Salam semua.
Masih lagi hari ke - 2 kami di bumi Pattaya.
Kenyang sudah makan tomyam. Cuaca pulak panas terik ketika ini. Memang best kalau kita balik hotel tidur ni hahaha. Tapi rugilah pergi travel kalau takat duduk dalam bilik. En Bos kata jom kita lepak tepi pantai sambil minum air kelapa. Jomlah.
Masa nak balik aku rasa macam dekat jer berbanding masa pergi tadi. Di sini memang banyak motor dan kereta persendirian. Tidaklah jammed mana pun. Aku rasa relax jer naik motor di sini. Tak mcm naik motor masa kat Bali....fuhhh pening. Sebab jalan kecil dan motor banyak. Bilangan motor tidak sesuai dengan saiz jalanraya. Memang agak letih jika memandu di sana.
jalan raya besar dan tak payah menyelit selalu. Relax ajer aku rasa.
Dah sampai tepi pantai. Jom kita letak di sini. Banyak betul orang melepak di kerusi malas ni. Satu kerusi kena bayar 50Baht. Duduk lah sampai bila2...nak tidur tak bangun2 pun boleh. Walaupun cuaca panas terik tetapi angin bertiup kencang. Kita tidak rasa badan berpeluh di sini.
Kami rehat sebentar di sini sambil memerhatikan telatah tourist di sini. Mat salleh tua dgn minah Thai...hahaha.
Order air kelapa dan buah-buahan....pastu relax. Nak duduk di kerusi depan tapi dah penuh plak.
tu dia...betul2 berjemur mat salleh ni. Tetiba aku rasa mcm geli plak hahahaha.
sebab itu orang kata Pattaya City Never Sleep....siang mereka rancak di pantai dan malam plak mereka rancak di pub.
bangunan yg tinggi2 tu kebanyakannya ialah hotel 5 bintang.
Lebih kurang sejam jugak kami lepak di tepi pantai tadi. Jomlah kita gerak tempat lain pulak. Jom kita masuk tempat beraircond. Kami masuk bangunan Mike Shopping Mall yang berada betul2 di depan pantai.
Pintu masuk bangunan ini betul2 mengadap laut.
kat dalam building ni banyak kedai jual local product Siam. Aku bukan nak membeli sgt pun. Sajer tengok2. Akhirnya terbeli jugak sikit2. Kena pandai bargain harga jika berada di Pattaya ni. Mereka tau kita tourist. Ketuk harga giler2 punya. Lepas satu kedai ke satu kedai...akhirnya aku beli di sini. Bagus pekedainya....mudah bagi diskaun dan seorang yg ceria,
Sempat plak bergambar dengan pekedai ni. Aku tanya dia sales camana? Dia kata susah nak cari makan sini. Owhhh,....bukan ke ramai tourist datang setiap tahun. Dia kata tourist datang Pattaya bukan utk shopping....datang utk pompuan, pub dan minum ajer. Ooooo patutlah aku tengok kedai2 di sini tak ramai orang dtg membeli.
Barangan souvenir pun banyak ada jual. Aku rekemen korang datang sini ajer kalau nak membeli souvenir atau local product...sebabnya tempat ni bersih, selesa dan beraircond. Harga pun boleh bargain. Jangan membeli kat luar tepi2 jalan depan beach tu....panas dan tak selesa.
aku beli seketul jer FM Pattaya....utk diri sendiri.
piring hiasan beli di sini...dapat harga 150Baht. Murah dah tu. Tempat lain mahal.
dalam building ada food court belah atas sekali. Ada indian food kalau nak try. Tapi orang yang datang sendu ajer.
Dapat jugak membeli winter jacket di sini 1000Baht ajer. Murah dah tu. Nak pakai utk next trip huhuhu....ke manakah?
Pashmina shawl tu harganya 100Baht.....cantik2 belaka designnya.
Lebih kurang jam 3 petang kami dah kepenatan. Cuaca panas sangat di luar. Jomlah kita balik hotel. Rehat kejap dan solat....nanti petang sikit baru keluar balik. Naik motor kan...memang lah terasa kepanasannya...pulak tu tepi laut. Panas lain macam. Aku tengok mat salleh kat sini naik motor pakai seluar dalam ajer...aduhai pencemaran betul. Sukati dia ajer...hahaha.
Petang sikit cuaca dah redup barulah kami keluar semula meronda Pattaya City. Masa mula2 pakai motor tadi memang berpandukan kepada waze. Pusing-pusing lama2 anda boleh hafal jalanraya di Pattaya ni. Senang nak ingat. Segala celah kami belasah. Best jugak ada motor ni.
di lorong yg sempit.....agak jammed jugak. Kedai massage bersepah-sepah.
kalau nak beli belah waktu malam....Pattaya Night Bazaar ni ada buka. Tapi kami tak masuk pun...sama ajer semua barang dalam ni.
Inilah tuk tuk pengangkutan awam yg terkenal di sini. Setiap tempat yg anda pergi berbeza harga. Kena tanya driver dulu nak pergi mana...nanti dia tetapkan harga.
dah malam sikit kami ke sini pulak. Tempat paling happening di Pattaya iaitu Walking Street. Tempat inilah yang apek tu beriya-iya nak pergi masa hari pertama kami sampai semalam. Kita tengok apa ada dalam ni. Lepas jam 7 malam....nak masuk dalam ni hanya jalan kaki ajer. Tidak dibenarkan naik kenderaan...walaupun motor.
Manusia punyalah ramai dalam ni. Ramai tourist dari China. Aku memang allergic kalau jumpa group tourist dari China. Bingit dan bising. Kalau boleh kita ni di tolak-tolaknya. Mereka memang takda disiplin. Pergi travel mana2 mesti jumpa group from China ni. Ishh...
memang susah nak bergambar dalam area ni...mesti kena tolak dengan mereka ni.
mesti ramai tertanya apa ada dalam Walking Street. Biasanya kalau orang lelaki datan Pattaya...di sinilah tempat yang dituju. Segala mcm jenis show orang dewasa ada. Terpulang pada diri masing2...apa tujuan you travel....kalau datang semata2 nak buat maksiat....lupakan sajer. Tak pasal- pasal nanti tak sempat balik Msia.
Nampak tak tu? Good guys go to heaven, Bad guys go to Pattaya. Kalau nak datang boleh...tapi kena bawa isteri hehehe.
pertunjukan boxing pun ada di sini. Kami tengok dari jauh jer.
aku ambil gambar mamat ni curi-curi. Dia tengah offer kami show yg ada di sini. Tengok tu....ada isteri di sebelah pun dia boleh offer...siap kata isteri pun boleh tengok show gak. Hahaha...tak payahlah. Baik kita shopping duit tu. So kaum lelaki...make sure kepit lengan suami ketat-ketat bila datang sini. Hahaha.
Jomlah kita keluar dari sini. Kejap ajer kami di sini...sajer tengok-tengok apa yang ada. Datang sekali cukuplah. Perut pun dah lapar. Nak makan apa yea? Nak gi area masjid jauh plak malam-malam ni. Kami plan nak cari kedai dekat-dekat ajer. Aku google internet....ada satu kedai halal di area Pattaya Road...dekat Soi 13. Berpusing jugak kami mencari Soi ni (soi maknanya lorong). Jumpa dah...tapi kedai makan tu tak wujud...alamak. Udahlah kami lapar sangat masa tu. Aku tengok blog pasal kedai tu...rupanya entry ttg kedai ni pada tahun 2007. Lama dah....tak mustahil ia tidak wujud lagi. Masa ni kami mcm dah give up nak mencari. Then last option aku try search halal food dekat google maps pulak. Then kami follow direction yang di beri. Belasah ajer lah.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
jumpa dah...alhamdulillah.
Ini kedainya. Gambar ni kami snap esoknya waktu siang. Masa kami sampai mencari ni ialah waktu malam. Lega sangat masa ni. Alamat kedai halal ni : Pattaya Sai Sam Road ...ia berada di tepi jalan besar. Kena memandu pelan2 utk mencari kedai ni. Dekat dgn Soi 14.
di dalam menu ada mcm makanan. Kami nak rasa tomyam lagi......sajer nak rasa kat kedai ni pulak. Makanan di sini agak mahal sebab ia terletak di dalam Pattaya City.
susah betul masa nak order. Again masalah yang sama...umpama ayam dan itik. Nasib baik tukang masak boleh faham sikit...anaknya yg dalam gambar ni...sepatah haram tak tau.
Ini lauk yg kami order. Tomyam dan ayam masak apa entah. Rasanya biasa ajer. Sedap lagi makan yg siang tadi. Harga pun mahal jugak. 350Baht semuanya. Mahal kan. No choice...belasah ajer.
Balik dari dinner kami survey kedai massage pulak. Sajer nak survey harga. Kalau kedai yang berdekatan dengan Pattaya Beach Road harganya 300Baht sejam utk oil massge. Kalau dalam city di tepi main road harganya 250Baht. Tapi kalau di lorong-lorong....harganya murah 200Baht. Kami dah jumpa kedai yang murah. Esok plan nak massage pulak. Malam ni tak sempat sebab kedai tutup jam 11 malam dan lagipun kami masih kekenyangan. Tak pasal-pasal termuntah nanti plak.
Balik bilik kepenatan. Ooo lupa nak cerita pasal plan kami. Sepatutnya plan kami masa di KL pada hari kedua ni kami memang plan nak ke Bangkok day trip. Maknanya kami gerak pagi ambil bas dan terus gerak. Malam baru balik semula ke Pattaya. Tetapi semalam bila kami sampai di sini...kami rasa Pattaya ni kami patut jelajah cukup-cukup...nampak tempat ni so happening. Rugi plak gi Bangkok tapi tak habis berjalan di Pattaya. Lain kali ajer gi Bangkok.
Next entry apa pulak plak kami yea. Tunggu aku update lagi nanti.
p/s - jom kumpul duit ikut aku ke Italy next year.