Ads

January 31, 2011

Tolong.... Mood Hilang

Mood aku sejak akhir-akhir ni serba tak kena. Tolong Ya Allah kembalikan semula mood aku untuk berblogging. Aku betul-betul down habis dan mood tak ada. Kadang-kadang sedih ada....happy ada....murung ada....moody ada...jiwang pun ada oppss!!!.

Banyak masa aku habiskan untuk tidur dan tidur. Tidur adalah yang terbaik untuk mencaskan semula unsur-unsur negatif dalam badanku ini. Bila dah cukup tidur....nak bukak laptop pun malas. Apalagi nak upload gambar. Entry my Surabaya Trip belum sentuh apa lagi....banyak benda aku nak wat story. Semoga aku terus segar bugar di alam semesta ini.

Minta maaf yea teman-teman..... aku akan update pelan-pelan.


January 24, 2011

Me & Afgan @ Surabaya

I'm back!!!
Sudah sangat rindu dengan kamu semua. Balik dari bercuti di Surabaya dengan hati yang senang dan girang. Kenapa tetiba kan???
Sebabnya aku telah berjumpa dengan bf pujaanku...opppssss silap ya tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya aku telah berjumpa dengan seorang artis pujaanku dari Indonesia iaitu AFGAN yg popular dengan lagu Terima Kasih Cinta...my favourite song hokay.

Nak dijadikan cerita..malam terakhir aku di Surabaya aku pi jalan-jalan bershopping di Tunjungan Plaza. Tetiba nampak ada artis buat show di tengah ruang legar. Ramainya orang ketika itu. Nampak samar-samar ajer....oooohhhh Afgan wat show. Malas nak berebut aku wat dont know ajer. Tak kuasa ahkak.

Then, balik hotel around 10pm malam tu. Just lepak di ruang lobby sambil mengadap komputer yg disediakan di situ. Dalam pada aku sibuk mengadap pc....rupa-rupanya Afgan masuk hotel tersebut dengan diekori oleh beberapa peminat. Wahhhh....aku excited giler masa tu. Heheheh....sapa tak excited artis top Indon depan mata kita.

Dan hasilnya..............tadaaaaaaaaaaaa...sila lihat pic di bawah. Siap ngobrol sama Afgan tau...jangan mare hokay. Kau hadohh???




encem banget weii...... i like !!!



gitulah kannn....ada yg makan hati aku diapit oleh Afgan.....opssss sapa yg apit sapa???...hahahahah



siap ngobrol lagi tu.......gue cair beb dengan jelingan mu Afgan....hmmmm tak sedar diri betul..muahahahaha



oppssss.....tak rela digosssippppp.......hahaha





p/s - actually byk lagi pic afgan ni....cukuplah 4 keping utk tatapan anda yea... hehehehe





January 20, 2011

I'm Away Again ~~~~



Sorry semua...tiada kesempatan lagi untuk update blog ini. Aku terlalu sibuk dengan tugasan kerja. Sejak balik dari sessi brainstrorming di Bukit Tinggi Pahang badan aku letih sangat tak larat. Mood nak berblogging pun kurang sikit. Mata ni asik mengantuk ajer. Kenapa yea agaknya?

And again I'm away. Cuti-cuti kejap ke negara jiran. Will be back next week. Bercuti untuk rehatkan minda, rehatkan jiwa, rehatkan badan dan rehatkan segala-galanya. Semoga aku balik nanti memberi satu sinar baru dalam hidupku. Doakan kebahagiaan aku yea.



p/s - Gonna miss u my dear babe. 3 days i takda jangan notty okay!!!

January 16, 2011

is Away .....

Sorry guysss....i'll be away for 3 days starting Sunday till Tuesday.
Tak pi makan angin pun...pergi bekerja sambil melempas otak di Pahang. So, dalam masa 3 hari tu tak sempat nak update blog lah.
Sorry yea...muahhhhhh!!!!

January 14, 2011

Shopping @ KL

Cerita tentang shopping ni dah lama...masa malam perlawanan akhir bolasepak Piala Suzuki Malaysia-Indonesia kat stadium bukit jalil tahun lepas. Lupa plak nak wat pasal entry ni. Siang tu aku dengan my 2 sis in law telah bershopping sakan ke Lot 10, Sg Wang Plaza, Bukit Bintang Plaza dan yg baru dibuka Fahrenheitt 88. Masa ni tengah Year End Sale.....sakan bershopping beb. Kebetulan dah lama aku tak ke area sini......panjang langkah aku dan melilau mata ku.

Akhirnya aku terbeli boot yg sangat aku idamkan. Snow cap yg sangat aku tunggukan dan juga beli baju kerja sikit. Tengok baju sejuk kat Uniqlo aku jadi teruja cantik-cantik belaka tapi sayangnya saiz fesyen Jepun ni kecil-kecil belaka...uwaaaaa frustnya. I'm going somewhere very soon..... where to? Tunggu yeaaaa.

Just imagine kami bertiga beronda to this area from 2.30pm till 9.30pm baru sampai rumah. Tengok bola malam tu pun sempat few minutes ajer. Hehehhe...gitulah orang pompuan bershopping. Masa tengah shopping tu sempat lagi pi mamam kat Johhnny's Restaurant. Tak makan steamboat pun. Aku dan Nor belasah 2 mangkuk dessert yg sedap itiewww...lupa plak namanya. Yang dalamnya ada mix fruits tu. Ohhhh...nak dtg lagi.



aku dan Nor makan nasi goreng udang + sambal belacan....sedapppp!!
Lya plak makan meehoon tomyam....sedap juga katanya

dessert ni lah yg sedap tu...murah jer semangkuk RM2.90. Aku dan Nor makan sampai 2 mangkuk seorang...hehehehehe.


Kami bertiga yg sakan bershopping sampai tak ingat duniaa..
Tu ajer ceritanyaa.....lalalalalala!!!

January 13, 2011

Love All Of You ~~~ My Blog Readers








I LOVE BLOGGING ~~~
This is a special tribute to my blog readers.

Everyday kalau boleh aku akan pastikan i have something to write down here. Walaupun masa tu aku busy....walaupun masa tu aku penat....walaupun masa tu aku mengantuk...walaupun masa tu dah lewat malam dan juga walaupun masa tu aku takda mood nak berblogging.....aku gagahkan diri juga pastikan mesti luangkan masa kejap untuk update blog ini. Kalau weekend memang aku jarang sekali update coz aku tau kebanyakan blog readers semua pun busy dengan aktiviti hujung minggu. Takda masa nak baca...betul tak? Kalau time kerja...boleh curi masa bukak blog kat opis...kannnn!!!! :) hehehe.

Aku tak nak nanti pembaca blog aku susah payah bukak blog aku...tapi nan ado!! So, seboleh mungkin aku mesti nak update walaupun hanya coretan ringkas...asalkan update !!! Kenapa aku buat semua ini? Sebab nak kejar duit buat iklan???.....No!! its not the answer. Iklan tu semua sampingan ajer sajer suka-suka. Jawapannya ialah...sebab aku sayang anda semua pembaca blog ini. Anda semualah pemberi semangat untuk aku terus berblogging di dunia maya ini. Segala pujian, segala teguran, segala ucapan dan segala comment yg anda hantar kepada empunya blog ini....amat-amatlah aku hargai dan sangat berterima kasih. Tak tau nak balas camana. Ada yg hantar message kat shoutbox, ada yang hantar message kat email, ada yg hantar message melalui sms dan tidak lupa yg paling ramai hantar message ke Facebook. Terima kasih banyak-banyak semua. Terharu plak rasanya. Rasa mcm dah kenal lama dan rasa nak kenal dengan anda semua dengan lebih dekat lagi. You're welcome!!! Tidak lupa juga ada yg nak berkenalan lebih rapat lg dengan aku... baik perempuan mahupun lelaki. Yang lelaki plak ada jugak yang nak tackle. Heheheh...kadang-kadang nak gelak pun ada. Rasa macam artis pulak kan. Cehh!!!

Kalau korang nak tegur aku...jangan segan-segan tau atau terjumpa aku kat mana-mana jgn segan menegur....aku sangat hargai. Dan kalau ada yg rasa nak date dgn aku borak-borak pasal travelling...hehehe....boleh ajer tapi kena buat appointment dulu. Bila dah kenal ramai kawan-kawan kat dunia maya ni macam nak buat satu gathering khas untuk pembaca blog aku ini. Insya Alah one fine day kalau ada rezeki nanti. Travelling Blog Gathering!!






LUV ALL OF U...MUAHHHHHH!!!!



p/s - Aku tidak mengejar glamour tetapi aku mengejar kebahagian dalam hidup.




January 12, 2011

Tuanku Raja Nazrin Shah @ My Office


Hari ini dalam sejarah pabila seorang anak raja hadir ke office ku di Bangi.
Keberangkatan Menjunjung Kasih Tuanku Raja Nazrin Shah mencemar duli ke offlice kami. Kami dikehendaki hadir ke bahagian foyer untuk menyambut ketibaan tuanku. Pertama kali aku melihat dengan mata kepalaku sendiri seorang anak raja yang sangat kukagumi dan berjiwa rakyat ini. Perrghhhh so charming dan aku terpaku seketika. Dap dup dap dup rasanya jantungku ketika itu. Hahahah...over plak kan.

Ketika ini aku tak bawak camera pun....belasah handphone camera ajer. Pastu terselit gambar-gambar aku di bawah plak ni aku cilok from my officemate's photos. Yang pic tuanku turun dari kereta tu aku yg snap sendiri pakai handphone.

Yang frust sangat nak citer ni. Lepas lebih kurang 2 jam tuanku di dalam bangunan pejabat kami...tibalah masanya untuk tuanku pulang. So, kami sekali lagi kena turun bawah untuk melambai-lambai kepulangan tuanku. Masa ni aku malas nak turun sebab ada benda nak buat kat ofis. Ghopa-ghopanya dorang citer tuanku siap bersalam dengan seorang demi seorang yg menunggu tuanku pulang masa tu. Frustnyaaaaa aku...takda rezeki nak berposing dengan tuanku. Tulah padan muka...sapa suh taknak turun..hehehehe.

Ampun tuanku....patik sungguh berbangga dengan kehadiran tuanku ke pejabat kami di Bangi ini. ~~~~Terima kasih ~~~~



sedang menunggu.....dgn penuh kesabaran

sempat lagi tu posing ramai-ramai..


dah beratur panjang di bahagian bawah...


tuanku dah sampai...nampak tak yg dok melambai tu..


aku nampak tuanku di ketika ini...sangat jelas..



p/s - sedang berpikir....lepas ni anak raja mana plak nak datang yea... hehehe




January 11, 2011

Bila Ku Tersenyum ......

Tahun ini kat blog tak nak citer yang sedih-sedih lagi. Nak citer yang gembira ajer. Kalau sedih pun...tak nak luahkan di sini. Pendam dalam hati ajer lah. Aku just nak citer yg berbunga-bunga ajer. Bila kita gembira, hati pun lapang, fikiran pun tenang dan jiwa jadi tenteram.

Aku akan tersenyum bila....
1) dapat gi melancong. Ohhh...indahnyaaa!!! Lebih-lebih lagi melancong ke obersea.
2) dapat panggilan telefon/sms dari orang yg kita sayang. Tak kisah lah sesapa pun.
3) ternampak orang yg aku suka. Ini citer dulu lah. Skrang ni aku takda suka sesapa pun.
4) tetiba bulan tu cash terlebih....hehehe boleh shopping baju...
5) ada yg layan blog aku ni setiap hari.....thank you guyss. Aku akan cuba update blog sekerap mungkin.
6) ada yg puji blog aku....terima kasih semua. Blog aku ni biasa-biasa ajer. Anda semua adalah pembawa semangat utk ku terus berblogging
7) bos appreciate kerja yang aku buat. Syukur bila kerja kita dihargai.
8) tetiba ada yg puji...puji baju ke...puji kasut ke...puji tudung ke...puji mata ke...puji apa sajer lah. mekasihh!!!
9) mendapat hasil kerja photography yang tidak disangka-sangka. Padahal main belasah aje.
10) melihat telatah anak buahku yg mencuit hati. I love them.


Entry ni dibuat sajer tidak memasukkan gambar. Asik gambar ajer mesti boring kan. So, sessi kita berceloteh plak yea....

p/s - tolongggg...aku dah tak sabar keluar dari kepungan ini. Cepatlah aku nak kuar cepat.

January 10, 2011

BBQ & Birthday Celebration with Family




Minggu lepas punya acara....BBQ bersama family dan juga sambutan besday for my 2 sis in law Nor and Azam. Happy Birthday to both of you!!

Asik makan kat luar ajerkan...apa kata kita wat makan-makan kat rumah pulak. So, lepas berpakat dgn adikku Izam dan my mum...kami mengambil keputusan wat BBQ ini di rumah bersama semua ahli keluarga. Alhamdulillah semua ada. Aku telah ditugaskan untuk membuatkan moist choc cake for besday girl dan juga buat dessert. Satu lagi utk memenuhi permintaan anak buah ku Danish yg suka sgt makan kek aku tu.....hari-hari duk tanya bila kek nak siap..hahahaha.

Segala persiapan utk makanan for BBQ mama ku yg siapkan. Aku tolong sikit-sikit. Makanan utk BBQ yg kami sediakan...perghhhhh memang pilihan kami anak-beranak...lamb, ayam, daging, ikan pari and ikan kembung....memang terangkat. Makanan lain pulak mamaku masak udang galah masak pedas dan coleslaw. Sedapppp!!!!


ni ayam BBQ yg belum dimasak

daging BBQ


lamb BBQ...paling sedapppp


ikan pari dan kembung


air pun sempat snap..huhuhu


segala jenis sos BBQ



Kami adik-beradik membakar makanan-makanan tersebut belah petang sebelum magrib lagi. Then, after solat maghrib barulah bermula acara potong kek dan makan-makan. Rumah aku sangat bingit dengan pekikan suara anak buahku yg 4 orang itiewww.

Acara makan-makan kami diadakan di garage kereta...so selesalah sikit bila kumpul semua kami anak-beranak. Nak makan kat dalam rumah tak muat satu meja. So, kami bentang meja panjang sikit dan kumpul semua di sini. Seronok kan sesekali berkumpul macam ni dan wat acara makan-makan. Hmmmm...tak habis-habis...asikkk citer pasal makan ajer kannn. Sesapa yg boring nak baca pasal makanan...hmmm ada mak kisah??? gitulahhhhh!!!


lamb ini sgt mantoppp


dah juga ayam ini...


selit jap... anak dan bapak yg mukanya sama....


adik-adik lelaki aku sdg sibuk memanggang......


budak ini..... sudah semakin lasak....


budak ini pulak......semakin hensem tapi kuat nangiss..hahaha


kelasakan dia.....sibuk nak kuarkan diri dari stroller itieww...


inilah rupa lamb yg sudah dimasak.....cedapppp


ayam yg cedap jugerr


daging lembu ini untuk mereka-mereka yg tidak makan lamb...rugi tau sesapa yg tak suka lamb..huhuhu




ikan pun ada.... di cicah dengan air asam yg pedas dan pekat....terbaik resipi mamaku






coleslaw yg sedapppp....


udang galah ni sedapp sangattt!!!






After maghrib kami berkumpul semua utk acara memotong kek pula. Kebetulan pulak memang utk celebrate besday Nor and Azam....besday dorang pada tarikh yg sama....heheheh...senang buat sekali. Yang kelakarnya....ni besday emaknya tapi yg sangat excited ialah anak-anaknya. Budak-budak kannn...suka sangat potong kek dan nanyi lagu happy besday. Padahal bukan besday depa pun. Aku gelak jer tengok telatah anak buah aku yg 2 orang tu. Yang kecik 2 orang lagi tu....apa yg depa tau. Hahahaha.

Lepas tiup lilin....tak sabar nak makan kek pulak...gitulah telatah anak buah aku yg selalu membuatkan aku tertawa. Then, kami semua makan dengan penuh lazatnya. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan thanks juga to my bro Izam yg sponsor semua makanan-makanan tadi. Alhamdulillah murah rezeki dia sejak jadi taukeh tepung ni. Teringat pulak pada arwah papa yg tidak ada bersama-sama kami semua anak-beranak. Walaupun arwah tiada tetapi rohnya sentiasa bersama-sama kami. Sangat sedih dan terkilan bila arwah papa tidak ada bersama-sama melihat kejayaan kami semua adik-beradik dan juga tidak sempat melihat cucu-cucunya yang 4 orang ini. Alahai tetiba jadi sebak plak aku ni.


para ibu sibuk memasang lilin...tengoklah anak-anaknya tak sabar-sabar menanti nak tiup lilin.




amboih banyaknya lilin...... sapalah yg buat kek ni yea???




excited meniup lilin......anak-anak juga yg duk tengah..hehehe


tengoklah telatah anak buah yg baju biru tu.... "yeahhhhh nak makan kek olet along".... heheheh along pun kembang kempis jadinya...




harijadi emaknya tapi anaknya tetap yg paling excited duk tengah....


ala comelnyaaaa.....


ni family my bro izam...... for azam's besday


ini baru besday girl yg betul....nor and azam


ni family bro izuan.... for nor's birthday




yang bapak-bapak pun sakan bergambar.....sorry gambar aku takda dalam entry ni sebab aku telah dilantik menjadi tukang amik gambar yg tak bergaji....siankannn!!!!


lepas potong kek.....tengoklah anak buah aku tu...dah tak sabar nak makan kek yg aku buat ni....sejak semalam dok tanya bila kek nak masak...aduhai anak buah ku...


masa kami berkemas ....budak-budak kami letakkan dalam benda ni....hmmmm baru senyap sikit......... suka plak depa duk dalam kandang ni... tengoklah si kecik baju merah tu..








Sekian cerita tentang acara makan-makan bersama family ku. Di tokok tambah dengan celoteh tentang telatah anak buah ku itieww. Alhamdulillah dan bersyukur dengan kebahagiaan kami sekeluarga. I luv my family sooooo much!!!