Salam kerinduan pada pembaca blog ku yg disayangi.
Dekat sebulan tak update blog. Maaf sekali lagi. Macam-macam hal dan kesibukan melanda. Mood pun malas jugak. Maaf yea.
Ok sambung cerita di Seoul. Lupa dah apa nak tulis dan lupa dah apa aktiviti di sana. Yelah setelah berbulan aku tinggalkan Seoul.....byk benda aku dah lupa. Banyak benda aku nak pikir lately ni. Ikutkan hati nak pencen jadi blogger.....tapi aku tetap tak pencen jadi traveller. Sian plak dengan pembaca ku yg merindui tuan tanah blog ini ahakssss.
Hari ke 3 aku di bumi Seoul. Hari ni kurang sikit sejuk berbanding hari2 sebelumnya....lebih kurang -5C gitiewww. Pagi kami bergerak ke Insadong nak cari barang2 souvenir. Kali ni tak beli banyak benda sebab masa first time hari tu dah beli banyak. Sajer nak jalan-jalan kat sini sebab nak beli kueh gula tarik (ntah apa namanya lupa dah).
Nak citer kesedihan ku di hari ketiga di bumi Seoul. Sepatutnya ikut perancangan awal kami plan nak main ski di Yongpyeong. Akan tetapi terpaksalah aku berendam air mata sebab tak jadi pergi. Sebabnya teman seperjuangan ku di Seoul ini tidak dapat menahan kesejukan. Dengar cerita di puncak nun sana nanti cuacanya akan mencapai -20C ketika itu. Korang mampu tahan sejuk? Hahahah. Takat badan aku yg ala-ala minah salleh ni okay ajer....tetapi temanku tidak bisa ya tuan-tuan puan-puan. Makanya aku mengigit jari berendam air mata tidak dapat jejakkan kaki ke sana. Ikutkan hati nak jer gi sorang...tapi apakandaya ahkak tak berani ke sana. Sebenarnya berangan kot2 terjumpa jejaka idamanku di sana Kang Joon Sang...mana tau rezeki kan. Nampaknya takda rezeki ku ke sana....takpa tunggu main ski kat negara lain plak yea. Perangai aku ni...kalau aku kata nak gi....aku tetap akan pergi. Huhuhuhu.
semasa menunggu train di subway
okay dah sampai Insadong. Tempat ini terkenal dengan jualan barangan kraftangan dan souvenir Korea. Harganya memang murah dan highly recommended.
geram tak? saya pun geram tauuuuuuuu.
nak beli mafla, pashmina dan mcm2 lagi. Kalau nak jumpa benda ni pada musim sejuk shj
jom kita cari brg2 souvenir
dulu aku beli brg2 kat kedai ahjussi ni..........kali ni aku cari lagi kedai ni.......jumpa gak. Okaylah harganya murah.
nak cari kueh tradisional gula tarik...........jom singgah jap. Dulu aku gi gerai yg belah kanan....kali ni aku gi yg belah kiri plak.
sebaik aku sampai....oppa ni tegur aku "Apa khabar?". Tahu ajer muka kami ni org Malaysia....huhuhuhu.
dia tunjuk cara2 nak buat kueh ni. So, aku beli 8 kotak di sini dengan pelbagai perisa
nak ambil gambar dgn dia.....sajer buat muka mengada. Tapi geramnya sebab sebaik balik KL...kueh ni dah cair.....pelik pun ada. Dulu tak jadi mcm ni....entah2 dia bagi yg dah lama...gerammmmmmmmm.
Masa ni kami lapar nak makan lunch. So, kami jalan2 ceruk kedai di sini....cari kat tempat kedai makan. Ternampak restoran yg jual makanan seafood. So....apalagi kami order set ikan dan sayur.
jemput makan...aku dah lapar sangat masa ni. Memang sangat menyelerakan.......ikan tu sangat mantoppp!!!!
taraaaaaaaaaa....entah tak tau ikan apa ni. Yang pasti isinya lemak dan fresh
kekenyangannnn....hancur ikan tu aku kerjakan hehehehe
jom kita balik..........kita shopping kat Namdaemun Market plak yeaaa.. Masa ni dalam train sgt sesak
sebaik sampai.........tetiba jer aku rasa sesak nafas....sebabnyaaaa tempat ini sgt sesak dengan manusia. Lebih sesak daripada dulu. Kenapa yea?
Barang2 yg dijual juga lain daripada dulu....semuanya barang2 untuk musim sejuk.
tergoda tengok pelbagai jenis boots.............pengsan ahkak!!!!
nampak kedai jual seaweed......apa lagi jom kita borong. Dulu aku eksyen sebab tak suka....tapi skrg aku dah suka hehehe
ada juga kedai jual kimci.........tapi tak beli yg ini.
mari kita posing di sini.............cantik tak boots ahkak tu?? hahahah...ramai plak yg berkenan. Nasib baik berkenan boots ajer...hahahaha.
kami cari bangunan yg jual brooch plak...jom pilih yg mana berkenan di hati
stock brooch aku dah banyak giler...........so aku belikan for my mum ajerrrr.
harganya mmg murah kalau kita pandai tawar harga.....ada gak yg mahal tetapi pandai2 lah korang mintak tawar.
ahjuma ni suka sgt bergurau senda dengan aku yg terlebih peramah ni. So, aku ambil gambar dgn dia....suka sgt tuuuuuuuuuuu. Cuba tgk kulit muka dorang? Cantik kannn ....walaupun dah berusia.
aku masuk kedai jual jacket ni. Plan nak beli tetapi mahal sgt selepas aku tawar-menawar. Akhrnya aku tak jadi beli. Bengang jer muka ahjussi tu. Maaf yea pakkk!!!!
Ok petang tu kami balik ke bilik. Tak tahan sejuk duk lama-lama di luar. Balik balik tidur lagi best. Malam tu aku dinner makan maggie ajer....siankan. Aku tak suka makan maggie...tapi kat Seoul aku paksakan diri huhuhuhu. Malam tu kat guesthouse kami.... berbunyi lagi siren..........aku panik wohhhhh. Udahlah teman bilikku takda di bilik....aku kelam kabut jadinya huhuhuhu. Sib baik takda apa2 yg berlaku. Buat suspen ajer.
Ok....esok plak...ke manakah arah tujuan kami???? Tungguuuuuuuuuuuuuu.....