Ads

September 28, 2010

Day 3 : Terengganu - Redang Trip : Back to KL







Cuba tgk gambar kat atas ni. Unik tak bas kat Kuala Terengganu ni???
Ada unsur-unsur kebudayaan melayu. I likeeee!!!

Pagi pada hari kami nak balik KL tu...lebih kurang jam 10 kami dah gerak. Pastu banyak pulak tempat-tempat yang kami nak singgah. Itu sudah wajib singgah-menyinggah ni. First kami singgah beli kopok kering...entah kat mana aku lupa dah. Tapi kat rumah oranglah. Sedap kopoknya dan dia memang tak jual di kedai. Kami mai amik kat umah ajer.

Pastu singgah pi beli kopok lekor...kononnya tersedap di KT sebab orang ramainya membeli. Siap ada bas rombongan datang nak membeli kopok tu. Sib baik kami tercepat sikit. Lagi... kami beli kueh akok, sata dan otak-otak. Makan panas-panas memang sedap dan lazat. Aku bawak balik skit untuk family kat rumah.

dalam perjalanan nampak stadium yang runtuh tu....masih macam ni???


kenapalah take time untuk buat siasatan? Sampai tumbuh lalang dah tempat tu.



Then, kami singgah di Masjik Kristal pulak. Kami singgah untuk ambil gambar ajer. Dengan citer kalau tengok pada waktu malam lagi cantik sebab pada batu-batu kristal itu akan mengeluarkan pelbagai jenis warna...sangat cantiks.!!.Kalau siang takda pun....

Sekejap ajer kami di sini sebab nak rushing balik ke KL. Esoknya kami semua nak kerja tau. Patutnya aku cuti tapi aku terpaksa batalkan cuti tu sebab ada benda nak settlekan dengan kadar segera.





memang cantik masjid ni...tapi mcm sunyi ajer...yelah sebab bukan waktu sembahyang masa kami sampai tu...huhuhuhu





masjid ini mengadap sungai...entah apa nama sungai ni

lepaks mengambil gambar....



dah puas bergambar...jom baliks!!!

singgah lagi....ke tempat membuat kapal dan boat...katanya orang yg membuat ni terkenal satu dunia. Pernah masuk tv pasal orang ni .


kapal ini belum sepenuhnya siap. Kos ialah RM1.2 juta mcm tu. Baru 8 bulan membuatnya.

kerja-kerja membuat kapal kena teliti dan sangat menitikberatkan hasil buatannya yang halus


ni boat lain yg hampir nak siap...






Dalam perjalanan pulang tu kami berhenti lagi di pantai Marang.....cantiknya. Nampak tak pulau yang kat gambar atas ni. Iulah Pulau Kapas. Kami melambai-lambai ajerlah. Bestnya melepak di sini...angin kuat. Masa ni kami order kopok lekor (walaupun dah makan tadi), ikan celup tepung dan makanan bekalan. Nasi kerabu masih ada.

Jangan terkejut sebab lepas tu selepas sejam setengah perjalanan kami berhenti lagi sekali kat Paka rumah sepupu kak rose untuk makan tengahari. Walaupun kami dah kenyang sangat tetapi tuan rumah tetap hidangkan makanan utk kami. Sebab tuan rumah memang tau kami nak singgah pun. Huhuhuhu...makan ajer. Perut dah ketat sangat. Terima kasih tuan rumah!!!

Sampai KL dah pun malam lebih kurang jam 10.30 malam gitu. Alhamdulillah selamat sampai KL dan kami sangat sangat sangat enjoy dengan percutian ini kerana dalam masa 3 hari sahaja kami dapat membuat pelbagai perkara dan kenangan yang sangat indah. Terima kasih kepada kak rose yang sudi membawa kami datang ke kampung nya dan ajar kami makan makanan orang Tganu. Memang terbaik. Tahun depan kami nak datang lagi!!!!!!!





Day 2 & 3 : Terengganu - Redang Trip : Makan-makan



Gambar di atas ketika kami makan ikan celup tepung kat pantai Mengabang Telipot. Tempat yang sama kami pergi hari sebelumnya. Ada orang tu kan...dia dah jatuh cinta dengan ikan tuuu.... huhuhu. Asik termimpi-mimpi ajer. Mulutnya tak habis sebut ikan celup tepung...hehehe.

Memang sedap bangetlah makan kat sini. Lain kali nak mai lagi dan nak mamam lagi kat sini. Ikannya fresh sebab tulah sedap. Kak Rose...you're the bestlah. Nanti kita balik kampung lagi yea...ehh...ehh....aku berangan plak macam kampung sendiri. Tapi yang pasti kami ni puas makan kat sini. Segala benda makanan terengganu kami dah cuba. Ada yang tak pernah nampak pun ada. Anyway, really enjoy the food!!!. Jom kita tengok makanan-makanan yang best di Terengganu. Kalau aku tersalah quote...minta maap yea.



balik ajer....actually kami dah kenyang makan ikan celup tepung. After dah mandi semua...still nak amik dinner lagi di rumah kakak kepada kak rose. Sedapp!! Macam-macam makanan yang ada.

ni pulak...pisang rebus dengan air gula.....tak tau apa ke namanya..hehehe

malamnya kami santap lagi sekali ikan celup tepung...jemputan makan daripada ibu kepada kak rose...kami mai ke rumah dia. Ikan ni fresh baru naik ke darat. Terima kasih acik!!!


perut dah kenyang...kami ke rumah kakak kepada kak rose yang satu lagi. Kali ni kami makan durian lagi. Aduhhhhhh..perut ku sudah pening dengan makanan.


beginilah jadinya. Kata kenyang kan...tapi duriannya tetap laku dan selesai. Hanya tinggal biji dan kulit durian. Huhuhuh....perut setokin!!!


Esok pagi kami dah nak balik ke KL. Sarapan pagi macam-macam ada. Yang ni kuetiaw goreng.....masakan kakak kepada kak rose .


yang ini pulak....pulut kelapa makan dengan ikan masin. Aku tak pernah makan sebelum ni pun.

this is my favourite...nasi kerabu tersedap di dunia....betul tak tipu!!!!


nasi dagang....makanan wajib orang ganu!!!


masa on the way balik...kami singgah beli otak-otak...pun tersedap di dunia.....pun aku tak tipu.


ni pun makanan orang pantai timur...sata.....meletup sedap!!!!


aku sempat snap masa akak ni tgh buat sata tu...


jalan-jalan...singgah lagi....beli kueh akok pulak.....aku memang suka banget kueh ni.


ini namanya kueh akok....harganya 3 for RM1


tu diaaaa.....my favourite dah mai. Kopok lekor ganu terbaiklah!!!!!

beginilah tuan-tuan dan puan-puan...cara-cara nak buat kopok lekor...




- alahai terliur aku tengok makanan-makanan di atas. Terus terang cakap aku memang suka makanan di sini. Nak mai lagi tahun depan Insya Allah. Next entry citer pasal jalan-jalan balik KL...sempat lagi tu menyinggah byk tempat lagi...tungguuuuuuuuuuuu!!!!!! -

September 27, 2010

Day 2 : Terengganu - Redang Trip : Pic @ Redang



Jom kita tengok permandangan indah di Pulau Redang.

Tempat ini sangat cantik. Lautnya kebiru-biruan dengan airnya yang jernih. Memang aku sangat suka dan mungkin akan sampai ke sini lagi. Next year lah pulak. Perhentian/Redang here i come!!!

Aku memang ada plan nak ambil diving licence. Tengok lah jika kesihatanku dah ok dan dah jumpa geng yang ramai untuk sama-sama joint aku. Sesapa yang ada cadangan nak joint aku ber 'diving'....jomlah. Contact me please!! Plan nak gi tahun depan bulan 3...early bird!! Still have time nak kumpul duit. Package untuk 4 hari termasuk accomodation dalam RM1K++. Kalau ada geng ramai sikit...barulah happening.






masa ni dalam perjalanan naik bot ke Redang Lagoon...perhentian kedua kami untuk snorkeling.


pulau kecil di tengah laut

cantiknya tengok laut-laut ini....amazing!!!



kalau honeymoon .... aku nak naik boat macm ni...bestnya!!!!!



perhentian kami di Redang Lagoon. Kami tak check-in pun kat sini. Menumpang jap letak bag kat sini...pastu bersnorkeling semula.





pantai ini sangat cantik!!!



lepas snorkeling...kami sempat tidur jap di dalam buaian ini....so nyaman!!. Terlelap jugak kami di sini. Tenang sangat fikiran.




kami membersihkan badan dan mandi di dalam kawasan ini. Ada dive center... package untuk diving di sini.



-seterusnya.... gambar-gambar kami berjalan-jalan di K.Terengganu lagi. Esoknya dah nak balik-