Ads

October 24, 2012

Part 2 : My Travel Destinations - In Memories


Salam semua.
Busy busy busy ..... hingga takda masa nak update blog. Maafkan ku yea. Rasanya bulan ni yang paling teruk aku tak update blog. Gambar dah siap upload tetapi nak menaip cerita tu yg aku tak ada kesempatan. Next week lagi busy....sebab sibuk dengan raya haji, staff day dan my holiday yeahaaaa.

Ok aku nak sambung lagi tentang percutian aku tahun-tahun dulu yang aku tak sempat nak ceritakan di blog. Masa tu aku tak aktif dengan dunia blog lagi. Aku just petik sketsa-sketsa yang tidak dapar dilupakan di sana.


A. Percutian ke Bali, Indonesia (2006)

Percutian aku ke Bali untuk kali kedua. Kali ni aku pergi bersama my bro and family. My bro ni baru first time nak jejak Bali. So, kononnya aku jadi tourist guide dia ahaksss. Percutian kali ni....kami main terjah ajer. Hotel dah booking melalui internet cuma....transport kami tak booking apa2 pun. Jom aku ceritakan apa yg aku boleh ingat.

1. Masa hari pertama kami sampai di sini, lepas check-in hotel...kami jalan-jalan di sekitar Kuta Square sampai mencari sewa transport yg bersepah-sepah tepi jalan tu. Macam-macam kerenah pak sopir yg kami jumpa. Dorang yg tegur kami dulu sama ada nak sewa van atau tidak. Akhirnya lepas nego semua...kami terjumpa dengan Pak Ardi. Tak ingatlah berapa sewanya. Kami rekemen sopir ni dalam forum cari....dia jadi popular kejap. Kenapa kejap? Sebab...lepas tu aku dengar citer dia demand....naik harga sesuka hati. Hmmmm...gitulah.

2. Aku shopping sakan masa ni.....sebab dah tau apa nak beli dan di mana nak beli. Yang aku ingat...aku borong pelbagai bentuk lampu meja sampai 3 unit. Murah beb!! Beli kat tepi jalan ajer. Sepanjang jalan kat area Ubud tu.

3. Masa kami sampai di Tanah Lot...air laut agak surut ketika itu. So, kami boleh berjalan kaki hingga ke pulau yg berbentuk pura dorang tu. Siap berjalan-jalan hingga ke belakang pulau. Orang pun tak berapa ramai. Lepak lama jugak di situ sambil berposing dan menghirup angin laut

4. Kami stay di Karthi Hotel. Hotel ni memang dah lama tapi yang bagusnya....lokasi strategik dan bukak pintu bilik ajer dah boleh terjun berenang2 dalam pool. Tapi yg tak sukanya...atas bumbung hotel kami mcm ada binatang (bukan tikus). Setiap malam buat bising.....susah kami nak tidur dan buat sampah di dalam bilik air. Tu yg paling aku tak selesa di sini.

4. Masa hari terakhir aku di sana....flight kami belah malam. So, waktu check out ialah tengahari. Lepas tu tak tau nak buat apa....kami just berjalan kaki sekitar Kuta Square. Duit plak kehabisan kering kontang.  Tak pernah aku jadi mcm ni sampaikan duit habis. Pastu adik aku cakap..."ko ada credit card kan...jom kita makan pizzahut". Maka kami makan besar di pizza hut dan melepak sana dari jam 3 petang sampai 7 malam...hahahaha. Lepas tu baru balik hotel ambik beg dan berangkat ke airport.


hari pertama kami sampai di Kuta....

ini lah kedai jual lampu meja yg aku borong sakan tu....

pura di Tanah Lot. Tengoklah di belakang aku tu...kami siap boleh jalan kaki ke sana sebab air laut surut.

hari nak balik...bosan sebab duit dah habis. Kami jalan kaki sampai ke Hotel Bali dan berposing di sini. Siap makan Pizza Hut di sebelah hotel ni.



B. Percutian ke Phuket, Thailand (2007)


Percutian ini aku gi berdua ajer dengan temanku Sha. Kami stay 3 malam 2 hari sahaja di sini dan segala urusan booking hotel aku buat melalui online sahaja. Package utk island hopping aku tak buat apa lagi. Jom kita tengok apa yg aku boleh kongsikan pengalamanku di sana.

1. Sebaik sampai di Phuket, kami jalan-jalan sekitar bandar Patong tu untuk mencari package island hopping for tomorrow. Terjumpa satu travel agent ni....nego punya nego dapat harga yg terbaik punya berbanding tempat lain yg agak mahal. Lagi satu food di Phi Phi Island mereka sediakan makanan halal. 

2. Kami terlupa nak bawak compas utk tengok kiblat. So, tanya kat house keeping yg Muslim di hotel ni pasal kiblat.....susahnyaaa sebab depa tak paham English. Akhirnya kami tawakal tengok pada mana matahari terbit dan terbenam.

3. Masa hari pertama tu aku memang bawak bekalan nasi beriani yg mama ku bawak. So, memang agak kenyang sampai ke malam jugak. Malam kami just jalan2 dan massage badan. Tak pergi mana-mana pun. Tetapi esoknya lepas balik dari island hopping kami dah kelaparan yg amat. Pening nak pikir mana nak cari halal food. Then, entah camana ternampak seorg wanita duduk di pondok tourist information depan hotel kami. We assume that lady ialah Muslim. Yes....she's Muslim and her English so fluent. Dia tunjukkan satu gerai halal tak berapa jauh dari hotel kami. Jalan just 50 meter dah sampai. Kami makan tomyam dan seafood. Makanan di sini sgt sedap, terangkat, meletopp dan pedas berapi....semua ada. RM50 makan dua org...sangat berbaloi sebab sgt sedap.

4. Masa island hopping gi Phi Phi Island and few island yg lain mmg best gilakk. Tapi yg buat aku frust masa ni tak pandai berenang...so nak snorkeling pun aku takut dan tak confident. Puas lah tourist guide tu ajak kami turun. Tourist guide tu plak memang suka berbual dengan kami berdua....asik buat lawak ajer. Masa kami diturunkan ke satu pulau ni (tak ingat nama)....disediakan pelbagai jenis buah-buahan utk dimakan. Sakan duk menjemurkan diri di tepi pantai. Memang free show uolssss. Apa dia? Sepasang mat dan minah salleh tengah berlari2 anak di tepi pantai dengan hanya tutup di bawah sahaja ..... yang atas free show uolsss. Terbuyai-buyai atas bawah hahahaha. Pastu kami sempat berbual dengan seorg minah arab from Iraq....two pieces ajer dia pakai. Terkezut kami. Dia kata dia mmg Muslim. Huhaaaaa.....jangan harap nak pakai mcm ni kat negara sendiri hehehehe.

5. Walaupun stay di sini 2 malam ajer tetapi setiap malam kami tetap pergi massage. Biasalah aku ni.....mesti nak interview tukang massage tu. Aku tanya pasal life dorang di Phuket....especially those yg menjadi pelayan aka GRO kepada tourist2. Siap bergelak ketawa sebab cakap mcm ayam dan itik. Minah ni hanya tau simple English jer.


ini hotel yg aku stay......masa ni dikatakan hotel kami yg paling tinggi di Patong

Masa kami lalu di sini....orang yg bawak tuk tuk ni beri salam pada kami. Ohhh...Muslim rupanya. 

gambar di Patong Phuket. Sajer tak nak tunjukkan pic kat island hopping...sebab pic tak berapa sesuai utk tontonan umum ahakssss.



C. Percutian ke Jogjakarta dan Solo (2007)

Percutian ini memang aku tunggu-tunggu kan sebab aku memang nak sangat menjejakkan kaki di sini. Kalau nak tahu camana adat kebudayaan Jawa yang sebenarnya...di sini lah tempatnya. Jogjakarta dan Solo terletak di kawasan Jawa Tengah. Masa ni AA tak mendarat di Jogja lagi....so kena turun di Solo terlebih dahulu....then baru gi Jogja (one hour journey). Ok takpa....at least merasa gi 2 tempat. Masa ni aku gi dengan my mum and my bro + family. Aku hire agent sewa kereta yg aku dapatkan di internet juga....lupa plak nama dia. Bagi aku trip ni sangat best. Jom baca kenangan aku di sana.

1. Sebaik kami sampai Solo....kami kena bergerak ke Jogja. On the way to Jogja tu......akan melalui Prambanan...salah sebuah tempat suci penganut Hindu dulu. Nak masuk ke sini kena bayar....utk local hanya Rp3,000 shj dan utk foreigner Rp90,000 mcm tu lah...aku pun ingat2 lupa. Masa ni aku pakai tudung bawal.....konon nak menyamar jadi mbak Indon. Sekali kantoi sebab depa terdengar adik aku bercakap Melayu masa nak sewa payung. Bila pikir balik.....nak bayar mahal2 sekadar nak tengok batu yg dah pun runtuh pasal gempa bumi. So, kami cancel...tak payah masuk...hahahahah.

2. Kami stay di sebuah hotel yg lokasinya berhadapan dengan stesen keretapi. Bising plak bunyi keretapi malam-malam buta. Kalau nak gi Jalan Malioboro just walking distance. Masa kami gi ni...setelah setahun peristiwa gempa bumi di Jogja yg meragut ramai nyawa dulu. Aku ternampak rekahan pada hotel yg kami stay tu,.....ayohhh camana ni. Siap tanya hotel...adakah kami selamat stay di sini. Depa kata jangan risau semuanya selamat.

3. Kenangan bershopping di sini. Memang murah kalau nak beli barangan kraftangan yg ada corak batik Jawa di sini. Banyak jugak aku beli....kain batik jawa sutera, kusyen cover corak batik Jawa, beg corak batik Jawa dan mcm2 lagi lah tak ingat. Masa hari pertama kami shopping tu...pak sopir turunkan kami di pakir sebelah pasar berigharjo. Pasar tu punyalah besar giler...dan bersambung dengan Matahari Mall. Bila dah byk sangat meneroka dan berjalan...tak sedar kami dah berada di bangunan Matahari Mall. Nak patah balik ke parkir punyalah jauh. So, plan nak terus naik teksi dan balik ke hotel. Tapi baru teringat....pak sopir kami tak habaq pun. Mesti dia tertunggu kami. So cancel....kami naik teksi ajer ke parkir tu. Kesiannya......kami tengok pak sopir tu menunggu kami di kawasan parkir. Hanya mobil dia sahaja di situ....takda mobil lain. Dia nampak letih sangat...kesiannya. Aku tanya dah makan ke belum...dia kata belum.  Pastu aku bagi Rp50,000 kat dia utk duit makan. Sepanjang kami berada di Jogja ni...pak sopir ni baik sangat. Dia kata kalau ada kerja baru ada gaji...kesian kan.

4. Hari berikutnya dengan misi kami nak menyamar lagi di Borobudur. Kat sini pun harga yg lebih kurang masa kat Prambanan....local and foreigner harganya berbeda. Aku dah pesan dgn my mum and bro jgn cakap apa2. Biar aku sorang jer berbicara Indon masa nak beli ticket tu. Aku dah standby pakai tudung indon yg byk manik2 kat atas kepala tu. Mak aku pun aku suruh pakai tudung indon. Akhirnyaaa....aku berjaya jadi mbak yg pandai berbicara bahasa Indo dengan telo Jowo hahaha. Bila nak check ticket...org tu boleh plak tanya adik aku "dari mana? KTP (IC) ? Aku yg kat belakang...terus tolak dia suruh jalan cepat dan aku yg tukang jawabkan. "Iya dari Jakarta!!" (dgn telo Indon). Hahahahah lepas jugakkkkkk...kami berjaya. Bila ingat balik nak ketawa pun ada.

5. Aku berjaya mendaki sampai puncak atas batu batan Borobudur tu. Boleh nampak permandangan dari atas dan boleh nampak letusan gunung merapi yg tak jauh dari situ. Masa ni gunung merapi belum meletus teruk lagi...baru sikit. Masa balik dari sini...kami singgah kebun buah salak. Ya Allah sedap dan manisnyaaaa buah salak kat sini. Kat sini memang subur dengan tanaman buah salak. Aku petik terus makan....manis giler uolssss. Kami beli berkilo-kilo. Plan nak beli anak pokok buah salak.....tapi kata pak sopir tu tak boleh tanam di tempat lain sebab faktor tanah yg tidak sesuai. Ohhh ye tak ye jugak.

6. Malam tu kami kepenatan yg amat. So, aku tanya kat hotel boleh tak carikan tukang urut kat sini. Aku dan my mum plan nak mengurut badan plak. So, mbak tukang urut akan datang ke bilik kita. Kiranya dah tua jugak tapi sedap dia mengurut. Sambil mengurut kami berbual. Dia bgtau camana keadaan dia masa peristiwa gempa bumi yg berlaku tahun lepas tu. Masa tu berlaku waktu subuh pagi. Kepada yg bangun solat subuh memang sempat menyelamatkan diri dan yang tengah enak tidur tu memang mati kena hempap dengan batu batan bangunan. Mbak tu kata masa tu dia berada di pasar...keadaan sangat kelam kabut. Dia tengok jalan raya bergoncang seperti beralun-alun turun naik. Macam kiamat dia gambarkan. Menakutkan plak aku mendengarnya. Cuba tetiba masa aku tengah sedap mengurut bangunan ni bergegar....camana aku nak capai baju dan pakai baju...aduhhhhhh tak sanggup.




berada di puncak Borobudur

bergambar berlatar belakangkan Borobudur

Masa ni kami nak tengok rekaan fountain yg sangat cantik....tapi tak leh nak bawak balik sebab berat uolsss

masa pakai tudung bawal ini lah aku kantoi masa nak beli ticket di Prambanan. Masa ni di kedai jual barangan perak.



D. Percutian ke Jakarta dan Bandung (2008)

Percutian ke Jakarta/Bandung untuk kali ke dua. Masa ni kami pergi berempat...semuanya perempuan. Kami stay di rumah seorang teman org Mesia yg bekerja di Jakarta. Lepas duit hotel uolsss hahaha. Kami stay di Pondok Indah, Jakarta. Ramai artis Indon stay di sini. Nanti aku citer kami gi umah sapa..ahaksss.

1. Kali kedua sampai di Jakarta/Bandung memang excited dan dah plan apa nak shopping. Aku banyak belikan baju pengantin my cousin seorang mak andam. Kat sana kan byk jual kain lace dan kebaya indon yg sesuai dibuat baju pengantin. Baju utk diri sendiri pun aku banyak shopping.

2. Kami pergi ke Bandung hanya sehari sahaja. Pergi pagi dan balik malamnya. Kawan aku yg kat Jakarta tu dah risau kenapa kami tak sampai rumah lagi. Rasanya jam 2 pagi jugak kami sampai di Jakarta semula. Shopping di factory outlet kejap2 ajer....pastu makan ayam penyet dan shopping di Pasar Baru. 

3. Kami banyak spent time di Jakarta....sempat buat creambath di sebuah saloon di sana. Bestnya...sebab dorang buat sangat puashati dan satu lagi harganya murah giler. Kenangan terindah.

4. Masa nak balik....kami sempat singgah di rumah Ahmad Dhani vokalist kumpulan Dewa. Tapi dia takda masa tu....hanya sempat turun dan ambil gambar rumah sahaja hehehe. Rumah penyanyi Inul Dangdut pun kami lalu ajer. 

5. Masa kat airport hari kami nak balik....beg kami berduyun-duyun tak terkata. Dah kata dalam hati ni...mesti kena excess baggage. Tapi temanku Kak Rose memang pakar bab2 menggoda ni. Cowok yg jaga kaunter tu punyalah hensem giler mcm artis. Dia tengok plak cewek2 semuanya. Apalagi Kak Rose mengayatlah dia. "Aduhhh gantengnya mas persis artis cinetron". Suka dia plak tu. Kami terlebih 5kg....lepas uolsssssss!!!!!


semasa shopping di bandung

Rumah Mode FO tempat wajib pergi

beli eksesories di Mangga Dua

singgah hard Rock Cafe Jakarta utk beli tshirt

beli baju swimming Muslimah di Tanah Abang


letih ahkak menaip utk entry ini. Sambung lagi nanti iya. Entah bila aku nak update lagi blog ini...sebab next week aku dah start busy uolssss. Oklah byeeeee...jumpa lagi.



p/s - Selamat Berkorban. Tahun ni kami beraya di Temerloh sebab buat korban di sana Insya Allah. 




October 11, 2012

Part 1 : My Travel Destinations - In Memories



Salam semua.
Dah beberapa hari tak update blog. Byk benda actually nak update tapi aku rasa tak payahlah masukkan di sini sebab tak interesting pun. Kita citer pasal travel lagi best kan. Rating pun naik mencanak ahaksss. Kalau citer pasal benda lain...rating jatuh. Sungguh!!!

Aku nak flashback pengalaman aku berjalan-jalan di negara orang tahun-tahun sebelum ni. Masa ni takda blog lagi. Nak citer skrg pun aku ingat-ingat lupa. Kena rujuk gambar-gambar baru ingat balik. Tu pun ada pic yg pakai camera compact biasa...bukan yg digital punya. Gambar pun blur hehehe.


A. Percutian di Beijing, China (2000)

Masa ni aku bercuti dengan my travelling partner, Sha yg setia bersama ku berkelana di negara orang. Skrg dia dah kahwin dan punya keluarga sendiri. Masa ni tahun 2000 rasanya. Kami ikut TMTours and Travel rasanya lah (ingat-ingat lupa). Package ni harganya RM1,900 kalau tak silap aku. Kami berada di sana selama 7 hari 6 malam. Naik flight China Sounthern Airline. Transit di Hong Kong selama sejam. Then meneruskan perjalanan ke Ghuangzhou. Tukar ke terminal lain naik domestic flight plak. Tersadai 6 jam. Boleh keluar kalau nak jalan-jalan tetapi kami mempunya masalah komunikasi dengan orang China ni. Kami bgtau nak gi shopping...mintak tunjukkan masa shopping mall yg berdekatan...satu apa depa tak paham. Letih nyahhh!!! So, kami decided lepak kat airport ajerlah.

Sampai Beijing dah malam...letih sungguh. Nak dinner masa tu memang takda mood. Kami punya tourist guide namanya Simon- fasih berbahasa Indonesia. Cuaca masa ni sejuk dingin lebih kurang 22C. Malam tu hujan...so pagi tu rasa sangat sejuk...sib baik bawak sweater. Pengalaman yg tak dapat dilupakan di sini :

1. Wakil dari travel agent di KL seorang wanita... pun ikut sama...tapi dia ni baru first time nak ke Beijing. Pagi masa nak breakfast tu....sepatutnya kami disediakan satu tempat khas utk halal food. Tapi pagi tu tempat tu takda....dia ni turun awal. Dia pi makan kat cafe yg ada. Tanpa disedari dia dah termakan sausage dan nasi goreng tak halal. Dia ingat boleh makan. Hmmmm. Nasib baik aku dan teman sebilik turun lambat sikit. Tourist guide plak tak bagtau awal2 kat hotel yg dorang kena sediakan halal food utk kami. Alamatnya sesapa yg dah ternakan yg non halal tu......muntahkan segala2nya di toilet. Suweiiii betullah. First day dah terjadi macam2 benda.

2. Aku kehilangan duit bernilai RM700 di tempat jual kain silk. Aku beli agak byk jugak kain silk sebab belikan kiriman orang. Tanpa disedari duit aku dalam envelope tercicir masa tengah beratur nak bayar. Nasib baik aku ada simpan duit lain sana sini. Nak dijadikan cerita duit aku dijumpai oleh seseorg dari travel agent lain (org Malaysia) yg juga berada di tempat itu. Masa kat China Great Wall aku bertemu dgn org tu dan dia serahkan duit dalam envelope tu. Alhamdulillah dan terima kasih byk2.

3. Masa kami berjalan kaki utk ke masjid Nueji iaitu masjid tertua di Beijing...kami dikejar oleh orang gila yg memegang kayu panjang. Orang gila tu kejar aku dan 2 orang kawan ku yg lain. Mencicit kami lari bagai nak rak sampai memanggil nama Simon minta tolong. Simon kejar kami dan marahkan orang gila tu. Sib baik fuhhhh heheheh.

4. Rombongan kami ni seramai lebih kurang 25 orang sahaja. Kebanyakkannya makcik dan pakcik yg dah pencen. Yang anak dara hanya beberapa org sahaja. Ada 2 orang makcik ni memang suka join aku dan kawan aku ni. Yang seorang ni suka berfoto....camera dia canggih mcm profesional. Kami panggil dia Ibu Foto. Seorang lagi makcik ni plak suka bershopping. Duit dia banyak giler...kaki shopping. Kami panggil di Ibu Kaya. Dia orang plak panggil aku Raja Ema....sebab katanya muka aku mcm Raja Ema...hehehe ye ke???

5. Arwah papa ku memang kaki shopping jugak. Setiap tempat yg dia pergi...ada satu benda yg dia mesti beli. Nak tau tak apa? Pedang!!!!! So, aku belikan papa ku sebilah pedang samurai semasa di Beijing. Bila dah beli....masa nak packing baju...baru perasan camanalah aku nak bawak balik Malaysia ni. Sib baik aku pakai beg besar yg boleh memuatkan pedang tu. Fuhhhhhhh selamat!!!!


di bandar Beijing...masa ni berjalan kaki nak ke Forbidden City rasanya......
kenangan indah di Tembok Besar China. 
background Tembok Besar China.....kurusnya dulu hahahaha



B. Percutian di Bangkok, Thailand (2000)

Kali pertama aku menjejakkan kaki di Bangkok pada tahun 2000 bersama my parents dan teman baik Sha. Masa ni ikut rombongan naik bas dari KL-Hadyai-Bangkok. Fuihhhhh banyak sangat kenangan masa ni. 2 malam di Bangkok dan 5 malam di Hadyai (3 malam banjir)

1. Rasanya aku ada citer bagaimana kami pernah stranded selama 4 hari 3 malam di Hadyai masa nak balik ke KL. Rujuk link ini.

2. Berjam-jam dalam bas masa menuju ke Bangkok pengalaman yg tak dapat dilupakan. Sampaikan kaki aku bengkak dan kebas sebab lama sangat duduk dalam bas.

3. Masa kami sampai di Bangkok awal pagi masa subuh. So, lepas tu terus ke Floating Market dengan tak mandi dan tak makan lagi. Just makan buah ajer. Lepas tu kami sepatutnya makan di gerai-gerai makan Muslim di satu tempat ni. Sebaik kami sampai rupanya kedai-kedai tu semuanya tutup. Dengan tak makan...masing-masing dalam bas mula marah2 dan mengamuk. Then pihak penganjur bawa kami ke Chatucak sebab kat sana ada satu gerai muslim. Cuba pikir....4 buah bas yg dipenuhi dengan org2 yg kelaparan... makan di sebuah gerai kecil sahaja. Kami makan apa yg ada ajer...berebut2. Fuhhhh pengalaman pahit sungguh. Then, nak shopping kat Chatucak tu pun dah takda mood. Penat, mengantuk dan tak mandi semua ada. Malam tu balik hotel terus tidur.

4. Bangkok ni jammed memang tak hingat. So, pihak penganjur dah plan awal utk elakkan buang masa di jalan raya. Rupanya depa dah contact dengan pihak polis utk escot kami  siap bunyi siren sepanjang melalui jalan yg jammed di tengah2 bandar Bangkok. So, kereta2 semua berhenti tepi sebab beri kami laluan. huhuhuhu...terasa mcm PM plak.

5. Salah satu tempat yg kami pergi ialah Bangkok Safari. Nak masuk tengok binatang2 buas dalam ni memang kena naik bas jugak. Bila sampai ajer kat satu binatang ni....Zirafar rasanya. Baik punya tengah mengawan. Zifarah tu punya "ehem" siap nampak sangat jelas lagi. Satu bas semua menjerit hahahahaha.

6. Sebaik kami sampai di Grand Palace....aku dan parents plan tak nak masuk dalam tu. So, lepas bergambar kat luar tu...kami senyap2 naik tuktuk gi kedai jual kain Thai Silk. Lepas sakan shopping...kami balik semula ke tempat tadi. Hehehehe...dapat jugak membeli silk. Geng2 dalam bas jeles tengok kami shopping kain silk sebab dalam itinerary tak pi pun tempat tu.


bergambar di Bangkok Safari

dengan tak mandi hehehe...kami terus ke Floating Market. Air yg terapung tu agak busuk skit....geli pun ada. Beli buah ajer kat sini.

masa ni kat Grand Palace



C. Umrah di Mekah dan Madinah, Arab Saudi (2005)

Pertama kali menjejakkan diri ke tanah suci. Aku pergi bersama mamaku. Pengalaman di sini aku pernah ceritakan di blog ini juga. Cuba ke link ini.


semasa hendak miqot di Bir Ali

ziarah dan solat sunat dadi Masjid Quba'

ziarah dan berdoa di Jabal Rahman



D. Percutian ke Bali, Indonesia (2005)

Percutian pertama aku ke Bali ialah pada tahun 2005. Plan asal aku pergi dengan Sha. Then tetiba last minute mama dan adik2 ku yg lain nak joint plak. Akhirnya...jadi rombongan cik kiah. Best sangat...sebab dah jatuh cinta dengan Bali. Di antara pengalaman kami ialah :

1. Kami stay di Oasis Hotel yg terletak di Kuta. Masa ni terkejut lah jugak sebab dikatakan makanan di sini tak halal. First time pergi kannn. So, bila breakfast kami tanya kat pekerja hotel di cafe tu...nasi goreng ni halal tak? Dia jawab...halal. Entah camana aku ternampak pekerja tu siap kenyit2 mata dengan pekerja seorang lagi di situ suruh senyap. Hmmmmm...nampak sangat nak menipu kami. Terus aku sergah dorang. Kalau tak halal cakaplah dengan jujur...tak payah nak menipu kami. Bab2 makan halal tak halal  ni jangan buat main hokay. Aku dah banned hotel tu.

2. Aku booking hotel ni thru travel agent. So, stay di hotel tu selama 3 malam. Entah camana pada malam terakhir tu...hotel ni penuh. So, depa hantar kami ke Hotel Oasis and Resort yg terletak jauh dari Kuta. Oklah tu...sebab hotel ni 4 star...cuma jauh ajer.

3. Kat Bali ni banyak sangat Babi Guling. Sepanjang perjalanan kami ke sana sini naik van....asik gelak bila nampak babi guling kat kedai-kedai makan. Jakun masa ni. Sampai kan sempat berhenti di salah satu kedai nak ambil gambar punya pasal. Bukan takat gambar babi guling dan namanya...tetapi gambar aku pun terselit jugak. Ishhh ishhhh.....budak2 betul hahaha.

4. My brother yang 2 orang tu pun joint sekali dengan tunang masing2. Masa tu depa belum kahwin lagi. Pekedai sana ingatkan my bro Izam ni orang Jakarta,....siap tanya dia sama ada orang Jakarta ke hehehe. My brother Idham plak....orang sana memang dah tau dia org Malaysia. "Mari beli....hang chowkit...harga chow kit". hahahaha nak tergelak kami.

5. Kami shopping bagai nak giler. My bro siap beli perhiasan kayu-kayu utk barang hantaran perkahwinan dia. Murah beb. Terpaksa cari kotak utk mengisi barang2 perhiasan kayu tersebut. Memang kenangan terindah lah di sini.


semasa di gallery lukisan di sini

dinner seafood di Jimbaran

kami suka dengan dress putih sulaman yg dijual di kedai Uluwatu ni. 



E. Percutian Jakarta-Bandung, Indonesia (2006)

Kenangan pertama kali gi Bandung dan Jakarta. Masa ni Bandung tak popular sangat mcm skrg ni. Boleh dikatakan aku ni orang terawal ke Bandung. Susah nak cari info pasal Bandung masa ni. Sib baik Forum Cari membantu...tetapi info nya tidaklah sebanyak sekarang ni. Masa tu AirAsia ke Jakarta baru jer dilancarkan....ke Bandung belum ada lagi. Aku gi dengan family ku. Stay 3 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Sewa mobil cari melalui online ajer. Macam hampehhh sopir tu. Kerja dia asik nak mintak duit ajer.....memang aku ingat sampai bila-bila. Pengalaman aku di sana :

1. Factory Outlet di sini buatkan kami jadi giler. Aku dapat membeli blous dan jacket kerja dengan harga yg sangat murah. Semuanya datang dari overseas....plus size. Tapi malangnya FO tu dah pun ditutup. Lupa dah apa nama FO tu. Dari hotel yang kami tinggal tu boleh berjalan kaki ke Rumah Mode. Adik aku siap repeat berkali-kali ke sana. Sebabnya....dulu taklah seramai customer mcm sekrang. Nak shopping pun selesa.

2. Pak Sopir ajak kami makan di sebuah restoran terkenal di Bandung iaitu di Restoran Sapu Lidi. Jauhhh giler dengan jalanraya yg berbatu2. Sampaikan kami pening dan termuntah dalam van. Rasa makanan biasa ajer cuma tempat tu cantik lah. Rupanya pak sopir tu nak makan sedap di restoran mahal. Dia order makanan mengalahkan kami. Eeeee geram tengok masa tu. Dia yg lebih2 duduk satu meja dengan kami. Padahal kami semua dah menyampah dengan dia...asik mintak duit ajer.

3. Siang penat bershopping di sini. Malamnya kami berendam di dalam swimming pool sambil bergossip. Sejuk nak mampus sebab cuaca yg dingin di Bandung ni. Tapi memang best lah.

4. Kami stay di Jakarta one nite sahaja. First time jejak Jakarta...terkezut dengan jammed yg sangat azab. Stay di sebuah apartment di tengah2 bandar Jakarta. Esoknya kami bershopping di Tanah Abang. Shopping bagai nak giler - beli kain langsir, beli kain, beli telekung dan mcm2 lagi. Flight balik KL jam 8 malam. Pak sopir kata jam 4 petang dia akan ambil kami di depan Tanah Abang. Aku kata kenapa awal sangat? Dia kata nak ke bandara 2 jam sebab macet. Memang betul...macet giler. Dia drive mcm orang giler....sib baik cekap. Pukul 6 lebih jugak kami sampai airport fuhhhhhhhhhhhhhh. Pengalaman ngeri.


gambar ini ketika kami lunch di Restoran Sapu Lidi Bandung. Cantik tempat ni tapi makanannya biasa ajer. Tak taulah sekarang camana.

Kenangan shopping di FO Victoria, Bandung

Malam di Jakarta. Kami melepak di Plaza Indonesia. Jumpa seorang teman warga Malaysia di sini...then we had dinner. Dia belanja...fuhhh selamat sebab kami dah kehabisan duit nak makan di restoran mahal hahaha. You know who you are hiksss!!!



Ok stop dulu....penat menaip. Nanti aku sambung lagi part 2. Habis idea sudahhhh. Chowwww.


p/s - Selamat Hari Raya Haji!!!





October 5, 2012

Mengidam Nasi Arab !!!!



Ayohhhh tengok tajuk seram tak?
Hahahah...bukan mengidam orang mengandung hokayyyy.
Sebenarnya...saya mengidam nak makan nasi arab mandy dan chicken grilled. Tetapi saya tersangalahhhh sedihnya. Sebabbbbbbbbbbbbbb....restoran itiewwww dah tutup atas arahan MPAJ yang bengonggg itiewww. Kenapa diarahkan tutup? Sebab katanya takda lesen. Aduhhhhh!!!
Inilah dia diskriminasi terhadap peniaga-peniaga asing. Ehhhh!!! tetiba plak aku sokong dorang ni apahal??
Heheheh...takda lah. Bukan aku sokong dorang pun....tapi aku tak suka cara MPAJ yang kononnya ikut undang-undang yang betul. Cuba kalau peniaga-peniaga ni jolok duit bayar kat depa.......confirm korang tidak akan diganggu hokay!!! Dushhh sekali!!!

Aku memang dah jatuh cinta dengan nasi arab mandy di kedai arab ini. Namanya Khimad Hadramaout yang terletak di Mentara Food Court,  Tiara Condo Dagang Avenue Ampang. Sekarang dah tak leh makan nasi arab kesukaan ku itiewww...uwakkkkkk. Kesedapan nasi arab di sini tak leh lawan Al-Rawsha, Saba' dan Hadramout yang kat Chulan Square tu. Itu ikut tekak akulah. Satu lagi....harganya reasonable dan portion nya taklah banyak sangat...just nice utk seorang makan. Nasinya panjang-panjang dan sangat sedap. Ayam grill tu disalut dengan rempah ratus yg mabeles. Cayalah cakap mak!!!



 Auummmmm sedapnyaaaa.

Tengoklah nasi tu......dan tengoklah ayam tu. Aduhhh laparnyaaaa ahkak!!!


ok sekian cerita pasal makan. Hidup tanpa makan pun tak bestkan. Asik jalan tanpa makan pun lagi tak best. ok babaiiii!!!


p/s - percayalah...saya rindu kamu. Tapi saya ego!!!




October 3, 2012

Karnival @ Dataran Pantai Morib



Salam semua.
Masa cuti Hari Malaysia yang lepas aku tengok ramai yang gi bercoti-coti tapi aku kena kerja uhuk uhuk. Demi syarikat ku sanggup berkorban apa saja ahaksss...poyo wei!! Tak lah....memang kebetulan kena kerja kan ....apa nak buat...pasrah ajer. Bila dah buat kerja event ni....tak kira week end ke... malam ke...siang ke....kerja tetap kerja. 

Majalah iSihat menjadi majalah rasmi karnival kesihatan yg diadakan di Dataran Pantai Morib ini. So, aku kena create apa bentuk aktiviti yg kena buat supaya booth kami ni menjadi tumpuan orang. So setelah berbincang dan memerah otak apa nak buat....kami decided nak buat demo masakan menu sihat, khidmat urut refleksology dan jualaan majalah dan cenderahati. Nak tau sama ada ramai ke tidak...jom tengok gambar  bawah ni.


 booth kami pada hari pertama.....oklah boleh tahan ramai gak org sebab ada persembahan artis kat pentas utama. Booth kami dekat dgn pentas

 jom jom beli majalah terbaru di pasaran. Sesapa beli majalah isihat dan majalah2 lain akan dapat percuma paper bag isihat yg warna hijau tu. Dalam tu ada lagi 2 majalah backdated dan barang2 lain. Setelah 2 hari karnival....majalah2 kami sold out mcm goreng pisang panas. Alhamdulillah...tersenyum bos  bila aku tunjukkan RM sales kami hari tu. Syukur sangat.

 Kami juga ada perkhidmatan urut refleksology. Boleh tahan ramai juga yg datang mengurut pada hari tu. Bukan free tau....kena bayar jugak. Tukang urut kami import dari Bandung..hahahaha percaya???

 Then ada persembahan nyanyian artis terkenal M.Nasir. Oklah meriah jugak. Suka sgt org kampung datang karnival tgk artis popular buat persembahan.

 Lepas tu  ada demo masakan menu sihat di booth kami. Kami jemput Chef Ezani buat demo ni. Nak tau org yg serbu ke booth kami ramai atau tak.....sila tgk gambar di bawah ini.

 tu diaaaa......seronok depa tgk org buat demo memasak. Siap ada DJ yang bercakap bgtau camana nak masak menu sihat ini. Ada 5 menu sihat kami persembahkan hari tu.

ni plak hari kedua karnival. Org berpusu-pusu membeli majalah-majalah kami. Belah kanan tu ialah brg sourvenir yg kami jual....boleh tahan gak sales hari tu. Dan dalam booth tu ialah perkhidmatan mengurut. Alhamdulillah apa yg dirancang berjaya juga. Walaupun penat 2 hari berkampung di sini....aku tetap puas dan bersukur. Tidak sia-sia usaha kami ni.


Pagi buta jam 5 aku dah bangun dan balik rumah jam 9 malam baru sampai. Tak ke penat namanya tu. Esoknya hari Isnin nasib baik cuti lagi. Membutooooooo ajer hahahaha. Chowwwww.


p/s - end of the year dah plan nak gi negara jauhhhh. Mana? 

October 1, 2012

The Past : I Miss Those Moments !!!!


Salam semua.
Boring sebab dah lama tak gi travel. Kepala dah pening sebab banyak nganga mulut makan angin kus kus hahaha.
Insya Allah coming soon ni. 

Ok entry kali ni nak borak-borak pasal benda yang aku rinduuuuuuuuuuuu nak buat. Rindu sampaikan terbawa dalam mimpi. Muahahaha...gilak. Bila sibuk dengan event....weekend memang tak menang tangan. Sama ada kena kerja atau ada hal family. Tapi nak memanjakan diri sendiri macam dah kurang. Sesekali kita kena spent time untuk diri kita sendiri. Bila badan dah penat bekerja nak gak dimanjakan. Betul tak?

Apakah itu yang aku nak kongsi dengan korang semua???


memanjakan diri naik flight hidup udara segar di negara orang.........parah betul dah minah ni hahahaha.

berenang dan snorkeling. Ya Allah lama benar dah aku tak swimming. Last masa bulan satu lepas semasa percutian di Medan. Lepas tu aku dah tak pegang air. My swimming attire pun dah lama tak terusik hehehe. Memang sangat-sangat rinduuuuuuuuuuuuu. Dapt swimming kat pool pun jadi lah.

massage badan di spa. Takda masa nak gi. Everytime nak booking ajer ...sokmo fully booked. Aku pun fed up. Aku rindu nak memanjakan badan di Bali.......sangat rinduuuuuuuuuuuuu!!!! Entah bila aku nak jejak Bali lagi ni.

Buat facial. Sepatutnya every month memang buat facial;. But now, sangat jarang-jarang. Sebabnya??? Masa takda dan kalau aku free plak....memanjang tempat tu penuh. Haisshhhhhh. Best tau sesekali muka kita di massage dan dimanjakan.

Cardio @ gym. Bayar tiap bulan  tapi dah dekat 3 bulan lebih aku tak gi. Memang sungguh sibukkkk sangat masa bulan 6 & 7 yang lepas. Lepas tu masuk bulan puasa pulak. Then....bulan raya pun sibuk. Sibuk makan hahahahah. Now, baru ada mood nak pergi. Nak startkan mood tu memang payah. Haishhhhh tak boleh jadi ni.

Shopping @ overseas. Bukan nak berlagak. Jujur cakap aku memang jarang bershopping di sini. Sebabnya.....malas dan mahal!!! Aku jarang gi KLCC, MidValley, Pavillion atau mana2 ajer. Kalau ada sale pun ...kalau rajin aku pergi lah. Tapi.....aku suka shopping di mana-mana negara yg aku pergi. Aku suka dan puas. Sebabnya....lebih murah, lebih berkualiti, brg tu takkan dapat di Malaysia dan banyak pilihan baju saiz aku.  Kat KL ni susah nak cari butik yg ada saiz aku kecuali di ISetan, Ms Read dan Flow - those butik yg aku selalu pergi . Selain drp baju...aku suka beli barang perhiasan rumah di overseas spt sarung cushion, alas meja makan, perhiasan meja dan mcm2 lagi. Kalau tak caya...cuba belek balik entry shopping aku di overseas. Kalau nak beli perfume murah di Singapore or UK (borong byk2). Kalau nak beli kain ela beli di Jakarta/bandung atau Vietnam. Gitulah ceritanya.

Rindu nak buat semua benda ni. Kalau ada kelapangan dan masa.....hendak seribu daya kan. Ok choowwwwwwww.


p/s - windu owang jauhhhhhhhhhhh