Ads

January 8, 2014

Day 8 : Journey to New Zealand - Auckland Part 1



Salam semua.
Sambung di hari ke 8...Pulau Utara New Zealand.
Kami sampai di awal pagi di Domestic Airport Auckland. Sebelum tu kami dah booking shuttle bus melalui hotel yang akan kami stay di sini. Kecil jer airport ni dan agak pening jap sebab dalam tu ada renovation. Sebaik kami keluar dari airport untuk menunggu shuttle bus...cuaca agak terang dan kurang sejuk berbanding di Pulau Selatan.

Kami tunggu shuttle bus di luar airport. Lebih kurang 15 minutes gak kami menunggu di luar. Tetiba.......dah sampai. Alamak  bukan bas....van ajer. Nampaknya memang tak muat utk kami berenam dengan beg2 kami yg bagak tu. So, let them go first...aku dengan Siti tunggu dulu di luar airport. Tak jauh mana pun hotel yg kami akan stay....about 10 minutes journey. 


Domestic Airport Auckland.....utk international airport sebelah ajer tapi melalui jalan lain.


Aku menunggu di sini....then aku ternampak seorang lelaki Melayu early 40's segak bergaya memegang briefcase sedang melintas jalan dan berjalan menuju ke pintu airport. Dari jauh dia memandang aku dan memberi senyuman..... tetiba dia berhenti sebentar dan menegur aku.
Dia tanya " Tunggu siapa? Business trip?"
Aku membalas senyuman ke arah lelaki tersebut dan menjawah " Nope...holiday...we just back from Christchurch....tour North Island".
Then he asked " Ada transport tak?". 
Aku senyum menjawab " Jap lagi shuttle bus sampai". 
"Oooo ok....."berapa hari di sini?"  dia tanya lagi
"2 nites only. Where you go to?" ramah betul aku menanya...hehehe
" I'm going to Wellington for a meeting"........ memang nampak gaya nak pergi meeting pun
" Oooooo...ok see u" aku jawab. 
"Have a nice holiday....."....Dia senyum dan terus berlalu pergi.

Nampak lelaki Melayu tu macam orang baik2 dan seperti memang stay di sini. Orang Melayu kedua aku jumpa di NZ. Sebelum ni aku jumpa di DF Souvenirs Queenstown Malay couple sdg shopping souvenirs. Baik jer menegur aku....sakan kami bercerita pengalaman masing2 bercuti di NZ. Dia dah 2 weeks di NZ....rindu Malaysia katanya.




kami sampai di Skyway Lodge yang jaraknya 10 minutes sahaja dari airport. Tapi agak jauh skit dari town...about 45 minutes. Senang stay sini sebab mudah ke airport. Kami stay di sini selama 2 malam dgn bayaran NZD68 seorang (RM183)

Kami stay 2 bilik yg berlainan. Aku stay berdua dgn Siti.

coffee tea pun ada dalam bilik.

This is budget hotel....so sesuai dgn harganya. Simple ajer hotel ni. Kepunyaan warga NZ yang berkahwin dgn wanita Korea. Masa dalam van dia bercerita....today's weather is good ...sunny day coz semalam dia kata ada ribut petir seharian di bandar Auckland. Rezeki kami di sini....

lobby di hotel ini....siap ada swimming pool. Mampu nak swim time sejuk mcm ni ? Hahahah.



Sebaik kami sampai ketika ini....bilik belum ada yg kosong. So kena tunggu kejap sementara dia kemas bilik. So, kami breakfast maggie yg tinggal saki baki dalam beg. Ada dapur boleh masak kat sini. Oklah tu untuk alas perut. Then after dah check-in kami mandi manda dan bersiap utk keluar semula. Rugi rasanya kalau stay dalam bilik ajer. Baik kami meronda bandar Auckland ni. 

Sebelum tu aku dah contact my friend's friend yang stay di sini. Mana tau dia free masa ni...bolehlah bawak kami jalan2. Alhamdulillah he's willing to meet us and bawak jalan2. Plan nak naik bus ke town tapi pikir lambat plak nak sampai...so decided to take van yg berharga NZD40 satu van for one way. Senang sikit.....van tu amik kami di hotel. Selesa dan jimat masa. The van driver is an Indian guy.


today is Sunday.....inilah bandar Auckland yg hidup berbanding Christchurch.

kami berhenti di Queen Street. He asked me to meet him here berhadapan Civic Theatre. Tak kenal pun mamat ni tapi my friend yg rekemen suruh jumpa this guy kat sana. Aku gamble ajer...kot2 ada rezeki org Mesia yg boleh tolong kita bawak jalan2. Sib baik kami jumpa...terus dia bawa kami makan kedai halal di sini.

Then he rekemen us to eat here di bangunan Atrium...masuk dalam bangunan ni ada pelbagai jenis international food kat tingkat bawah. Kami nampak Indonesian Bali Food....halah gitiew. Memang happy giler sebab akhirnya jumpa halal food in NZ yg menepati taste kita. Memang lapar giler kami masa ni,

lupa nama food ni....sambal padang mcm tu lah...hehe

ni food aku....Nasi Ayam Penyet...ok sedap dan pedas...sangat berselera kami masa ni....dah lama tak merasa makanan pedas berapi mcm ni.

itulah mamat yang aku ceritakan tadi..nama dia Edi. Hensem tak? Hehehe. Dia ni model kat Malaysia dulu...pastu merantau bawa diri ke NZ dan bekerja di sini sudah 3 tahun lebih. Sekarang dengar citer dia meronda berbasikal secara solo di Pulau Selatan NZ sambil membawa bendera Malaysia. Tak habis lagi....masih lagi bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain. I follow aktiviti berbasikal dia di FB. Gambar2 dia meletopss.....jeles mak!!!


lepas kekenyangan kami meronda di bandar Auckland sambil shopping ala kadar mana yg termampu di sini. Mr Edi jadi tour guide kami

mcm ni lah rupa kedai-kedai yg happening di Auckland. Tak ubah mcm style kedai2 di Aussie. Banyak muka Asian di sini. Masa ni aku bertanya pada Mr Edi kenapa Christchurch jadi bandar mati and not similar like Auckland yg happening. He said since Chirstchurch dilanda gempa bumi sebanyak 2 kali beberapa tahun lepas...bandar tu jadi kelam kabut skit. Ramai anak muda di sana sudah membawa diri migrate ke Aussie atau ada yang pindah ke Pulau Utara NZ....sama ada di Auckland atau Wellington. So....yang tinggal hanyalah golongan tua ajer di Christchurch.....takpun ada yg lari ke Queenstown. Ooooo...patutlah jadi mcm tu. Korang takkan nampak org muda berjalan di tepi2 jalan or kedai2 mcm gambar di atas di Christchurch. Kalau ada pun....amatlah sedikit....kiranya mat salleh yg berani mati....tak kisah gempa bumi ke...tsunami ke. Huhuhu macam-macam.....

satu lagi keunikan bandar Auckland ni.....banyak kelihatan kaum pribumi NZ seperti org Maori . Kalau nak tau camana muka dorang....cuba tengok pemain rugbi NZ....camtulah muka depa. Muka dan warna kulit ada iras Melayu tapi raut muka besar bersegi, nampak ganas dan badan tinggi berangka besar. Kalah mat salleh kalau tgk bentuk badan org Maori. Org Maori ni agak sombong sikit banding mat salleh di sini. Kalau pi mana2.....mereka mesti dalam berkumpulan sama ada bersama keluarga atau sesama pasangan masing2. Tapi kita susah nak tengok keadaan mcm ni di Pulau Selatan....sana banyak mat salleh.

Mr Edi kata nak ajak kami ke satu tempat ni tapi kena jalan kaki. Kami okay ajer...asalkan ada org tukang bawak. Segala jalan dan lorong dia bawak kami.

kat lorong ni pun dia bawa kami...tapi jangan risau jika anda jalan seorang diri di sini sebab kat sini selamat dan aman.



nampak tak keunikan simpang empat ni? Kelihatan ramai org melintasi jalan raya. Tapikan....kenapa semua kenderaan berhenti? Sebab simpang ni memang memberi laluan kepada pejalan kaki...kita boleh cross ke kiri dan ke kanan dalam masa yg sama. Semua kenderaan di setiap simpang empat ini berhenti. Memang takkan berlaku di Malaysia. 

kami berhenti lama di kedai souvenir ini...sebab murah. Kalau uols nak cari souvenir di Auckland ni....datanglah ke Queen Street....mmg melambak2 kedai souvenirs. 

model kita ni baru beli baju baru....terus pakai gitiewww. Sebab aku nak photoshoot dia utk dimasukkan ke dalam majalah Mangga.....retis gitiewww. Pelik betul aku....dia tak sejuk pun pakai tshirt lengan pendek....kami ni dah kesejukan masa ni.

lepak sebentar di bangku sementara menantikan Siti bershopping souvenir. 

Oklah....nanti aku sambung lagi next entry. Ada lagi 3-4 entry nak habis. Pelan-pelan aku merangkak. Doakan aku diberi kekuatan utk menghabiskan semua entry sebelum aku bercuti panjang nanti. Ahkak nak pi honeymoon uolsss......ke manakah???

p/s - terima kasih kasih atas segala pengorbanan untuk ku love....



11 comments:

Anum said...

syoknya jalan2

Unknown said...

Salam Leez, suka suasana nyaman begini. Maklumlah kakpb bukan muda dan tak suka dgn kesibukan kota.
Agak2 bajet berapa utk ke NZ ye?

Anonymous said...

akakkk....
rindu sangat trip tuh...

~watie79~

Unknown said...

Seronoknya mengembara tempat orang... :)

Unknown said...

Seronoknya mengembara tempat orang... :)

Unknown said...

assalamualaikum, boleh bagi contact brader edi tak? nak kesana nanti. IN SHA ALLAH. email shahomar11@gmail.com

Anonymous said...

hi nak share pengalaman. baru ni kami sekumpulan ke new zealand. kami pergi melalui mahira travel & tours sdn bhd, sebenarnya kami pun di recommend kan oleh kawan2 yg sudah pernah ke nz menggunakan khidmat mahira travels ni. jadi atas nasihat kawan kawan kami pun ikutlah pakej mereka. dari mula kami enquire pasal pakej, layanan memang bagus sgt. siap dia boleh cater kan mengikut apa yg kita nak. dari situ pun kami da dpt agak mcm ok je company ni. so august baru ni kami alhamdulillah selamat jejak kaki ke new zealand. yg penting keselamatan kami dititik beratkan sebab kami semua wanita., memang sempurna tour, tempat penginapan yg sgt selesa dan cantik, jadual perjalanan yang sungguh menarik. pengamalan snow landing dengan helikopter juga atu pengalaman yg x boleh dilupakan\

saya memang highly recommend kan mahira travels ni. makanan halal terjamin, boleh kata sempurnalah semua nya. boleh contact Puan Siti 0362765610

semoga apa yg saya sharekan dapat manfaatkan kepada yg sdg mencari pakej. oh ya lupa nak ckp yg paling penting., harga mereka sangat berbaloi!

Italian cooking said...

Bila saya buka blog ke New Zealand, mesti ada recommendation untuk Mahira Travel & Tours Sdn Bhd. Macam membuat promotion di dalam semua blog individu.

Italian cooking said...

Hampir semua blog individu yang saya buka mengenai New Zealand, ada recommendation mengenai MAHIRA TRAVEL & TOURS SDN BHD dipost oleh individu yang sama. Hmm....Hmm....

Unknown said...

Aminah ahmad... setuju. Mcm tuan punya bdn yg pomot kan?

IslamicTraveller said...

Terima kasih untuk perkongsian yang sangat2 menarik...