Ads

September 29, 2011

Day 1 - Penang Trip 2011 : Nasi Lemuni Kak Bedah




Mari kita spent time membaca blog aku tentang percutianku kali ini. Cuti-cuti Mesia ajo hehehe. This year aku tak pi bercuti ke oversea sebab nak kumpul duit for next year trip. Insya Allah banyak menunggu tahun depan. Panjang umur dan murah rezeki nanti...Insya Allah aku akan berkelana ke negara orang pulak next year. Lagipun aku busy sangat hingga hujung tahun ni.


Jom citer pasal Penang...jalan-jalan cari makan. Actually percutian ini dah lama plan ...sejak sebelum puasa lagi. Kali ini percutian aku dengan geng PI. Apa tu? Korang ingat tak tentang percutian aku ke Perhentian Island yang lepas.....inilah dinamakan Geng PI. Sejak balik Perhentian...kami dah so close dan bercadang nak jalan-jalan ke Penang. Kebetulan kebanyakan geng kami orang Penang....so kami jalan beraya sekali. Tetapi yang sedihnya Nani pulak tak dapat joint coz bertembung dengan percutian dia ke Bandung. Takpa...next time kita gi lagi bawak Nani pulak kay!!!!.


Dari KL...kami bertiga iaitu aku, Azuan dan Zaharah bertolak ke Penang after balik dari kerja. Lebih kurang pukul 7 malam kami dah bergerak....supaya cepat sampai...idok ler orang Penang tertunggu2 kami lewat pagi sangat nanti. About 12.30 malam kami dah sampai di Penang. Terus ke Villa Azim di kawasan perumahan TNB Seberang Perai. Lepak-lepak kejap minum air gas dan kopok goreng Azim buat. Sedap kopok hang ajim ahakss!!! Esok acara kami banyak...so after dah minum dan borak-borak....Azim & Azuan hantar aku & Zaharah ke rumah abg Zaharah yang juga tinggal berdekatan dengan Villa Azim. Esok pagi depa datang lagi amik kami sekali lagi. Lupa nak citer....Villa Azim besaq sangat naaa. Jeles tengok Azuan tiduq di sini...hehehe. Lihat-lah gambar2 di rumah Azim ni.....sangat besaq dan selesa.


rumah orang bujang ni cantik dan kreatif




Pagi itu lebih kurang jam 9.30 pagi kami semua bertolak ke pulau pulak. Dah janji dengan Kak Bedah nak breakfast kat gerai dia. Katanya nak menjamu kami makan Nasi Lemuni yang terkenal belah Penang sana nun. First time aku tau pasal nasi lemuni ni. Asalnya dari daun lemuni iaitu kumpulan daun atau pucuk ulaman yang digunakan untuk ubatan tradisi orang Melayu. Boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan berkhasiat untuk wanita yang baru lepas bersalin. Itulah yang aku dengar pasal daun lemuni ni.


Tak sangka yea....dengan kreatifnya orang Melayu kita hingga boleh buat daun tu sebagai makanan yang sedap iaitu nasi lemuni.. Cara buatnya...amik perahan daunnya dimasak dengan nasi...cara seperti buat nasi lemak..masukkan santan, hirisan halia dan garam sikit. Rasanya pun lebih kurang nasi lemak. Cumanya nasi lemuni yang aku makan di gerai Kak Bedah ni tidaklah sehitam warnanya di tempat lain. Nasi tu boleh dimakan dengan sambal tumis dan pelbagai lauk-pauk lain. Ok...mencuba sesuatu yang baru.



inilah dia gerai Kak Bedah yang terletak di Kompleks Lebuh Nipah iaitu bersebelahan dengan Hotel Vistana Penang. Kat situ ada food court dengan pelbagai jenis makanan di jual.



Nasi Lemuni resipi Kak Bedah...sedappp!!!. Mai semua pakat pi makan nasi lemuni kat gerai ini....highly recommended.


terkezutttt...punyalah banyak makanan yang dijamu oleh Kak Bedah. Terima kasih bebanyak kak....semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki. Memang rezeki kami juga nak makan sedap-sedap di sini. Terharu dengan layanan istimewa orang Penang untuk kami.



Ada juga nasi impit, rendang, kek coklat, puding jagung, kueh talam dan juga

pelbagai jenis kueh raya yang lain.



kenal tak yang mana satu Kak Bedah? From left- Zaharah, Kak Bedah, Syazanah, me and Norma.....semua kami ni yang pergi Perhentian tempohari. Kak Bedah juga merupakan kakak kepada Zaharah.




Masa kami sampai tu...Mat Noor pun ada (abang kepada Zaharah). Sangat peramah dan sangat mengalu-alukan kehadiran kami. First time jumpa mcm dah kenal lama. Nice knowing you and family!!!!



pompuan ni dah tak sabar nak makan nasi lemuni....sakan nak snap dengan nasi lemuni tu...ahaksss!!!


ni pilihan lauk yang aku pilih utk dimakan dengan nasi lemuni. Aku amik sambal udang, sotong, daging, ikan bilis dan ayam goreng....lengkap semua ada hehehe. Azim kata.....semuanya RM8.00!!! Over hang hokay!!!! :P



Jemput makan semua.....cheq dah lapaq noo!!!


kembaq yg mempunyai tarikh lahir yg sama tetapi muka tak serupa...camna tu???





Untuk pengetahuan semua...gerai Kak Bedah ni sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Tak caya?Cuba tengok gambar di atas. Ada ajer pelanggan datang nak bersarapan...walaupun ketika itu dah jam 11 lebih pagi. Gerai ini hanya di buka pada waktu sarapan iaitu dari jam 7 pagi hinggalah ke jam 12 tengahari.


Pasal harga nasi lemuni aku tak pasti....sebab kami makan free ahakss!!. Aku rasa harganya berpatutan juga kot...sebab gerai ini dikelilingi dengan kawasan perumahan dan kedai deretan. So, sesiapa sahaja boleh datang dan menikmati hidangan makanan yang lazat ini. Disebelah kawasan gerai ini ialah restoran Nasi Kandar Kayu...punyalah panjang orang beratuq. Wahhhh...Kak Bedah saya promote baik punya. Ada komisen tak??? ahaksss...gurau ajer.




lepas makan...sessi bergambar pulak. Snap sana sini dengan sakannya.



Ni kami berposing di hadapan gerai Nasi Lemuni. Selain daripada nasi lemuni di sini juga ada dijual nasi ulam, nasi kerabu dan nasi kacang. Kami tak sempat makan sebab nasi2 tersebut tu hanya dijual pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Nasi Lemuni pulak setiap hari ada.



kami bergambar disamping tokeh gerai..Kak Bedah!!!



best dan seronok masa ni sebab kami dapat berkumpul semula.....masih teringat kenangan kami di Pulau Perhentian...penuh dengan gelak ketawa dan kenangan indah.



sakan gitiewwww.



bergambar lagi sebelum kami beredar ke destinasi seterusnya.



Perut pun dah kekenyangan dengan juadah istimewa daripada Kak Bedah. Terima kasih banyak kak...terharu sungguh dengan layanan 1st class owang2 Penang dan makanan pun sedap2 belaka. Masa ni ialah hari Jumaat dan dah nak hampir masuk waktu solat Jumaat. So, kami bertiga iaitu aku, Zaharah dan Norma telah dihantar ke Queensbay Mall utk bershopping dan yang lelaki pulak gi solat Jumaat.


Di Queensbay, aku sempat lagi bershopping tu...hehehe. Shopping apa??? Surpriseeee!!!!! Nanti entry2 akan datang aku citer kat korang...apa yang kami shopping. First time aku mai ke mall ini...sorry yea gambaq takda sebab aku terlupa naaa.


Selit sedikit.....ketika aku berada di sini aku telah menerima penggilan call dari teman di KL...yang membawa satu khabar berita. He asked me about somebody yang aku pernah sayang dulu. Rupanya......what a small world!!! Tak payahlah aku citer panjang lebar.....dia membawa perkhabaran berita yg Dr K nak kawin esoknya. Wahhhh...what a surprise news also!!! At the same time...kawan aku tu MMS to me his wedding card....yea benar dia orangnya!!!! Anyway....congratulation...kawin jugak kan.




p/s - Kat twitter anak2 dia siap comment....abah look so weird with baju pengantin pinkish and purple colour. Hahaha....so kampung!!!! Takda taste langsung...ahaksss!!! Oppssss!! Terima kasih kerana anda masih sudi membaca blog saya walaupun kita dah putus kasih. Aikkk...udah2 lah tu....baik ngadap muka bini puas2....tak payah ngadap blog ini.....hati kamu yg sakit nanti. Ahaksss!!!





September 28, 2011

Hari Raya With Friends Part 2


Bersambung lagi beraya bersama kawan-kawan part 2. Dah lama rasanya aku tak buat open house. Actually ni bukan open house yang gempak2....just kecil-kecilan sahaja. Aku jemput pun teman-teman rapat dan teman-teman yang baru kenal. Teman-teman yang dah lama aku tak jumpa aku tak jemput pun. Next time yea kawan-kawan. Tu pun opismate aku jemput beberapa kerat sahaja....yg agak close dengan aku. Alhamdulillah kebanyakan yang aku jemput...dapat menghadirkan diri. Yang tak hadir tu....takpalah next time kita jumpa lagi.

Kepada yang aku tak jemput tu....jangan pulak ada yang terkecil hati. Sebabnya.....kekadang tu terlepas pandang. Aku plan buat majlis ni 2 hari sebelum tu....just imagine. Tu pun ada yang aku invite pakai sms ajer.....terima kasih ada yg masih sudi nak mai. Aku buat belah malam...sebab aku tau siang semua orang sibuk dengan jemputan open house yang banyak.

Kali ni kami menjamu nasi tomato, rendang & lemang, laksa penang dan spaghettie bolognese. Alhamdulillah makanan cukup untuk tetamu. Harap korang enjoy memakannya. Bondaku memang teror masak.....so ramai yang memuji masakannya hari tu. Eh tetiba aku mcm teringat kat laksa penang bondaku....laparrrrr!!!! (overnya!!!)



makanan yang dihidangkan malam tu

dessert pulak....ada choc cake, jeruk, asam, kueh raya dan buah tembikai & honeydew (dalam gambar takdak pulak). Plan nak buat caramel tetapi tak kesampaian sebab sangat busy masa tu.



tuan rumah duk sibuk menambahkan buah2an tu.....sempat lagi si catz snap pic aku ahaksss


tetamu pertama....kak rosnah & family, teman sepejabatku. Sebelum maghrib dah sampai heheheh. Comel anak2 dia.


tetamu kedua...mek Catz teman blogger...thanks mek...sampai gak kau kat umah aku ni,,,huhuhu


lepas dah makan hidangan utama...lepal2 mengadap dessert plak


thanks uolsss


tetamu my bro.....tu bos dia and family


tetamu seterusnya...shima and family. wahhhh shima dah kuruihhh...jelesss ahkak tau!!!



couple ni cousin aku..abg Lazri. Dia lambat skit beraya ke rumah aku kali ni. Sedara mara lain awal2 dah mai umah aku.



ni pulak...teman seuniversiti dulu Azuan & Gap dan teman secompany, Jack (baju biru). Thanks uolsss dtg beraya ke rumah ku. Ada salah sorang tetamu tu dah dtg beraya kali ketiga ahaksss.



ni plak ahkak tersayang...Kak Rose video and family. Tetiba ada word video plak kan. Sebabnya masa aku pi Penang hari tu...aku terjumpa kedai Ros Video...terus melekat nama tu ahaksss. Jangan mare yea ahkakkkkk!!!!



tetamu istimewa Kak Yan, seorang blogger yang rajin wat entry pasal makanan hehehe. First time jumpa Kak Yan dan terharu dengan kesudiannya singgah ke teratakku. Thanks Kak Yan. Muahh...muahh.



ni pulak sahabat tersayang Nani...dulu teman sekolah dan sepejabat kat company lama. Dia dtg dengan Ida ...juga teman sekolah menengah dulu kat Jasin. Thanks uolssss.......




ni pulak teman sepejabat Abg Joha (kanan sekali), Qayroll, Nuek & family (teman sepejabat) dan Kak Rose and family. Thanks uolsssss....terharu sebab sudi menghadirkan diri.



meja ni meriah selepas kehadiran Kak Rose and anak2. Sebabnya.....Gap tak sabar2 first time nak jumpa ahkak kita ni...bak kata Jack...persis Kavita Kaur auwwwwwww!!!!



orang lain dah balik....tetamu tetamu meja ini masih lagi berborak.....terus sambung borak lagi kat dalam rumah. Hinggaklah jam 12 malam barulah mereka beredar....heheheheh gamat!!!!!




tetamu ku lagi....Kak Puziah and family (tudung purple cair)....my blog reader. Dah beberapa kali jumpa kakak ni. Thanks kak...sudi berkawan dengan saya dan sudi membaca blog saya hampir setiap hari. Tetiba plak rasa terharu ahaksss!!!




Sehingga jam 12 malam barulah tetamu semua pulang. Alhamdulillah.....puas dan sangat berterima kasih dengan kehadiran teman2 sekalian. Buat kecik2 pun rasa penat semacam. Next time ada rezeki lebih nak jemput ramai sikit heheheh.....especially my blog reader. Cepat angkat tangan.....ada sesapa nak beraya ke rumahku. Huhuhuu.


Ok tukar topik pulak. Aku nak citer pasal boyfriend tak jadi aku tu.....yang aku duk sedih tak habis2 tu. Aku dapat berita from someone....dengarnya dia dah kahwin masa cuti Hari Mesia hari tu. Ketika tu aku berada di Penang bercuti. Hmmm....dah jodoh dia kan. Mak ok ajer!! Sebabnya mak pun dah lama lupakan dia....ahaksss.


Cuma yang aku nak highlight kat sini. Dengar citer anak2 dia tak berapa suka mak tiri tu..huhuhu. Aku ada follow twitter anak2 dia....siap kutuk2 mak tiri tu. Mak tiri requested dorang as daughter dalam FB.....dorang siap gelak2kan lagi tu. Tu yang aku baca dalam twitter. Hmmm.....what goes around...comes around. Tulah....dia duk kata aku tak layak jadi isterinya sebab aku cintakan orang lain. Siap suruh aku berkahwin dengan lelaki lain. Sekarang ni tengok sendiri....anak sendiri tak leh terima isteri baru dia. Allah lebih mengetahui hati dan perasaan anak2 dia. Satu lagi...kita jangan ada sikap bangga diri dengan pangkat dan pandang orang kerana pangkat.....tak bahagia pun. Hmmmm........


Hikmah Allah yang aku dapat di sini. Ada sebab kenapa aku takda jodoh dengan dia. Kalau aku kahwin dengan dia....mungkin aku menerima nasib yang sama dengan isteri baru dia tu....tidak disukai oleh anak2 tiri. Yelah dorang masih ada ibu kandung....mestilah serba sedikit susah untuk menerima ibu tiri baru. Habis tu...dah bapaknya kaki perempuan sana sini. Tak pasal2 anak kena tempiasnya...sian budak2 tu.


Sekarang ni aku dah happy dengan life aku. Aku ada family yang memahami diri aku dan aku boleh selalu bersama family aku. Aku ada teman2 yang sentiasa mendampingiku di kala susah dan senang. Kalau aku kahwin dengan dia....aku akan kehilangan kesemua ini. Aku kena duduk jauh dari mereka. Ohhhh syukur sangat Ya Allah......aku bersyukur dengan hikmah dari segala dugaan perit yang aku alami tempohari. Sekarang aku bisa tersenyum dan tertawa....ahaksssss. Kalau kamu baca blog ini.......silakan baca lagi.....mak ok ajer!!!!!






September 27, 2011

Hari Raya With Friends Part 1


Masih lagi cerita pasal raya walaupun lagi 2 hari dah nak tamat bulan Syawal. More pics will be coming soon. Skrg aku nak citer pasal raya dengan teman-teman part 1. Kena citer sikit2...sebab banyak sangat gambarnya.


First of all...thanks to all friends yang sudi datang ke teratakku. Macam dah jadi routine setiap tahun jemput kawan-kawan mai beraya di rumah. Ada juga kawan2 yang call aku nak mai umah....jemput-jemput datang. Aku suka banget. Alhamdulillah ada gak yang sudi singgah ke rumahku.


Masa kawan-kawan datang ni mama ku masak nasi arab di makan dengan ayam goreng berempah, daging beriyani, acar timun, popodum dan sambal arab. Tu pun masak second round sebab tengahri sebelum tu rumahku telah diserang saudara-mara yang sangat ramai....habis nasi seperiuk besar....nasib baik cukup. So, bila teman2ku datang malamnya....mamaku masak sekali lagi petang tu. Lauk-pauk masih ada lagi untuk menjamu tetamu. Selain tu....ada juga mee goreng.


juadah nasi arab yang disediakan

jemput makan semua...buzu on diet....nak jadi pengantin kena diet hehehe...betul tak zul?



thanks zie and nita....sudi dtg umah kak leez.....nanti kita dating yea zie hehehe.



nikli and yus, sepul pun ada......



posing dengan si kentang...gerammmm!!!


ramainya gf kentang hehehe


gambar semua...masa ni azim belum sampai dari Tganu



tadaaaaaaaaaaaaaa...azim dah sampai. So, kami bergambar sekali lagi. Thanks semua!!!!



azuan pun joint sekali. Masa ni semua dah balik....tinggallah kami bertiga. Sakan bergelak...berborak....tak sedar dah dekat pukul 11 malam. Malam tu jugak azim nak balik Penang.


-----------------------------------------------------------




pada raya ketiga lepas....menerima kunjungan my blog reader Ogy and family. Thanks dear for your time coming to my house. Seronok sangat.....sebab first time kami berjumpa. Seperti ada keserasian kannnn Ogy!!! Kami ada plan for next year trip...semoga semuanya menjadi kenyataan Insya Allah.




pada raya kelima pula aku menerima kunjungan tetamu yg tidak disangka-sangka. Tetamu jauh dari Terengganu..Mizi dan tunangnya. Mizi ni snorkeling instructor semasa aku bercuti ke Perhentian Island sebelum puasa lepas. Nasib baik aku tak ke mana-mana masa depa berdua sampai tu. Rezeki nak jumpa kan. Masa ni Azuan pun joint sekali.



kebetulan masa ni mamaku masak soto.....rezeki untuk tetamu yang hadir. Alhamdulillah.





next entry - tetamu teman2ku lagi part 2.......tungguuuuuuuuuuuu!!!