Pada penghujung Syawal yang lalu, aku sekeluarga mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Usrati Pertemuan Generasi Hj Muhammad Amin & Hjh Maimunah iaitu moyangku. Ini merupakan majlis perhimpunan keluarga moyang belah arwah papa ku. Aku merupakan generasi ketiga selepas papaku dan datukku. Perhimpunan ini merupakan pertama kali dan julung kali diadakan.
Perhimpunan ini telah diadakan di Banting...rumah salah seorang kaum keluarga kami. Difahamkan perancangan hendak membuat perhimpunan ini dah lama tetapi baru kali ini ia terlaksana. Terima kasih kepada tuan rumah. Semoga usaha anda menghimpunkan kesemua sedara mara dari serata pelusuk negera ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Ok aku nak citer sikit pasal salasilah keluarga moyangku ini. Mengikut kata jurucakap pada majlis itu, moyangku Hj Muhammad Amin & Hjh Maimunah berasal dari Tanah Jawa dan dibesarkan disana. Kemudian mereka berhijrah dan bertapak di Singapura. Asal usul Hj Muhammad Amin merupakan daripada keturunan Syaikh Ahmad Mutamakkin iaitu seorang ulamak, ustaz dan kiyai. Juga mempunyai darah keturunan raden (kerabat raja Jawa..wahhhh keturunan raja kah aku ni???? hehehe ).
Moyang lelaki dari keturunan Jawa "Magelen" dan moyang pompuan dari keturunan Jawa "Pati". Moyang lelaki juga merupakan seorang ulama yang sering berulang dari selatan ke utara Malaya mengepalai rombongan Haji ke Mekah. Moyang pompuan pula merupakan seorang peniaga dengan menguasahakan perniagaan menjual songkok. Mereka dikurniakan seramai 9 orang anak (5 putera dan 4 puteri) dan datukku merupakan anak yg ke 6. Akhirnya mereka telah berpindah ke Klang dan membuka sebuah kampung yang dinamakan Kampung Rantau Panjang. Walaupun kehidupan mereka berpindah randah tetapi kehidupan moyang lelaki sebagai seorang ulamak tetap diteruskan. Moyang lelaki dan pompuan telah lama meninggal dunia dah dikebumikan di Kg Rantau Panjang, Klang.
Pesanan moyangku kepada anak cucunya : JANGAN SESEKALI ANAK CUCU MEMAKAN IKAN TALANG KERANA IA MERUPAKAN SUMPAHAN KETURUNAN. Difahamkan ikan ini telah menyelamatkan salah seorang keturunan yang hampir lemas ketika menaiki kapal untuk mengerjakan haji. Ketika itu beliau seakan bersumpah agar keturunan tidak akan memakan ikan talang. Wallahuaalam.
Sekarang ini, kesemua anak-anak moyangku telah meninggal dunia dan yang tinggal hanyalah generasi kedua, ketiga dan seterusnya. Yang generasi kedua pun ramai yang telah meninggal dunia termasuklah arwah papaku. Semoga roh mereka-mereka ini dicucuri rahmat dan diletakkan di dalam golongan para solihin dan org2 yg beriman. Al-fatihah.
salasilah moyangku....page 1
salasilah moyangku - page 2
anak-anak Hj Muhammad Amin dan Hjh Maimunah. Datukku Hj Ishak merupakan anak yang ke enam.
hasil perbincangan perhimpunan keluarga....berderet2 hingga tak cukup space white board tu.
wajah moyang lelaki - Hj Muhammad Amin ....hensemkan. Ramai kata mcm rupa arwah papaku sikit2.
ini pulak wajah moyang pompuan - Hjh Maimunah. Wajah datukku Ishak saling tak tumpah wajah ibunya....sebijik!!!!Alhamdulillah semuanya selesai. Terima kasih kepada tuan rumah di atas jemputan dan jamuan yang meriah ini. Hidangan jamuan sangat sedap dan ada pelbagai jenis makanan. Aku makan sikit jer sebab seronok borak-borak dengan sedara-mara. Pulak tu adik aku sibuk ajak balik cepat.....geramm!!!!!. Tak puas aku nak berborak2 dengan dorang. Boleh dikatakan aku balik awal jugak dan tak sempat nak bergambar ramai-ramai kesemuanya. Takpalah panjang umur boleh jumpa lagi. Insya Allah.

7 comments:
dasyat lah leez. siap ada gambar moyang lagi tu..
terharunya..
best dpt jumpa sanak saudara
P/s : ada keturunan raden ye..:))
kak yan -
gambar moyang tu sy dapat drp sedara mara yg ada simpan. Hmmm....jumpa moyang pun tak pernah kak..hehehe.
kak hanim -
yes seronok jumpa sedara mara.
haah ada keturunan raden.....wahhh tak sangka ada darah raja jawa...hehehe.
jawa pun jawa lahhhhh.
ehh sama lahh sis . saya punn keturunan tak boleh makan ikan talang :) jalan cerita sama jeeeee
keluarga saya juga tak boleh makan ikan talang, apa mungkin kita ni satu keturunan, atau cuma kebetulan saja. di jawa timur walisongo sunan drajat juga berpesan kepada keturunannya tidak boleh makan ikan talang sebab ikan talang pernah menyelamatkan sunan drajat saat berdakwah ke pesisir gresik. apa kita keturunan walisongo atau cuma kebetulan. hehe wallahualam
ASSALAMUALAIKUM, BOLEH BERBAGI CERITA. KETURUNAN SAYA PUN TAK BOLEH MAKAN IKAN TALANG APA KITA BISA SALING BERBAGI CERITA. MOHON IJINYA.
Post a Comment