Salam semua.
Minggu yang sangat penat sebab gigih menyiapkan tempahan kueh raya dari customers especially tempahan my beloved blog readers. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi menempah dari saya. Walaupun kita saling tidak mengenali dan hanya melalui alam maya tetapi sudi menempah cookies raya dari saya. Terharu pun ada. Customer saya bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi ada juga di Perak, Pahang, Tganu, Melaka dan Johor....siap hantar melalui Poslaju....terima kasih banyak2. Ada sesetengah yang saya dah hantar personally di KL ni ada setengah lagi belum sempat hantar...tunggu weekend ni yea. Kalau berpuashati dengan cookies saya,......next year boleh tempah lagi yea :)
TEMPAHAN COOKIES RAYA TELAH DITUTUP.
Minta maaf jika ada yang tempah last minutes dan kami tidak dapat memenuhi permintaan anda sekelian. Bukan tak nak terima tetapi kami risau jika tidak dapat siapkan. Yang ada sekarang pun banyak lagi belum disiapkan. InsyaAllah kami nak settlekan by this weekend. Lepas tu sibuk plak nak buat moist choc cake tempahan dari customer juga. Then sibuk nak menghias rumah...nak pasang langsir dan buat persiapan sikit2 sempena kedatangan Syawal.
Ikutkan perjanjian dengan suami...kami akan berhari raya di kampung suami di Besut, Terengganu. Tetapi masih lagi tak pasti boleh balik ke tidak...sebab suami saya baru sahaja melaporkan diri sebagai penjawat awam pada 1 July yang lepas....maka sudah tentu susah untuk mendapat cuti panjang. Tengok keadaan...jika dia dapat cuti...maka baliklah kami ke Terengganu dan jika dia tak dapat cuti....kami beraya di KL ajer bersama-sama keluarga saya di sini.
Nanti bila-bila free saya akan sambung lagi journal percutian honeymoon di London. Sekarang tgh mood raya...so kita citer pasal raya plak yea.
p/s - excited pertama kali beraya sebagai suami isteri...alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment