Ads

June 29, 2011

is AWAY..... Where to??





Hi guys my beloved blog readers~~. I'll be away for 4 days. Ke manakah? Ke mana lagi....aku mahu jumpa kawan-kawanku yang sudah lama ku tinggalkan di dasar laut. Aku sangat merindui aktiviti menyelam dalam laut sambil bergurau senda dengan teman-teman ku itiewwww. Ngeh3.Last aku jumpa teman-teman ku itu ialah setahun yang lepas....seminggu sebelum bermula bulan puasa. Dan kali ini aku datang lagi tetapi bukan di tempat yang sama...tempat lain pulak. Tetapi aktivitinya tetap sama...yeehaaaa. :p


Aku akan ke sana bersama dengan 7 orang lagi rakan-rakan yang sporting, yang memahami minat masing-masing dan yang penting semuanya singleeeeee uolsssss!!!!! Cayalah!!!! Walaupun ada yang aku tak kenal diantara mereka....hope semuanya berjalan dengan lancar, ada persefahaman dan yang penting kita enjoysssss!!!! Rombongan cik kiah gitu!!!!!


Apakah aktiviti aku nanti?????????


naik boat menuju ke pulau......pulau apa?? tungguuuuuuu!!!!



berehat-rehat di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam dan laut ciptaan Allah.....sambil menyisir rambut yang ditipu angin. Weiii....apa plak. Aku kan pakai tudung....over plaks kan minah ni....berangan jerkk...ahakss!!!!!

ni diaaaaa..... apa lagi menyelam dan bersnorkeling. Fuhhhh...tak sabarnya aku. Doakan perjalanan kami pergi dan balik dalam keadaan selamat tanpa sebarang masalah. Nantikan entry dari aku tentang percutian yang aku tunggu-tunggu kan ini....Bye uolssss!!!!!



p/s - Thanks to pakcik google....aku cilok jer gambar-gambar diatas. Maaf jika aku tak mintak izin pada empunya gambar. If sempat.....aku cuba upload pics menarik live dari sana. Cewahhhh!!!!!








High Tea @ Rennaisance Hotel KL


Entry kali ni nak citer pasal makan-makan pulak. Blog ni kalau tak pasal travel...mesti pasal food kan. Gitulah konsepnya. Tak pun citer pasal aktiviti apa yg aku buat di hujung minggu bersama family. Ni pun pasal family gak. Last Sunday aku gi makan high-tea dengan my mum, my bro idham, my sis in-law and my nephew si kecik itu di Rennaisance Hotel KL. Ada orang sponsor kami makan di sini. Siapakah itu? Ada lahhhh....rahsia.


Apa yang aku boleh komen tentang makanan di sini....hmmmm boleh tahan. Konsep makanan yang dihidangkan more to western food. Tetapi ada juga Korean food and Japanese food. Malay food tak jumpa pun. Dessert pun banyak western. Kueh Melayu pun takada. Oklah aku enjoy makan di sini sehinggakan masing-masing menunjukkan muka kelat sebab terlebih kenyang. Pagi tu kami tak breakfast pun sebab nak kosongkan perut. Memang masa sampai tu lapor yang amat.


Lepas habis makan...adik aku siap ajak kami makan lagi di HRC KL sebelah tu. Nak mampusss!!! Dia kata nanti bil suruh orang kaya baru tu bayarkan hehehehe. Sebab dia ada membership HRC. Siapakah itu? Ada lahhhh..... (bukan aku hokay!!). Ok jom kita tengok gambar.


my bro and anaknya...si kecik yg bertambah lasak. Dia berlari lebih laju drp neneknya. Mak aku tak larat nak kejar dia...hahaha.

mamaku bersama anak bongsunya dan cucu kesayangannya....


my sis in-law Alya and anaknya


si kecik ni sebenarnya boy tetapi rambutnya mcm girl...curly. Ramai yg tegur suka tgk rambutnya itiewwww.


bersemangat sebab lapar eh???


ini Japanese food.....seafood mentah


mama ku bergaya di depan makanan yg hendak disenduknya


ni pulak Korean food...byk sayur jeruk...


apa ni? kupang.....sedap bila dimasak panas2 kat situ gak....


ni pun Japanese food....sorry aku tak leh nak telan this kind of food


dessert yang sangat mervelous......suka!!!!!


first time aku makan macarons....hmmmm biasa ajer rasanya


makanan more to western food tapi ada nasi...camna tu? kalau dah tekak melayu tetap nak letak nasi kannnn... :p


si kecik tu sakan makan pasta sambil tengok video mickey....if not, dia akan buat kacau atas meja tu.


anak sapo lah ni?? ehhhh...aku ler tu wei!!!! :p



ni pulak blueberry tart...sedappp!!!


dessert ni kejap ajer dah nak habis....ada byk lagi choice lain belah sana tetapi aku lupa nak snap. Sebabnya..... sambil pegang camera aku bawak pinggan. Camno tu????


macarons, strawberry coklat, marshmallow and fruits


alamakkk...budak kecik ini sudah turun dari kerusinyaa. Dia dah start lari sana sini....penat nak kejar.


muka kenyang senang hati. Tadi masa sampai meja kami terpisah...entah tak tau naper depa susun mcm tu. Aku tanya adik aku...kau gaduh dgn aku ke? Pastu bila dah nak balik.....aku pulak baru lepas amik dessert...ehhhh dah berbaik2 semula? Adik aku rapatkan meja sebab nak bagi anak dia lari2...heheheh.


di lobby hotel....si kecik wat muka boring sebab dia nak kuar dari stroller nak lari2 lagi.


alhamdulillah kenyang dan syukur dengan rezeki Allah. Terima kasih kepada hamba Allah yang membayarkan makan-makan kami itu. Hehehehe......


Wassalam.......jumpa di next entry plaksss.







June 26, 2011

Unforgettable Memories : Umrah - Mecca & Medinah 2005


Memori tahun 2005 yang aku takkan lupa hingga akhir hayat. Pada saat dan ketika ini pertama kalinya dalam hidupku mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Di sinilah tempatnya untuk penyucian jiwa, beribadat padaNya dan mencari ketenangan yang paling indah dalam hidup kita. Disini juga tempatnya kita banyak beribadah seperti bersolat, berdoa, bertaubat, membaca Quran dan bersedekah. Alhamdulillah dengan rezeki Allah aku dapat menjejakkan kaki ke sini. Sudah 6 tahun berlalu dan aku sangat-sangat merindui tempat ini. Ikutkan hati sekarang juga aku nak ke sini. Insya Allah doakan aku yea....aku akan sampai juga dalam masa terdekat ini.

Ketika ini pada tahun 2005, aku pergi bersama-sama mamaku mengikut tour agent Hidayah Travel. Kami menaiki Saudi Airline selama 2 minggu. Perjalanan mengambil masa 8 jam sebenarnya tetapi transit sekejap di Riyadh selama sejam dan menjadikan perjalanan 9 jam. Sampai ajer terus ke Madinah. Di Madihah cuaca tak berapa panas....berangin ajer. Pagi-pagi ke masjid utk bersolat suboh angin bertiup kencang sehinggakan kulitku kering mengelupas dan pedih terutama pada bibirku.

Di Madinah kami stay di Wefada Hotel. Rasanya kami berada di Madihah selama 4 malam (agak-agak sebab dah lupa). Di sini juga banyak tempat yang kami melawat seperti Makan Rasulallah dan Raudhah di Masjid Nabawi, Makam Baqi , Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.


di KLIA ketika hendak berlepas...bersama mamaku

Masjid Nabawi di Madinah...aku rindu rumah ibadah ini... :(


Makam Baqi -tempat perkuburan para ulama'


di luar hotel di Madinah - Wefada Hotel

di Madinah


Masjid Qiblatain - masjid berqiblat dua....pada permulaan Islam org solat mengadap ke Baitul Maqdis dan selepas turunnya wahyu kepada Rasulallah SAW...arah qiblat telah ditukar ke kaabah di Masjidil Haram



lepas solat Isyak...sempat lagi membeli belah di Madinah pada waktu malam....



Pasar Tamar di Madinah



Gua Thur - tempat persembunyian Rasulullah SAW ketika diburu oleh kaum Quraisy yang hendak membunuh baginda. Ia dilindungi oleh burung merpati dan labah-labah yang bersarang di pintu gua. Aku masih ingat lagi pesanan arwah papa- kita jangan bunuh labah-labah kerana binatang inilah yg telah menyelamatkan Rasulallah SAW.


Gua Hira' di Jabal Nur - tempat di mana Rasulullah SAW diwahyukan oleh Allah melalui Malaikat Jibril


miqat di Bir Ali - dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah..singgah sebentar di Bir Ali untuk niat ihram mengerjakan umrah


Masjid Jaranah - tempat utk miqat dari Masjidil Haram


lawatan ke Mina

khemah-khemah untuk jemaah-jemah di Mina ketika musim haji...


lawatan ke tempat membuat kelambu kaabah....tekad pada tulisan itu diperbuat daripada emas




Aku sangat merindui Mekah Al-Mukarramah. Sangat merindui solat di hadapan kaabah di Masjidil Haram. Tempat yang paling tenang di dalam dunia. Tiada tempat di dunia yang indah dan istimewa selain di sini. Kita berasakan diri ini terlalu hampir dengan Allah. Banyak kenangan manis aku semasa di tempat suci ini. Diantaranya :


1. Sementara menantikan waktu solat fardhu....pada satu hari tu aku mengerjakan solat sunat taubat hinggakan aku menangis teresak-esak ketika berdoa. Tiba-tiba, seorang mak arab yang duduk selang dua orang sebaris denganku telah memberikan aku sehelai tisu dan air zam-zam. Dia suruh aku mengesatkan airmataku. Terharu sangat masa ni. Di tempat suci ni kita selalu akan jumpa orang yang baikhati.

2. Saat manis dan aku tidak boleh lupa di mana ketika aku hendak mengerjakan solat sunat di Hijir Ismail. Memang susah nak ke tempat itu sebab orang terlalu ramai berpusu-pusu tetapi memang rezeki aku.....tetiba mak arab yg jaga di situ memanggil aku..hajah..hajah...suruh aku solat disitu. Masa tu memang bersyukur sangat sebab orang tak ramai dan aku bersolat dengan tenang dan mudah sangat. Syukur pada Allah.

3. Aku dapat mencium hajarul aswad dengan mudah...cabaran sikit-sikit tu ada lah tetapi dapat juga mencecahkan muka ke batu tersebut. Alhamdulillah.

4. Dapat berkenalan dengan jemaah-jemaah Muslim dari serata pelusuk dunia. Nak jumpa segala bangsa di dunia ini...di sinilah tempatnya. Aku sempat berborak dengan jemaah yang solat di sebelah aku seperti orang Turki, Iran, Iraq, China, Indonesia, Thailand dan banyak lagi. Keunikan yang kita takkan dapat di tempat lain.




selalunya aku ikut pintu Babus Salam untuk masuk ke Masjidil Haram - dekat dengan tempat saei


membeli barangan perhiasan wanita di Mekah...penjual tu datang dari India


Jabal Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa....


Puncak Jabal Rahmah - tempat untuk berdoa mendapatkan jodoh...Allah belum makbulkan doaku. Aku percaya pada janji Allah....ada hikmah kenapa doaku belum dimakbulkan.



aku dah lupa apa nama bukit ini


bersama-sama kumpulan jemaah dalam group aku. Ketika ini sedang bersiap sedia untuk pulang ke tanahair--di lobi hotel.



ketika di Masjid Terapung Jeddah.....masa ini aku sedang bersedih apabila mendapat tahu papa sedang koma di tanahair


masa ni nak bershopping pun takda mood sebab tak sabar nak balik ke tanahair



bersiap sedia untuk ke airport di Jeddah....



Demikianlah serba sedikit pengalaman manis ku di tanah suci Mekah dan Madinah. Ya Allah makbulkan lah doaku untuk menjejakkan kakiku ke tempat suci ini lagi.....untuk mengerjakan umrah dan haji satu hari nanti Insya Allah.



Sekian wassalam......