Salam semua.
Maaflah yea....tak habis-habis dengan tajuk honeymoon. Yelah...sementara masih berdua ni kita kena spent time sekerap yang ada dengan pasangan kita. Nak jugak privacy berdua-duaan di tempat orang. Kami memang plan setiap bulan mesti bermalam di mana-mana hotel at least for one nite. Masa ni lah kami nak melakukan mcm2 aktiviti bersama seperti swimming, makan, berjalan-jalan dan shopping.
Sempena majlis perkahwinan kami yang lepas, aku dapat hadiah perkahwinan dari seorang teman rapat masa belajar di UiTM dulu...lepas dah kerja pun masih rapat lagi. Dia bagi kami hadiah perkahwinan bermalam di Hotel Mayangsari Port Dickson. Terima kasih banyak2 kepada Rohaida dan suami di atas hadiah yang istimewa ini. Kami memang pergi pada hari weekday untuk mengelakkan orang ramai yg bersesak di PD. Best sangat sebab mandi pool takda orang hehehe......hanya kami berdua. Masa ni kami pergi sebelum bulan puasa.
ada 2 bilik dalam hotel ni.....
bilik kami mengadap laut......nyenyak tidur dengan deruan ombak di pantai
aktiviti wajib setiap kali stay di hotel.
hotel ini banyak rangkaian hotel di luar negara.
lepas bermandi-mandi kami berjalan di tepi pantai PD disaksikan lautan luas terbentang
lepak jap tepi pantai sampai mengira pesawat di atas ....hehehe seronok jugak kira pesawat di awanan biru.
Lepas raya pulak kami plan nak makan angin di Penang. Kami nak merasa jalan-jalan cari makan yang sedap2 di sini. First time pergi Penang berdua. Sebelum tu singgah jap di Ipoh beraya di rumah mak sedara dan pak sedara. Then kami terus shoot ke Penang. Sampai sana dah petang. Terus kami cari hotel nak check-in dulu. Masa ni masih kenyang lagi...baiklah kami gi hotel dulu.
Kami memang sengaja cari hotel yang ada swimming pool...maklumlah berenang ialah aktiviti wajib laki bini ni. Sambil2 tu boleh membakar kalori. Kami stay di Hotel Georgetown City yang dulunya dipanggil Hotel Berjaya Penang. Rate satu malam termasuk breakfast ialah RM284.00. Cukuplah stay satu malam ajer.
welcome to Penang
view cantik...dapat tengok Gurney Drive dan laut.
memang puashati sebab dapat katil king.
petang tu kami keluar untuk mencari pasembor. Disebabkan kami memang nak ke Batu Feringgi.....so apa kata kita makan di Gurney Drive ajer. Total harga pasembor ini ialah RM22. Kami juga order laksa penang dan cendol.
lepas kenyang...jom kita meronda di Hard Rock Cafe Penang pulak di Batu Feringgi. En suami nak beli tshirt di sini. Aku dah ada 2 tshirt....cukuplah. Ikut plan nak makan malam di sini...tapi dah kenyang mkn pasembor.
seronoknya orang tu dah dapat tshirt Penang....siap tunjuk tangan mcm tu lagi.....Lepas tu plan kami nak jalan2 di Batu Feringgi. Tapi dah janji dengan seorang teman nak jumpa di Restoran Kapitan Gurney Drive pukul 10....so kita kena gerak dulu
First time makan roti nan di cawangan Gurney Drive. Aku order nan dan tanduri tapi sedihnya ayam tanduri dah habis. So tukar makan dengan ayam beriani pulak. Oklah sedap jugak. Kenyang sangat kami malam tu. Jumpa Buzu dan Dzul di sini sambil berborak2.....
esok pagi selepas breakfast aktiviti wajib kami ialah swimming. Pun takda orang di sini...kami berdua sahaja. Ohhh indahnya dan seronoknya.
pool di sini terletak di tingkat atas......
lepas check out....kami nak makan nasi kandar. Plan nak makan kat Kg Melayu tapi dah tutup pulak pada waktu tu. So tukar plan makan di Line Clear ajer. En suami kata dia tak pernah rasa di sini....jom kita tengok apa yg kami makan.
tu dia....nasi kandar kami berdua. Kenyang yang amat kami masa ni. Plan asal nak gi tempat lain pulak sebelum meninggal kan Penang tapi disebabkan kami kekenyangan....kami terus balik. Husband masa ni dah ngantuk yang amat.....jomlah kita balik. Sampai KL pun kami masih kenyang...ishhhhh berhantu betul penangan nasi kandar ni. Lepas makan jadi lemah semacam....hehehe.
Alhamdulillah percutian yang singkat tapi tetap menggembirakan kami berdua. Sebulan sekali honeymoon mcm ni pun best....makin kita rapat dan mengenali pasangan masing2. Syukur pada Allah.
p/s - tak sabar nak honeymoon lagi next month.
8 comments:
tak pe Leez..selagi masih berdua ni honeymoon je puas2...part yg best tu dapat hadiah perkahwinan bermlm di hotel tu..biasa org bagi hadiah barnag letrik lah, pinggan mangkuk lah...hadiah tiket percutian or bermlm di hotel jarnag org buat..best tuuuuu
nasi kandaq line clear tu memang memanggil2 jerr rasa...hehehe
salam kak.. bestnya tgok blog akak.. singgah sini.. salam kenal..
Lamanyer x ke penang... Terliur tol tengok Naan tu.. Saya suka sangat cis naan and tandori kapitan. Tapi saya slalu makan yang kt Queensbay. Kt gurney drive pon ade branch eh? Ingatkan kat chulia jer...
Jarimanis...
Selagi masih berdua ni memang kami akan honeymoon tiap bulan hahaha.
Yes...jarang org bagi hadiah percutian...alhamdulillah kami mmg suka hadiah mcm ni.
DJ...
saya mmg suka lah nasi kandar line clear....walaupun mcm2 org kata pasal tempat makan tu.
Chubby Hanna...
salam kenal juga
nanti jengah lagi yea.
Farikica...
yea kat gurneydrive ada dah roti nan kapitan. Cuma agak tersorok tempat tu....dekat dengan HSBC.
Roti nan dan tandoori sana mmg terbaik.
Post a Comment