Ads

August 17, 2016

Day 5 : Incredible India-Kashmir Trip 2016 - Delhi to Agra


Salam semua.
Bersambung lagi journal percutian kami di India. Kami sampai di Delhi pada jam 5 petang. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar. Sebaik turun dari flight.....aku dah terasa bahang cuaca yang panas di Delhi. Beza sangat cuaca sejuk di Kashmir dan panas di Delhi. Perubahan cuaca yang sangat mendadak. Terus rasa badan melekit dengan cuaca yang panas kering ini.

Bila aku turun tangga flight dan memijak kaki di bumi...tetiba ada seorang wanita memegang tanganku dengan agak kuat seperti tidak bagi aku melarikan diri. Kuat sungguh you all. Muka mak dah berubah. Eh....apahal ni tetiba ada orang nak serang mak. Hahaha buat suspen jer.

Wanita tu tanya aku. " You ni tour leader yea?"
Aku tergamam. Pandang ke arah wanita tu dengan wajah yg terkejut. " Yea i tour leader. Kenapa yea?
               " I nak ikut you travel lah lepas ni? Ke mana lagi you pergi?"
Aku terus tersenyum lega. "Oooooooo boleh. "
Dia tanya lagi? "Pakej you buat ke India ni harga RM4460 yea? Murahnya. Tau tak pakej yang i pergi ni sampai RM5K lebih."
Aku buat muka terkezut. " Hahhh??? RM5K lebih...mahalnyaaaaaaaa" (amboi panjangnya ayat mahal tu hahaha)
"Tulah.....nyesal i ikut agent ni. Dah lah mahal...banyak tempat yang kami tak pergi."
Aku tanya lagi . " Agaknya you naik MAS kot...sebab tu mahal?"
Dia jawab lagi " Yea memang naik MAS...tapi takkan beza harga sampai RM1,000. Tak best pulak tu. I tanya your group member tadi...ramai kata trip you best dan pergi banyak tempat. Kami tak pergi Sonamarg pun. Lagi satu group i ni ramai VIP...datuk datin"
Lantas aku jawab. " Ooooo patutlah. Mesti hotel semua 5 star kot."
Dia jawab. " Yea memang 5 star tapi tak perlu pun nak duduk hotel mahal-mahal. I dari JB...susah nak cari travel agent yang bagus dan offer harga murah. You ambil my number ni...nanti bila-bila i nak ikut you travel. Please yea....jangan lupa tau....jangan lupa tau" Berulang kali dia pesan aku.

Aku pun ambil number dia dan save in my hp. Then barulah dia lepaskan tangan dia dari lengan aku. Fuhhhh...lama betul dia pegang lengan aku tak bagi aku pergi mana-mana. Hehehe...gitiewlah pengalaman aku di Delhi Airport ini. Nanti aku cerita lagi pengalaman jumpa seorang lagi my blog reader masa nak balik. Kami berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing ikut travel agent yang berbeza.

Sampai di baggage claim barulah aku nampak En Bos tengah sibuk mengambil luggage kami dan ahli group yang lain. Terima kasih pada my group members...ramai yang tolong ambil luggage kami semua.

Sampai di Delhi Domestic Airport kami disambut oleh seorang lagi tour guide. Dia seorang Muslim. Lupa plak nama dia apa. Very nice person and he's so knowledgeble. Tanya lah apa sajer pasal India...he can answer very well. Tapikan...aku dapat nilai pendapat yang berbeza antara tour guide Kashmir dan tour guide Delhi. Masing-masing akan menceritakan yang bagus tentang daerah masing-masing dan akan menceritakan yang negatif pasal daerah yang lain. Lantak depalah....hehehe. 



masa kami sampai ialah peak hour.....orang berpusu-pusu pulang ke rumah. Jalan jem yang amat. Bersabarlah kita. Pulak tu masa ni kami belum solat jamak zuhur asar. Aku pesan pada tour guide utk berhenti di mana-mana masjid.


Delhi mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi....bila jem macam ni adalah perkara biasa bagi mereka. Tour guide ada cerita....kalau di metro train lagi parah...sampai tak boleh masuk pun ada. Tapi bila dah masuk....tak mustahil beg yg anda gendong akan berada di tempat lain. Fuhh dahsyat.


bawa peti ais naik beca...hanya di India. Kalau di Msia dah jadi viral..muahha.


Kami berhenti di masjid Haji Langa. Di sini juga ada madrasah.


Ramai pelajar-pelajar Muslim India yang belajar agama di sini. Mereka dihantar oleh ibu bapa di kampung untuk belajar agama di Delhi ini. Bagus budak2 ni...siap kami dapat pisang lagi. Sedikit informasi. Kalau di India ni...orang perempuan memang tidak solat di masjid. Jadi masa kami sampai ni memang tiada tempat utk jemaah wanita. So, kami jemaah wanita ditunjuk oleh tour guide untuk solat di bahagian belakang. Tempat wuduk di luar. 


comel sungguh budak2 ni. Tengok jer kami ni datang. Kami juga ada bawa sedikit makanan ringan utk diberi kepada mereka. Pada mulanya mereka berebut-rebut...tetapi dimarahi oleh ustaz yang menjaga. So....akhirnya kami beri pada ustaz tu.....dia yang agih2kan pada kanak2 ni.



kami bergambar bersama kanak-kanak ini. 



Sukanya mereka bergambar dengan kami. Siap bertolak-tolak lagi.



Besar juga masjid dan madrasah ni.....tak pasti pulak berapa bilangan pelajar. Saya dapat tau....kebanyakan mereka ialah kanak-kanak dari keluarga miskin di India. 


Nampak tak siapa yang bertudung colour purple tu?Agaknya apa yang dibelinya di situ. Seorang paparazi telah berjaya mengambil gambarnya secara candid. Suka betul paparazi ni mengambail gambarnya senyap-senyap. Byk lagi sebenarnya...tapi ada yg tak sesuai dipertonton di sini hehehe.



oooooo rupa-rupanya YB kita telah membeli ais krim untuk diagih-agihkan kepada anak-anak ini. Syabas YB.....satu usaha yang murni....memberi sedekah kepada kanak-kanak Muslim ini. Suka betul mereka dapat makan ais krim. Nampak tak ustaz yang berdiri sebelah YB tu....dia yang suruh kanak-kanak ni beratur dan dia yg tolong mengagihkan. Semoga YB Aunty As dimurahkan rezeki...ameen. Ehhhhh...tetiba plak dapat title YB kannn sejak bercuti di India ni hehehehe.



Kami teruskan perjalanan ke Agra. Ia mengambil masa 4 jam lebih. Nasib baiklah melalui jalan highway. Perjalanan kami smooth ajer. Sepanjang perjalanan tour guide memasang lagu Hindustan. Hmmm bergoyang bahulah kami dalam bas bila diiringi dengan lagu Hindustan. Memang feeling Bollywood sangat.   Bas berhenti rehat sebentar di RnR. Masa ni kami semua turun untuk ke kamar kecil dan membeli air. Ikutkan perut memang dah lapar sebab dah memang waktu makan malam. Tapi kami akan makan malam di hotel Agra.

Sebaik sampai di Agra....aku pandang sekeliling kiri dan kanan. Walaupun ketika ini sudah jam 11 malam tetapi bandar ini masih hidup dengan mcm2 aktiviti. Cumanya pada pandangan peribadi aku.....bandar Agra ni agak kotor sikit berbanding Delhi. Kiri kanan penuh sampah di tepi-tepi jalan. Rumah-rumah mereka pun agak daif dan buruk. Sampaikan aku ternampak katil usang di luar rumah. Mereka tidur di luar bila waktu malam. Walaupun dah malam....tetapi suhunya masih panas di luar. Terus aku teringat cerita Bollywood dimana jika keluarga miskin... bapanya akan tidur di luar rumah...siap berkatil. Now....ianya berlaku di depan mata aku. Memang apa yg kita tengok di tv...begitulah realitinya kehidupan mereka. Betapa uniknya India.

Kami dah sampai di hotel. Kami stay di Royale Residency Hotel, Agra...sebuah hotel 3 bintang. Di sini memang banyak hotel sebab Agra ialah kawasan pelancongan. Pelancong datang ke sini utk melawat ke Taj Mahal dan Agra Fort. Tetapi kebanyakan hotel di sini ialah 3 bintang. Bagi aku....ok jer hotel ni dan kami stay pun utk satu malam ajer. Apa yg best tentang hotel ni. Nanti aku share.

Kami makan malam di sini. Dah pukul 11.30 malam baru dapat menjamah makanan. Kami makan di hotel ajer. Selepas semua dah habis makan...then barulah kami check-in hotel. Aku nasihatkan jangan guna air paip utk minum dan berus gigi di dalam hotel. Sebab airnya tidak bersih dan dikuatiri akan menyebabkan sakit perut. Nak berus gigi pun aku pakai air mineral. Tapi di Delhi still okay kalau guna air paip utk berus gigi. But not in Agra. 



Tidur nyenyak kami. Sebab kepenatan seharian naik flight dan bas. Hari ni tak banyak sgt aktiviti, Masa banyak dihabiskan di dalam kenderaan ajer.



Esok pulak macam-macam aktiviti kami. Akan ada banyak gambar. Jangan termuntah pulak tengok aksi kami nanti. Apa yg menarik next entry.....tungguuuuuuuuu. Shah Jahan dan Mumtaz tunggu kami datang!!!!!!!!



p/s - sebulan lg for next trip