January 31, 2011
Tolong.... Mood Hilang
Banyak masa aku habiskan untuk tidur dan tidur. Tidur adalah yang terbaik untuk mencaskan semula unsur-unsur negatif dalam badanku ini. Bila dah cukup tidur....nak bukak laptop pun malas. Apalagi nak upload gambar. Entry my Surabaya Trip belum sentuh apa lagi....banyak benda aku nak wat story. Semoga aku terus segar bugar di alam semesta ini.
Minta maaf yea teman-teman..... aku akan update pelan-pelan.
January 24, 2011
Me & Afgan @ Surabaya
Sudah sangat rindu dengan kamu semua. Balik dari bercuti di Surabaya dengan hati yang senang dan girang. Kenapa tetiba kan???
Sebabnya aku telah berjumpa dengan bf pujaanku...opppssss silap ya tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya aku telah berjumpa dengan seorang artis pujaanku dari Indonesia iaitu AFGAN yg popular dengan lagu Terima Kasih Cinta...my favourite song hokay.
Nak dijadikan cerita..malam terakhir aku di Surabaya aku pi jalan-jalan bershopping di Tunjungan Plaza. Tetiba nampak ada artis buat show di tengah ruang legar. Ramainya orang ketika itu. Nampak samar-samar ajer....oooohhhh Afgan wat show. Malas nak berebut aku wat dont know ajer. Tak kuasa ahkak.
Then, balik hotel around 10pm malam tu. Just lepak di ruang lobby sambil mengadap komputer yg disediakan di situ. Dalam pada aku sibuk mengadap pc....rupa-rupanya Afgan masuk hotel tersebut dengan diekori oleh beberapa peminat. Wahhhh....aku excited giler masa tu. Heheheh....sapa tak excited artis top Indon depan mata kita.
Dan hasilnya..............tadaaaaaaaaaaaa...sila lihat pic di bawah. Siap ngobrol sama Afgan tau...jangan mare hokay. Kau hadohh???
January 20, 2011
I'm Away Again ~~~~
Sorry semua...tiada kesempatan lagi untuk update blog ini. Aku terlalu sibuk dengan tugasan kerja. Sejak balik dari sessi brainstrorming di Bukit Tinggi Pahang badan aku letih sangat tak larat. Mood nak berblogging pun kurang sikit. Mata ni asik mengantuk ajer. Kenapa yea agaknya?
And again I'm away. Cuti-cuti kejap ke negara jiran. Will be back next week. Bercuti untuk rehatkan minda, rehatkan jiwa, rehatkan badan dan rehatkan segala-galanya. Semoga aku balik nanti memberi satu sinar baru dalam hidupku. Doakan kebahagiaan aku yea.
p/s - Gonna miss u my dear babe. 3 days i takda jangan notty okay!!!
January 16, 2011
is Away .....
January 14, 2011
Shopping @ KL
Akhirnya aku terbeli boot yg sangat aku idamkan. Snow cap yg sangat aku tunggukan dan juga beli baju kerja sikit. Tengok baju sejuk kat Uniqlo aku jadi teruja cantik-cantik belaka tapi sayangnya saiz fesyen Jepun ni kecil-kecil belaka...uwaaaaa frustnya. I'm going somewhere very soon..... where to? Tunggu yeaaaa.
Just imagine kami bertiga beronda to this area from 2.30pm till 9.30pm baru sampai rumah. Tengok bola malam tu pun sempat few minutes ajer. Hehehhe...gitulah orang pompuan bershopping. Masa tengah shopping tu sempat lagi pi mamam kat Johhnny's Restaurant. Tak makan steamboat pun. Aku dan Nor belasah 2 mangkuk dessert yg sedap itiewww...lupa plak namanya. Yang dalamnya ada mix fruits tu. Ohhhh...nak dtg lagi.
January 13, 2011
Love All Of You ~~~ My Blog Readers
I LOVE BLOGGING ~~~
This is a special tribute to my blog readers.
Everyday kalau boleh aku akan pastikan i have something to write down here. Walaupun masa tu aku busy....walaupun masa tu aku penat....walaupun masa tu aku mengantuk...walaupun masa tu dah lewat malam dan juga walaupun masa tu aku takda mood nak berblogging.....aku gagahkan diri juga pastikan mesti luangkan masa kejap untuk update blog ini. Kalau weekend memang aku jarang sekali update coz aku tau kebanyakan blog readers semua pun busy dengan aktiviti hujung minggu. Takda masa nak baca...betul tak? Kalau time kerja...boleh curi masa bukak blog kat opis...kannnn!!!! :) hehehe.
Aku tak nak nanti pembaca blog aku susah payah bukak blog aku...tapi nan ado!! So, seboleh mungkin aku mesti nak update walaupun hanya coretan ringkas...asalkan update !!! Kenapa aku buat semua ini? Sebab nak kejar duit buat iklan???.....No!! its not the answer. Iklan tu semua sampingan ajer sajer suka-suka. Jawapannya ialah...sebab aku sayang anda semua pembaca blog ini. Anda semualah pemberi semangat untuk aku terus berblogging di dunia maya ini. Segala pujian, segala teguran, segala ucapan dan segala comment yg anda hantar kepada empunya blog ini....amat-amatlah aku hargai dan sangat berterima kasih. Tak tau nak balas camana. Ada yg hantar message kat shoutbox, ada yang hantar message kat email, ada yg hantar message melalui sms dan tidak lupa yg paling ramai hantar message ke Facebook. Terima kasih banyak-banyak semua. Terharu plak rasanya. Rasa mcm dah kenal lama dan rasa nak kenal dengan anda semua dengan lebih dekat lagi. You're welcome!!! Tidak lupa juga ada yg nak berkenalan lebih rapat lg dengan aku... baik perempuan mahupun lelaki. Yang lelaki plak ada jugak yang nak tackle. Heheheh...kadang-kadang nak gelak pun ada. Rasa macam artis pulak kan. Cehh!!!
Kalau korang nak tegur aku...jangan segan-segan tau atau terjumpa aku kat mana-mana jgn segan menegur....aku sangat hargai. Dan kalau ada yg rasa nak date dgn aku borak-borak pasal travelling...hehehe....boleh ajer tapi kena buat appointment dulu. Bila dah kenal ramai kawan-kawan kat dunia maya ni macam nak buat satu gathering khas untuk pembaca blog aku ini. Insya Alah one fine day kalau ada rezeki nanti. Travelling Blog Gathering!!
p/s - Aku tidak mengejar glamour tetapi aku mengejar kebahagian dalam hidup.
January 12, 2011
Tuanku Raja Nazrin Shah @ My Office
Hari ini dalam sejarah pabila seorang anak raja hadir ke office ku di Bangi.
Keberangkatan Menjunjung Kasih Tuanku Raja Nazrin Shah mencemar duli ke offlice kami. Kami dikehendaki hadir ke bahagian foyer untuk menyambut ketibaan tuanku. Pertama kali aku melihat dengan mata kepalaku sendiri seorang anak raja yang sangat kukagumi dan berjiwa rakyat ini. Perrghhhh so charming dan aku terpaku seketika. Dap dup dap dup rasanya jantungku ketika itu. Hahahah...over plak kan.
Ketika ini aku tak bawak camera pun....belasah handphone camera ajer. Pastu terselit gambar-gambar aku di bawah plak ni aku cilok from my officemate's photos. Yang pic tuanku turun dari kereta tu aku yg snap sendiri pakai handphone.
Yang frust sangat nak citer ni. Lepas lebih kurang 2 jam tuanku di dalam bangunan pejabat kami...tibalah masanya untuk tuanku pulang. So, kami sekali lagi kena turun bawah untuk melambai-lambai kepulangan tuanku. Masa ni aku malas nak turun sebab ada benda nak buat kat ofis. Ghopa-ghopanya dorang citer tuanku siap bersalam dengan seorang demi seorang yg menunggu tuanku pulang masa tu. Frustnyaaaaa aku...takda rezeki nak berposing dengan tuanku. Tulah padan muka...sapa suh taknak turun..hehehehe.
Ampun tuanku....patik sungguh berbangga dengan kehadiran tuanku ke pejabat kami di Bangi ini. ~~~~Terima kasih ~~~~
January 11, 2011
Bila Ku Tersenyum ......
Aku akan tersenyum bila....
1) dapat gi melancong. Ohhh...indahnyaaa!!! Lebih-lebih lagi melancong ke obersea.
2) dapat panggilan telefon/sms dari orang yg kita sayang. Tak kisah lah sesapa pun.
3) ternampak orang yg aku suka. Ini citer dulu lah. Skrang ni aku takda suka sesapa pun.
4) tetiba bulan tu cash terlebih....hehehe boleh shopping baju...
5) ada yg layan blog aku ni setiap hari.....thank you guyss. Aku akan cuba update blog sekerap mungkin.
6) ada yg puji blog aku....terima kasih semua. Blog aku ni biasa-biasa ajer. Anda semua adalah pembawa semangat utk ku terus berblogging
7) bos appreciate kerja yang aku buat. Syukur bila kerja kita dihargai.
8) tetiba ada yg puji...puji baju ke...puji kasut ke...puji tudung ke...puji mata ke...puji apa sajer lah. mekasihh!!!
9) mendapat hasil kerja photography yang tidak disangka-sangka. Padahal main belasah aje.
10) melihat telatah anak buahku yg mencuit hati. I love them.
Entry ni dibuat sajer tidak memasukkan gambar. Asik gambar ajer mesti boring kan. So, sessi kita berceloteh plak yea....
p/s - tolongggg...aku dah tak sabar keluar dari kepungan ini. Cepatlah aku nak kuar cepat.