Ads

July 27, 2016

Day 5 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Dal Lake, Srinagar

Salam semua.
I'm back. Back to my blog. Aduhai bercinta betul nak habiskan citer India ni. Nak bukak balik memori yang telah ditinggal lama ni memang payah. Sebab itu aku tak suka simpan cerita trip lama-lama. Susah nak recall balik memori huhuhu. Nasib baik gambar-gambar meletops ini membuka balik memori India. Tetiba rindu plak kat sana. Dengar cerita kat Kashmir sekarang sudah tidak selamat untuk dikunjungi. Rakyat Kashmir bangun untuk memohon kemerdekaan sendiri. Media kita tidak cover sangat story ini sebab fb dan internet telah di sekat di sana.
Aku tunda trip bulan 11 ini ke tahun depan 2017. Insya Allah trip baru akan dibuka pada bulan Mac 2017 jika keadaan reda di sana.

Hari ke 5.
Cuaca yang terang dan dingin. Tetiba aku rasa sedih plak. Sedih untuk meninggalkan tempat ini. Tak puas rasa nya. Stay 3 malam di sini memang tak cukup. Kalau boleh nak duduk lama lagi. Ketenangan yang abadi. Melihat ketenangan air Dal Lake ini....jiwa juga rasa tenang. Ditambah pula dengan cuaca dingin. Tapi kalau cuaca panas...memang jiwa aku tak tenang. Sebab tu aku tak suka travel musim panas. Segala2nya akan jadi panas. Hahaha.

Flight kami balik ke Delhi pada jam 3 petang. So pagi tu memang kami ada masa untuk jalan-jalan di kedai terapung di kawasan Dal Lake ini. As usual perjumpaan tiap pagi ialah jam 9 pagi. Mr Farooq kata jam 9 pagi kami bergerak naik shikara untuk shopping. Berkocak-kocak shikara menyusuri Dal Lake membawa kami ke arah sebelah sana. Kedai-kedai terapung tu ada di belah belakang houseboat but still kena naik shikara juga.



sementara menunggu utk naik shikara....kami 2 ahli houseboat yg berjiran berposing dulu.


kami semua serumah. Ada 4 bilik dalam rumah kami.


bersama teman sebilik saya :p


di hening pagi....



kelihatan seorang ibu menghantar anak2nya ke sekolah dengan menaiki shikara 



kegigihan seorang ibu pada setiap pagi....



4 dara jelita sedang menantikan siapa agaknya? Sedang ushar abang-abang kashmir ke tu? hehehehe



jom kita gerak ramai-ramai menaiki shikara. Kelihatan houseboat di sepanjang Dal Lake.


Mr Farooq join shikara kami.....kami dihampiri oleh peniaga-peniaga di sini. Masa ni Kak Kasmah tengah nego harga untuk membeli jacket kulit. Kat sini memang banyak jual jacket kulit. Harganya memang sangat murah. En Bos dah beli satu jacket dengan harga RM300...kalau kat Turki mencecah ribuan ringgit.


cantik betul hiasan shikara untuk pelancong. Kalau orang tempatan punya shikara...tak payah hiasan cantik2 macam ni.



tu dia....kami menghampiri kedai-kedai terapung yang banyak terdapat di sini. Rambang mata tengok barang-barang jualannya.



kebanyakan yang dijual di sini ialah baju kurta, kurti, carpet, kain saree dan jacket kulit dan mcm2 lagi.


Suasana jual beli yang unik, Pengalaman yang berharga.



En Bos merakamkan detik-detik indah di sini.








ketenangan dan kedamaian


penduduk kashmir sedang meniaga ais krim,...sejuknya nak makan ais krim pagi2 ni.


shikara utk pelancong dihias cantik seperti ini. 



sempat pulak abg kashmir ni pandang ke belakang dan tumpu ke camera kami. Tapikan.....aku perhatikan orang2 sini suka bergambar. Ada yg volunteer lagi nak bergambar dengan kami hehehe. 



ini pulak shikara untuk penduduk tempatan....tiada hiasan seperti shikara untuk pelancong



amboi emma......nak tukar profesion ke ni? Gaya dah ada hahaha.


tengah tengok sapa tu kak zu? hehehehe........masing-masing macam seronok jer duduk atas shikara mcm tak nak turun.


Dah jumpa ke bf kashmir? Tadi masing2 mengendap abe2 kahsmir di luar jendela. ahakssss.



jacket kulit memang banyak di jual di sini. Kena pandai bargain harga.


kami naik ke satu kedai ni. Ada yang sakan bershopping dan ada yang sakan bergambar di kuar. Kenangan sebelum kami balik ke Delhi petang nanti.



Rindu pulak dengan Mr. Farooq. Ehhhhh......nanti ada yang jeles plak. Sorry yea Born...hahaha.



Kak Aini sedang kusyuk memerhatikan org Kashmir ni menjahit sulaman untuk baju kurti. Memang halus dan teliti jahitannya. Lelaki tuuuuuuuuu....


sedang leka memerhatikan teknik menjahit benang sulaman



tadaaaa dah siap. Hebatnya kak jem....kejap jer dah siap baju tu hehehe



jomlah kita balik. Penjual ni tak henti2 memujuk Kak Kasmah utk membeli jacket kulit ni. Hehehe...lama jugak kami berada atas shikara ni. Akhirnya dia tak jadi beli.



saffron pun ada jual. Just peringatan kepada sesiapa yg nak membeli saffron di kawasan ini. Aku nasihatkan jgn beli di sini sebab dikatakan saffronnya bukan original sebab dicampur dengan pewarna. Kena beli di tempat jualan dry fruit barulah okay. Kalau di sini mereka jual dengan harga yg sangat murah. Ikutkan harga saffron sebenar memang mahal uolsss. My mum yang pakar dengan bau2an saffron ni kata....saffron yg berkualiti ialah dari Rusia. Yang India punya ni....mcm lain macam sikit baunya.



jomlah kita balik. menyusuri laluan rumah orang. Pengalaman yang sangat indah dan berharga.






Mr Farooq bagitau pada kami...sebelum kita berangkat ke airport kami kena ambil early lunch terlebih dahulu. Alamak masih kenyang lagi breakfast tadi. Katanya nanti sampai di Delhi dah petang dan tidak sempat untuk menyediakan lunch di sana. 

Flight kami ke Delhi petang tu ialah jam 3.00. Makanya kami kena bergerak awal ke airport. Ada banyak sebab. 
1.Akan melalui 3 kali check point menuju ke airport dan semasa di airport.
2. Tourist yang ramai pada waktu yang sama....akan beratur panjang
3, Urusan check in mengambila masa yg lama sebab kami ramai.

Sebelum sampai ke airport iaitu 1 km sebelum sampai...kami kena turun dari van dan bawa beg masing2 untuk scan. Fuhhhh...gilos. Kalau beg banyak....pandai2lah nak angkut beg tu semua. Then sebaik sampai airport di pintu utama...satu kali lagi check point.....kena scan beg sekali lagi. Dah yang paling akhir ialah sebelum masuk dalam flight. 
So kena banyak-banyak bersabar dengan peraturan di sini. Awal2 lagi aku dah inform ahli group tentang peraturan2 ini.




lunch kami disediakan. 


Betapa sedihnya Siti dan Kak KC ketika makan...sebab dah nak meninggalkan bumi Kashmir. Especially Kak KC....sian asik terkenangkan abang baju merah yang tak kunjung tiba. Hajat tak kesampaian. Kita tunggu bf jepun pulaklah lepas ni yea.



bersedia untuk balik. Tengok tu beg2 kami dah berada di atas van. Pergi satu beg...balik jadi 3 beg. Camana tu? Space pun dah takda di dalam van...jawabnya kena angkut atas van.



van bergerak ke check point pertama. Take turn untuk turunkan beg dan scan semua beg. Agaknya mereka ni takut kita ni bawak bom. Memang betul2 check...scan segala sudut beg uolssss. Hmmmm...layankan ajer



army India ada di mana-mana sahaja. 


Memang melecehkan. Kena angkut beg satu persatu. Pastu lepas scan kena ambil balik beg letak dalam van semula. Aduhai.....leceh betul. Naik van semula ...lepas 1 km macam tu barulah sampai ke airport.


Nampak tak lelaki yg pakai jacket dan bercakap dgn En Bos dalam gambar ni. Dia lah porter yg tolong selesaikan excees luggage kami.


Dari tempat berhenti van di luar airport telah bersedia airport porter menguruskan beg-beg kami. Senang biarlah mereka uruskan beg-beg yang banyak tu. Kita hanya perlu jalan kaki sikit menuju ke airport. Sampai airport di pintu masuk...beg2 kita akan discan sekali lagi. Porter tadi akan uruskan dari awal hinggalah kita selesai check in beg. Tapikannnnn.,..bukan free yea. Saya selaku tour leader utk group ini akan bayar tips pada mereka. Lebih kurang 4 orang yang membantu kami. Urusan check in pulak tak perlu buat di kaunter. Hanya jumpa pegawai airport yg menunggu kami di tempat scan tadi dan dia print dari machine yg dia pegang ...senang gitiewwww. 34 orang punya boarding pass akan diprint dari machine tersebut.

Sepatutnya luggage kami ialah 15kg seorang dan handluggage ialah 7kg sahaja. Tetapi group kami ni telah melebihi dari sepatutnya in total. Kalau nak tau...porter tadilah yg selesaikan excess luggage kami. Lebihan 40kg uolssss...hahahah sakan bershopping semua. Kami menaiki Indigo. 



masa ni aku tengah kalut selesaikan urusan beg....mereka sakan berposing sementara menunggu segalanya selesai.



ehhh...terjumpa balik Ustaz ni.....oooo dia sama flight dengan kami




Masa untuk masuk ke waiting room. Akan ada satu lagi scan beg. Masa ni mengambil masa yang lama sebab segala celah poket beg mereka akan scan. Bawa monopod pun kena soal jawab. Pulak tu kena beratur panjang. Lelaki dan perempuan dipisahkan. Segala badan dan celah badan pun kena raba hahaha. Bagusnya ada bilik khas untuk perempuan. Tapi....slow giler dorang ni buat kerja. Banyak bercakap daripada bekerja.

Lepas scan segala...aku dan En Bos dipanggil oleh pegawai yg menjaga luggage. Dia panggil kami ke dalam untuk mengira semula beg2 yang dah di check -in. Fuhhhh...giler punya kerja. Mereka ni memang complicated lah. Nak mengira 45 buah beg bukan mudah yea. Di situ bukan sahaja beg kami...malah ada beribu2 lagi beg orang lain.
Nasib baiklah aku dah siapkan riben colour orange untuk diikat pada beg. Konon masa bincang dgn En Bos...colour orange ni memang rare...jarang orang guna. Rupanya ada juga riben orange lain yg ada kat situ hahahaha. Kurang satu beg...setelah dikira semula tadi. Aku pasrah jer...semoga ada semua bila dah sampai Delhi nanti.




Emma sempat berposing dengan abang army. Sempat jeling pada camera tu..huhuhu. Sampai di waiting room dalam 2-3 minit...terus no flight kami dipanggil untuk masuk ke dalam flight. Nasib baik selesai semuanya...fuhhh lega.


Duduk dalam flight....melepaskan lelah kejap dan melihat permandangan yg indah dari atas.



close up...cantiknya subhanallah


gunung ganang bersalji. Kalau pergi musim panas...anda tidak dapat melihat permandangan indah ini. Kalau ada pun...sedikit sahaja,





Syukur alhamdulillah dah sampai Delhi selepas sejam setengah berada di dalam flight. Sebaik aku jejakkan kaki di tanah ketika menuruni tangga...tetiba ada seseorang memegang tangan aku dengan agak kuat. Terkezut mak!!!! Siapakah dia? 
Tunggu next entry aku ceritakan...................buat suspen jer kan hahahaha.



p/s- masa untuk coti-coti mesia


July 14, 2016

Sambutan Raya With Family 2016


Salam Aidilfitri kepada pembaca blog ini semua.
Maaf zahir dan batin jika kesilapan saya dan kekasaran di dalam kandungan blog ini.  Maklumlah ketika menulis blog kekadang tu mood baik dan ada kalanya mood ke laut hehehe.

Tahun ini merupakan tahun ketiga kami beraya sebagai suami dan isteri. Turn raya tahun ini ialah di kampung cik abe di Besut Terengganu. Tahun ini juga tempahan cookies kami meletop-letop sehinggakan kami terpaksa menutup order lebih awal. Dah tak sanggup untuk menerima tempahan lagi. Percaya tak lagi 3 hari raya barulah aku stop membaking cookies. Mood raya pun ke laut selagi tenpahan tidak dapat disiapkan.

Esoknya barulah ada masa nak bershopping dan membeli barang apa yang patut. Rushing sangat-sangat tahun ni. Lepas tu nak bersiap kain baju untuk balik kampung lagi. Fuhhhh.....memang tak berehat langsung kami berdua. On the way balik Besut aku tidur bangun dalam kereta sampai 3 kali.....memang tak pernah macam tu. Berhenti di RnR kejap untuk tidur lagi tu...sian cik abe mengantuk juga. Alhamdulillah selamat sampai ke Besut 2 hari sebelum raya.



baju raya kami pada hari raya pertama. Kain saree dari India dan baju melayu dari Jakel...hehehehe.



keluarga cik abe. Tahun ini tema colour biru. Kesemuanya ada untuk tahun ini.



Gambar raya family aku di KL tanpa kami berdua...uhukkkk sedih. 


Baju raya kami di hari raya kedua...kurta cik abe dari India dan baju aku dari Jakel. Sibuk menghadiri rumah terbuka raya perantau di kampung cik abe anjuran ADUN Hulu Besut.


Baju raya kami raya ketiga. Baju kurta cik abe dari India dan baju aku dari Jakel. Masa ni dah bersiap nak balik ke KL. Syukur jalanraya lancar dan selamat tiba di KL pukul 7 malam. Singgah rumah my mum beraya sana pulak.



Raya kelima aku menjemput family beraya di rumah aku pulak untuk berkumpul semua adik-beradik. Walaupun tanpa baju raya....kami tetap meriah....hehehe.



Story India Kashmir trip dah pun masuk dalam majalah. Lepas raya baru kesempatan nak baca dan tengok. Happynya sebab banyak gambar dalam ni. 


meriah dengan gambar yang cantik-cantik. 



kiriman siapakah itu...hahahaha.


 foto ini yang paling mahal sekali. Tak sangka plak masuk juga hahahah.


Anda boleh dapatkan strory tersebut dalam majalah Hijab Fesyen keluaran bulan Julai. Masih ada di pasaran.




Ok cukup sudah citer pasal raya. Next entry sambung lagi citer pasal India trip plak. Aku akan pastikan kisah India trip habis sebelum next trip. Next trip ialah bulan September bersama-sama rombongan lagi. Ke manakah? Tungguuuuuuuuuu.


p/s - next week cuti-cuti mesia plak...sajer nak berehat.