Ads

October 30, 2011

Cabaran Sihat - Futsal @ Sports Planet Ampang


Cabaran Sihat bersambung lagi. Kali ini ialah aktiviti minggu ketiga iaitu perlawanan futsal. Perlawanan ini diadakan di Sports Planet Ampang. Selain daripada para peserta, kami juga menjemput penaja, staff dan jemputan utk joint this match. Gamat wei...sbb saingat sangat sengit. Pening masa aku nak wat groupping....kejap tukar mcm ni dan kejap tukar mcm tu. Finally aku pecahkan ikut 2 kategori lelaki dan wanita. Barulah adil sikit. Kalau aku buat campuran lelaki dan pompuan.....jawabnya pompuan kena buli...hahaha.


Terima kasih juga kepada para penaja, staff dan jemputan yang sudi joint utk menggamatkan futsal match ini. Yang group lelaki memang nampak pro lah tetapi group wanita sangat lawok hokay. Di mana ada bola...di situlah group wanita berkumpul...hehehe mcm semut. Faham...faham sebab boleh dikatakan semua peserta baru first time nak main futsal.


Setiap kategori dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu warna putih, hitam dan merah. Kami juga menyediakan hadiah untuk juara setiap kategori iaitu juara lelaki dan wanita. Kami juga menjemput 5 orang artis dan setiap kumpulan ada wakil artis. Sajer nak memeriahkan suasana.


Bila tengok gambar2 ni...memang tak boleh blah....lawak sangat.



kevin duk bagi explanation kpd peserta yg berat badan tak turun....

kumpulan merah lelaki. Artis ialah Amar baharin


group warna putih. Dalam group ni ada peserta, penaja dan artis. Yang kebetulan pula....kebanyakkan nya ialah golongan international...ada org pakistan, turkish, germanic, british dan melayu.....patutlah depa menang hehehe. Artis ialah Zain Saidin


my bro joint sama.....mewakili penaja.


Zain dan Amar berentap....


group wanita putih.....caiyokkkk hampa terror. Artis ialah Nisha Dirr


aksi Nisha Dirr.....boleh tahan gak dia main.


group wanita merah vs putih. caiyokkk maya....


group lelaki hitam.....sorry group ni takda artis....


aksi Amar bermain...terror mamat ni main.



group wanita hitam. Artis ialah Fida Ibrahim


group wanita merah. Artis ialah Putri Mardiana


cewahhh itha menggelecek. Kelassss ko jah!!!


Fida pun boleh tahan bermain futsal. Thanks for your support.


kali ni friendly match pulak antara peserta sahaja....diserikan dengan artis juga. Perlawanan campuran lelaki dan pompuan.


cayalah artis-artis ni main......


kesemua artis yg mengambil bahagian dalam futsal match ni bergambar bersama.......kevin pun ada.


organizer pun nak bergambar gak.....from left: zain, me, kak rose and che li.



dalam pada aku sibuk ke sana ke mari masa match ni...sempat gak posing dgn Zain Saidin. Ada kata mcm muka adik-beradik. Ye ke? ahaksss


dengan Fida Ibrahim pun aku bergambar gak. Comel dan kecik ajer dia ni.


dengan Putri Mardiana....dia ni pelakon filem Santau


Setelah 3 jam berlalu dari jam 9.00 pagi hingga jam 12 tengahari....habis dah futsal match ini. Just nice on time. Keputusan berdasarkan kepada markah kumpulan mengikut perlawanan liga Then lepas habis match, kami mengumumkan pemenang. Juara kategori lelaki ialah kumpulan warna putih dan wanita juga dimenangi oleh kumpulan warna putih.


Hadiah bagi perlawanan ini ialah tajaan Temasek Growth Sdn Bhd dan bip, bola dan baju pengadil perlawanan ditaja oleh Arora Sports. Terima kasih kepada penaja.



pemenang kumpulan lelaki putih....my bro lettiewwww...hehehe



ni pulak pemenang wanita putih...tahniah uolssss


habis sudahhh...sessi gambar beramai-ramai. Thank you for your support guys!!!!!



selamat menjamu selera semua....muahh..muahhh



Alhamdulillah telah selesai aktiviti Amazing Race semalam di FRIM. Nanti aku wat entry plak pasal aktiviti keempat ini. So far...semuanya berjalan dgn lancar. Alhamdulillah. Ada lagi satu aktiviti lepas Raya Haji ni. Then, majlis penutup dan pengumuman pemenang. Banyak lagi kerja aku nak buat lepas ni.....stresssssss!!! Selagi event ni tak habis.....selagi tu aku dalam keadaan stress. Ya Allah, semoga kau permudahkan segala tugasan kerjaku ini, Ameen.



p/s - lepas balik dari Amazing Race di FRIM...badan aku sakit2 dan mcm nak demam. Risau gak ni.






October 28, 2011

Souvenirs - Thanks Dear Friends!!!!

Alhamdulillah murah rezeki aku dengan pemberian souvenirs dari rakan-rakan. Sangat terharu dan appreciate it so much. Gembira tengok kawan-kawan pi jalan-jalan makang angin ke overseas. Aku? Nan hadoh!!! Last aku gi jalan2 ialah ke Penang tu jer lah. Lepas tu aku terlalu busy dengan tugasan yang tak habis-habis. Cuti melambak2 lagi huhuhu.

Last overseas trip rasanya ke Singapore. Tu pun bulan Mei yang lepas. Memang tahun ni aku pecah rekod banyak berjalan cuti2 Malaysia sahaja. Overseas trip aku tahun ni pulak ialah ke Surabaya, London/Edinburgh dan Singapore. Tu jer uolsssss. Cukuplah tu.....kosnya jangan cakap....makan ribu jugak.

Insya Allah tahun depan akan banyak tempat aku berjalan ke overseas. Panjang umur dan murah rezeki Insya Allah aku akan sampai juga ke tempat2 itu. Ramai yang nak ikut ahaksss. Next time yea sebab 3 trip aku yg dah confirm tu dah ramai yg ikut huhuhuhu. Nak gi makan angin ni kena tengok gak dengan sapa kita nak pi. Aku lebih prefer gi dengan org yg kaki travel sebab hanya org yg kaki travel yg memahami jiwa org kaki travel juga. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Aku ni jenis lasak yang kuar hotel dari pagi dan balik semula belah malam. Aku tak reti nak memerap dalam hotel ajer. Baik duk umah ajer.

ok jom tengok apa yg kawan2 aku bagi tu......




souvenir daripada Zul Dubai....juga seorang blogger. Dulu dia di Vietnam and now dia menetap dan bekerja di Dubai pulak. Katanya...cost of living kat sana sgt mahal. Hmmm cancel aku nak makang angin ke sana ahakssss. Harap tunggu transit naik Emirates bolehlah singgah jap. Thank you!!...i like.......


pemberian Pak Azuan. Thanks dude!!. Dia makan angin bersama familynya di Bali. Windulah nak bercuti ke sana...i like Bali so much. Beb, ko tak terserempak pengantin tua tu kat sana ke??? Hahahaha....Bali jerrkk????

Souvenir FM India daripada Che Li, my opismate. Suka sangat sebab FM ni diperbuat daripada marble. Kat sana memang byk marble uolssss. Sebab tu lah Shah Jehan boleh bina Taj Mahal yg diperbuat drpd marble utk Mumtaz. Bestnya tengok gambar2 dorang gi India....Insya Allah my aim for year 2013. Thanks Che Li!!!


Keychain India pemberian Abg Joha, my opismate yg sekapal dengan Che Li. Suka dapat keychain ni......thanks abg Joha.


Pen kayu daripada Pulau Batam, Indonesia dan Sarawak pemberian blogger Azim. Member ni pi makang angin jerkkk...jeles mak tau!!! Thanks yea beb!!! Banyak betul koleksi pen kayu aku dari pelbagai negara...kena buat koleksi ni...hehehe. Thanks Ajim!!!!


dapat lagi pen kayu. Kali ni pemberian Nonie, my opismate. Dia baru balik daripada Bandung, Indonesia. Siap dapat itik kayu lagi. Kau mampu??? hehehe. Thanks Nonie cayang!!!


FM Bandung daripada my dearest friend, Nani. Thanks mek!!. Banyak betul koleksi FM Bandung aku hehehe. Lama dah tak pi jalan2 ke Bandung. Tetiba rasa nak ke sana....boleh???


FM Penang pemberian combi dari Penang, Norma. Dia bagi FM ni masa aku bercuti ke sana raya yang lepas. Suka....sebab FM ni unik. Thanks dear!!!


ni pulak bukan pemberian percuma tetapi kena bayaq hahahaha. Baru ni adik aku pi makan angin ke Phuket....so aku kirim shortglass Phuket. Ingatkan percuma ...rupanya kena bayaq jugak hahahaha. Harganya RM40 wahai kawan2....mahal sungguh. Masa aku gi Phuket dulu...HRC belum bukak lagi. Baju HRC Phuket dah ada dan ni aku kirim short glass sahaja.




Aku nak tambah sikit celoteh pasal travel ni. Alhamdulillah blog ini mendapat responds yang bagus daripada pembaca sekelian. Blog ini memang banyak cover pasal travelling dan ada juga sikit2 aku selitkan kisah acara makan2 dan aktivit2 aku. Sangat banyak message aku terima daripada pembaca sekalian...sama ada melalui ruangan comment, email, FB dan sms. Thank you so much.


Ada message yang nak bgtau bahawa dorang enjoy baca blog aku dan ada yang nak tanya pasal travel. Ok fine aku appreciate semua tu. Cuma satu ajer yg aku nak bgtau di sini. Aku harap korang jangan tanya soalan yg sememangnya semuanya tu dah ada dalam blog ini. Contohnya....hotel apa yg berdekatan dgn tempat shopping? Korang amik jerlah hotel yg aku duduk tu....senang citer. Nak tau pasal hotel lain...mana lah aku tau. Unless if you search kat forum travel. Soalan lain....kat mana nak beli barang ni? Soalan tu semuanya ada dalam blog aku....so baca dari mula hingga akhir mesti ada punya. Aku letihlah nak jawab byk kali dan aku ni jenis pelupa. Kalau korang tanya pasal tempat yg aku dah bertahun2 pergi...memanglah aku lupa. Apa yg aku tulis semuanya ada di sini. Tak perlu tanya soalan yg sama lagi. Soalan lain....how much nak bawak duit?? Alahai...bab2 duit ni terpulang kepada kemampuan masing2. Kalau ada duit lebih bawaklah byk2 skit tetapi kalau budget ciput bawaklah mana yg ada ajer. Sekian, harap maklum.



p/s - Ku rindiewww kamu..... :p





October 27, 2011

Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSihat & KevinZahri - Jungle Trekking @ FRIM



Salam semua. Bersambung lagi dengan aktiviti kedua cabaran sihat. Harap korang tak boring yea. Aku excited nak wat entry pasal event ni bcoz aku nak wat publisiti skit. Hopefully event ini berjaya dan mencapai objektif Insya Allah.


Aktiviti kedua kami ialah jungle trekking dan ia diadakan di FRIM Kepong. Nak tau tak camana aku dapat idea nak buat kat FRIM ni? Pada mulanya memang dalam plan nak buat jungle trekking tetapi aku tak tau nak buat kat mana di KL ni. Then, aku search di google engine....type jungle trekking dan KL....sekali tu keluar FRIM. Aku survey sat FRIM punya website. yessss!!! i got it...this is the best place for jungle trekking. Selesai sudah jungle trekking ni.... Alhamdulillah memang tempat ini terbaik, mantap, meletop dan semua berpuashati. Ameen syukur.


Masa aku gi tempat ni nak buat booking...terpegun seketika dgn kehijauan di dalam kawasan FRIM ini. Dulu masa 1st time sampai masa tu ada family day opis aku...lupa dah. And again i come to this place terus jatuh cinta....terbaik wok!!!! Kautim baik punya dengan media officer di sini...Alhamdulillah lokasi bagi jungle trekking mendapat penajaan dari pihak FRIM. Sepatutnya entrance dan upah juru pandu kena bayar......disebabkan penajaan semua tu free of charge


sampai pukul 8.00 pagi...semua buat warming up terlebih dahulu...Kevin yg incharge.

pendakian bermula......masa ni tengah semangat membara


pendakian makin tinggi....


stop sekejap untuk melihat keindahan pokok ini di bahagan atas ...wow cantik gilossss


semangat gitiewww


jurupandu memberi penerangan tentang pokok2 di sini




Peserta bersambung lagi dengan pendakian....dan ia mengambil masa lebih kurang sejam lebih utk sampai ke atas. Sesapa yang tak biasa....memang agak pancit. Kalau diikutkan pelbagai aksi peserta dapat dilihat semasa pendakian ini tetapi apakan daya masa ni dah tak larat nak keluarkan camera.


Jurufoto sempat jugak merakamkan aksi-aksi peserta tetapi tak payahlah aku keluarkan di sini....kesian kat dorang. Whatever it is....aku salute giler kepada para peserta sebab berjaya juga naik ke atas walaupun perit juga masa nak mendaki tu. Peluh masa tu jangan cakaplah.....bagai boleh diperah2 baju dorang semua. Very very good exercise wa cakap lu. hehehe...organizer ni pun semput jugak masa nak naik...ahakssss.




yeaaaa....dah sampai.......semua boleh tersenyummmmm


ahkak pun dah sampai hokay!!!!


masa untuk berposing dgn Mr Kevin


semua peserta dan staff yg joint jungle trekking ini


menunggu turn untuk melalui jambatan gantung or canopy walkway


Kevin kata peserta kena makan ayam bahagian dada sahaja. Then masa ni Kevin duk mengusik aku sebab aku hanya pandai makan ayam drumstick sahaja...hahahaha kena sebijik.


peserta bersedia untuk menaiki canopy walkway





masa ni aku dah sampai kat pelantar kedua.....bersama opismateku



cuaca baik Alhamdulillah. Jika cuaca hujan....tidak dibenarkan menaiki canopy ini.


ada berani?????


aku ok ajer......sebab ni kali kedua aku naik canopy walkway. First time masa aku gi National Park kt Pahang. Itu lagi adventure....giloss punya panjang. Difahamkan terpanjang di dunia...


setiap orang mesti jarakkan antara satu sama lain sepanjang 5 meter


para peserta begitu excited.....cayalah uolsss!!!!!!!


wahhh.....dah sampai penghujung. Jambatan ini sepanjang 150 meter.


masa nak menurun......agak adventure sebab banyak akar2 pokok berselirat...kena hati2 sikit. masa ni lutut memainkan peranan penting.


ada seorang peserta yang kaki dah cramp masa nak turun. Nasib baik Mr hero Kevin ada masa tu....dia tolong melegakan paha yang cramp tu....



yeaaaa... dah sampai bawah. Masa untuk makan pulak.


para peserta beratur untuk mengambil makanan masing2. Lapar kah??? Kevin dah pesan....makan segenggam nasi sahaja. Alahai.....kat sini ajer tu. Pas tu balik rumah masing2 makan berpinggan2 nasi. Betul tak????


candid camera!!! Dia tak perasan gambarnya di ambil...ahaksss!!!!


kat sini pun ada air terjun...so masa makan masing2 pun berkelah juga.


Alhamdulillah selesai sudah jungle trekking. Tiada apa2 halangan berlaku dan syukur padaMu Ya Allah. Jangan tak tau.....timbang badan terus turun 2 kg...ahaksss. Kena wat jungle trekking tiap minggu ni......pengsan!!!!!



Selesai sudah aktiviti jungle trekking di FRIM yang mengambil masa 3 jam untuk habis. Alhamdulillah nampaknya semua berpuashati dan nampak gembira ajer. Sebab berat badan dah turun kan????Hehehehe. Next entry ialah futsal di Sports Planet Ampang. Next entry aku buat ehhh..... Sabtu ni plak aktiviti Amazing Race......tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!



p/s - takat ni dah confirmed ada 3 overseas trip for next year Jan, March and May.....pengsan mak!!!!!!