Ads

December 20, 2012

Day 1 : Padang & Bukittinggi Trip - Lunch @ Pak Datuk, Pandai Sikek, Pasar Atas & Dinner @ Padang Sederhana



Sambung lagi.
Kami meneruskan lagi perjalanan. Masa ni jam menunjukkan ke angka 12.30 tghari waktu Indonesia. Time utk makan. Ramai yang rekemen makan di tempat makan ini iaitu Rumah Makan Pak Datuk. Lokasinya tepi jalan ajer iaitu masa perjalanan ke Bukittinggi. Pak Sopir kata.....kalau bawa tamu di sinilah tempat yang selalu orang singgah makan. Kami pun dah kelaparan ketika ini.

Sebaik sampai didapati banyak kenderaan di perkarangan rumah makan ini. Hmmm...agak-agaknya sedap tak makanan di sini? Jom kita tengok gambar dulu.


sebaik sampai mari kita posing dulu....huhuhu

aummmm....nampak menarikksss!!!

kalau dah namanya nasi padang...mestilah lauknya banyak kann. Kami pilih lauk yg kami nak makan ajer. Aku pilih rendang daging, ayam masak lemak (pic belah kanan sekali), sambal hijau dan satu lagi sayur. Itu ajer kot kami makan.

penuh satu meja.....tak sabar nak makan. Sekali masuk ajer nasi dalam mulut dan merasai kenikmatan lauk-lauk di atas....fuhhhhhhhhhhhhhh....sedap giloss!! Suka sangat rendang daging tuuuu dan ayam masak lemak tuuuuu....pedas berapiiii!!!! Pedas tapi sedap uolsssss. Bila dah makan tu....terasa mcm tak nak bangun dari kerusi tu. Dukkk melekat ajer kat punggung hahahaha. Memang ini lah namanya nasi padang yang sebenar. Kalau nak rasa nasi padang yang sebenar kena datang sini....tak leh lawan nasi padang di daerah lain. Tetiba aku terfikir.....orang minang ni memang pandai masak dan kena pada selera aku. Nak tengok apa jadi pada aku???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
tadaaaaaaaaaaaa


licin lauk !!!Tengoklah pinggan aku tu. Makan sampai tambah nasi uolsssss......tak payah nak diet datang sini hokay!!! Sudah kenyang...mari kita beredar dari sini. Bila masuuk ajer kereta...terasa perut ketat. Tetiba rasa menyesal makan...sebab kenyang sgt hehehehe.


Lepas makan...kami pergi ke Pandai Sikek pulak. Tempat ini banyak kedai menjual sulaman yg menarik dan cantik-cantik. Kualitinya bagus. 

korang jatuh cinta tak tengok sulaman tu? Aku jadi gila hokay

satu persatu kain di buka. Adik ni melayan ajer kerenah ahkak baju merah yg songeh tu ahakss.

memang org kata tempat ni mahal sikit tetapi it worth buying. Tengoklah kualitinya. Kalau beli kat pasar memang murah tp kualiti sulaman dan material kain jauh berbeza

kain telekung ada....sulam jubah ada...sulam ela ada...mcm2 jenis sulam ada. Aku lupa dah apa nama sulam2 tu. Mak cepat lupalah lately ni.

cantikkann!!!

sulam utk kebaya ada...utk baju kurung pun ada....untk jubah pun ada. Lama jugak aku lepak di sini. Akhirnya aku terbeli 4 pasang kain sulaman yg belum dijahit. Bagi aku still murah ikut harga di KL

sambung perjalanan lagi...singgah beli kueh bika

katanya sedap sebab kueh ini dimasakn atas bara api guna kayu api

ada 2 perisa...satu yg dibuat daripada kelapa campur gula putih dan satu lagi dibuat guna gula merah campur pisang. Kami beli dua-dua jenis.....tamak sangat. Akhirnya sampai hotel....makan sikit ajer tak habis. Kenyang sangat masa tu!!!

sudah beli...jom kita sambung lagi perjalanan

Sebaik sampai Bukittinggi....kami terus check-in hotel. Stay di Hotel Royal Denai yang Aldi tolong bookingkan. Rate mahal skit sebab ni hotel 3 star kononnya. Kami bayar Rp600,000 utk satu malam tetapi kami stay 2 malam di sini. Ada swimming pool, ada aircond dan breakfast. Ada hotel yg takda aircond hokay...kononnya sini sejuk. Hmmmm...takda maknanya...tetapi panas mcm KL tau!!! Sampai hotel kami lepak dulu di hotel....ketiduran sebab penat sangat tak cukup tidur malam tu. Then jam 5 petang turun semula,.......pergi shopping plak. Kami nak shopping di Pasar Atas

kami nak cari telekung di Pasar Atas. Nampak kain sulaman di atas...cantik jugakkan tetapi banyak utk kebaya.

pusing sana pusing sini...akhirnya dapat beli telekung. Beli sampai 5 pasang...sajer beli lebih. Alhamdulillah habis dah jual....ramai yg amik. Jujur cakap...aku suka telekung Bukittinggi. Kualiti sangat bagus dari segi sulaman dan kainnya. Memang murah beli di Bukittinggi. Tetapi kalau nak lebih murah....jangan beli di Pasar Atas...belilah di Pasar Aur Kuning. Kami gatai tak sabar sangat......terus beli di sini huhuhuhu. 

FM dan keychain pun ada di jual di sini......banyak kedai jual tetapi pepandai kita nak pilih yg boleh bagi harga murah dan boleh sikit lebih kurang. Kena cari kedai yg tersorok sikit kay.

Cukuplah sudah membeli di sana.....baru hari pertama dah membeli belah sakan. Jom kita turun bawah tengok apa yg dijual di sini pulak

ehhh nampak org jual pisang bakar.....tapi mcm geli nak beli sebab mcm kotor ajer

nak beli tshirt pun banyak

ehhh kenapa makcik tu pandang aku mcm tu????? apa salah aku????

nampak jam gadang uolssss.

dari atas tu nampak pekan Bukittinggi dan gunung merapi

masa ni dah nak dekat malam....tetapi orang pun makin ramai


terus singgah Restoran Padang Sederhana. Malas nak makan nasi. Kami order sate minang, murtabak mesir dan es teller

sama ajer rasa mcm murtabak kita......tapi yg kita punya banyak telur

sedap sate minang di sini aummmm...highly recommended

es teller pun sangat sedappppppppppp........ok sudah kenyang jom kita balikkk!!!

tetiba kat luar nampak ada jual apam balik. Orang sini panggil murtabak pulak hmmmmm. Padahal dah kenyang tu.....tapi gatal mulut nak rasa murtabak ni pulak. 

mcm pelik pulak...kenapa warna coklat?? Ooooo murtabak brownies.  Kami nak perisa pisang dan cheese. 

selain daripada murtabak....ada juga jual roti bakar. Nampak mcm sedap tetapi entah sedap ke tidak huhuhuhu.


Sebaik sampai di hotel semula....keletihan sebab mcm kenyang sangat. So, murtabak tu kami tak jamah pun. Sampai ke esok dan lusa...ia masih tetap tidak di usik. Aduhhhhh....tu lah tamak sangat. Semua benda nak rasa dan nak makan tetapi tak termakan rupanya. 

Ok....aku sambung lagi nanti......lepas ni aku cerita kisah hari kedua kami di sana. Ke manakah kami pergi? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!


p/s - tak sabar nak bercuti tapi hati tak tenang pikir kerja






December 17, 2012

Day 1 : Padang & Bukittinggi Trip - Lembah Anai Air Mancur & Rumah Kebudayaan Minangkabau


Salam semua.
Bertemu kita sekali lagi dalam dunia maya. Masa begitu mencemburui aku di kala ini. Memang aku jadi kelam-kelibut dengan tugasan, hal peribadi sehinggakan nak update blog memang takda masa. Ni pun terpaksa mengejar masa dan mencuri masa juga utk update blog ini. Kalau aku diamkan ....jawabnya blog ini tidak berganjak hehehe.

Ok jom kita borak pasal trip aku ke Padang dan Bukittingi. Actually aku booking ticket ke sini tak plan pun. Cadangnya nak pergi tempat lain tetapi entah kenapa aku pilih ke sini lagi. This was my 2nd time trip ke Padang. Dulu pergi dengan family masa arwah papa masih ada lagi....it was 12 years ago. Nak dijadikan cerita dulu tu...pakai camera filem so gambar byk tak jadi. So, bile aku repeat ni.....mengembalikan nostalgia dan aku dapat mengumpulkan semula gambar-gambar yg superb. So....tak rasa menyesal kenapa aku memilih destinasi ini sekali lagi.

Bertolak ke Padang menaiki LCCT....tambang murah ajer uolsss. Budget murah maka naik ajerlah flight yg murah. Flight masa ni pukul 8 pagi dan perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja utk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang. Dulu naik flight landing kat airport lama...Tabing Airport. Aku gi berdua ajer dengan teman blogger jugak. Jalan-jalan cari makanan sedap di sini.

Aku memang dah hired sopir dan transport di sini. Disebabkan aku kesibukan sangat lately ni...so aku minta sopir tu bookingkan hotel sekali. Senang citer. Korang nak hotel murah pun boleh...nak hotel mahal pun boleh. Kononnya aku nak cari hotel best skit....nak memanjakan diri di hotel ada bintang...akan tetapi semuanya penuh. Kebetulan masa aku datang tu...banyak perwakilan kerajaan dari Jakarta datang buat lawatan ke Bukittinggi. Boleh contact ALDI di nombor ini +6281363385879. Masa aku gi tu....bukan dia yg bawak...dia terpaksa pas kat kawannya sebab dia kena bawa tamu yg lain. Komen aku tentang sopir aku tu...hmmmm so-so ajer. 


Welcome to West Sumatera wahai kawan-kawan.

sebaik keluar dari perkarangan airport...ternampak orang meniaga buah ni. Buah apakah itu? Pak sopir kata....buah sengkuang. Manis rasanya. Ohhhh manis yea? Aku pun tergedik-gedik jawab....oklah nak rasa buah sengkuang tu.

saiz nya kecik sikit daripada sengkuang yg kita makan di negara kita. So, pak sopir tu bayarkan dengan harga RP5,000...dapatlah 2 bijik. Siap suruh orang tu potongkan sekali. Sekali aku rasa buah ni.....haiyohhhhhhh idok ler manis mana pun. Sama ajer rasa kat mesia. Sib baik sopir tu yg bayarkan.......huhhhh!!!! (dia ingat sengkuang kita masam kot hikss)

wajib posing walaupun disamping buah sengkuang ajorrrrr....hehehehe



Perjalanan di teruskan. Kami decided untuk terus ke Bukittinggi yang mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke sana. Tetapi disebabkan kami ni singgah banyak tempat sana sini terlebih dahulu...makanya masa tu bertambah lebih daripada 2 jam setengah. 

Sebelum bertolak di airport LCCT aku memang dah breakfast di Marry Brown.....so tak nak buang masa baru nak cari makanan di Padang. Dalam perjalanan tu nampak Rumah Makan Lamun Ombak. Pak Sopir kata ada jugak tamu dari Malaysia yg breakfast di sini sebelum ke Bukittinggi. Kami lambai-lambai ajerlah kat Lamun Ombak tu....nanti balik aku singgah yea. Aku perhatikan....12 tahun lepas aku melalui jalan yg sama ini....tak banyak berubah. Sama ajer jalannya...kelihatan banyak rumah-rumah kampung di sepanjang jalan dari Padang ke Bukittingi. 


awal pagi Alhamdulillah jalan tak macet......

then...aku kata nak singgah tempat yg boleh nampak sawah padi tu (masih ingat lagi). Pak Sopir kata okay.

Cantik tak scenery di sini?? Dulu pun aku pernah singgah di sini sambil minum air kelapa melihat panorama sawah padi. Dulu tempat ni buruk sikit...sekarang dah berubah dan lebih elok. Pelik jugak kenapa tak ramai pelancong lepak di sini. Ooooo patutlah......agak kotor tempat ni.

wajib berposing tau!!!! Tips : utk menampakkan gambar lebih cantik...pakailah baju merah. Sekian!!

kalau permandangan tu semua padi menghijau akan kelihatan lebih cantik

jom lepak sat sambil minum air kelapa

kami tak makan pun...sekadar pekena air kelapa sahaja. Jemput minum

entah apa nama makanan ni. Kerepek Balado kot.

hanya kami berdua sahaja untuk percutian ini.

untuk pengetahuan semua...aku suka trip ni. Sebabnya dapat melihat permandangan pokok2 kehijauan dan gunung ganang diliput kabus tebal. Sangat cantik hokay!!

Semasa dalam perjalanan tu...kita akan nampak sebuah air terjun yg menjadi kawasan persinggahan pelancong juga. Heran betul lah...tiap kali gi Indon mesti ada air terjun dan mesti nak singgah punya. Hmmmm....kenapa tempat kita tak byk air terjun mcm ni? Agaknya apa yg menarik tentang air terjun ini?

Nama tempat ini Lembah Anai Air Mancur (air terjun). Air terjun ini terletak di tepi persisiran jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan keretapi lama yg tidak lagi digunakan. Air terjun ini ketinggian 30 meter. Nak ambik berkat....boleh amik airnya dan sapu di muka hehehe. Bayaran masuk ialah Rp1,500.

tetiba kat FB ada yg tegur aku asik bergambar style yg sama ajer di mana2. Hmmm...itu style aku dan identiti aku....yg penting aku tak tiru sesapa. Tapi yg meniru aku tu ada kot huhuhuhu.

nostalgia semasa sampai ke sini dulu....my bro terjatuh ke dalam air tu sebab licin masa pijak batu. Habis lencun jeans dia hahahaha....terpaksa korek beg mencari seluar lagi.

kelihatan ramai juga pelancong yg kuar masuk menuju ke tempat ini

nampak ada orang menjual makanan tradisional ini. Entah apa nama kueh ni.

Ok pak...jom kita sambung lagi perjalanan. Oooo ini lah namanya jambatan yg dimaksudkan. Rasanya kat Bandung pun ada jambatan mcm ni kan.

Ketika ini kami masih lagi berada di tengah-tengah antara Padang dan Bukittinggi. Masih jauh lagi perjalanan nak sampai. So, jom kita ke destinasi seterusnya. Kami singgah ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang. Nak cari info, koleksi, rujukan, buku dan majalah pasal adat dan budaya Minangkabau di sini lah tempatnya. Masa sampai tu...kena masuk ke dalam rumah minang ni. Di dalam tu akan ada seseorang yg akan memberi penerangan tentang adat minangkabau ni.

Menurut jurucakap tu...di dalam adat minangkabau, rumah minangkabau akan didiami oleh beberapa keluarga. Setiap bilik akan didiami oleh anak perempuan. Anak lelaki pulak akan stay di surau yg terletak dalam kampung tersebut jugak. So, maknanya anak lelaki tidak tinggal bersama keluarga. Kalau misalnya anak lelaki tu nak kahwin...then barulah dia akan pindah ke rumah keluarga si isteri atau tinggal di rumah lain. 


masa kami sampai ni.....tak ramai orang. So, pak sopir kata kalau nak mencuba pakaian minangkabau boleh try di sini. Boleh pergi sekarang sebab nanti ramai susah pulak. 

masuk dalam rumah ni.....mendengar penerangan tentang adat minangkabau.

turun ke tingkata bawah pulak. Nampak pelamin minagkabau ni...ok jom kita cuba pakaiannya pulak. Bila lagi kan. Sewanya Rp35,000.

masa aku mencuba baju tu....hanya kami berdua sahaja. Alangkah bestnya. Tetapi bila aku keluar ajer bilik tu....ya Allah ramainya manusia. So tetiba aku jadi famous kejap...ala2 pengantin gitiewww. Semua duk snap pic aku dan kawan aku. Haiyohhhhhhhhhhhhh...mak malu weiiii. Lihat gambar di atas.....mereka inilah yg meributkan suasana hehehe. Mereka ini tamu dari Jakarta yg terdiri daripada perwakilan dari travel agensi. Ohhhhhhh.....patutlah.

Sempat berkenalan dengan tamu dari Jakarta tadi. Namanya Sheila.....very nice person. Dia yg volunteer snapkan pic aku. Banyak giler dia snap. Hmmm....memang aku tak sesuai memakai pakaian serupa ini. Takpalah....experience kan.

nampak tak kenapa rumah minangkabau ini senget??? Ramai yg kata rumah ini senget. Ada sebab kenapa sengaja dibuat senget. Kawasan Sumatera Barat ini antara kawasan yg selalu berlaku gegaran gempa bumi. Untuk mengelakkan berlaku runtuhan pada rumah ini...maka ia didirikan senget seperti di dalam gambar di atas. Walaupun telah beberapa kali berlaku gempa bumi di sini...rumah ini tetap berdiri teguh. Ohhhhh patutlah. Rumah ini juga tidak memakai paku hokay!!.

rumah kecil di atas didirikan untuk menyimpan padi....katanyaaaa.

cantikkan....senibinanya sangat halus dan berseni.

sebelum balik...wajiblah posing sana sini kan.

Aku macam agak lemas lama-lama di sini sebab orang bertambah ramai. Marilah kita beredar wahai kawan-kawan. Ke manakah aku selepas ini? Kenapa aku jadi berpeluh-peluh dan muka merah padam sehinggakan macam tak nak bangun dari kerusi yg aku duduk tu? Wah...........apakah itu?? Tungguuuuuuuuu.........(suspen tak?) hehehe


p/s - seminggu lagi nak gi jalan-jalan makang angin lagi. Ke mana kah???