Alhamdulillah murah rezeki aku dengan pemberian souvenirs dari rakan-rakan. Sangat terharu dan appreciate it so much. Gembira tengok kawan-kawan pi jalan-jalan makang angin ke overseas. Aku? Nan hadoh!!! Last aku gi jalan2 ialah ke Penang tu jer lah. Lepas tu aku terlalu busy dengan tugasan yang tak habis-habis. Cuti melambak2 lagi huhuhu.
Last overseas trip rasanya ke Singapore. Tu pun bulan Mei yang lepas. Memang tahun ni aku pecah rekod banyak berjalan cuti2 Malaysia sahaja. Overseas trip aku tahun ni pulak ialah ke Surabaya, London/Edinburgh dan Singapore. Tu jer uolsssss. Cukuplah tu.....kosnya jangan cakap....makan ribu jugak.
Insya Allah tahun depan akan banyak tempat aku berjalan ke overseas. Panjang umur dan murah rezeki Insya Allah aku akan sampai juga ke tempat2 itu. Ramai yang nak ikut ahaksss. Next time yea sebab 3 trip aku yg dah confirm tu dah ramai yg ikut huhuhuhu. Nak gi makan angin ni kena tengok gak dengan sapa kita nak pi. Aku lebih prefer gi dengan org yg kaki travel sebab hanya org yg kaki travel yg memahami jiwa org kaki travel juga. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Aku ni jenis lasak yang kuar hotel dari pagi dan balik semula belah malam. Aku tak reti nak memerap dalam hotel ajer. Baik duk umah ajer.
ok jom tengok apa yg kawan2 aku bagi tu......
souvenir daripada Zul Dubai....juga seorang blogger. Dulu dia di Vietnam and now dia menetap dan bekerja di Dubai pulak. Katanya...cost of living kat sana sgt mahal. Hmmm cancel aku nak makang angin ke sana ahakssss. Harap tunggu transit naik Emirates bolehlah singgah jap. Thank you!!...i like.......
pemberian
Pak Azuan. Thanks dude!!. Dia makan angin bersama familynya di Bali. Windulah nak bercuti ke sana...i like Bali so much. Beb, ko tak terserempak pengantin tua tu kat sana ke??? Hahahaha....Bali jerrkk????
Souvenir FM India daripada
Che Li, my opismate. Suka sangat sebab FM ni diperbuat daripada marble. Kat sana memang byk marble uolssss. Sebab tu lah Shah Jehan boleh bina Taj Mahal yg diperbuat drpd marble utk Mumtaz. Bestnya tengok gambar2 dorang gi India....Insya Allah my aim for year 2013. Thanks Che Li!!!
Keychain India pemberian
Abg Joha, my opismate yg sekapal dengan Che Li. Suka dapat keychain ni......thanks abg Joha.
Pen kayu daripada
Pulau Batam, Indonesia dan Sarawak pemberian blogger
Azim. Member ni pi makang angin jerkkk...jeles mak tau!!! Thanks yea beb!!! Banyak betul koleksi pen kayu aku dari pelbagai negara...kena buat koleksi ni...hehehe. Thanks Ajim!!!!
dapat lagi pen kayu. Kali ni pemberian
Nonie, my opismate. Dia baru balik daripada Bandung, Indonesia. Siap dapat itik kayu lagi. Kau mampu??? hehehe. Thanks Nonie cayang!!!
FM Bandung daripada my dearest friend,
Nani. Thanks mek!!. Banyak betul koleksi FM Bandung aku hehehe. Lama dah tak pi jalan2 ke Bandung. Tetiba rasa nak ke sana....boleh???
FM Penang pemberian combi dari Penang,
Norma. Dia bagi FM ni masa aku bercuti ke sana raya yang lepas. Suka....sebab FM ni unik. Thanks dear!!!
ni pulak bukan pemberian percuma tetapi kena bayaq hahahaha. Baru ni adik aku pi makan angin ke
Phuket....so aku kirim
shortglass Phuket. Ingatkan percuma ...rupanya kena bayaq jugak hahahaha. Harganya RM40 wahai kawan2....mahal sungguh. Masa aku gi Phuket dulu...HRC belum bukak lagi. Baju HRC Phuket dah ada dan ni aku kirim short glass sahaja.
Aku nak tambah sikit celoteh pasal travel ni. Alhamdulillah blog ini mendapat responds yang bagus daripada pembaca sekelian. Blog ini memang banyak cover pasal travelling dan ada juga sikit2 aku selitkan kisah acara makan2 dan aktivit2 aku. Sangat banyak message aku terima daripada pembaca sekalian...sama ada melalui ruangan comment, email, FB dan sms. Thank you so much.
Ada message yang nak bgtau bahawa dorang enjoy baca blog aku dan ada yang nak tanya pasal travel. Ok fine aku appreciate semua tu. Cuma satu ajer yg aku nak bgtau di sini. Aku harap korang jangan tanya soalan yg sememangnya semuanya tu dah ada dalam blog ini. Contohnya....hotel apa yg berdekatan dgn tempat shopping? Korang amik jerlah hotel yg aku duduk tu....senang citer. Nak tau pasal hotel lain...mana lah aku tau. Unless if you search kat forum travel. Soalan lain....kat mana nak beli barang ni? Soalan tu semuanya ada dalam blog aku....so baca dari mula hingga akhir mesti ada punya. Aku letihlah nak jawab byk kali dan aku ni jenis pelupa. Kalau korang tanya pasal tempat yg aku dah bertahun2 pergi...memanglah aku lupa. Apa yg aku tulis semuanya ada di sini. Tak perlu tanya soalan yg sama lagi. Soalan lain....how much nak bawak duit?? Alahai...bab2 duit ni terpulang kepada kemampuan masing2. Kalau ada duit lebih bawaklah byk2 skit tetapi kalau budget ciput bawaklah mana yg ada ajer. Sekian, harap maklum.
p/s - Ku rindiewww kamu..... :p