Ads

June 18, 2014

Biografi Bergambar Yang Mesti Anda Miliki : PERMAISURI - RM250




Iklan sebentar



Jom dapatkan segera buku biografi bergambar bertajuk PERMAISURI – Permata Negara, dalam bentuk Coffee-Table setebal 220 muka surat berwarna dan bersarung. Di dalam biografi ini juga terdapat lebih 500 keping gambar.

Buku ini akan diterjemahkan dalam bentuk biografi bergambar SPB Raja-Raja Permaisuri Agong sepanjang tempoh mereka mengiringi DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menaiki takhta di samping gambar-gambar aktiviti dan program yang dihadiri di peringkat negeri.

Buku ini diterbitkan sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti Baginda-Baginda semua kepada negara dan rakyat jelata khasnya dan perlu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia sebagai penghormatan dan taat setia kita kepada Raja-Raja.

Di bawah ini dilampirkan beberapa gambar yang telah diambil dari dalam buku biografi ini.



 muka depan buku ini

 sarung buku yang berbaldu....

 di antara kandungan dalam buku ini

 pelbagai gambar yang exclusive tidak pernah di keluarkan di mana-mana

 setiap muka surat berwarna dengan kertas kualiti art paper



 gambar mantar Permaisuri dari N. Sembilan semasa muda

 bermacam-macam lagi gambar yang menarik

 mantan permaisuri Tuanku Siti Aishah......exclusive






Harga sebuah buku ini ialah RM250.00 (termasuk urusan pos dan penghantaran).
Pembelian secara tunai iaitu selepas pembayaran dilakukan....barulah buku dihantar kepada anda.


Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini boleh menghubungi saya di sini:


Syarliz di talian 03-89262999 (pejabat) atau 
email syarliz.saaid@yahoo.com




p/s - next entry aku sambung lagi pasal honeymoon trip


June 12, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Tower Hill & Tower Bridge



Salam semua.
Kita sambung lagi journal percutian aku ke London. 
Seterusnya kami bergerak ke Tower Hill pulak dengan menaiki tube. Dari Westminster station kami menuju ke Tower Hill station pulak. Apa yg menarik di sini? Di sini juga ada Tower Bridge yang juga menjadi mercu tanda kota London selain daripada Big Ben. 

Cuaca memang sejuk dan nyaman. Matahari terang benderang dan sangat cantik untuk photoshoot. Hajat di hati kami nak buat wedding photoshoot di sini sambil memakai baju wedding yang telah ditempah khas untuk dipakai di London ini. Tetapi....sapa plak lah nak snapkan pic kami nanti. Kalau pakai monopod mcm lawak plak kan. Satu lagi sebab...cuaca yg sangat sejuk membantutkan kami untuk menukar baju yang tipis itu. Oklah kita wat kat tempat lain nanti.


 dah sampai di Tower Hill tube station...make sure bawa tube map bersama anda ketika menaiki tube

 sebaik keluar dari station tube...nampak bunga ni....jom kita posing

 kena berjalan sedikit untuk menuju ke Tower Bridge tu....aku malas nak citer tentang keistimewaan tempar ini sebab aku dah pernah citer kat entry masa mula2 aku datang sini tahun 2009 yang lepas. Uolss google ajer lah yea.

 Tower London here i am

 Tower London is one of  the world heritage site



suka tengok permandangan bangunan yg cantik2 di London...bersesuaian dengan cuaca yg terang bercahaya

sejuk pun nak makan ais krim....sajer jer nak merasa.

dah pun sampai tower bridge....ramainya orang. Nak mencelah pun susah...ramai sangat pelancong.

tu diaa....siap naik atas bangku....hahaha ada mak kisah!!! 

senang berposing bila diri atas bangku ni.....aku paling tinggi sekali huhuhuh

apa menarik nya tentang tempat ini.....sila google yea.

a true love story never ends

hubby bersantai di bawah pohon di kota London.

kalau nak naik cruise melayari Thames River pun boleh. Tapi kami tak naik pun sebab tidak cukup masa.

kami bergerak lagi ke hadapan......yes angle ni nampak cantik sebab tak ramai orang.....posing lagi ahkak!!

percutian kali ini seronok betul berposing sebab dah ada teman tukang snap gambar...indahnya hidupku. Syukur alhamdulillah.

ni aku yg photo shoot......suka tengok keindahan ranting kayu pepohon ini berlatarbelakangkan tower bridge dan langit yang biru.

jom kita naik ke atas nak berdiri betul2 kat tower bridge tu.....walaupun untuk kali kedua.

yess....here i am. Tower Bridge @ city of  London. Ok dah penat jom kita berjerak ke tempat lain plak....kami balik ikut jalan belakang....tak ikut jalan masa datang tadi.

apa yg dimenungkan tu wahai suamiku. Mungkin dia tak percaya bahawa dia berada di kota London ketika itu....his dream's country.

masa nak turun aku ternampak pulak Starbucks. Ooo baru teringat ada seorang teman yang mengirim kami untuk membelikan mug dan tumbler London Starbucks. Dia ialah pengumpul mug and tumbler seluruh dunia. Wahhh mcm menarik kan. Aku tak terpikir plak benda ni. Yang aku ada kumpul hanyalah HRC tshirts and shortglass...selain FM. 

jalan punya jalan.....dah nampak Tower Hill tube...apa lagi...jom kita ke sana.....proceed to next destination

jap...jap.....nak posing kat basikal ni plak. Hubby ku turutkan ajer kerenah isterinya yg songeh ni. Heheheh.


Next kami menuju ke satu destinasi ini. Tujuan ke sana ialah untuk berjumpa seseorang yang juga rakyat Malaysia. Benda ini tidak dirancang tetapi memang rezeki kami ketika sedang lapar pada hari itu. Apakah itu? Tunggu next destinasi yea..........


p/s - setiap manusia ada rezeki masing-masing. Kita kena bersyukur atas apa yg kita ada. Elakkan perasaan hasad dengki dan rasa tidak puashati dengan orang lain. Sekadar renungan.







June 6, 2014

Day 2 : UK Honeymoon Trip - Victoria & Westminster (House of Parliament & Big Ben)

Salam semua.
Early morning kami dah bangun bersiap untuk menuju ke Kota London. Kali ni pertama kali aku nak jejak Kota London sendirian dengan suami tanpa ditemani teman atau sesapa. Aku tawakal ajer sebab yang penting aku tau mana nak stop masa naik tube dan wajib pegang tube map. Kami breakfast simple ajer....roti dan milo yang dibawa sendiri. 

Di Russ Hill Hotel yang kami stay ini ada disediakan breakfast tetapi agak mahal pada pendangan aku iaitu GBP10 seorang (RM55) memandangkan kami hanya mampu makan roti dan buah sahaja. So, tak berbaloi rasanya. Dari hotel ini ada disediakan shuttle bus untuk ke Gatwick Airport. Biasanya akan dikenakan sebanyak GBP5 (RM27.50) seorang utk 2 hala. Tapi kami dapat free tidak dikenakan bayaran. Malam tadi kami juga diberikan briefing oleh pihak hotel camana nak naik bas ke Gatwick Airport dan terus ke Kota London. Kalau naik bas dari sini ke London makan masa 2 jam jugak...tu belum campur tolak traffic jam semua. So the best way ialah menaiki train dari Gatwick Airport. Mesti ramai tertanya kenapa aku stay di hotel yang berdekatan dengan area Gatwick Airport dan tidak stay di London itself. Sebabnya :

1. Hotel adalah hadiah perkahwinan dari seorang teman
2. Lokasi hotel yang sunyi, aman dan sangat sesuai utk newly wed...hehehe
3. Hotel lebih besar dan selesa berbanding jika stay di hotel area kota London yang agak sempit dan mahal. Highly recommended kepada sesapa yg nak pergi ko London.
4. Perjalanan masa dari Gatwick ke London hanya memakan masa setengah jam sahaja dengan menaiki train.


sementara menunggu bas no.4 sampai di depan hotel...baik aku bergambar dulu.

yehaaa...bas dah sampai. Bas akan dtg setiap satu jam. Train yang paling awal ke London (off-peak ticket) adalah pada jam 9.30 pagi. So, kami amik bas pukul 8 pagi ke Gatwick Airport. Ia mengambil masa 10 minit sahaja dari hotel ke airport. 

cuaca di pagi tu sewaktu kami nak bertolak ke Gatwick Airport.....-1C giler sejukkkkk. Aku okay lagi...yang kesian my hubby kesejukan dia.

dalam bas menuju ke airport...10 minits ajer

permandangan rumah kampung English style dan ladang biri-biri.

alhamdulillah dah sampai di airport. Bas berhenti di bus stop no.9. Masa nak balik nanti pun tunggu di sini...make sure naik bas no. 4

sejuk nya masa ni. Nampak tak tulisan bus stop no. 9 pada tiang pada belakang aku tu

first aku jejak ke airport ini. Sebelum aku dah jejak ke Stansted Airport dan Heathrow Airport.



minta tolong omputih ambilkan gambar kami. Patutnya kami bawa monopod..huhuhu.

nampak tak belah kanan aku tu ada org ramai beratur....itulah tempat nak beli ticket ke London. Masa beli tu kena mention first train to London (off-peak ticket). Kalau naik yg peak ticket tapi beli yg off-peak...jangan buat hal...nanti kena tangkap hokay. Orang sana sangat strict. Org Europe tak buat kerja menipu ni...kalau org Asia dah biasa huhuhu. 

Harga ticket seorang  ialah GBP15.80 (RM86.90). Kami beli Day Travel ticket sebab akan berada di kota London hanya 2 hari sahaja. Ticket ini lebih murah dibanding kan dengan Oyster Ticket utk 2 hari. Dengan ticket ini boleh naiki train (southern), tube dan bas merah 2 tingkat tu. Ia valid dari Zone 1 hingga Zone 6 London. Gatwick terletak di Zone 6. Untuk ke London naik train dan stop di Victoria Station

Victoria Station di London. Kami sampai jam 10 pagi di sini. Dari sini....kami keluar dari station ini jap untuk mengambil gambar.

di luar Victoria Station. Tenmpat ni mcm KL Central...main station utk public transport di London.

husband excited nampak bas double decker London.

kami naik tube di Victoria station untuk ke Westminster station di mana terletaknya House of Parliament, Big Ben dan London Eye.

dibawah tanah tube station 

dah sampai di Westminster station...dekat ajer

naik ajer kat atas...dah nampak bangunan ni...sebelah jer dengan House of Parliament & Big Ben. 

camana boleh ada minah salleh kat belakang aku tu...mereka pun memandang ke arah camera kami hehe

cuaca yg sejuk tapi terang benderang....nice shot.....







House of Parliament

Big Ben mercu tanda kota London.....kalau dtg sini tak singgah Big Ben tidak lengkap perjalanan anda


Ketika kami di sini cuaca memang sangat sejuk below 10C. Asik nak terkucil jer jawabnya. Tapi malangnya....kat London susah betul nak jumpa toilet. Kena tawaf banyak kali baru boleh jumpa toilet. Sediakan wang syiling untuk masuk toilet hokay sebab kena gunakan machine. Aku memang kurangkan minum air di sini sebab risau kalau terkucil. Jawapnya aku kena menahan sehingga sampai ke Victoria Station.

First jalan2 di negara orang dengan suami tercinta...pulak tu baru kahwin memang seronok sangat. Sebabnya....aku lenggang kangkung bawak handbag ajer...mcm mak datin. Hubby plak bawak bagpack dan camera dslr. Nak posing pun senang sebab dah ada orang tukang snap hehehe. Memang indahnya hidup berumahtangga. Doakan kami berkekalan dan aman bahagia hingga jannah...Insya Allah.


with my cintahati

dah nampak London Eye

kat sini banyak jual souvenirs....mahal jugak...so jangan beli di sini



Thames River di kota London



A true love story never ends



kami berselfie.......duduk2 sambil melepaskan lelah di bangku

masa ni niat dihati nak beli waffle....balik nanti nak singgah....terus terlupa

ramainya orang di London Eye







dalam tube


Wokay jom kita balik gi tempat lain pulak. Destinasi seterusnya kami ke Tower Bridge. Naik tube turun tube....bersama husband merupakan pengalaman yg sangat romantik. Sebabnya....time naik tangga...hubby yg tarik tangan aku,......time ngantuk...landing atas bahu dia. Hehehe...best...dah halal kan.

p/s - tak sabar nak tunggu next trip...