Salam kawan-kawan semua.
Entry kali nak nak borak-borak pasal travel dan kehidupan seharian aku yg tersangat busy sekarang ini. Sesekali berborak mcm ni pun best jugak . Asik nak cerita bergambar ajer pun boring jugak. Kenapa yea tetiba aku meletakkan gambar peta dunia di atas tu? Hehehe...ni mesti nak citer pasal travel tak habis-habis kan. Hahaha...sesapa yg faham dengan jiwa aku....angan-angan aku...mesti dah boleh tau apa yg aku nak merepek kat sini. Huhuhu.
Setiap manusia mesti punya cita-cita dan perancangan dalam hidup. Ada yang nak membina kehidupan yg sempurna punya kerja yg bagus bergaji lumayan, suami/isteri yg hensem/cantik dan kaya, anak-anak yg comel, rumah besar, kereta berjenama dan melancong ke luar negara setiap tahun. Percaya tak.....semua orang mengimpikan apa yg aku tulis tu kan. Tapikan....tak semua apa yg kita nak...kita akan dapat. Mungkin kita punya keluarga yg bahagia ada suami/isteri, anak dan pekerjaan ...tetapi tak mampu nak berjalan-jalan ke luar negara mcm orang lain. Ada juga yg tak punya semua di atas kecuali dia boleh berjalan-jalan serata dunia hampir setiap tahun. Itulah namanya rezeki Allah. Allah takkan bagi kita semua yg kita nak....Dia akan bagi yang ini tapi yang itu Dia tak bagi. Tapi kena ingat....ada orang yang dia dapat semua yang aku nyatakan di atas...hidup mewah...tetapi kita tak tahu adakah dia bahagia dengan apa yg dia dapat semua tu. Sedikit pun tidak...mesti dia rasa hidupnya SUNYI...husband sibuk kerja cari duit pergi outstation berhari-hari....anak-anak semua di asrama...dan macam-macam lagi.
Oleh itu kawan-kawan....apa sajer rezeki yang kita dapat sekarang ni kena banyak-banyak bersyukur dan jangan ada perasaan hasad dengki pada orang lain. Orang lain gi oversea tiap bulan ke...tiap tahun ke...biarlah itu rezeki dia. Kita yang tak dapat pergi oversea ni berdoa banyak-banyak agar diberikan rezeki pula nak macam kawan kita yang dapat ke oversea tu. Jangan jeles-jeles okay....tak baik. Orang lain dapat jodoh lelaki yg baik jangan pulak ada perasaan irihati....kita doakan agar dia bahagia dengan kehidupan dia. Itulah lumrah hidup manusia...dengki mendengki mesti ada. Kalau boleh jauhkan lah.
Kehidupan aku seharian beginilah. Sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan diselitkan dengan urusan peribadi. Di samping tu aku tak lupakan juga urusan aktiviti travelling aku yang dah terbiasa sejak azali. Selang 2-3 bulan aku pastikan...i will go somewhere to release my mind. Aku tak bisa kerja ajer tanpa rehat atau meredakan minda aku kepada sesuatu yang menenangkan. Apalagi.......keluar dari Malaysia ni and find out any country yang aku nak pergi. Aku bukan orang kaya yang duit berguni-guni...tetapi aku hanya seorang yg sederhana sahaja. So, aku akan pergi mana-mana tempat yang aku rasakan aku mampu pergi dengan banyak mana duit poket aku ada ketika itu. Aku bukan seorang yg tamak kalau boleh tiap bulan atau tiap minggu nak pergi ke mana-mana tanpa tujuan. Kalau last month dah pergi Bandung....i dont think so i will repeat that place another 2-3 months again. Pantang tengok flight ticket murah...mcm orang meroyan kelam kabut nak beli ticket. Hmmm...am not like that maa. I will go to places yang aku belum pernah pergi atau kalau aku suka tempat tu i will repeat going to that place in 2-3 years more Insya Allah.
Banyak tempat sebenarnya dalam minda aku ni yang aku nak jejak sangat. Ikutkan hati yang tamak ni kalau boleh tiap bulan nak terbang sana sini. Issshhh tak boleh macam tu. Kena gak pikir benda lain. Nak gak beli perabut baru....beli baju baru....beli gadget baru. Kalau duk spent duit ke travel ajer...aku mungkin tak berkesempatan nak beli benda-benda tu. Sebab tu kadang-kadang disebabkan otak ni pikir pasal travel ajer....aku tolak tepi hal boyfriend ni. Kalau ada ok dan kalau takda pun aku no hal. Bila dah bercouple plak...aku jadi rimas sebab aktiviti aku nak bertravel terbatas....dia tak restulah...dia tak bagi pergilah...dia kata jangan membazir duitlah...dia jeleslah. Itulah dia asam garam bila dah start bercouple macam ni. Tetiba aku rasa stay single lebih senang....takda sapa nak halang aku pergi mana-mana. Takda sapa nak jeles aku gi travel. Takda sapa nk control aku macam-macam. Sebab itu orang kata bile dah berkahwin kena melakukan macam-macam pengorbanan. Bukan sikit wei...banyakkkkkk!!! Penat nak citer....korang pikir lah sendiri apakah pengorbanan tu.
So nak bgtau di sini...sesapa sahaja yg membaca blog aku. Bakal suami ke...bakal bf ke...bakal apa-apa lah. Jiwa aku ialah jiwa travel. Kalau di takdirkan aku dah kahwin dengan sesapa pun yg terbaca blog ini....tolong jangan halang aku dengan my cinta hati aku ini (travel lah). Kalau awak kaki travel juga...ok no hal sehati sejiwa. Tapi kalau awak bukan kaki travel....harap awak memahami jiwa saya. Ok itu sajer...ahaksss!!!
Insya Allah lagi 2-3 hari aku akan berangkat ke satu negara ni selama seminggu. Lepas tu i will be very busy with my event. Cabaran Sihat dah nak bermula bulan 6 ni...so get ready yea sesapa yang nak joint. Hadiah lumayan dan aktiviti best!!. Trip seterusnya plan masa raya ni tetapi belum beli flight ticket lagi. Plan nak berangkat raya ke-2 and berada di sana selama 10 hari Insya Allah. Aku malas nak raya ...cukuplah raya pertama ajer. Kos lebih kurang RM5K-6K. Sesapa rasa nak jadi travel partner aku...message me please. Baru plan yea....belum confirm lagi.
Cita-cita aku tinggi. Aku nak jelajah satu dunia seperti dalam gambar di atas tu.... kalau boleh sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ya Allah semoga termakbul cita-cita ku itu hendaknya. Ameen
p/s - Semoga aku dimurahkan rezeki lagi.....Insya Allah.