Ads

May 2, 2010

Chiang Mai Trip : Part 1



Sebelum percutian aku ke Chiang Mai ni pelbagai dugaan aku terima. Akhirnya aku sampai jua. Kali ni aku tak nak citer pasal dugaan semua tu. Jom kita citer pasal pengalaman aku berada di northern part of Thailand ini.

Flight aku sepatutnya pada jam 10.30 pagi tetapi telah dipercepatkan ke jam 7.00 pagi. Aduhh...pening aku nak pikir camana nak gi ke airport pagi-pagi buta ni. Jam 3 pagi aku dah ke KL Central untuk menaiki bas ke LCCT. Nasib baiklah my bro, Izuan sanggup nak hantar aku ke KL Central pagi tu. Thanks !!!

Aku pergi Chiang Mai tidak keseorangan tetapi berdua dengan temanku S. Niza. Dia sudah awal berada di LCCT. Untuk pengetahuan semua, malam tu aku tidak tidur sehinggalah sampai ke LCCT. Aduhhh...pening-pening lalat kepala ku. Sudahlah aku baru balik kerja petang tu...penat. Then, barulah nak kemas bag semua.


aku di LCCT ....

di dalam flight...aku terlupa...rupa-rupanya aku dah booking meal secara online..hehehe...aku order nasi ayam...hmmmm...tak sedap langsung. Nasi ayam yang tidak ada sos cili. Udah ler mengantuk...memang tak lalu nak makan. Makan sikit ajer....tak habis.


Perjalanan ke Chiang Mai mengambil masa 2 jam 40 minit. Penuh flight pagi tu. Punyalah ramai cha ya nun alif....memekak ajer. Sehinggakan aku susah nak tidur. Padahal mata mengantuk yang amat. Sempat lelap sekejap ajer. Aku perasan ramai jugak rombongan dari KL berholiday ke Chiang Mai ini.

Sampai di Chiang Mai International Airport jam 8.40 pagi waktu tempatan. Terlalu awal pagi untuk terus ke hotel. So, kami decided nak lepak di airport untuk 1-2 jam sambil berinternet. Sempat lah juga aku update status di FB. Hahahaha...ramai yang terkejut akhirnya aku pergi jugak ke Chiang Mai. Mulanya nak gi seorangan tetapi ramai yang tak bagi gi. Hehehe....tiba2 pagi esoknya dah ada kat Chiang Mai. Muahahaha....surprise !!!!!!!



sementara temanku ke toilet...aku berposing dengan netbook baruku itu. Wifi free kat sini sebab aku beli air di cafe ini.





Bagi aku airport di Chiang Mai ni kecil ajer...tak ubah mcm airport kat Kota Kinabalu. Tidak ramai orang pun. Sunyi sepi. Aku dapat rasakan tidak ramai tourist sebab faktor pergolakan yang berlaku di Bangkok. So, serba sedikit terkena tempiasnya di Chiang Mai ini. Lihatlah gambar di atas....betapa sunyinya airport di sini.

Cuaca pada pagi itu....sangat panas. Jangan terkejut kepanasan di sini mencecah 37-38 degree celcius. Lebih panas daripada KL. Aduhhh...tension betul aku. Serba tak kena nak berjalan sana sini. Alhamdulillah kat sini aman dan tenang. Tidak seperti apa yang berlaku di Bangkok.

Sambung lagi nanti........

No comments: