Ads

March 31, 2009

Day 2 - Jakarta-Bandung Shopping Trip : Pasar Jatinegara


Destinasi seterusnya pada hari ke-2 ini ialah ke Pasar Jatinegara. First time ke tempat ini. Pasar Jatinegara terletak di bahagian Jakarta Timur. Kalau perjalanan dari hotel kami di Tanah Abang hanyalah 30 minit sahaja. Tapi ingat, itu pada hari minggu...tidak macet. Kalau hari biasa, kawasan ini memang macet sungguh. So, pandai-pandai lah merancang hari perjalanan anda.

Pasar Jatinegara adalah pasar grosir (borong) juga seperti Tanah Abang. Memang bangunan besar tetapi di dalamnya agak sempit dan panas. Kami sampai di awal pagi, so tidaklah terasa sangat kesesakannya. Tetapi bila kami nak balik keluar dari bangunan itu, aduhhh orang dah berpusu-pusu dan sesak.


gambar di ambil belah pagi....still ok tak berapa sesak
ni pulak dah tengahari...makin sesak dengan orang ramai
kedai-kedai di luar bangunan pasar jatinegara
kat luar pun ada jual wedding gift

Apa ada di Pasar Jatinegara?
Kalau anda nak mencari wedding gift...inilah tempatnya. Harga borong dan murah. Lebih murah daripada di Mangga Dua. Ada pelbagai jenis wedding gift dan pilihlah mana-mana yang ada suka. Ada barang yang anda kena order dulu...tu yang susah. Kalau takat nak beli bilangan yang sedikit...lupakan aje ya. Kedai ni jual borong tau.
Selain daripada wedding gift, ada juga dijual baju, kain ela, kain batik, kain lace dan macam-macam benda lain. Sempat berborak dengan seorang tanter Indon ni...dia kata orang Malaysia jarang berbelanja di sini. Dia kata harga kain di sini lebih kurang aje dengan harga kain di Tanah Abang. Terpulang pada kita camana nak bargain the price. Cuma keadaan toko agak sempit dan sesak aje. Panas tu jangan cakaplah. Macam mandi peluh. Fuhhhh!!!!


pelbgai jenis wedding gift


auntie sedang leka memilih yang berkenan di hati...

pilih jangan tak pilih...
borong brooch kat sini...murah gitu

baju batik pun ada dijual di sini
betapa sempit dan ramainya orang....
kain lace....cantik banget
Kat sini i sempat membeli kain batik cotton untuk dipakai dengan baju kurung dan batik silk pakai dengan blouse. My auntie memborong wedding gift untuk perkahwinan anaknya, Shafik. Nak menjelajah ke tempat lain macam tak larat aje sebab sesak dengan manusia. So, setakat 3 jam aje di sini ....tak tahan panas....kami sambung ke destinasi seterusnya.

March 30, 2009

Day 2 - Jakarta-Bandung Shopping Trip : Pasar Tebet


Hari kedua di Jakarta bermula jam 7.30 pagi. After breakfast, kami sempat lagi bergambar sana-sini. Kali ni semua dah berkumpul. Ramai tu 9 orang kesemuanya. Masing-masing muka tak cukup tidur gara-gara flight delay malam tadi. Takpa nanti balik KL boleh balas balik tidur-tidur yang tidak cukup. Bila dah namanya melancong, so terpaksalah korban sikit waktu tidur.

Hari ini kami sewa Kia Pregio dari Pak Sulis. Dah booking sejak dari KL lagi. Kesemua kos termasuk sopir, fuel, tol, parking ialah Rp700k. Pagi ni kami meneruskan perjalanan ke Pasar Tebet terletak di Jakarta Selatan. First time pergi ke tempat ini. Pasar Tebet memang tempatnya untuk menempah kad perkahwinan jenis hard cover. Murah tu dan cantek banget. Tak caya? Sila lihat gambar-gambar di bawah.


my mum tengah breakfast
with Shima
my auntie and family
shima, liz and alya
all of us...dah ready semua....
wahh...penuh satu pregio.....
ketua rombongan cik liz kena duduk depan sebelah pak sopir
on the way to Pasar Tebet
bajaj.....
kueh-mueh di Pasar Tebet
tengok tu...pelbagai jenis kad kahwin....lawa banget


cantik kan...very the creative


Ikut plan si Shafik my cousin memang nak menempah kad kahwin yang cantik-cantik belaka ni. Akan tetapi selepas dihitung campur tolak dengan kos penghantaran ke M'sia...waduhhh udah mahal gitu. Kalau 1000 keping kad seberat 30++ kg tu.....udah berapa pulak cost penghantarannya. Akhirnya dia tak jadi nak tempah. Memang cantik kad-kad di sini and murah pulak tu. It cost around RM1-RM5 mengikut saiz kad. Jenis hard cover tu...

Hotel N1, Jakarta Pusat


Ini dia hotel yang kami stay kat Jakarta Pusat. Namanya Hotel N1. Alamat di Jalan KS. Tubun No.3. Only 5-10 minutes walking distance to Tanah Abang (shopping area). The nearest hotel. Hotel baru ni. Memang selesa dan berbaloilah takat balik hotel untuk tidur malam aje. Highly recommended.

Harganya Rp250k (RM80) per night. Boleh booking terus melalui nombor yang tertera pada gambar di atas 0062 21 53653908. Kalau nak booking terus melalui Pak Erwan pun boleh.


pandangan sisi...

eh...bila masa lah i masuk dalam tempayan ni....
bahagian kaunter
lobby area
cafe....breakfast here
simple menu for breakfast... bread, fried rice and fried mee
coffee and tea

the room...


March 29, 2009

Day 1 - Jakarta-Bandung Shopping Trip


Jakarta...here i come. This is my third time to Jakarta. Tak pernah puas gi Jakarta. Jakarta will be my annual destination. Jadual penuh dan padat dengan bershopping. Bawa berjuta-juta rupiah pun tak pernah cukup. Ada aje benda nak beli dan borong. Belanja buk...belanja!!!!

Our flight by AirAsia at 6.50pm and delayed about 20 minutes. LCCT bahagian balai berlepas antarabangsa dah cantik sekarang dan lebih besar daripada yang lama. Baru aje 3 hari menggunakan tempat baru ni. Kedai-kedai pun dah banyak. Banyak choice lah nak lepak dan minum-minum. Tempat menunggu dah besar, banyak kerusi dan selesa sangat.



balai berlepas antarabangsa
free duty shop


Kami pergi berempat iaitu Alya, Kasma and Shima. After 2 hours pulak, my mum and my auntie sefamily menyusul kemudian. Flight kami berlainan kerana masa booking berbeza dan tidak dapat harga yang kami dapat. Kesian betul...their flight delay about 3 and half hours. Panik jap. Yelah tak dapat nak contact depa. Minta tolong Azuan call kat Jakarta airport but nobody pick up the phone. Airport ni pun satu hal....tak mesra pelanggan langsung. Macam hampeh kan AirAsia ni. Mentang-mentanglah harga murah tapi janganlah menyiksa penumpang delay sampai 3 jam lebih. My auntie and family first time datang Jakarta...suatu mimpi ngeri bagi mereka.
Kami check-in kat Hotel N1, Jalan Petamburan area....memang dekat dengan Tanah Abang...tempat syurga membeli-belah. About 5-10 minutes walking distance. Kalau tengok persekitaran hotel ada banyak perumahan setinggan memang macam horror but hotel tu memang selesa dan cantik. Baru aje beroperasi 3 bulan yang lepas. The nearest hotel to Tanah Abang.

Shima and Kasma

Kasma, Alya and Shima
Kami sampai di Jakarta Airport ada pak sopir yang menunggu. Kami dah booking sejak dari KL lagi. Nama sopirnya Pak Erwan. Very good person, peramah, suka menolong, kepala gila2 dan sikit lebih kurang aje. Dia charge kami hanya Rp150K dari airport ke Hotel N1 naik kereta Avanza.
Lain kali kalau nak datang Jakarta lagi, i will definitely contact him. Kalau ada sesapa nak gunakan perkhidmatan Pak Erwan, ini contact number dia +6281513914533. Di samping itu dia juga boleh tolong bookingkan Hotel N1. Gambar-gambar hotel akan dipaparkan kemudian.

Pak Erwan yang peramah dan baik