Ads

August 30, 2009

Buka Puasa @ Restoran Asam Pedas Linda Onn



CROCS Raya Promotion. Latest order on 8th Sept 09. Click here

_________________________________________________





Selamat Berbuka Puasa. We had fun berbuka bersama di Restoran Asam Pedas Linda Onn di sebelah tesco Ampang. Buffet seorang ialah RM38 nett.

Last Saturday berbuka dengan my dearest friends yang amat rapat denganku iaitu Wirda, Azuan dan Kamarul. Kami ni sebenarnya dah lama tak get together sejak beberapa tahun ni. Kalau jumpa pun mesti tak lengkap semua ada. Al-maklum masing-masing sibuk dengan pelbagai hal. Sorang kat Jakarta...sorang dengan hal keluarga dan sorang sibuk dengan kerjaya. So, bilalah nak berjumpa macam ni. So, dengan keberkatan bulan Ramadhan ini kali berjumpa berbuka bersama setelah sekian lama tidak bersua.

Kami berempat ni memang very close each other sejak zaman belajar di UiTM lagi. Hari tu masa makan Satay Kajang, si Kamarul tak dapat joint. Thanks everyone for your time. Kalau jumpa depa ni kalau tak ketawa terbahak-bahak...mesti gelak guling-guling punya. Si Wirda hampir nak tersembur air. Si Kamarul buat lawak tak habis-habis membuli i dengan Crocs. Si Azuan plak....pun sama membuli juga. Bak kata...setiap perbualaan kami mesti diselangi dengan gelak ketawa. All of us same age and mesti tak percaya kalau tahu berapa umur kami. Apa rahsianya??? Kena selalu ketawa tetapi jangan nak kontrol-kontrol. Itulah rahsianya.



dengan mek Wirda...teman baikku di Uitm....
ni pun... teman baikku.....Kamarul dan Azuan....

promote bagus punya.....mengada tau nak tunjuk katalog Crocs tu....

juadah pencuci mulut



Makanan di sini personally i cakap...biasa aje. Rasa macam tak berbaloi dengan harga RM38 seorang. Ada lebih kurang 50 jenis juadah. Rasanya lagi berbaloi if u all makan ala carte kat sini. Dah lah berebut-rebut masa nak ambil makanan. Pulak tu...belum sempat nak ambil makanan...ada yang dah habis. Dengan muka selamba i minta dorang tambahkan nasi goreng yang dah habis. Orang lain tak minta...tapi i peduli apa minta aje. Yelah you pay for RM38 but belum sempat u amik makanan...dah habis pulak. Harus aku komplen kat sini. Jangan tak tahu....ada 2 orang blogger kat situ. Silap sikit memanglah kena komplen.

Pastu namanya Restoran Asam Pedas tetapi kenapa ya i tak nampak plak lauk asam pedas tu. Atau i yang tak perasan. Hehehe. I suka makan rojak petis kat sini...sedap dan memang pedas. Satu lagi nak komplen. Lahai kenapalah kueh-mueh dia tak mengancam langsung. Ada ke kueh lapis belang putih dan merah tu rasa masin. Adakah kerana gula susah nak jumpa...korang letak garam plak. Serius memang masin giler. Apakejadahnya kueh masin. Buat spoil aje. Sib baik masa tu dah kenyang.

ada ikan bakar

lauk-pauk
jom makan....
dengan mataku yang baru....tapi nampak galak sangatlah.....ishhh tak suka sebenarnya
Mek wirda...ceria dalam duka....sabar yea mek!!!!
kawan ku sorang ni......dia kata kenapa dalam gambar dia nampak gemuk....hang ingat hang kurus ke beb???
taulah selalu gi gym......nak tunjuk otot ler tu..... pak azuan


Lupa nak citer. Masa kami sibuk duk makan dan berborak tu. ternampak Linda Onn pun berbuka sama di restorannya. Hmm... kurus aje dia ni. Ramai gak yg bergambar dengan dia. Hmmm....i dengan selamba panggil dia ambil gambar bersama. Oklah tak sombong. Cuma dia ni kita kena tegur dia...barulah dia nak cakap dengan kita. Anyway, to Linda Onn....thanks yea sudi bergambar dengan kami. Siap kena perli dengan Linda Onn....meja kami yang paling kecoh...muahaha.

Lepas dah makan-makan. Kami bergerak lagi ke luar restoran. Berborak-borak lagi sampai pukul 11 malam. Pastu Wirda's friend datang joint kami sekali. Hmmm...tambah gamatlah. Sessi berkenalan dengan teman Wirda dan soal jawab tentang karier masing-masing. I am really proud with you guys. Masing-masing berjaya dengan karier masing-masing yang sangat bagus. You guys jangan lupa...our next perjumpaan on Hari Raya open house and our trip to Pulau Redang or Perhentian next year.

Love all of you!!!! Muahhhhhh.................

melepak kat luar restoran....from left Kamarul, Azuan, Wirda and Zawawi




August 28, 2009

CROCS Hari Raya Promotion - Latest Order on 8th September 2009






YUKON

PRICE : RM120
COLOUR : BROWN/BROWN
SIZE : 7 , 8 , 9





PRICE : RM120
COLOUR : BLACK/BLACK
SIZE : 7 , 8 , 9





CROCBAND

PRICE : RM100
COLOUR : BLACK
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8 , 9



PRICE : RM100
COLOUR : NAVY
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8 , 9





TIDELINE

PRICE : RM145
COLOUR : CHOCOLATE
SIZE : 7 , 8 , 9 , 10





PRICE : RM145
COLOUR : KHAKIS
SIZE : 7 , 8 , 9 , 10




PRICE : RM145
COLOUR : PEARL WHITE
SIZE : 7 , 8 , 9 , 10





CYPRUS

PRICE : RM155
COLOUR : BROWN
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8





PRICE : RM155
COLOUR : RED
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8




OLIVIA

PRICE : RM80
COLOUR : BROWN
SIZE : 7 , 8





MALINDI LEOPARD

PRICE : RM80
COLOUR : GOLD
SIZE : 6 , 7 , 8





PRICE : RM80
COLOUR : COTTON CANDY
SIZE : 6 , 7 , 8



MALINDI

PRICE : RM75
COLOUR : TURQOISE
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8




PRICE : RM75
COLOUR : BROWN
SIZE : 6 , 7 , 8




PRICE : RM75
COLOUR : PURPLE
SIZE : 5 , 6 , 7 , 8









JIBBITZ

PRICE : RM5
DESIGN : CROCS, DISNEY , DIAMOND AND FLOWER









INTERESTED????

PLEASE MAKE YOUR ORDER ASAP AS OUR STOCKS ARE LIMITED!!!!

PAYMENT METHOD: 50% UPON RESERVATION (LATEST ORDER ON TUESDAY 8TH SEPTEMBER 2009) AND 50% UPON RECEIVE YOUR CROCS ON 10TH SEPTEMBER 2009)

SO HURRY!!!!!!

CONTACT : 013-3305023 (LEEZ)

August 27, 2009

CROCS Next Promo on Saturday - New Design !!!




Next Promotion - will display on Saturday (29th August)

New Design !!!!!



1. Tideline Canvas




2. Yukon




3. Crocband




4. Cyprus






Sabar yeaaaa......... !!!!


August 26, 2009

Permulaan Puasa .....

Permulaan puasa yang sangat bermakna buatku pada tahun ini.


1. Alhamdulillah sihat tubuh badan. Tak demam, tak batuk or sakit tekak. Macam tahun lepas, sepanjang sebulan puasa i batuk. Nak raya pun batuk gak. Masa tu memang tension banyak betul dugaan.

2. Dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan hati yang tenang. Dapat buat solat terawih, solat sunat dan mengaji. Alhamdulillah bersyukur pada Allah dengan ketenangan ini. Semoga ibadahku ini diterima oleh Allah.

3. Murah rezeki di bulan Ramadhan. Alhamdulillah dengan sambutan jualan Crocs, kueh raya dan moist choc cake. Tempahan masih dibuka. Thanks to my readers for your support.

4. Dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah lama terpisah. Tak lah terpisah pun sebenarnya....cuma dah jarang jumpa. Plan nak berbuka puasa bersama-sama. Insya Allah.

5. Dapat kawan-kawan baru yang baru dikenali melalui alam maya blog. Kepada kawan-kawan baru tu.....dah tentu korang tahu siapa korang kan. Tak payah sebut namalah. Sendiri taulah nama masing-masing...huhuhu. Best sejak kenal korang. My life tambah ceria dan happy. Yang pasti....kak leez paling seniorr antara korang...hohohoho. Tak kisahlah....senior pun seniorlah...janji kita boleh jadi geng kan. Huhuhuhu!!!! Jangan lupa plan buka puasa kita...lepak sampai lebam!!!

6. Masa 1st day puasa ada orang ajak kahwin. Muahahaha. Serious talk ni. But, am not ready yet babe!!! Banyak masalah nanti. Biarlah jodoh pertemuan tu ditentukan olehNya. If Allah kata dah sampai waktunya...maka sampailah jodoh itu. Dengan siapa?? I pun tak tahu.


p/s - Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Syukur sangat-sangat.

August 25, 2009

Rabun....


Mesti ada yang notice my eyes sangatlahhhh bercolour. Huhuhu...
Yes...i memang pakai colour contact lens. Bukan saja-saja nak melawa. Sebetulnya i memang rabun sejak zaman belajar di UiTM lagi.

Puncanya?
Dulu zaman remaja lepas habis SPM, suka baca story books dalam lampu tidur yang samar-samar terang. Memang dah jadi habbit sejak dulu suka membaca sebelum tidur. Sebab malas nak naik bangun tutup lampu. So, lampu tidur yang samar-samar tu i jadikan panduan untuk membaca. Sehinggalah sedikit demi sedikit mata jadi rabun.

Masa start study kat UiTM dah mula rasa tak nampak kat white board bila lecturer mengajar dalam kelas. So, first time pakai spec dengan power 100 for both sides. Tiap tahun power akan naik. Then bila dah start kerja, nak try pakai contact lens plak. Actually before this, i akan hanya pakai spec di dalam class or pada waktu malam sahaja. Hari biasa tak pakai pun...rimaslah. So, bila dah start pakai contact lens, terasa selesa plak. Malah dah kurang sakit kepala. I tak suka pakai spec coz mudah sakit kepala. Sehinggalah sekarang i masih setia dengan contact lens dengan menggunakan jenama Freshlook sahaja.

Dulu pakai normal lens tetapi sebab selalu tercicir bila nak pasang kat mata..cari punya cari...tak jumpa daaaa. Hmmm sejak dari itu, i mencuba pula memakai colour contact lens. Kalau terjatuh pun...still boleh nampak. Sehinggalah sekarang i menjadi pengguna tetap colour contact lens. Biasanya i akan ambil colour grey, amethyst or green. This 3 colours sahaja yang sesuai dengan my eyes. Sekarang ini my power dah 350 for both sides. Alhamdulillah sejak 2-3 tahun lepas dah tak naik lagi power. Antara sebabnya ialah faktor usia. Sampai satu tahap, power mata akan kekal dan tidak akan bertambah lagi.




Kalau nak pakai contact lens ni kena rajin. Sebelum nak tidur kena keluarkan lens tu dulu. Jangan pakai lens semasa tidur. Amat merbahaya kepada mata anda. Sebenarnya mata kita ni kena rest juga...kena bagi oksigen. Satu lagi, solution untuk merendam lens itu, jangan digunakan berulang kali. Bakteria akan melekat pada solution yang telah digunakan.

Menurut my dear friend, Dr Siti yang merupakan pakar doktor mata... jangan selalu pakai lens sebab akan merosakkan kornea mata dan boleh jadi buta. Aduhhh...gerun mendengarnya. Tulah tapi i ni degil... kalau dah pakai lens tu... dari pagi sehinggalah ke malam baru nak buka contact lens. My mum selalu bising suruh pakai spec aje waktu malam. Sebelum terjadi apa-apa, baik ambil langkah berjaga-jaga. Yeap betul tu.


Kelebihan Bulan Ramadhan

Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat keredhaan daripada‐Nya.

Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan tahun hadapan.


1. Bulan diturunkan Al‐Quran
Maksud firman Allah: “Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keterangan keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”


2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintu pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.”

“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”


3. Bulan Penghapusan dosa
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.”


4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.”


p/s - Semoga ibadah kita di bulan mulia ini diterima oleh Allah. Insya Allah.


August 23, 2009

Pasar Ramadhan Desa Pandan


Hari kedua berpuasa......
Pertama kali pergi ke Pasar Ramadhan Desa Pandan untuk tahun ini. Kali ini i nak cerita keistimewaan Pasar Ramadhan di Desa Pandan. Ramainya orang bersesak-sesak. Rasa macam tak selesa pulak. Mana nak beli makanan....mana nak snapping gambar...huhuhu. Ini aje gambar yang sempat ku ambil. Macam-macam jenis makanan ada. Cuma sedap tak sedap aje. So, kena pandai pilih mana yang sedap.

Makanan yang paling istimewa di sini ialah Popia Pak Ya....sedap giler. Harga satu popia ialah RM1. Agak mahal tetapi yang pasti memang sedap. Kalau nak beli popia ini kena tahan sabar beratur panjang. Mana nak jumpa gerai popia ini? Kalau you all datang dari arah depan khemah Pasar Ramadhan ini, gerainya adalah yang pertama. Kalau u all tengok yg ramai beratur panjang tu...hmmm itulah gerainya. Selamat mencuba!!!!

Inilah keistimewaan bulan Ramadhan. Jualan makanan macam ini hanya kita jumpa di bulan Ramadhan sahaja. Nak cari kueh yang kita tak pernah jumpa di hari biasa...hmmmm semuanya ada di bulan Ramadhan. Cuma jangan ikutkan nafsu lapar kita nak beli itu dan ini. Akhirnya lepas berbuka tak terjamah makanan semua tu. Selepas habis bulan Ramadhan mesti kita akan merindui suasana sebegini.



inilah dia Popia Pak Ya.....gerai pertama sekali
nampak tak....tengah beratur panjang...sabar yea
gerai Roti John...
gerai nasi lemak dan nasi ayam
gerai kebab
gerai nasi beriani
gerai sata...
gerai otak-otak
gerai roti john.....untuk enciksepul yg sibuk nakkan roti john
tengoklah ramai orang bersesak-sesak
gerai murtabak
gerai nasi beriani
gerai kueh-mueh
gerai kepak ayam
gerai cucur udang
gerai ikan bakar
gerai nasi kerabu
gerai rojak singapore
gerai rendang minang

slurrrpppp.....air tembikai


p/s - thanks for calling me, dear...yes, i miss you...but sorry i can't make a decision yet !!!