Ads

March 31, 2010

My Mum's Birthday Celebration @ Marciano's Grill



Happy 59th Birthday To My Beloved Mum Hajjah Sariah Rais.

We came here to celebrate her befday....Marciano's Grill.....great!!!

Actually plan nak gi HRC KL nak makan steak kat sana but then we change our plan to this place. First time for me and my mum. The other 3 brothers had been here before. Oklah food dia...but quite pricey lah.

We went there at about 4 pm and memang lengang tak ramai orang tetapi lama betul nak sampai those food yang kami order. Cuba fikir kalau ramai orang...sapa nak jawab??? Yelah faham nak masak steak memang take time tetapi jgn sampai orang bosan menunggu. Nasib baiklah dok sibuk melayan telatah anak2 buah aku tu....tak terasa sangat lamanya.

Dulu tempat ni namanya RoadHouse Grill...tapi dah tukar nama kepada Marciano's Grill. Tempatnya di Jalan Ampang bersebelahan dengan Socso Building. Kalau waktu siang tengok dari luar memang bangunan nampak seperti dah usang ajer. Maklumlah steak house ni style cowboy. Style makan kacang campak kat lantai ajerr.




my 2 bros and the kids

with my mum....


baby boy Zarief....

like father like son.....mulut ternganga...

my bro idham, alya and zarief


my bro izuan and nor


my bro izam and danish.....azam and baby rayyan not around.......tengah berpantang di rumah


with my two nephews.....tengok tu takleh duk diam



jom makan kacang...mcm cowboy

sedapnya roti bun ni... i likee

Fillet Mignon Cheese Steak... RM46.90...ok sedap!!!

Lamb Shank With Rosemary Sauce... RM38.90....kureng skit coz gravy skit jer..

Grilled BBQ Back Ribs...RM56.90...ok sedap dan meletop!!!...tgklah harganya....

Grilled Striploin Steak... RM36.90....ok sedap gak!!!

spaghetti bolognese... RM21.90...boleh lahh!!!

Marciano's Grilled Mustard Chicken... RM30.90.... ala lupa nak rasa sedap ke tak..

complimentary for kids....

tadaaa.... bagai di serang tsunami...

lepas dah makan2...mama potong kek for her birthday..

masa ni danish ketakutan sebab tgk banyakknya lilin atas kek...hahahaha....
kami nyanyi ramai2 utk meraikan befday mama...semoga mama terus bahagia disamping anak2 dan cucu2 tercinta...kami mendoakan kesejahteraan mama semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki..ameeenn..

tiup lilin dengan 2 orang cucu...lagi 2 cucu tak pandai tiup lagi... huhuhu..

jom potong cake.....

happy birthday ma...

we all in happy family...sayangnya azam and rayyan takda dalam pic ni...

uikk...kenapa gambar aku takda kat sini....

tadaaa....sebab aku takda kat gambar di atas.... so, aku pun berposing dengan belon ni...boleh???...hikhik!!!



March 29, 2010

Iklan - Score A Programme Menjana Kewangan !!!!




ZAMAN SEDANG BERUBAH… Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?

Sudahkah ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?

UPSR 5A/ PMR 8A / SPM CEMERLANG MAMPUKAH ANAK ANDA MENCAPAINYA?



Kini..telah wujud satu webucation(gabungan website dan education) yang pertama di MALAYSIA iaitu -

Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Satu-satunya Portal Pendidikan yang mendapat pengiktirafan dari Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein dan PIBG Nasional. Hanya PENDIDIKAN yang akan membebaskan anda dari kehidupan yang dulu dan membawa anda ke dalam kehidupan yang lebih baik.

IBUBAPA YANG SIBUK BEKERJA, BOLEH MEMANTAU PRESTASI PEMBELAJARAN ANAK-ANAK PADA BILA-BILA MASA DAN DIMANA SAHAJA WALAUPUN BERADA DI LUAR NEGARA. DEMI ANAK YANG TERSAYANG & MASA DEPAN MEREKA..

Bertindaklah sekarang dengan melanggani PROGRAM SCORE A!!! Program Yang Sungguh Hebat . Anak2 / Pelajar2 Score A, Ibubapa / Kita Score RM. Peluang Tingkatkan Ekonomi kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan...ia merupakan satu platform yang amat-amat memberi satu ruang yang sangat-sangat membantu tingkatkan ekonomi! "Sememangnya Orang Yang Berfikiran Positif Seringkali Berjaya... Dan Orang Berjaya Semestinya Dia Tidak Melepaskan Peluang KeEmasan! ..."


Jika anda berminat, sila hubungi :


Contact person : Melia
hp: 012 641 4057
email : mamaeiman@yahoo.com




March 28, 2010

Konsert Suatu Masa Amy Search @ Istana Budaya



Sekali lagi aku bersiaran di Istana Budaya...huhuhu!!
Konsert yang aku nanti-nantikan....Konsert Suatu Masa Amy Search. Pewittttttt!!!

From office aku terus ke IB.... peerrrghhhh menguji kesabaran aku memandu melalui Jalan Tun Razak ke IB dengan keadaan jalan yang sangat sesak akibat hujan lebat petang tu. Semasa aku gi tu dah stop hujan tetapi trafficnya betul-betul membuatku tension. Ambil masa 2 jam dari Bangi ke Jalan Tun Razak. Lepas ni aku tobat tak nak melalui jalan ni lagi...aku mesti mencari alternatif ikut jalan lain.

Just nice on time aku sampai IB konsert pun bermula. Konsert dimulai dengan penampilan Amy berambut panjang masa mula-mula jadi rockers dulu. Actually konsert ini ada cerita disebaliknya. Perjalanan hidup Amy suatu masa dulu bermula dengan menjadi rockers yang digilai ramai dengan imej rambut panjang sehinggalah penampilan terbaru Amy style botak dengan lagu yang berunsur ketuhanan dan keinsafan. Konsert yang aku hadiri ini adalah untuk tontonan para media tetapi ticket still dijual kepada orang ramai. Dengarnya konsert ini diadakan selepas sambutan hangat peminat ketika persembahan Amy di Juara Lagu baru-baru ini.

Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy malam tu ialah Kongkang, Saat Kuidamkan, Aku Dah Bisan, Kerja Gila, Gita Rama Sita, Suralaya, Suatu Masa, Rozana, Nigina, Laila Namau Diatas, Isabella, Tiada Lgi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Kalimah Cinta, Kepadamu Kekasih, Asmaul Husna dan Fantasia Bulan Madu.




dengan Kak Rose...

ketika Amy menyanyi lagu Gita Rama Sita...diiringi petikan guitar oleh Rudy Kristal. Lagu yg ada unsur muzik ramayana




Komen aku tentang konsert ini :

1. Semasa Amy start menyanyi, aku dah lupa apa nama lagu tu tapi lagu rock lah....memang ok lah tetapi pergerakan Amy agak terbataslah...seperti amat berhati-hati...so, feel rockers tu macam kureng sikitlah. Mungkin juga faktor dia menyanyi di IB dan bukan di pentas terbuka. Aku plak tak pernah dengar lagu tu...huhuhu.

2. Then, dia sambung nyanyi hingga ke lagu keempat...aku dah mula bosan. Ishhhh apa yang tak kena ni. Mungkin belum panas kot. Tiba-tiba......masa lagu ke lima, terdengar suara Amy dari belakang penonton.....perrghhhh barulah panas. Dia nyanyi lagi Kerja Gila berlari ke sana sini berdampingan dengan penonton. Masing-masing mula mengeluarkan kamera nak snapping dari dekat. Tetapi aku tak dapat nak amik angle yang cantik...so gambar semua tak clear. Memang best masa ni...aku suka and enjoy sangat. Wahh...dah start panas!!!!

3. Lagu favourite aku Isabella dan Rozana ada malam tu tetapi Amy nyanyi sedikit jer....dia wat medley....itu yang aku frust. Kalau lagu-lagu yang top mcam tu lagi best kalau dia menyanyi dengan sepenuhnya. Itu pendapat aku lah. Coz lagu-lagu inilah nostalgia Amy berada di kemuncak and lagu ini lah nama Amy sentiasa berada di bibir peminat. Lagu Fantasia Bulan Madu pula hanya ada persembahan penari iringan tanpa Amy menyanyi di depan penonton.

4. Prop katil masa Amy nyanyi tu aku rasa kurenglah. Macam sentimental sangat. Tak sesuai langsung. Cubalah letak prop yang relevant dengan situasi nyanyian Amy ketika tu. Pulak tu lebih 2 lagu Amy nyanyi kat situ ajer. Aku dah bosan masa ni.

5. Lagu-lagu ketuhanan dan keinsafan yang Amy nyanyi tu bagi aku bagus tetapi kenapa terlalu lama pada tempat yang sama. Maksudnya ada lebih kurang 4 lagu yang Amy nyanyikan dengan gaya yang sama dan iringan penari yang memakai baju putih di belakang Amy juga dengan gaya yang sama. Bagi aku, cukuplah 2 lagu dengan gaya yang sama. So, third song tu kita boleh guna prop lain dan persembahan iringan penari dengan gaya yang berbeza. Masa ni aku pun rasa sedikit bosan.

6. Suara Amy ketika menyanyikan lagu-lagu ketuhanan agak tenggelam timbul dan tersekat-sekat. Mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu. Bagi aku, malam tu Amy tidak menonjolkan suara dia yang sebenarnya. Lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dinyanyikan oleh Lan Typewriter semasa teater Antara lagi sedap daripada persembahan Amy dengan lagu yg sama malam tu. Itu pendapat peribadi aku lah.

7. Secara keseluruhannya persembahan Amy malam tu oklah bagi aku. Tetapi bagi aku jika Amy menonjolkan imej rockers sebenar dia pada persembahan malam tu lagi best. Then, barulah aku ada feel.....wahhhh inilah baru dinamakan persembahan Amy Search seorang rockers. Aku bukan peminat rock tetapi aku seorang peminat lagu-lagu Amy Search. Aku membesar dengan lagu-lagu Amy Search.


Amy dalam berkeadaan begini lebih daripada 2 lagu....kalau dia ubah sedikit persembahan nya mesti lagi best...



Ogy selaku director pada malam tu....hmmm boleh diperbaiki lagi.....


p/s - My 2 cents comment


March 24, 2010

Me @ MATTA FAIR March 10



Last 2 weeks aku gi Matta Fair di PWTC. Aku gi dengan SBC coz dah berjanji dengan dia jumpa kat sana. Ramai giler orang....pening kepala aku. Gi naik LRT ajorr.

Dulu selalu pergi tapi sejak beberapa tahun ni aku jarang dah pi coz aku rasa macam tertipu ajer dengan package2 yang dorang tawarkan. Melalui Matta jugak dulu aku pernah beli package ke Kuching dan ke Bali (masa gi first time dulu). Rasanya idok ler berbaloi pun. Dulu aku agak naif skit bab2 travel ni. Sekarang dah pro gak lah. Aku dah boleh bezakan sama ada package tu murah ke tak.

Pengalaman aku kat sana :

1. Kat booth Amazing Thailand - dorang offer 4 star hotel di Chiang Mai dengan harga RM125 one nite. Kena bayar deposit dulu RM100 then balance bayar di sana. Memang cantik hotel tu but aku tak beli pun. Then kat rumah aku check harga kat AA punya website....harganya ialah RM116... perrggggghh sib baik tipah tak tertipu. There u see....so kena hati2 membeli holiday package di sana tu. You all kena rajin buat research dulu kat internet ... then bandingkan harga di Matta Fair. Kalau murah...memang berbaloi. If not...hai hai bye bye!!!!!

2. Aku singgah di satu booth ni...travel agent Melayu punya. Aku minta dorang carikan hotel 3 star ke Chiang Mai and Ho Chi Minh. Pastu dorang check pada system di komputer. Punyalah terhegeh-hegeh naik bosan aku menunggu. Muka mcm taik memang tak friendly langsung. Bila dah dapat harga...dia boleh tanya aku "Harganya xxxxx...berapa cash u ada sekarang???"
Hellooo...ko ingat aku ni apa?? Haprakk sangat ke? Perlu ke tanya berapa cash aku ada sekarang? Aku pelik orang Melayu kita bila deal dengan customer.
Bak sini aku ajar..... " Harga hotel ini ialah xxxx. Ini harga promosi yang boleh kita bagi utk Matta Fair dengan pembayaran penuh pada hari ini. Cik nak beli ke??" Haaaaa...sedap sikit bunyi nya.
Then, dengan muka kelat...aku nyahh dari situ. Sorrylah aku nak melayan agensi mcm ni.

3. Aku dan SBC singgah plak kat booth Jogja. SBC nak gi Jogja akhir tahun ni. So tengah tengok2 package mana yang bagus, Yang melayan kami ni seorang gadis dari Indon. Sopan aje dengan penuh senyuman dia melayan pertanyaan kami. Cakap pun lembut ajer...seronok berbual dengan cewek ni. Pastu siap offer kami rasa kueh Bakpia... makanan oleh2 dari Jogja. Sempat lah rasa 2 ketul...hehehe. Hmmm...macam ni lah layanan yang bagus....kita pun seronok nak tanya itu ini.





Afdlin Daniel's 5th Birthday Bash - Part 2


Bersambung lagi....
Kali ni jom kita tengok gambar-gambar semasa memotong besday kek. Besday boy sungguh terharu dikelilingi oleh kawan-kawan dan besday kek yg ada bola. Siap berebut-rebut dengan sorang lagi anak buah aku sebab nak kan bola tu..aduhhh pening.

Then, kids semua dijamukan dengan makanan seperti hotdog, fries, nugget and air oren. Yang parents plak dijamukan dengan roti jala, meehoon dan kueh-mueh. Siap dibekalkan lagi goodie bag yang diisi dengan pulut kuning & rendang masakan my mum. Kids pun dapat goodie bag...sukanya dorang. Macam-macam ada dalam goodie bag tu.




sukanya besday boy..

my bro n family

besday boy...

goodie bag.....



my bro n my mum...


sukanya kanak-kanak ni...

wahh posing lagi....cute kan!!

ni pun tak nak ngalah......



wahhh...daniel seronok dapat banyak hadiah...... i likeee!!!!