Ads

September 30, 2009

Tetamu di Hari Raya



Hampir 2 minggu Hari Raya tahun ini sudah berlalu. Kejap aje rasanya kan. Penat betullah raya kali ni. Hanya sempat beraya 2 hari aje. Lepas tu duduk rumah tak habis-habis masak itu ini, Penat lah. Setiap hari mesti ada aje menu yang di masak. Jangan fikir i yang masak pulak....hehehe. My mumlah yang masak semua tu. I penat sebab mengemas rumah, melayan tetamu dan mencuci pinggan mangkuk. My choc cake laku habis. Dah 2 kali buat cake raya ni... after 2 hari aje terus licin.

Setiap kali tetamu datang, memang lebih daripada satu kereta. Memang ramai tetamu datang tahun ini. Setiap kali tetamu datang memang kami jamu pelbagai juadah. Saja my mum standby apa aje makanan. Tak bestlah kalau bagi kueh raya aje. Dalam seminggu tu, mama ada masak soto ayam, soto daging, spaghetti, nasi minyak, kuah lodeh dan laksa penang. Setiap hari lain menu.



Setiap tetamu yang hadir memang i tak sempat nak snapping foto. Tak pun memang i terlupa. Hari tu our x-neighbour datang beraya ke rumah. Memang rapat dengan dia dulu coz my mum yang jaga anak dia. Till now even though dorang dah pindah but still nak datang rumah kami tiap kali raya. Pulak tu mesti bawakan apa sajer buah tangan.

This year, dorang bagi mama kain batik dan this chocolate. Gambar kat atas. Sedap tul chocolate ni especially the square one. Lepas ni kami kena gak kunjung mereka di Keramat sebagai tanda terima kasih masih mengingati my family.



Pastu, my old friend masa kat UiTM dulu Zurita Akhmar (baju pink) tiba-tiba called me nak datang beraya. Sib baik i ada kat rumah masa tu. Zurita ni memang tiap tahun plan nak beraya kat my house but tiap kali tulah dah lewat malam. Kebetulan dia beraya kat rumah her uncle nearby my house. Dia segan nak kacau if dah lewat malam. So, this year dia datang siang. Wahhh...dah tiga anak my friend ni. Comel-comel anak dia ni. Masa tu my mum masak soto ayam. Bukan main suka anak dia makan. Siap bgtau, sedapppp auntie masak. Hehehe...bukan auntie masaklah. Nenek yang masak tu!!!. So cute...bila budak at about 5 years old but so talkative. Thanks to Zue for coming to my house.

Then, my dear friend Dr Siti and hubby pun sempat beraya kat my house. I siap call her to come over coz my mum ada buat masak-masak. Alhamdullillah sampai juga walaupun ada sesat sikit masa nak cari rumah tu. Dr Siti and hubby sempat borak-borak with my mum with so many topics. But, sayangnya i terlupa plak nak snapping photo with them. Hehehe...rancak sangat berbual lah tu. Anyway, thanks Siti for coming and beraya at my house. I know you'll read this entry...hehehehe!!!!



Gambar kat atas ni pulak ialah my cousins, Abg Lutfi and Abg Udin with their family. Tiap tahun raya mesti dorang akan sampai ke rumah kami. We are close each other and both of them cousins belah my father. Wahhh u all dah tau my blog kan....hehehe kasi glamour i display your photo here. Seronok sesekali jumpa cousins and so many things kami berborak. I memang close with their wife too. Thanks my dear cousins for coming!!!

Ramai lagi tetamu yang datang sebenarnya but i terlupa nak snapping photos. Hehehe...sibuk lahhh.

September 29, 2009

Ziarah Kubur Arwah Papa dan Nenek



Al-Fatihah untuk arwah papaku Haji Mohamed Saaid Bin Ishak dan arwah nenekku Hjh Kamsinah Binti Hj Mohamed Amin.
Pada hari raya ke-3 barulah kami ada kesempatan menziarahi kubur arwah papaku dan nenekku. Selalunya kami ziarah pada petang sebelum Hari Raya. Tetapi memandangkan hujan lebat petang itu, so tak jadi.

At first, petang raya ke 3 tu my first brother pergi dulu tetapi tak jumpa pulak kubur yang mana satu. Puaslah dia cari ke sana sini. Al-maklum kubur kat sana punyalah padat dan memang susah nak jumpa. Then, i and my younger bro menyusul kemudian. Senang aje kami jumpa. Kami ingat kubur arwah papa memang dekat dengan pokok dan after 4 tahun lebih, pokok tu memang dah besar giler. Sebab itulah my bro tu tak perasan.

Kubur arwah papa memang bersebelahan dengan kubur arwah nenek kerana beza tarikh kematian hanya sebulan lebih sahaja. Alhamdulillah dapat pulak dikebumikan sebelah-menyebelah. Cakap terus terang i memang jarang pergi kubur sebab nanti i akan sebak dan sedih. Setiap kali ada masalah, i selalu bercakap dengan arwah papa seperti arwah masih hidup lagi. Tapi sebenarnya dia dah tak ada. Dah 4 tahun lebih dia meninggalkan kami sekeluarga. Allah lebih menyayangi arwah papa. Al-Fatihah.



Al-Fatihah...arwah papa
semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya....
Al-Fatihah...arwah nenek


kami membersihkan kubur arwah papa dan nenek....





September 27, 2009

2nd Day Hari Raya : Beraya Bersama Arwah Papa's Family


Second day Hari Raya, semua adik-beradik berkumpul di rumah mama. Izam and family nak bertolak pulang beraya ke Temerloh rumah mertua pulak. Singgah umah my mum bawa bekal lauk-pauk untuk bawa balik kampung. Adik yang bongsu, Idham dah pulang semula ke KL malam raya pertama. Dia balik dari Melaka ke KL jammed teruk malam tadi tu.

So, pagi raya kedua tu sebelum kami beraya ke rumah sedara-mara arwah papa di Kelang, kami bergambar dulu. Si Izam tak pakai baju Melayu, sebab tu gambar dia tak ada cuma ada gambar anak dia Danish aje.





From left: Idham, mama, me and alya





kami adik-beradik..Izam aje yang tak ada


Then, kami bertolak ke Kelang but singgah sebentar di PJ rumah mak sedara, adik kepada arwah papa. Lama gak kat sini, sambil makan kami berborak. Masa raya pertama semua cousins ada kat PJ. But, dah raya kedua depa balik kampung rumah mertua masing-masing. So, tak dapat jumpalah. Tunggu dorang datang rumah kami ajelah. Patutnya nak pi PJ pada raya pertama but tak sempatlah ramai tetamu datang rumah.

Pastu pi beraya plak ke rumah sepupu arwah papa, Wak Lan kat Jalan Kebun, Kelang. Suka beraya kat sini sebab terasa suasana kampung. Kueh pun sedap belaka. Kerepek ubi sedap, tempeyek sedap, kerepek keladi sedap....ada macam-macam jeruk plak tu. Memang special. Orang Jawa kalau hidang kueh mueh memang sedap-sedap belaka. Satu meja penuh dengan kueh raya.

Then pergi Sri Andalas, Pandamaran dan Kampung Raja Uda untuk beraya rumah pak sedara dan mak sedara belah arwah papa. Ada yang sediakan juadah nasi beriyani, mee soto, mee hoon sop dan masak lodeh. Kenyang yang amat.


bergambar bersama mak sedara kat PJ (tudung oren)...sorrylah gambar blurr....yang tukang amik gambar ni tak pro lagi...kena hantar pi kursus..hehehe...jgn marah hah syukri....
bergambar bersama Wak Lan dan Wak Odah .....

tengok tu kueh raya penuh satu meja...


Tahun ni beraya kat Kelang hanya 6 buah rumah sahaja kerana ada rumah yang tak ada orang dan ada lagi 2 buah rumah yang biasa kami pergi tuan rumahnya dah meninggal dunia. Semua tu sedara kepada arwah papa. Masing-masing pun dah uzur sebelum ni. So, kami sempat beraya hanya 6 buah rumah sahaja.

Itupun perut dah ketat. Setiap rumah sediakan juadah yang sangat heavy. Kami jamah sikit-sikit aje. Kalau yang makanan favourite tu, jamah banyak sikit...hehehe. Dah masuk rumah yang terakhir, i tak jamah langsung. Kenyang giler weyyy. Sib baik my bro yang drive keta. Pastu ada plak tetamu nak datang rumah malam tu. So, dalam pukul 8 malam kami dah sampai rumah. Mama sempat masakkan mee hailam untuk tetamu. Itulah hari raya kedua kami yang sangat padat dan kenyang.



kat umah Mami Senah....tuan rumah yang duduk tu....

ni pulak kat umah Mami Kiah....muka masing-masing dah penat giler...


September 26, 2009

1st Day Hari Raya : Beraya Bersama Mama's Family


Selepas beraya sakan di rumah my datuk dan his jiran, kami pulang semula ke rumah dan menanti pula kedatangan saudara-mara tadi. First group yang sampai dulu ialah family my auntie yang stay kat Ipoh. Sambil makan-makan kami berposing lagi. Masa ni i malas nak berposing coz dah sibuk sangat di dapur dan lari jap ke depan menghidangkan juadah untuk tetamu.

Kami semua turun padang ke dapur termasuk my bro, Izam and his wife, Azam. Mama pulak sibuk melayan tetamu di depan. Selalunya yang membantu ialah my bro yang bongsu tu tetapi dia beraya kat rumah mertua tahun ni. So, awal lagi i minta tolong bro, Izam tolong pulak. Hehehe...kena dera semua orang.


mak sedara and family from Ipoh
sedapnya korang makan...tak pandang kiri kanan yea...

sedang menjamu selera masakan my mum

siap senyum berposing lagi tu si pengantin baru berdua ni...



ni plak pak sedara and family from Ipoh gak...



Lepas dorang dah balik, ada lagi 2 family datang ke rumah tetapi i busy yang amat sampaikan tak sempat nak snap foto dengan dorang. Ingat tak i ada mention pasal ketupat my mum yang 50 biji sahaja tu?? Huhuhu...memang tak cukup. Lauk punyalah banyak lagi tetapi ketupat dah habis. So, i asked my bro to cari lontong kot-kot ada orang jual kat area my house ni. Alhamdulillah ada jual. My bro beli ketupat dan lontong lagi but punyalah mahal sampai RM30 semuanya. Ishhh....mahal betul. Dapatlah jamu sikit tetamu yang datang. Dalam jam 6.30 petang semua tetamu dah balik.

Then, after maghrib kami keluar rumah untuk beraya rumah pak sedara kat Cheras pulak. Perut ketat giler coz makan nasi beriyani dengan kebab kambing. My bro 2 orang tu sempat tengok live MU punya game kat Astro. After half time barulah kami bergerak. Pastu sambung lagi beraya kat rumah mak sedara kat Ampang. Makan buah aje dah tak larat nak makan lagi. Dah jam 10.30 malam singgah lagi beraya ke rumah my cousin kat Bandar Baru Ampang. Masa ni ramai betul sedara mara berkumpul. Balik rumah dekat jam 12 malam gak. Penatnya....kenyangnya... tapi best sebab masa ni lah nak berkumpul bersama saudara-mara. Memang enjoy lah!!!

rumah pak sedara kat Cheras.....bergambar dengan cousins and mak sedara


ni plak kat rumah mak sedara kat Ampang.....

form left : farhana, fendi, ieda and azam.... with my cousins

kat umah my cousin at Bandar Baru Ampang...

From left : yat, me , my auntie and nor


melepak lepas habis tengok bola MU punya game....


September 25, 2009

1st Day Hari Raya : My Grandfather's House



Selepas kami bersalam dan bermaaf-maafan di rumah. Kami terus bergerak ke rumah my grandfather's house belah my mum...selang 3 minit memandu sahaja. Rumah dah penuh dengan sanak-saudara. Nak parking kereta pun muat-muat aje. Boleh masuk 7 buah kereta di kawasan sekeliling rumah. Seronok sangat jumpa mak sedara, pak sedara dan sepupu-sepupu ku yang jarang-jarang kami jumpa. Semuanya duk merata-rata. Rumah datukku tu dah padat dengan cucu-cicit. Semuanya dah besar panjang...jadi anak dara...anak bujang.

Kami bergambar ramai- ramai. Itupun ada lagi 2 family belum sampai. Dorang datang lambat sikit. Kalau dikumpul kan semua ....hmmm memanglah kepadatan dibuatnya. Lepas makan-makan, borak-borak... kami pi beraya pulak ke rumah jiran datukku di sebelah rumah. Jiran yang dah macam sedara jugak. Rapat sejak kami kecil lagi. Kat rumah jiran pun tak habis bergambar lagi....sakan betul semuanya. Perut dah ketat dengan makanan raya....ada ketupat nasi, ada laksa dan macam-macam lagi.

Selepas itu, kami balik rumah semula coz dorang semua tu akan serbu ke rumahku pula. Haruslah kami menyediakan juadah untuk tetamu. Petang tu kat KL hujan selebat-lebatnya. Tak macam hari sebelumnya, hujan sepanjang hari. Alhamdulillah sejuk skit bumi Kuala Lumpur.


bersama sepupuku.... munira, farhana, me and yat


sepupu lelaki

sepupu pompuan
semua ni sepupu.....bergambar ramai-ramai
from left : pak sedara & wife, my mum and mak sedara & husband
beraya umah neighbour

with cousin, farhana