Ads

June 21, 2009

Happy Father's Day ..... I miss u, papa


Happy Father's Day......

There in every memory
See his love and care
Strength and hands to count on
Freely he does share
Provider, toil so faithfully
To make our dreams come true
Give strong and tender discipline
Though it is hard to do
A Father is God's chosen one
To lead the family
And point it to His will for life
Of love and harmony...



Papa ........
- i miss you so much
- i pray for you
- you're always in my mind
- when i sad... i really need you but.....

Al-Fatihah.....



June 18, 2009

My Nephew Danish......Telatahnya



Inilah dia my beloved nephew....Airel Danish !!! Going to be 3 years little boy.
Peminat setia kartun Thomas & Friends...very the fanatic fan.

Beginilah telatahnya setiap kali i balik dari office. Minta buka gambar or video tentang Thomas & Friends kat my komputer. My mum memang jaga dia bila daddy and mummy dia bekerja. Dia panggil i ... Along. Tetapi dia pelat baru nak pandai bercakap. So, dia panggil i ALON...hahaha.

I sampai aja rumah...Danish pun ikut masuk bilik. Dia akan cakap..
"Alon...nak amesh" .... (nak Thomas ler tu...hehehe!!!)

Kalau i dah penat dan malas sangat, i akan cakap.
"Amesh dah cocak".... (Thomas dah rosak)....hehehehe...

Kalau kita tak layan dia....dia akan meronta-ronta suruh buka juga. Berenang-renang atas lantai. Hehehe...lawak betul.
Padahal tu, sehari suntuk my mum dah buka kan Thomas & Friends kat VCD or Astro. Tetapi dia nak juga tengok kat my komputer. Itulah telatah my nephew....manja.

Nampak tak komputer and tempat yang i selalu menaip untuk update my blog or surfing internet.



pelik tengok i amik gambar dia...hehehe
suruh senyum...muka serious ja
tu dia....dah sedia duduk atas kerusi nak tengok Thomas & Friends
ni lagi hebat.....dah pandai tarik keyboard tu hah....macam ler pandai menaip

June 16, 2009

Nasi Lemak Antarabangsa Taman Melati



Kali ini nak citer pasal Nasi Lemak Antarabangsa (NLA).

My cousin, Yat orang kuat di NLA mengajak lepak kat cawangan NLA Taman Melati. Before this pernah ke cawangan Ampang Point dan Danau Kota. Sekarang ini difahamkan sudah ada 8 outlet dan coming soon ada lagi 2 outlet di Sri Hartamas dan Taman Tun.

Di cawangan Taman Melati memang happening lah. Betul-betul bersebelahan dengan Satay Kajang Samuri. Tempat ini di dekorasi dengan cantik sekali. Besar kerana 2 lot kedai. Memang selesalah kepada sesiapa yang hendak menjamu selera di sini. Ada pertambahan pelbagai menu di sini. Bukan sahaja ada nasi lemak sebagai menu utama, tetapi juga ada makanan panas seperti kueh tiew goreng dan sebagainya. Sup pun ada...kuah pekat...sedap.


menu ....ada juga menu baru
me and yat

Yat e-rock
ini menu utama nasi lemak........ kami tak makan pun..
menu baru di NLA..... kueh teaw goreng....sedapp
sup tulang rawa....pun sedapp...pekat kuahnya
air bandung
menu ais krim yang lazat.....macam2 jenis ais krim ada
tapai ais krim
Jai...pekerja di NLA...sedang berposing dengan banana split
di ruang depan
di ruang belakang..... i suka kat sini coz boleh nampak luar
ini pula....private room....kalau ada meeting or discussion...privacy skitlah
ruangan tengah
tempat buat air....
tempat penyediaan makanan

My Old Photos @ Kudat, Sabah


It was one year back. Percutian ke Sabah yang entah kali ke berapa. Dulu agak kerap juga bercuti ke Sabah. Suka sangat dengan keindahan bumi Sabah termasuk lautnya yang cantik dan kebiruan. Selalunya i akan turun ke Kota Kinabali terlebih dahulu dan kemudiannya barulah menuju ke destinasi lain di Sabah. Pernah ke Sandakan dengan menaiki kereta selama 6 jam. Aduhh... tak larat betul. Sudahlah jalannya penuh dengan lubang sana sini. Tetapi yang seronoknya tak banyak kereta on the road. Di samping itu permandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Penuh dengan bukit-bukau dan pergunungan. Nampak lah juga puncak Gunung Kinabalu. Melalui jalan ke Kundasang dan seterusnya ke Sandakan. I bertukar ganti memandu with my friend. Di Sandakan, sempat jugalah ke tempat pemuliharaan Orang Hutan di Sepilok.

Pernah juga ke Tawau. Tetapi kali ini ambil direct flight ke Tawau. Then ke Semporna perjalanan selama 1 jam. Stay one nite kat Semporna dan kami naik boat pula ke Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Percutian yang sangat santai dan seronok.

Ok this photos pula percutian ku ke Kudat pula. Unplanned trip. Sepatutnya stay kat KK aja. Last minute my friend tu ajak ke Kudat pula. Perjalanan selama 3 jam setengah. Kudat ini terletak di belah utara Sabah. Permandangan di sini pun cantik juga. Penuh pepohon kehijauan, pergunungan, sawah padi dan perkampungan. Jalannya lurus aja dan amat santai sekali. I stay kat Marina Golf and Resort. Cantik sangat tempat ini. Di belakang hotel permandangan laut dan di hadapannya ada lapangan golf. Cuma masa tu i tak ambil gambar banyak sebab moodku sudah hilang. Hehehehe. Yang paling ku kesalkan ialah tak sempat nak ke Simpang Mengayau. Sudah ler sampai di Kudat dah malam.

Esoknya jalan-jalan di bandar Kudat dan tepi pantai berdekatan. Sempat beli udang segar di Pasar Kudat. Murahnya kat sini dan malah lebih muah daripada di KK. Petang tu juga terus balik KK. Percutian ke sini sebenarnya best tetapi mood ku ketika itu yang tidak best. Ada aja benda yang tidak kena. Temanku sudah 'pusing' dengan kerenahku...lantas kami terus pulang ke KK. Hehehehe.....kelakarkan.


jualan buah jagung dan rambutan di tepi jalan menuju ke Kudat
di Marina Golf and Resort...... nampak ada heli dtg beli makanan di hotel ini. Heli ini dari pulau berdekatan.
permandangan di hadapan lapangan golf

penuh kehijauan

Kalau ke Sabah tidak sah jika kita tidak menikmati seafood di sini. Segar dan amat enak sekali. Sampai di KK kami makan seafood di restoran ini. Boleh pilih apa saja jenis seafood yang kita nak dari dalam akuarium seperti di dalam gambar di atas. Ada udang, ketam, lobster dan ikan.
Selalunya memang i akan order udang dan ketam. Very the lazat. Ikan jarang i order sebab orang sini tak pandai sangat masak ikan. Selalunya saama ada mereka stim aja or bakar. Hmmm...kat KL pun melambak. Normally i akan order udang masak butter.....sedapnyaaaa. Rindu lah nak pi Sabah lagi. Tunggu dulu yea....kena beri tumpuan pada projek besar-besaran lepas raya ni.


masa ni tengah breakfast kat sebuah restoran di KK.......

June 14, 2009

Today ... I'm Sad



What I can say…. I’m sad. Why?


“ Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujianmu ini “

Kesedihanku tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Memang tak ada. Tetapi perasaan ini datang tiba-tiba dari dalam diri ku sendiri.

Susahkan kalau kita memendam rasa sayang pada orang yang tidak tahu perasaan kita. Tetapi kita pulak tidak ada rasa sayang pun pada orang yang terlalu menyayangi kita dan buat segalanya untuk kita. Situasi ini buat ku rasa sedih. Kenapalah rasa kasih sayang itu tidak sama-sama terjadi pada diri ku dan dia. Betapa indahnya hidup ini.

Sebab itu orang kata. " Biarlah orang itu sayangkan kita melebihi daripada kita menyayangi dirinya. Jangan melebihi sayang kita pada orang yang tidak tentu sayangnya pada kita "

p/s - Oh Tuhan, betapa berat ujianmu ini.




June 13, 2009

Janji Menteri WP : Pasar Pudu Berwajah Baru


Masih ingat lagi my entry minggu lepas di blog ini tentang Oh Pasar Pudu ??

Nah... tidak sangka rupanya keluhanku dan warga kota yang sering berbelanja ke Pasar Pudu ini telah mendapat perhatian Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Senator Raja Nong Chik Raya Zainal Abidin yang baru-baru ini melawat ke pasar ini.

Lihat gambar di atas ialah keratan akhbar di Utusan Malaysia yang bertarikh 13 Jun 2009 tentang janji Menteri ini untuk menaik taraf pasar ini pada tahun depan sekiranya memperolehi peruntukan yang mencukupi. Itu jaminan dan janji beliau. Tetapi janganlah pula nanti janji hanya tinggal janji. Rasanya janji seperti ini sudah acap kali kami dengar dari mulut setiap menteri yang melawat pasar ini sejak dari dulu lagi. Sekarang sudah 7 kali jawatan Menteri Wilayah Persekutuan bertukar ganti dan diharap sangat Menteri yang sekarang ini mengotai janji beliau.

Kami dah penat melalui jalan yang lecak, menghidu longkang busuk yang tersumbat dan geli melihat air basuhan daging babi yang mengalir merata-rata tempat. Tolong kami ya wahai Pak Menteri!!!!!

June 12, 2009

Malam Puisi Utusan : 12hb Jun 2009

Untuk makluman, sempena penganjuran Minggu Sastera Utusan 2009 Kumpulan Utusan akan menganjurkan Malam Puisi Utusan pada :

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Jun 2009
Jam : 8.30 hingga 10.30 malam
Tempat : Laman Beringin, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Jemputan : Datuk Siti Nurhaliza, Mila, Hafiz AF7, Kumpulan Hujan, Dr Faiz, Kopratasa dan penggiat sastera terkenal.

Kehadiran adalah dialu-alukan dan masuk adalah percuma.