Ads

July 30, 2015

Our 1st Day Hari Raya @ KL

Salam semua.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah berlalu sudah sambutan Hari Raya bersama family tersayang. Tahun ini kami sambut raya di KL terlebih dahulu. Tema colour baju kami ialah dusty pink. Pada mulanya masa aku cadangkan colour ni pada En Bos...dia macam tak suka sebab colour pink macam perempuan. Aku explain kat dia.....tak nampak sangat pinknya. Tunggu aku tunjukkan kat dia. Wahhh...tersenyum lebar dia sebab dia memang suka dengan colour ni. Tapi masalah yang kami alami ialah nak mencari baju melayu ikut colour baju aku. Aku beli baju dulu...then nanti dah nak raya baru nak cari baju melayu yg dah siap jahit. Satu bangunan Wisma Yakin dari hujung ke hujung kami mencari....sedihnya byk saiz dah habis. Kalau ada saiz....colour plak tak matching. Last choice kami cari kat Jakel ajer....alhamdulillah betul2 tinggal sepasang ajer saiz yang ada. Colournya plak sebijik dengan baju aku. Fuhhhh...lega.

Belajar dari pengalaman...jangan cari baju melayu last minute dah nak raya kalau dah tau colour yang nak dicari tu sangat rare. Hahaha.....tau takpa.

Jom tengok pic raya kami....dari hp camera ajer. Nanti next entry aku tunjuk pic dari dslr camera plak. 


 selfie kami di pagi raya


 Dusty pink pilihan kami di hari raya pertama


 my beloved family. Semua adik-beradik berkumpul di pagi raya. Alhamdulillah.


 free style. Bukan mudah nak kumpulkan budak2 kecik di masa yg sama. Ada yg merengek...ada yg moody...ada yg berlari ke sana sini. Fuhhhh.......


 with my beloved mum


 si cowok


si cewek


 my siblings......


Ok serba sedikit gambar di pagi raya pertama. Nantilah aku sambung lagi. Nak cepat ni. Esok kami sekeluarga akan beraya di luar negara plak. Ke manakah??? Tunggu aku update di FB dan IG.


p/s - counting months.....our next trip.





July 10, 2015

Day 2 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan.
Sekejap jer masa berlalu...minggu depan dah nak raya. Tapi aku masih sibuk dgn cookies yang belum disiapkan. Fuhhh....masa begitu pendek bagiku utk siapkan semua. Pulak tu ada juga yg last minute baru nak order. Aduhai minta maaf byk2 lah. Bukan taknak amik...tapi aku yg tak tau boleh buat ke tak. Susah nak layan kalau last minute baru nak order. Kalau yg nak order coconut cookies masih ada lagi....sbb stock mmg banyak. Lepas raya nak order pun boleh. Tapi cookies lain...minta maaf byk2.


terjamin rasanya sedap dan rangup



Ok nak sambung cerita pasal birthday En Bos. Esok paginya kami bersedia untuk breakfast di bawah hotel. Jujur cakap..memang sedap makanan di sini. Sebelum ni aku ada baca review kat Agoda....yes ramai kata sedap. Walaupun tak byk choice mcm 5 start hotel....but then more than enough. Balik bilik kami melepak lagi...malas nak keluar. Memang betul2 fully used bilik kami ni...tak rugi bayar hahaha.

Jam 12 tengahari kami bergerak balik. Nak singgah bandar Melaka jap untuk beli ole-ole Melaka. Kami singgah di area Padang Pahlawan...kat sana byk jual mcm2 ole2. Lupa plak apa nama tempat ni. Kat sini juga ada kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan istimewa negeri Melaka. Tapi kami tak singgah makan pun sebab masih kekenyangan masa breakfast tadi.








 singgah beli belacan Melaka. I likeee....sbb sedap berbanding belacan lain.








 ole-ole belacan dan gula melaka utk bagi my mum dan ibu mertua.


Lepas membeli kami terus balik. Rasanya mcm tak sesuai nak keluar highway PLUS ikut Ayer Keroh. Sure jem teruk sbb hari ni ialah cuti Hari Buroh. Katanya kat highway jem teruk. So kami decided untuk lalu jalan kampung melalui Klebang dan terus ke Alor Gajah....maknanya exit Alor Gajah.
Jalan memang smooth giler dan tak jem langsung. Sempat singgah beli air coconut shake yg terletak di area jalan kampung...sedap giler.

Then baru kami sampai di bandar Alor Gajah. Masa ni perut terasa lapar. Jomlah kita makan cucur udang di Food Court Alor Gajah yg dikatakan sedap tu. Org punya ramai uolsss.
Tapi rasanya biasa2 ajer...ada lagi tempt yang sedap. Lepas makan...mata mengantuk plak. Then kami proceed ke Highway Plus melalui Alor Gajah. 

Sebaik sampai di highway.........fuhhhhhhhhh jem macam cuti nak balik kampung raya. Tapi belah kami yang menghala ke KL okay ajer tak jem. Tapi menghala ke selatan.....melekat uolssss. Aku hanya mampu melambai ratu kat kereta2 sebelah hehehe.



cucur udang alor gajah yg katanya sedap....hmmm...rasanya aku buat lagi sedap kottt.


lambaian ratu kat lane sebelah...hahaha


Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai KL. Eventhough only short trip...tapi aku rasa puas dapat meraikan birthday En Bos. Hope you like it.

Okay entry ini stop seketika untuk memberi laluan kepada cuti Raya. Nanti lepas raya aku sambung lagi InsyaAllah. 
Kepada yg balik kg utk berhari raya tu...berhati2 memandu dan ingat yg tersayang.
InsyaAllah aku akan beraya di KL dulu...lagipun En Bos on night shift duty dari raya pertama hingga raya ketiga. So, raya keempat barulah kami pulang ke kampung En Bos hingga hari Khamis. Jumaat aku dah start bekerja semula.

Di kesempatan ini kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini. Jika saya ada terkasar bahasa harap dimaafkan. Kepada blog readers yang ada membeli cookies raya yang saya jual ni...saya mengucapkan byk2 terima kasih di atas sokongan terhadap business kami ini. Appreciate it so much and tanpa anda semua mungkin saya dah lama pencen jadi blogger. Tapi alhamdulillah saya masih mampu meneruskannya.






p/s - counting months for next trip.



July 1, 2015

Day 1 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah kita masih bertemu lagi di dalam bulan yang mulia ini. Perbanyakkan ibadah dan sempurnakan rukun Islam ketiga ini. Minta maaf jika aku dah lama tak update blog. Banyak reason sebenarnya. Salah satunya ialah kesibukan aku dengan cookies raya....ini kes sebelum puasa lagi. Dan lagi satu aku baru jer lepas menjalani operation seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah sekarang dah baik dan boleh tumpukan perhatian pada ibadah puasa dan membaking cookies raya. Tempahan cookies tahun ini amatlah diluar jangkaan. Lebih daripada target kami. Syukur dengan rezeki ini.

Ok entry kali ni aku nak share berkenaan dengan our trip to Melaka sempena menyambut hari kelahiran En Bos.....lama dah iaitu akhir bulan April yang lepas. Tak pergi oversea pun. Cuti2 Mesia ajer. Kami berdua ni memang suka gi Melaka....sebab banyak tempat makan best2 di sini. Jom tengok kami meronda ke mana.



senyap2 amik gambar orang sebelah pastu post ke FB and wish him happy birthday...hehehe


Dah sampai Melaka...kami singgah ke Klebang dulu nak makan cendul durian. Kedai ni betul2 dpn pantai kelebang. Sajer tak nak makan heavy sebab nak makan special malam nanti.

Pastu order goreng pisang cheese...hmmm tak sedap sgt. Buat sendiri lagi sedap.


Then terus check-in di hotel ini. Namanya Hotel Swan Garden. Hotel ni 3 star rasanya. Tapi dalam biliknya macam 5 star uolss. Rate yg kami dapat RM180 satu malam. 


Bila dah masuk bilik...memang malas nak kuar.




Sebelum kami chck-in hotel...singgah sebentar beli coconut shake di Klebang. Tapau bawak balik bilik. Lepak tidur dulu dalam bilik. Petang sikit baru kami keluar.


Aku jarang berjalan kaki di sini bila dah sampai ke Melaka. Tapi kali ini kami sajer nak berjalan kaki ambil angin petang. Tak sangka cantik juga sg melaka ni.....memang telah dihias cantik utk tarikan pelancong.


Masa kami datang ni ialah hari Khamis...sebab esoknya ialah Hari Buroh. So, pelancong tempatan tak berapa ramai...yang ramai pelancong overseas. So...aku pun konon2nya mcm pelancong oversea lah tu.



Memang tujuan utama kami ialah untuk makan di sini dan lepak sambil menikmati muzik di sini.


Orang tak da pun waktu ni. Best sangat...umpama tempat ini kami yg punya. Order makan sambil menyuap makanan ke mulut besday boy...amboi sukanya dia hehehe.

Happy Birthday husband...semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih menjadi teman hidup saya.


my feveret food di HRC. Sedap sangat.


Husband order food ini.....kekenyangan nak habiskan.


kami lepak di sini sampai malam sambil menikmati muzik sentimental dari 3 orang penyanyi ini. Sedap giler suara dorang dan memang mengasyikkan. Makin lama makin ramai orang. Jam 11.30 malam barulah kami beredar dari sini. Semoga husband terhibur dan suka dgn birthday treat dari isterinya. 

Balik terus kami menuju ke hotel. Mata dah ngantuk. Tunggu esok pulak apa aktiviti kami. Sambung lagi next entry. Insya Allah.


p/s - Syukur dengan rezeki Allah di bulan Ramadhan.