Ads

October 21, 2010

Journey to Melbourne : Airport, Victoria Market & DFO South Wharf




Welcome to Melbourne. Here I come!!!
Setelah lebih kurang 5 bulan yang lalu aku beli ticket AA ke Melbourne dan akhirnya aku selamat pergi dan kembali. Trip yang aku amat risaukan apabila mengingatkan kesihatan ku yang baru sajer baik ni. Aku ni antibodi so weak so sangat risau hokay. Alhamdulillah semuanya selamat dan so miracle sebab kat sana aku tak batuk. Walaupun cuaca sangat sejuk....Alhamdulillah aku sihat dan tiada apa-apa masalah berlaku pada kesihatanku. Terima kasih Ya Allah. Balik KL terus batuk dah baik.

Aku ke Melbourne bersama my travelling partner, Siti. Berdua ajer setelah kawan-kawan lain ramai yg cancel tak dapat joint. Padahal b4 this ramai kata nak joint me for this trip. This is my my first visit to Australia. Persiapan semua dah buat dan dah booking online awal seperti hostel dan tour package. Visa pun dah buat awal lagi.

Jam 10.30 malam depart dan perjalanan ke Melbourne mengambil masa 8 jam. Bosannya duduk lama dalam flight. Kami duk belakang sekali yang ada double seats. Limited seats hokay. Yang lain semua triple seats. Masa tidur pulak tu kan..so membuta ajer dalam flight. Dah booking meal awal melalui online dan disediakan sekali makan sahaja. Cukuplah.....masa ni waktu tidur pun. Beza waktu di Melbourne ialah 3 jam ke hadapan. So, kami sampai lebih kurang jam 9.30 pagi.


di dalam flight penuh dengan mat salleh.....melayu boleh dikira dengan jari.

bersama my travelling partner, Siti.


siang sudah....sangat cantik permandangan di waktu pagi ketika ini


dah nampak Melbourne...seronoknya




Kami sampai di Tullamarine International Airport pada jam 9.30 pagi. Proses untuk imigresen dan kastam berjalan engan lancar. Untuk pengetahuan semua, untuk memasuk Aussie sangat strict especiallya makanan yang kita bawa. Jika anda membawa makanan, perlu buat declaration dan isi borang yg disediakan. Makanan tersebut mestilah ada label ingredient. Kalau takda...terus dicampak ke tong sampah.

Semasa beratur, anjing kastam akan pergi kepada seorang demi seorang utk menghidu apa yg anda bawa. Berlaku di depan mata aku sendiri....ada sorang minah ni kena rampas barang dari begnya setelah berjaya dihidu oleh anjing tersebut. "Good boy " kata polis kat anjing tu. Pulak tu ada pulak yg sempat snap peristiwa tu....terus kena warning dan diarahkan delete foto tersebut. Ia berlaku di depan mataku sendiri. So, kena hati-hati apa yang anda bawa. Senang cerita tak payah bawak makanan macam aku ni....tak pening kepala. Huhuhuhu.

Sebaik selesai, kami exit dari airport tersebut untuk mencari Skybus. Kenapa aku naik Skybus dan bukan teksi? Murah, cepat dan convenient. Senang ajer nak beli ticket. Exit menghala ke kiri atau hala ke kanan ada booth merah yang menjual ticket. Bus pun tunggu kat tepi tu ajer. Harga ticket ialah $16 (RM48) untuk sehala. Untuk lebih jimat beli return ticket iaitu $26 (RM78). Pastikan anda jangan hilangkan ticket tersebut.


beli ticket di booth merah ini.....

bas dah siap menunggu di tepi booth tu.

Then, bas akan berhenti di Southern Cross Station. It takes about 20 minutes. Sebaik sampai di sini, anda akan nampak booth seperti pada gambar di atas. Pergi ke kaunter di situ dan nyatakan anda tinggal di hotel apa. Then, tunggu ajer kat tepi tu sehingga mereka akan panggil naik another bus untuk dihantar ke hotel anda. Senang kan?

ini dia feeder bas yang akan hantar anda ke hotel yang anda stay. Free ajer.


aku bawak 1 beg ni ajer....masa balik dah beranak jadi 2 beg....tak percaya?




Sampai di hostel lebih kurang jam 11 pagi. Kami menginap di Greenhouse Backpackers yang terletak di Flinder Lane. Blogger Backpackers Busuk yang rekemen aku duk kat sini. Lokasinya memang very convenient especially senang nak naik tram, train, bus, taxi dan halal food restaurant pun dekat.

Tapi jangan expect ni hotel 5 bintang ok. Kami ambil double room iaitu ada katil double decker. Amat sesuai untuk kami berdua cuma agak sempit sedikit. Oklah...sebab nak tidur malam ajer kan. Harganya $78 (RM234) sebilik untuk satu malam. Bilik air di luar tau. Tak kisahlah janji bersih dan selesa. So far aku selesa. Satu lagi yang bagus ialah ada security card to each of us. Nak masuk lift guna card dan nak masuk bilik pun guna card. Tak risaulah tentang keselamatan anda di sini.

Lepas dah check-in, kami mandi dan tukar baju. Terus kami keluar dan menaiki tram untuk ke Queen Victoria Market. Kat sana ada disediakan free tram dan free shuttle bus kepada tourist. Tapi aku tengok locals pun naik tram tu..huhuhu. Memang save duitlah kat sini.
Untuk ke Queen Victoria Market, kami menaiki tram dari Flinder Street dan berhenti di Latrobe Street. Then kena jalan sikit lebih kurang 10 minit. Dah nampak pun Queen Victoria Market tu. Besarnya market ni. Agak pening jugak masa masuk tu sebab ada banyak buildings.

Sesiapa hendak ke Queen Victoria Market pastikan anda check dulu hari dan waktunya. Setiap hari tidak sama waktu tutupnya.


Weekdays
Trading Hours
Tue: 6am - 2pm
Thu: 6am - 2pm
Fri: 6am - 5pm
(general merchandise to 4pm)

Weekends
Trading Hours
Sat: 6am - 3pm
Sun: 9am - 4pm


CLOSED: Mondays, Wednesdays,


ada pelbagai jenis buah-buahan segar...geramnya aku!!!

ni kat bahagian sayur dan buah-buahan....bersih ajer

ni plak bahagian souvenirs, baju, kasut dan perhiasan rumah




Ketika ini aku sempat shopping dalam masa sejam sahaja sebab mereka dah kelam-kabut nak tutup. Tutup pukul 2 petang tau. Aku beli FM di sini dan main capai mana yang sempat ajer. Souvenir lain pun aku beli kat sini. Murah sikit beli kat sini jika dibanding beli di kedai souvenir kat city tu. Satu lagi, kena pandai cari stall mana yang bagi murah. Kalau dapat bargain lagi bagus.

Aku belikan t-shirt Melbourne untuk family di sini juga. Main capai ajer dan tak sempat nak memilih. Kalau ada banyak masa kita still boleh compare price dengan stall yang lain. Tapi disebabkan kesuntukan masa.....grab ajerlah. Kat sini aku tengok ramai peniaga bangsa Cina dan Indon. Mat Salleh pun ada. Barangan yang dijual pun banyak datangnya dari China.





Lepas pukul 2 ptg...terus balik dan naik tram semula

perhentian tram

ini lah dia tram....

terjumpa restoran makanan halal...tapi lalu ajer. Masa ni belum nak makan.

bergambar di pandangan sisi Flinder Station




Then, kami naik taxi untuk ke DFO South Wharf. Kena charge sebanyak $10 (RM30) sehala. Kononnya ada sale kat sana sekarang ni. Lagipun aku nak cari juga baju baby untuk anak buahku itu. Kebanyakan jenama yang terdapat di sini ialah local brand yang tak berapa aku tahu. Brand seperti Burberry, CK, Guess, Adidas, Nike dan Puma ada di sini. But still expensive eventhough dah diskaun 50%.

Aku juga sempat shopping 2 botol perfume dengan harga $30 (RM90) 100ml sebotol. Menyesal beli 2 botol ajer. Yelahkan baru first day tapi aku dah sakan shopping. Takut gak terputus duit nanti. Hehehe. Aku beli baju baby jenama Pumpin Patch. Ada diskaun and murah tau. Geram tengok baju2 baby yg cantik2 tu. Masa ni dah penat dan sakit kaki banyak berjalan. Aduhhhh.


DFO South Wharf... terletak di sebelah Melbourne Exhibition Center


nampak tak sale??

butik baju baby Pumpin Patch


Balik dari DFO tu...hujan turun dengan lebatnya. Ingatkan nak naik tram ajer...tapi hujan plak kan. So, kami naik cab sekali lagi......traffic jammed plak sebab time orang balik kerja. Mahal kena charge cab iaitu $15 (RM45). Perggggg!!!!!. Perut dah lapar giler bagai nak pengsan.

Kami singgah makan di sebelah hostel kami ajer iaitu Halal Kebab. Masa ni dah nak dekat pukul 7 malam dan hanya tinggal satu portion nasi beriani. So, kami minta dibahagaikan utk 2 orang. Pastu rasa lapar lagi plak...kami order kebab dan makan di dalam bilik ajer. Besarnya kebab tu...tak habis pun. Balik bilik mandi lagi dan terus keboommmmmm. Mengantuk sangat dan penat giler!!!!!!

nasi beriani...sedap dan pedas

ini pintu masuk ke hostel kami

bilik kami di 4th Floor

ruangan makan dan internet. Boleh dapat wifi free. Aku penat dan busy sangat sampaikan takda masa nak berinternet




next entry - tour to Great Ocean Road.


7 comments:

Fatt said...

camne greenhouse, ok tak?
reception dia hensem kan? :P

cant wait to read GOR trip :D

sepul said...

nice info kak... insyallah ada plan nak ke aussie.. ;)

ct_nurmarlissaa said...

beshh nyerr....n good infolaaa....
harap next year dpt sampai sana berbekalkan info dr sis niee...

Leez M. Saaid said...

fatt -

greenhouse ok....berbaloi lah dgn harga.
reception dia selalu bertukar lah...asik pompuan jer...kalau lelaki pun mcm dh tua ajer..huhuhu.

GOR best......!!!!

Leez M. Saaid said...

sepul-

cepat pergi sepul.....Aussie mmg best...akak suka.

Leez M. Saaid said...

ct -

mmg saya galakkan sesapa gi Aussie...i like this country.
Semoga info dalam blog ini dapat membaca ct nanti.

Anonymous said...

Salam kak. seronok baca pengalaman akak. Sy tengah study psl melbourne :) Nak tanya, akak amek double seat belakang kan? ok x? bising sangat ke?