....kami posing lagi. From left: Buzu, Kak Shimah, Zaharah and me


para jejaka pulak... From left : Azim, Zul, Rosli dan Azuan




p/s - happy sgt coz gambar majlis pelancaran cabaran sihat yg aku organize tu masuk dalam paper Utusan today.....pic aku takda. Hanya pic peserta dan penaja. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar










October 5, 2011

Day 1 - Penang Trip 2011 : Rumah Buzu & Open House Maz Daud


Wowww...makanan di atas nampak sedapkan? Bukan saja nampak sedap....tetapi memang rasanya sedap pun......(tetiba lapaq...oh no..no..no!!!)


Waduhhh blog dah lama tak update....barulah hari ni aku boleh bernafas dengan lancar. Lately ni aku busy tahap maksimum. Sampaikan nak pi makan pun tak dan. Seriuss dah turun 3 kg....huhuhu. Aku busy handle event Cabaran Sihat tu lah. Alhamdulillah launching ceremony dah lepas...great job Kevin bgtau...hehehehe. After this kena concentrate weekly activity plak....every Saturday kena kerja tau. Fitness, jungle trekking, futsal, amazing race, water rafting here i come.........


oh yea...lupa nak wish selamat datang kepada my new blog reader @ stalker yang berada di Brisbane, Skudai, Melaka dan Nilai. Alhamdulillah anda semua telah menaikkan lagi traffic blog ini ke angka yang sangat2 tidak ku jangka (walaupun dah seminggu x update blog). Alang2 korang dah masuk blog ni....sila2 lah click kat iklan2 tu yea. At least boleh jugak menambah2 kan lagi my ads revenue....boleh jugak tambah income nak pi jalan2 obersea...ahakssss. Kau mampu??


Tukar topikkk...jom kita citer pasal trip ke penang ni lagi. Masih lagi di hari pertama kami di sini. Lepas ajer solat Jumaat....kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah Buzu yang juga my blogger friend. Dia bekerja di Kuala Kubu Baru, Selangor dan kebetulan juga Buzu balik kampung di Penang sebab nak uruskan persiapan weddingnya tak lama lagi. Rumah Buzu terletak di kawasan Gelugur. Nak harap aku tahu bab2 jalan di Penang....ohhh tidakkk. Sib baik ada orang Penang dan org Ganu dalam keta ni yang pandai jalan. Dah sampai di Gelugur tapi berpusing2 jugak kami nak cari rumah dia....tapi akhirnya sampai jugak...Alhamdulillah.


Nak tahu tak apa yang Buzu and family menjamu kami ketika tu? Jommmm tengok gambar makanan di bawah. Kami telah dijamu dengan nasi tomato dan lauk pauk yang sedap. Fuhhhh....makanan yang sangat sedappp...dimasak oleh tok Buzu.



Kaila - sedapppp aku suka....makanan tradisional org Penang


ayam masak tomato...pun sedap



dalca style Penang



daging (entah lupa masak apa)...hehehe



cuba tengok betapa banyaknya lauk pauk yang dijamu untk kami...Alhamdulillah terima kasih tuan rumah....masakan yang sangat sedap



kalau dah namanya blogger.....snap pic makanan adalah wajib sekali



kami para tetamu.....bersedia untuk santap.....



buzu (kanan) dan tunangnya Zul....darah manis dah nak kawin tak lama lagi...



chombi Penang pun nak makan naaa....



masa ni aku masih kenyang lagi.....tapi kena jamah jugak sebab makanannya semua sedap2 belaka







Lebih kurang pukul 4 petang kami pun beransur dari rumah Buzu. Destinasi seterusnya ialah ke Permatang Pauh pulak....balik ke seberang semula. Tetapi sebelum tu, Zaharah dan Norma naik kereta lain untuk ke tempat lain atas urusan lain juga. So, aku dan dua orang jejaka tadi tu ajer bergerak ke seberang.


Singgah solat Asar di masjid dulu. Actually aku tak kenal tuan rumah yang kami nak pi beraya open house ni. Ianya adalah jemputan teman kepada Azim. Ok.....jomm kita pergi....apa salahnya untuk meramaikan lagi kawan-kawan baru.....betul tak? Perut ku sangat kenyang ketika ini......cuba korang fikir camana nak sumbat lagi tu...heheheh. Jom kita tengok makanan yang dijamu untuk kami.




Nasi tomato lagi....heheheh. Rupanya orang Utara memang suka masak nasi tomato kan...baru ku tau!!!! Selain tu...ada laksa, rendang, nasi impit, lemang, kueh mueh dan buah2an. Banyak sungguh makanannya....alhamdulillah rezeki kami.




selain tu ada juga tetamu lain. Kalau tengah lapar memang best boleh rasa semuanya..tetapi aku cuma merasa laksa Penang sahaja.....boleh caya? Percayalah.....




yang di tengah-tengah tu tuan rumah, Maz Daud. Nice knowing you!! Maaf Maz....Kak Leez cuma merasa laksa ajer...sebab dah terlalu kenyang. Rugi...rugi...tak merasa yang lain..huhhhh.



tengah sakan kami berborak-borak.....tetiba sampai seorang lagi teman blogger yg dah lama pencen.. Nikli (baju purple) and family. Dia ni pun kebetulan balik kg di Penang.....dia kerja di Miri. Wahhhh......bertambah meriah kami di sini.



Nikli and wife, Yus. Sedondon gitiewwww




Nikli and family, Maz, Azim.......best jumpa korang semua. Muahh...muahhh.



Mesti korang semua perasan tak.....aktiviti aku di hari pertama di Penang asik makannnnn ajer. Huhuhuhu...tu baru sikit hokay. Tunggu ada lagi lepas ni....kalau korang baca apa yg kami buat pas ni....boleh terus pengsan. Sebabnya....kami akan makannnnn...makannnnn dan makannnnn. Yelah.....aku ni ada ramai kawan-kawan di Penang...so di kesempatan ini apa salahnya kunjung-mengujungi mereka...bukan selalu kan. Kebetulan pulak ketika ini masih lagi musim raya bulan Syawal.....jemputan beraya tak putus-putus.


Alhamdulillah bila kita ingat kawan-kawan....Insya Allah mereka akan ingat kita balik. Best jugak jadi blogger ni.....dapat kenal ramai kenalan dari merata negeri. Insya Allah bila kita berbuat baik dengan orang....orang akan ingat dan kenang kita sampai bila2. Aku juga takkan lupa kawan-kawan semua.




p/s - Peringatan aku untuk orang itu. Perangai aku satu ajer....bila orang berbuat baik dengan aku....aku akan balas berganda2 baik pada orang tu. Tapi jangan lah aniaya dan menipu aku......aku susah utk lupa sampai bila2. Aku boleh maafkan tapi aku tak boleh lupa.....itulah kelemahan manusia. Ingat yea...doa-doa orang teraniaya akan dimakbulkan. Tunggu ajer pembalasan Allah. Mungkin kena pada diri kau sendiri atau terkena pada anak-anak kau. Anak-anak yang bijak macamana tahap tertinggi sekalipun...kalau dah kurang didikan kasih sayang dan adap budi bahasa disebabkan kepincangan keluarga.....tetap nampak BIADAP!!