Ads

March 27, 2015

Day 5 : Hong Kong & Macau Trip - Ammar Mosque, Jardine's Crescent & Back to KL



Salam semua.
Last entry untuk percutian ini. Lamanya hai nak habiskan...hehehe. Maaf yea para pembaca semua. Sajer nak share yang aku ni tengah demam drama #temanlelakiupahan. Habis sudah drama tu. Sehingga meninggalkan fenomena luar biasa pada diri aku kerana tetiba aku terlalu obses dengan drama tu dan pelakon2nya. Love so much this drama. Drama yg banyak memberi impak positive kepada jiwa penonton dan juga memberi respon yang sangat bagus dari penonton semua. Plot jalan cerita yang sangat menarik dan memberi banyak pengajaran. AKu bagi 5 bintang. Tahniah pelakon Ungku Ismail dan Elizad. I am one of your fans now.

Ok sambung di hari terakhir di HK.
Dari Avenue of Stars kami nak pergi Islamic Centre Canteen di Wan Chai. Untuk apa agaknya yea? Sebabnya kami nak pergi cari makanan halal di situ. Selama ni kan kami hanya bawa bekalan dari apartment tapi hari terakhir ni kami nak mencuba makanan sini pulak. Tempat ni popular di kalangan pelancong Malaysia. 


Direction to Islamic Kitchen, Masjid Ammar Wan Chai.

By MTR :  Tsim Sha Tsui MTR - Admiralty MTR - Causeway Bay MTR exit A

Masa exit ni memang dalam bangunan Time Square...besar giler. Then keluar dari situ dan cari jalan yang akan nampak flyover (seperti gambar di bawah). Jalan terus bawah flyover ini hingga jumpa pasar dalam tu, Jalan terus lagi sampai nampak traffic light di hadapan (seperti gambar di bawah). Lintas jalan di traffic light tu dan di hadapan anda akan nampak Casanova Pizszeria. Belok ke kanan dan jalan terus sehingga jumpa Charter House Hotel di belah kiri anda. Masuk dalam parking hotel itu dan anda akan nampak Masjid Ammar di hadapan tu. Then pergi ke Ting 5.

Aku punya tips yg paling mudah untuk ke Masjid Ammar ini ialah minta tolong orang Indon yang pakai tudung di area ini. Dia akan bawa anda semua terus ke sini. Kebetulan pulak hari kami datang tu ialah hari Ahad iaitu hari cuti pekerja maid di sini. Memang mudah lah. Dorang pun hari Ahad banyak masa berkumpul di masjid ini.





keluar dari Time Square dan cari flyover ini...lalu bawah flyover ini. Nampak tak... ramai yg memakai tudung.

ini flyover yg kami lalu tadi

anda akan jumpa pasar yang sibuk ini. Meriah aku tengok seafood di sini


cuba tengok kerang gergasi tu belah kanan tu...hahaha mampu ke makan?


jalan terus...seronok aku gi pasar dorang ni

ikut laluan ini.....


then nampak traffic light ini.....lintas jalan di sini

nampak tak kedai pizza tu...Casanova Pizzeria. Then belok ke kanan pula. Jalan terus


sehinggalah anda akan jumpa Charter House Hotel ini. Masuk ke dalam bahagian parking.


tu dia dah nampak masjid Ammar....alhamdulillah


kalau ada sesiapa yang nak naik bas ke sini...boleh rujuk no bas di atas ni. Berhenti di depan Charter House Hotel.

pergi ke Tingkat 5 dan masuk ke dalam canteen ini...orang dah ramai.
Kami sampai jam 11.15 pagi.


kami memang nak merasa dim sum di sini yang dikatakan sangat lazat itiewww.


pilihlah yang mana anda berkenan...then bagitau pekerja tu.


ini lah dim sum yang kami dah pilih. Ok nak bagitau semua...make sure datang awal...sebab dim sum ini cepat habis. Canteen ini buka hingga jam 3 petang tapi jangan haraplah dapat makan dim sum waktu itu. Dtg lunch hour pun tak tentu boleh dapat. Kami sebenarnya taklah lapar sangat tapi makan ajerlah...bukan heavy sangat pun makanan ni.


Highly recommended. Rasanya memang sangat sedap uolsss. Originally dim sum.


tadi tu tak cukup. So kami tambah lagi order seperti dalam pic ini. Yang warna putih seperti bingka tu sangat sedap hokay....mcm rasa takoyaki makanan jepun tu. 


total bil kami 6 orang. Oklah harganya....not that expensive. Reasonable. HK$240 atau RM112.80


Ini ialah alamat Islamic Centre Canteen


masa ni dah nak masuk waktu zuhor


di depan masjid in ialah tempat berkumpul maid Indon. Depan ni jugak ada pelbagai jualan.


destinasi seterusnya ke manakah kami??? 
Ni tempat telek nasib.....hmmm. Yang tukang telek tu pun kita tak tahu nasib dia camana...ada hati nak telek orang lain yea.


kami nak pergi ke satu tempat ini macam market juga lah. Berpandukan maps di hp....kami jalan kaki ajer dari Masjid Ammar tadi. Ramainya manusia...aduhhhh.


terkezut aku tengok manusia di sini.....giler punya ramai. Macam ulat taik dah. Nak berjalan pun berlaga tangan dan bahu. Ohhh tidak...i can't live here. Kepadatan penduduk yang melampau. Tapikan aku susah nak jumpa pompuan pregnant di sini dan juga family yg bawa baby atau budak2. Generasi yang sedia ada dah ramai...so mereka hadkan generasi akan datang. Tapi by the time generasi tu membesar...golongan ini tak ramai dah. Percayalah...ia berlaku di Singapore.






kami dah sampai di sini. Nama tempat ini ialah Jardine's Crescent....konsept open market.


tapi jujur cakap...tak best. Sebab barangan yang dijual memang untuk locals....seperti tshirt, blouse, pakaian dalam. Bukan barang utk pelancong. Tak beli apa2 pun.....


Husband kata dia nak beli beg packpack pulak. So, kami terus balik ke apartment. Singgah dulu di Temple Market...alamak belum buka. Ada juga 1-2 kedai yg duk busy punggah barang baru start nak bukak. Tak byk choice...kami pergi jer mana2 kedai yg ada. Aduhai....pening aku nak layan org HK peniaga ni. Memang sangat kurang ajar. They dont care....cakap kasar2 kalau kita minta kurang sikit. Aku dah mcm nak angkat kaki...sbb geram peniaga tu. Tapi husband mcm nak juga beg tu.....dgn berat hati bayar ajer. Tapi memang kena bahan sumpah lah lepas tu. Geram sangat aku.


tetiba nampak pasar ni masa on the way jalan kaki balik apartment. Geramnya tgk...sangat fresh.


akhirnya beli setengah kg buah ceri ini...sedap dan manis.


kami sampai apartment jam 4.00 petang. Aku terus packing beg dan masukkan barang2 shopping. Tadi ada singgah beberapa kedai beli something. Pukul 5.30 petang van kami dah standby kat bawah untuk bawa kami semua ke airport. Mudah naik van ajer.


tadaaaaaaaaaaa.....beg kami beranak ke 4 beg semuanya. 


nampak kedai merchandise Disneyland di dalam airport. Ada lagi duit lebih HK...ingatkan nak beli apa yg patut di sini. Sama ajer harganya.....


Tapi tak beli pun walaupun ada promotion di sini. Barang tak best. Tak payahlah beli.


Masa ni kami semua berpecah ikut laluan masing2. Aku dan en Bos duduk di kerusi ini sambil menunggu sementara flite belum sampai. Sambil tu kami layan makan buah ceri tadi...sedapnyaaaaaa. Menyesal beli setengah kg ajer.
ALhamdulillah selamat sampai di KL tanpa sebarang masalah. My brother ambil kami di airport. Masa ni dah lewat malam....bas dan erl dah tutup daaaaaaa.


Ini barang2 souvenir kami yang telah dibeli di HK dan Macau. 





Alhamdulillah habis sudah entry tentang percutian Hong Kong dan Macau ini. 5 hari 4 malam di sini more than enough...walaupun ada tempat yang membuatkan kami terkejar2 menghitung masa. Jiwa aku tak sesuai stay longer here. Tempat yg sangat padat, sesak, attitude org HK yang memualkan, pengalaman pahit sakit kaki dan mcm2 lagi. Itu semua pengalaman yang wajib ditempuhi jika anda semua seorang traveler. Setiap negara berbeza...lain cara...lain pendekatan. ALhamdulillah tercapai sudah nak jejak negara ini. Tambah lagi 2 negara dalam list of negara di dunia yg aku dah jejak .....alhamdulillah syukur. 


p/s - next trip....lambat lagi. Sekarang masa untuk memenuhkan tabung ayam.



March 23, 2015

Day 5 : Hong Kong & Macau Trip - Avenue of Stars


Salam semua.
Hari kelima kami di sini dan merupakan hari terakhir kami. Malam nanti flite kami balik ke tanahair. Lima hari yang sangat padat. Bagi aku cukuplah. Tak perlu lama2 di sini sebab tak sesuai dengan jiwa aku yang tidak suka suasana yang sesak macam Hong Kong ni. Dah jejak ni pun rasa bersyukur sangat. Nanti aku cerita panjang lebar yea. 

Pagi tu kami breakfast spaghetti goreng ajer. Habis semua makanan kami kecuali maggie mee masih ada sedikit berbaki. Alhamdulillah just nice kami budget untuk 5 hari. Cukup makan semuanya. Nasib baik para suami tak banyak kerenah...semua yang kami hidangkan mereka bedal. Janji perut kenyang mereka kata....hahaha. 

Pagi tu juga aku dah siap berkemas sikit2 beg pakaian. Sebab nanti petang jam 4 kami balik apartment dan bersiap untuk ke airport jam 5.30 petang. Nasib baik aku memang bawa xtra luggage....bertambah berat dengan barang-barang shopping kami semalam. Beg kami simpan di apartment. Agen tu kata boleh simpan...dia bagi kami....oh thank you.

Sepatutnya mengikut itinerary, aktiviti kami pagi ini ialah ke Stanley Maket untuk bershopping lagi. Selepas berbincang dengan ahli jemaah yang lain, kami sebulat suara untuk membatalkan niat ke sana. Sebabnya : jauh serta mengambil masa yang lama, dah terbayang tempat shopping ni seperti Ladies Market ...so mcm tak best ajer....akhirnya kami batalkan ajer. So kami gantikan pergi ke tempat ini. Ke manakah?

Avenue of Stars
Tempat ini wajib kepada setiap pelancong ke Hong Kong. Umpamanya tidak lengkap perjalanan anda jika tidak singgah di sini. Patutnya masa kami naik cruise tu kami patut singgah ke sini tetapi disebabkan kami dah tukar lokasi cruise....so tak kesampaian ke sini. Jadi, hari terakhirnya kami gigihkan juga singgah di sini walaupun sekejap ajer.

Awal pagi jugak kami dah sampai di sini. Pada mulanya taklah ramai sangat orang....masih boleh bergambar dengan mudah. Tapi...masa kami nak balik...berbondong2 pelancong China dah sampi....fuhhhh selamat.


Direction to Avenue of Stars

By MTR : Austin MTR - East Tsim Sha Tsui (TST) and exit J and follow the signs to Avenue Of Stars.

Sebaik anda exit J akan nampak banyak signboard menuju ke Avenue Of Starts...follow aje. Dekat dah sampai.



ikut ajer signboard yang ada


nampak tak bangunan tu...HK Museum od Arts...jalan melalui bangunan ini

seni kreatif menggunakan buloh

ok kami dah sampai....3 minutes jer berjalan dari MTR East TST



Nak citer sikit pasal Avenue of Starts 

Lokasinya terletak di sepanjang jalan Harbour View di Tsim Sha Tsui, HK. Ia dibinakan sebagai tanda penghargaan kepada dunia industri perfileman HK. Tempat ini dibina dengan kos HK$40 yang didukung oleh Hong Kong Tourism Board. Sebab itu menjadi destinasi utama jika anda melancong ke sini. Ia dibuka kepada umum pada tahun 2004. Selain daripada patung replika, ia juga terdapat tanda tangan dan cetakan tangan lebih 100 artis-artis terkenal Hong Kong.

Aku perhatikan En Bos memang teruja bila sampai ke sini. Tak dapat tengok artis HK depan2, dapat pegang cetakan tangan depa pun jadi lah...hahaha. Tapikan....ramai yg aku tak kenal. Dalam ratusan tu, aku kenal 5-6 orang artis sahaja....tu pun artis veteran hahahaha.





nun di hujung sana ialah tempat dimana kami naik cruise hari tu.

gitulah aksi laki bini ni....riang ria

di sini juga kita boleh tengok show Sympony of Lights belah malam.


mari kita jalan lagi ke hadapan.....panjangnya 440 meter.
Cuba tengok amoi seluar merah sebelah aku tu...dia tengah perhatikan apa agaknya. Ohhh yea....dia mungkin tertarik dengan kasut baru aku tu hahahaha. Aku baru beli semalam lah amoi...murah jer RM60 kat Citygate Outlets...kikiki


permandangan cruise mewah di hadapan kami.



motif nak pegang tangan patung tu? hahaha

sapa yg tak kenal Bruce Lee? Tak sempat nak amik cop tangan dia....mati dah


my feveret actor from HK, Jackie Chan


dulu suka tengok drama dia ni Chow Yun Fat


Jet Li

Michelle Yeoh...lahir di Msia


nampak tak betapa ramainya pelancong China...masa ni kami dah nak balik. Fuhh lega.


sebelum balik...jom posing ramai2.


over plak lah En Bos ni....nganga luas2 hai


pelancong jepun tolong ambilkan pic kami...tapi kami duk berdiri tegak tanpa aksi.....so dia siap bgtau suruh buat action skit...hehehe...cuba tgk aksi kami di bawah

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

yang paling over posing sapa???




ok kemana kah kami seterusnya?



Untuk entry kali ni sampai di sini ajer. Tinggal satu lagi entry...tunggu yea. Ke manakah kami? Kami kekenyangan dan sampai KL masih terbayang makanan ini. Apakah??


p/s - terima kasih pembaca semua...